CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

~ Gambar-gambar pernikahan & persandingan Mawi & Ekin Gomak ~

[Copy link]
Post time 5-11-2008 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by tempoyakmanis at 5-11-2008 05:05 PM


die kan macai mawi kena la letak bebyk.. kang xjemput pg majlis kawen plak

kutuk org mancai mawi yg ko tu mancai paejah tak laku ape cite....
bangga weh duk semeja ngan paejah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 06:58 PM | Show all posts
tadi pagi aku dengar kat sinar .. abby fana wish besday kat kikin & ain

so betul la besday dia arini
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 08:32 PM | Show all posts

Reply #12 niy's post

muka dia cam ngantuk jer.... mata dia mcm nak berair jer...tp skin dia lawa lah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:11 AM | Show all posts
Originally posted by dino at 5-11-2008 06:03 PM

kutuk org mancai mawi yg ko tu mancai paejah tak laku ape cite....
bangga weh duk semeja ngan paejah


Paejah tu siapa?
Penyanyi jugak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #44 tikusmontok's post

sah la tak kenal kan... yg jore af4 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:54 AM | Show all posts

Reply #25 klubbkidd's post


Hai Joe, lama tak nampak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2008 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by dino at 6-11-2008 08:52 AM
sah la tak kenal kan... yg jore af4 tuh


Ooooo kat kampung orang panggil dia paejah ya?
Macam nama pempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by Dialicious83 at 5-11-2008 04:35 PM
huhu..perlu kew tepek muka mawisssss byk2?????


patutnya tepek muka sape?

reputz nama serimah tu pun ok gak kan dgn tunangnya
boleh kita gosipkan mereka pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by cloudnine_mm at 5-11-2008 05:02 PM


aku camerawomannya.....


eh
bukan ko ke objek yg diambik gambanya



<cloud nampak happy.. ada rahsia yg boleh dikongsi? >
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by tempoyakmanis at 5-11-2008 05:05 PM


die kan macai mawi kena la letak bebyk.. kang xjemput pg majlis kawen plak


ko perli sape ni?
joe ke?

tak baik taw
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by mendonan at 5-11-2008 08:32 PM
muka dia cam ngantuk jer.... mata dia mcm nak berair jer...tp skin dia lawa lah...


nampak mcm mata mengantuk kan

aku nak speku ni
itulah reason dia berspek mata masa kursus tu
kalau terlelap.. taklah obvious sangat
<dah ada jangkaan awal yg dia akan mengantuk >

logik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 6-11-2008 08:54 AM

Hai Joe, lama tak nampak


dini selalu nampak joe kat mana
selalu kluar minum sama sama ke?

kalau ye... boleh gi skodeng kat blog joe
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by niy at 6-11-2008 09:16 AM


dini selalu nampak joe kat mana
selalu kluar minum sama sama ke?

kalau ye... boleh gi skodeng kat blog joe


Kami bertugas kat tempat yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:26 AM | Show all posts

Reply #53 houdini's post

kat tempat kerja joe yg baru ke
eh.. joe bukan buat free lance ke?
aku silap kot

kat mana opis joe yg baru dini?


pesanan utk dini :
joe tu baik
tapi tak yah lah ikut dia kaler kaler rambut n segala
eh.. jap jap
tapi kalau kaler yg 'boleh' tak salah kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:14 AM | Show all posts

Reply #54 niy's post


Errr.. tak tau nak komen apa... no komen la


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 6-11-2008 09:20 AM


Kami bertugas kat tempat yang sama


Bertugas dekat bod fengklab ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2008 04:37 PM | Show all posts
Kursus Kahwin, Mawi Terlewat Sejam

Teks oleh Razif Rosdi


PUTRAJAYA, 4 NOV 2008:   Akhirnya, hari yang dinantikan untuk melihat Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi, 27, dan pasangannya, Nora'Ashikin Rahmat, 29, atau Ekin menghadiri kursus perkahwinan terlaksana apabila ia diadakan di Masjid Putra, Putrajaya, sepanjang hari ini.


Bagaimanapun, program yang sepatutnya bermula pada jam 8 pagi tadi terpaksa ditangguhkan selama sejam atas kelewatan Mawi tiba di lokasi. Apapun, Ekin yang sampai lebih awal daripada Mawi dilihat sempat menikmati sarapan pagi bersama krew dari produksi Astro.


Difahamkan, Mawi terlewat sampai ke sini kerana terlibat dengan penggambaran semalam yang memaksanya bekerja sampai lewat malam.

Apa yang pasti, kursus kahwin yang pada asalnya dirancang hanya untuk mereka berdua saja tiba-tiba bertukar menjadi lebih meriah apabila ia turut disertai lebih 34 peserta yang terdiri daripada kakitangan Astro dan wakil media.


Antara wartawan yang tidak melepaskan peluang menjalani kursus ini ialah Hanif dan Shahril dari majalah Media Hiburan serta Serimah dan tunangnya dari akhbar Berita Harian.


Tambah menarik, pelakon Catriona Ross atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 28, dan tunangnya, Shaharuddin Mokhtaruddin, 29, yang juga produser dan pengarah rancangan hiburan TV Astro turut menyertainya. Pasangan ini baru saja mengikat tali pertunangan mereka pada Syawal lalu.


"Saya sudah belajar semua ini. Kursus hari ini hanya membantu saya mengingatkan semula apa yang pernah dipelajari waktu sekolah dulu. Apapun, saya sebenarnya sedikit gementar. Makin ditanya saya makin gementar," ujar Mawi.


Sepanjang kursus tersebut dijalankan, wajah Mawi ibarat seperti seorang pelajar yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Manakala Ekin pula kelihatan begitu khusyuk sekali seolah-olah seperti sedang menghadiri majlis kuliah agama.


Sementara itu, berbalik kepada persiapan perkahwinan pada 20 Disember nanti, Ekin menjelaskan ia kini sudah hampir 70 peratus siap. Malah, Ekin turut menjelaskan lokasi di mana dia dan Mawi akan disatukan.


"Insya-Allah, kad jemputan akan mula di edarkan pertengahan bulan ini. Paling lewat pun akhir November. Sekarang ini, kami baru saja mendapat persetujuan untuk menjalankan majlis akad nikah di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru," jelas Ekin.


Di samping itu, murai.com.my juga difahamkan Mawi akan dinikahkan oleh Mufti Johor. Mereka juga diwajibkan menghadiri pemeriksaan kesihatan di Johor Bahru iaitu tempat kedua pasangan ini berasal pada waktu terdekat ini.


Berbalik kepada program hari ini, ia melibatkan 11 sesi ceramah di mana ia boleh ditonton secara eksklusif di Astro Oasis saluran 106 dalam 3 bahagian bermula 17, 18 dan 19 Disember ini.


Antara topik yang dibincangkan ialah Hubungan Dalam Keluarga, Pengurusan Kesihatan, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Tekanan dan Konflik serta Pembubaran Perkahwinan yang melibatkan 7 penceramah termasuklah Imam Besar Masjid Putra sendiri iaitu Abd. Manaf Mat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 03:52 AM | Show all posts
Berita Harian 081108
Cara Zawiyah geletek hati Mawi    Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
               

     MAWI dan Ekin memilih baju sedondon warna putih ketika menghadiri kursus kahwin di Putrajaya, Selasa lalu.

                   PELBAGAIreaksi kelihatan di wajah Mawi dan pasangannya Ekin ketika mengikutikursus kahwin eksklusif yang diaturkan Astro Oasis bersama JabatanKemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kursus sepanjang hari bermula jam 9pagi dan berakhir kira-kira 11 malam itu diadakan di Masjid Putra,Putrajaya.

Ada ketikanya kedua-duanya kelihatan khusyuk mendengar ceramahdibentangkan penceramah bertauliah. Bagaimanapun kebijaksanaanberdasarkan pengalaman penceramah yang menyelitkan elemen lucu mencuithati pasangan itu yang duduk di meja khas di bahagian depan dewan.

Tempat duduk Mawi dan Ekin yang diletakkan di bahagian depandan diasingkan daripada 34 peserta lain secara tidak langsungmenyebabkan reaksi mereka mudah untuk dilihat. Topik lucu yangmenggeletek hati peserta menyebabkan Mawi mahu pun Ekin tidak mampuuntuk mengawal perlakuan masing-masing.
        
   
    Suasana ceria ini berlaku terutama ketika sesi ceramahyang dibentangkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian PembangunanKeluarga, Sosiol dan Masjid (Kesuma), Jakim, Zawiyah Hassan yangmembentangkan topik Hubungan Dalam Keluarga dan topik Komunikasi Suamidan Isteri.

Antara perkara yang mencuit hati sehingga menyebabkan Mawiketawa terbahak-bahak ialah cara untuk mewujudkan kasih sayang danmemikat hati suami dan isteri. Ekin juga kelihatan tidak dapat menahantawanya sepanjang satu jam bersama Zawiyah.

"Tak sangka kursus kahwin ini rupanya menyeronokkan. Antaranyake semua ceramah, saya paling seronok mengikuti ceramah daripadaustazah Zawiyah. Ceramah yang disampaikan bukan saja boleh dijadikanpanduan tetapi cara penyampaiannya yang bersahaja menyebabkan sayatidak terasa waktu sudah berlalu," katanya yang memilih jubah warnaputih sedondon bersama bakal suami.
                          
MAWI ketawa besar mendengar cerita lucu Zawiyah.

                        Sementara Mawi pula nampak begitu serius ketika mendengar ceramahmengenai Hak, Tanggungjawab dan Peranan Suami Isteri dan juga topikmengenai Nikah (Munakahat). Katanya, dia ingin mengetahui topikmengenai nikah dengan lebih mendalam walaupun pernah mempelajarinya disekolah supaya lebih jelas untuk melangkah ke gerbang perkahwinan pada20 Disember nanti.

"Saya semakin lega dan bersedia untuk bergelar suami. Malahsegala kekusutan mengenai urusan pernikahan terjawab setelah mengikutikursus kahwin. Apa yang dibentangkan hari ini sebenarnya sudahdipelajari ketika di bangku sekolah tetapi dengan menghadiri kursus iniia dapat mengembalikan ingatan kepada pelajaran yang sudah dipelajarisebelum ini," kata Mawi yang pada mulanya berhasrat untuk mengikutkursus kahwin tanpa sebarang publisiti namun terpaksa akur denganperjanjian yang dibuat dengan Astro dan memandang perkara ini darisudut positif.

"Sebelum bekerjasama dengan Astro, saya ada terfikir untukmengikuti kursus sendiri. Tetapi saya melihat ini sebagai sesuatu yangpositif. Jika ia ditonton oleh masyarakat dan dapat membuka mindamereka, rasanya tidak salah untuk saya terima.

"Selepas mereka tonton ke semua tiga episod Al Aris Wal Arusmenerusi saluran Astro Oasis, saya mahu peminat tahu bahawa kursuskahwin sebenarnya menarik," katanya yang akan mula bercuti pada 12Disember ini.
                        
EKIN menerima cenderahati daripada ustazah Zawiyah Hassan.
                        Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, AstroOasis menerima banyak panggilan telefon daripada peminat Raja SMS ituyang ingin mengikuti kursus kahwin bersama idola mereka. Tetapi Oasistidak dapat menunaikan permintaan peminat Mawi kerana program berkenaandiadakan secara eksklusif untuk Mawi - Ekin dan kakitangan Astro sertamedia.

Ditanya mengenai relevannya kursus kahwin Mawi disiarkankepada umum, jelas Izelan, ini bagi memberi peluang kepada peminat Mawimelihat penyanyi kesayangan mereka berkursus. Selain itu, programberkenaan juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada pasangan yangbakal menuju ke gerbang perkahwinan tetapi masih belum mengikuti kursusmendapat sedikit gambaran mengenai kursus kahwin. Manakala pasanganyang sudah lama mendirikan rumah tangga pula boleh menjadikan ceramahdiberikan sebagai panduan untuk mengeratkan kembali hubungan suamiisteri.

"Kursus kahwin ini boleh dijadikan panduan kepada semua apatahlagi dengan keadaan institusi rumah tangga yang semakin goyah sejakakhir-akhir ini," katanya.

Al Aris Wal Urus Mawi dan Ekin akan menemui penonton pada 17hingga 19 Disember jam 9.30 malam di Astro Oasis saluran 106 iaitusebelum majlis pernikahan pasangan itu yang turut disiarkan di saluransama.

Kursus kahwin yang turut mendapat kerjasama Institut LatihanIslam Malaysia (ILIM) mengetengahkan penceramah berpengalaman sepertiImam Masjid Putra iaitu orang yang bertanggungjawab menikahkan PerdanaMenteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Abd Manaf Mat dan Mohd KoriJusoh yang menikahkan anak Perdana Menteri, Nori dan pasangannya KhairyJamaluddin. Penceramah lain ialah Abd Aziz Jusoh, Dr Roslan Johari danZakaria Osman.

Antara topik yang diketengahkan ialah mengenai Akidah, Akhlak,Ibadah, Perkahwinan & Prosedur, Hubungan Dalam Keluarga, KomunikasiSuami dan Isteri, Pengurusan Kesihatan, Rundingcara di Jain, PembubaranPerkahwinan, Pengurusan Wang dan Masa serta Pengurusan Stress danKonflik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 03:53 AM | Show all posts
Dengarnya...Alahai Mawi, disiplinlah sikit   

Oleh Normah Becok
                              
MASIH lagi cerita mengenai kursus kahwin Mawi, tapi kali ini Cik Normah naktegur sikit mengenai disiplin Raja SMS itu yang tiba lewat satu jam.Cik Normah tak tahu apa puncanya Mawi dan Ekin lewat? Memanglah programAl Aris Wal Arus Mawi & Ikin yang diterbitkan oleh Astro Oasis ituprogram mereka, tetapi janganlah ambil mudah saja.

Walaupun ia diadakan ekslusif untuk mereka, namun merekaperlulah menghormati peserta lain. Lebih penting, mereka perlumenghormati penceramah yang sudah tiba awal. Lagi pun, pihak produksisudah memaklumkan awal-awal, setiap peserta perlu sampai jam 7.30 pagi.Takkanlah itu pun susah nak ikut? Bukannya mereka suruh datang jam 3pagi!

Cik Normah dengar cerita kononnya Mawi balik lambat atasurusan kerja menyebabkan dia susah nak bangun pagi. Tapi janganlahjadikan benda itu sebagai alasan. Itu alasan yang sangat remeh. Mawisendiri kenalah bagi komitmen yang baik. Kalau tak segan dengan pesertalain, mungkin Mawi perlu ada rasa segan pada penceramah. Cik Normah taknafikan dia popular, tapi janganlah jadikan gelaran populariti untukbuat sesuka hati saja.
        
    Akibat daripada kelewatan Mawi, kelas terpaksa dibuatdengan kadar yang laju. Agaknya peserta kursus lain pun sudah rasamacam berada atas bot laju. Lain kali ingatlah, kalau program hiburanmungkin boleh buat sesuka hati. Tapi program serius macam ini janganlahnak ambil mudah, nanti orang akan melabelkan kita seorang yang tidakserius dan susah nak tepati janji.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 06:01 PM | Show all posts

Reply #59 cloudnine_mm's post

bercanggah pulak info antara BH dan murai
murai sebut mawi jer yg sampai lambat

tak taulah yg mana betul
tapi yg pasti
salah satu berbohong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.075040 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list