|
My Spy ~ filem Afdlin Shauki yg meletupkebaboom! :-)
[Copy link]
|
|
Puas hati tarikan My Spy
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Filem terbaru terbitan KRU Studios berdepan saingan sengit filem Hollywood pada musim cuti sekolah
BIARPUN berdepan tiga filem hebat dari Hollywood, The Twilight Saga New Moon, Ninja Assasin dan 2012, KRU Studios tetap berpuas hati dengan kutipan filem kelima keluaran syarikatnya, My Spy yang menjengah panggung 3 Disember lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim ketika dihubungi berkata, dalam tempoh lima hari tayangan, nilai kutipan filem arahan Afdlin Shauki itu hampir mencecah RM1 juta.
Selain saingan filem Hollywood, My Spy yang ditunjangi AC Mizal dan Harun Salim Bachik juga berdepan dua filem tempatan yang menjenguk panggung pada 19 November lalu iaitu Senario The Movie Episod 2: Beach Boys dan filem terbitan De Baron Sdn Bhd, Jalang pada 26 November.
Norman berkata, KRU Studios tidak meletakkan sasaran tinggi sebaliknya mensasarkan nilai kutipan antara RM2 juta hingga RM3 juta untuk filem terbarunya itu. Namun sekiranya My Spy berjaya mengutip RM3 juta, ia adalah satu pencapaian terbaik memandangkan My Spy berdepan persaingan sengit pada musim cuti sekolah.
“Sasaran kami untuk filem ini RM2 juta tetapi kalau My Spy berjaya mengutip RM3 juta, ia adalah satu angka terbaik yang dicapai pada penggal terakhir. Saya membuat kajian sejak 2007, kutipan filem lazimnya tinggi pada penggal pertama setiap tahun. Pada 2007, Jangan Pandang Belakang mencatat kutipan yang tinggi diikuti Duyung pada 2008 dan filem animasi Geng Pengembaraan Bermula sudah pun mendominasi pada awal tahun ini.
“Oleh itu, kutipan filem tempatan yang menjengah pawagam pada penghujung tahun lazimnya tidak dapat mengatasi kutipan pada penggal pertama. Dengan saingan filem Melayu yang masuk panggung setiap minggu menyebabkan kami tidak meletakkan sasaran yang tinggi bukan kerana kami memandang rendah kepada kemampuan filem terbitan sendiri,” katanya yang berpuas hati dengan kolaborasi AC Mizal dan Harun Salim Bachik.
Kata Norman, walaupun nama AC Mizal dan Harun dalam arena komedi tidak segah Senario, namun mereka mempunyai tarikan tersendiri, malah banyak maklum balas positif diterima daripada mereka yang sudah pun menonton filem berkenaan yang nyata terhibur dengan lawak bersahaja dua pelakon berkenaan serta kemunculan pelakon Adlin Aman Ramlie dalam filem itu.
Biarpun pada mulanya ada yang skeptikal dengan gabungan AC dan Harun, Norman berpendapat, KRU perlu memberi peluang kepada mereka untuk memegang watak utama bagi mewujudkan kelainan kepada filem My Spy.
“My Spy bukan filem Afdlin Shauki semata-mata. Lawak yang ditonjolkan dalam filem ini turut digabungkan dengan idea KRU Studio. Kami memang sentiasa mencari kelainan dalam setiap filem yang dihasilkan, malah kami juga mengambil langkah berani apabila menampilkan AC dan Harun yang sebelum ini tidak pernah diberi peluang memegang watak utama. Jika inginkan keuntungan mudah, kami boleh mengambil pelakon komedi yang terkenal untuk menarik orang ke pawagam tetapi KRU bukan begitu kerana kami mahu memberi peluang kepada pelakon lain.
“Sekiranya KRU tidak memberi peluang kepada mereka untuk mempertaruhkan bakat yang dimiliki, kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan mereka sebagai seorang pelakon komedi. Disebabkan itu KRU bagi peluang di samping untuk mencari satu kelainan,” katanya lagi.
Filem aksi komedi yang turut dibintangi Ridzuan Hashim, Daphne Iking, Carmen Soo, Hannah Tan dan Maria Farida ini mengisahkan dua penyiasat persendirian iaitu AJ dan Salleh yang membenci satu sama lain tetapi terpaksa bergabung tenaga untuk menyelesaikan kes terbesar mereka berhubung seorang Datuk. |
|
|
|
|
|
|
|
tak best ahh citer....aku cuma suka kat kete abg salleh tu jer.......
abg salleh nampak hensem hari ni........abg sallehhhhh........ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zlina1176 at 15-12-2009 21:22
dh tgk cite ni migu lepas. cite biasa je. byk sgt lawak lucah n totally x sesuai kalu bw bdk2 tgk. scene ms kejar mgejar d laut naik jet ski nmpk sgt tipu. bila kuar pagung rs x puas ati je... yg bestnya lakonan harum salleh bachik |
|
|
|
|
|
|
|
lor.. my spy xbesh ke?? adey!! |
|
|
|
|
|
|
|
laaaaa~ korg berminat jgk tgk crita ni? bila aku tau je pelakonnya ac, plizzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz la aku nak tgk... rupa2nya mmg tak best pun... save duit aku. mcm crita jin notti (kru jgk kan) tu pun, nasib bek aku tak tgk, sbb ada mawi.
harapkan pelakonnya wanita yg cantik2 je (cantik ke?)
herm. |
|
|
|
|
|
|
|
44# malindi
adesssssss. takyah tgk la kan. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tahap sampah citer ni! x best langsung! |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...saya bila tgk iklan yg tunjuk AC Mizal ckp menjerit2 guna suara falsetto tu terus turn off....tak minat nak layan citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
aku bler tgk producer dia kru jer mmg x pandang n terniat lgsg nak tgk...even aflin jd director psl mmg dh tau camner citer ni kalo kru yg produce...
say no to KRU.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak besh...antara filem afdlin yg teruk...maybe skrip ngan jalan citer KRU punya...
memang tak berbaloi2 tgk citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
sian ek citer ni xlaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
cite bodo
wat naik darah aku je, mbazir duit
dhs serik tgk cite kru |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni dh xde kat wayang ker/?? patut le nk book online xde pon kat TGV n GSC huhu hampeh jek |
|
|
|
|
|
|
|
mmg x best laa..
afdlin pye cite skang mmg da x syok cam dulu
papadom pun xbest mana..camna bleh menang best film FFM pun xtau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak best ker...
tak pe la, donlot aja ... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu mmg aku slalu guna ayat "mesti tgk citer afdlin,mesti best"
tp start dr sumolah,aku dah lowered my expectation.apetah lagi muvi2 yg seterusnya pun mcm ampeh--wlupun iklan mcm best.
papadom pun ok la,but xdela vasss sgt.but better la dr sumola he,los n faun ke.
so muvi ni pun xbest ek? so,xdapek la aku nak support tgk muvi.
aku tgu donlod or sewa cd je la |
|
|
|
|
|
|
|
best ialah terbaik, film2 afdlin bukan terbaik tp cukup bagus laa |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AtehYangSuram at 16-1-2010 16:31
"aku bler tgk producer dia kru jer mmg x pandang n terniat lgsg naktgk...even aflin jd director psl mmg dh tau camner citer ni kalo kru ygproduce...
say no to KRU...."
uish giler tak suka kau kat KRU. AKu rasa takde jugak teruk KRU ni... idea dorg lebih creative tuk gi jauh dan serious dalam bisnes filem nie..
Apa la yang kau menyampah kat KRU ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kru bg aku menyerikan industri, malah mereka lagi kreatif dan suka buat film2 yg keluar drpd kebiasaan film2 melayu mcm:
-merong mahawangsa, film epik
-magika, film muzikal
-cicakman, film superhero
-berbanding razak mohideen prof penang tu aku rasa kru lagi bagus laa |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by arisa_imamura at 16-1-2010 19:39
mmg la kru kreatif..tp masalahnya diorg suka wat filem yg gah dari segi kosmetik luaran jer..cgi, sound effect, animation, blue screen etc etc..sedangkan pengisian citer tu, pengarahan, skrip, lakonan dan perjalanan plot citer, menda2 yg basic la utk filem, tak diberi perhatian...itu la yg patut lebih diberi sentuhan kreativiti..not all those 'mekap' yg berlebih-lebihan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|