|
Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup...
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu."Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrh....?" Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu..Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah..Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..."
Keningku berkerut.... ...."Sedikit sekali Allah memanggil kita..?"
Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?"
Saya menggelengkan kepala.
"P anggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu."Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelasterdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat,sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel,Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik
umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".
Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.........
Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam.
Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat
Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua..
Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu".
Mata saya semakin berkaca-kaca. .........Subhanal lah...... ..saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan........Alhamdulillah...
"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ...."
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah
karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan
dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..........
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ .....**Huraisy |
|
|
|
|
|
|
|
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'
'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.
*kelima2 ni...dah jadi lazim KEBANYAKKAN orang zaman sekarang kan?nauzubilahiminzalik... |
|
|
|
|
|
|
|
1st 5 years of marriage mmg macam2 turbulence yg melanda...
kalau kurang sabar..kurang toleransi...high expectation..
membiarkan campur tangan pihak luaran..
mmg banyaklah masalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat..
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by putratropika at 20-3-2009 14:45 
Assalamualaikum wm wb..
Bila saya masuk sini atau 'rumah' masalah peribadi..saya nampak..banyak betul masaalah suami isteri...tak kira lebih banyak isteri ke..atau suami ke...tapi yang penting ...
bagusnya ko nie..leh wat menantu  |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka membaca pendapat orang2 biasa yang ada kat FD ni...tak kira lah ianya penuh pengajaran/pedoman atau sekadar coretan pengalaman.
tapi...kalau jenis copy and paste artikel macam ni aku memang tak hingin nak baca walau tinggi mana sekalipun tahap akademik dan pengajaran nya.
bagi la pendapat...iya ke ramai yang bercerai...anak2 terbiar. dalam kalangan hidup aku memang la ada tapi takde la ramai. setakat 2 @ 3 kes tu dari kalangan yang aku betul2 kenal dan tahu aku tak rasa itu ramai. perceraian ni bukan la penamat hidup gembira...itu mungkin peluang kedua bagi masing2 untuk memulakan hidup baru
apa pun...terima kasih kerana sumbangan ni
[ Last edited by ABAH35 at 15-4-2009 11:38 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ABAH35 at 15-4-2009 11:28 
aku suka membaca pendapat orang2 biasa yang ada kat FD ni...tak kira lah ianya penuh pengajaran/pedoman atau sekadar coretan pengalaman.
tapi...kalau jenis copy and paste artikel macam ni aku ...
apa ni....
tak hingin, tak perlu klik thread masuk ke sini dan susah payah baca......dah kutuk2 cakap terima kasih pulak..sungguh aku tak paham...
KALAU ADA yang ambik iktibar atau jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dari artikel ni..,kan dah kira bagus....?saya letak kat sini hanya untuk sapa2 yang tak tau...dan nak tau..tapi pada sapa yang dah tau..tapi terlupa..dan artikel2 ini mengingatkan kembali langkah2 yang sesuai diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau meringankan sesuatu masaalah yang terbeban....,disitu pun dah cukup bagus....saya tak tau apa cara yang dapat saya bantu dalam masaalah2 rumahtangga, persahabatan, percintaan dan lain2...cuma ini saja yang saya termampu buat....tak salahkan?
Kalau 2 dari sepuluh pembaca suka apa yang dibaca, saya nak buat macam mana? Terpulang kepada pembaca2 yang lain...mau ambik sebagai artikel sebagai satu langkah percubaan, then, cubaa....tapi kalau takat nak menyinggah sebab nak tau saja2..pun...terpulang.....saya tak paksa suruh ambik sebaris2 ayat untuk praktiskan....ikut masing2 punya kemahuan..
terpulang ye...tapi kalau misal kata ada yang ambik salah satu artikel ini atau sebaris ayat dalam artikel ini sebagai penyuntik semangat...saya dah cukup suka.....happy..sebab sama2 cuba untuk selesaikan masaalh...infact...saya sendiri pun, ada cuba apa yang telah tercatat disini...ada yang jadi..ada yang tak menjadi...tapi..sekurang2nya..kita cuba...kan?
wallahua'lam.. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lah amik ati apa la lu brader..apa dia cakap tu btui laa..setakat copy paste tazkirah..berlambak lam Net tu kalo nak
maksud dia ..godam minda tu sendiri dengan pengetahuan ko dapat tu ..kendian ko sesuaikan dengan konteks masarakat dan kalo buleh utarakan solution to current problems in our society..itu bertambah2 molek
ko amik satu ayat tuhan misal 'Bacalah..' ni jek ko dah bleh buat kitab kalo nak explore..lagi ko nak copy paste banyak2..buat apa?
dalam explore tu nanti ko blajo kasik pendapat, di kritik dan counter pendapat..dan kalo ko marah disitu nanti ko blajo tahan marah dan berfikir idea camna itu ini..walo pun dunia siber..emosi memori and imajinasi tetap anggap it is all for 'real'
forum ni asalnya bertujuan bertukar pendapat...pendapat
bukan forum asalnya bertukar copy paste..kat folders peberet aku tu beratus ntah ribu site aku mark untuk rujukan
sebab ko yang utarakan isu so kita oang nak tau lah pandangan ko..pendapat ORI ko mengenai nya. setakat ko copy oang tu cakap oang ni cakap..quran nabi kata..burung kakak tua pun buleh ulang apa oang cakap kat dia berulang kali..ok? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by putratropika at 20-3-2009 14:56 
mungkin kebanyakkan berlakunya permasaalahan2 ini kerana kurangnya didikan agama?
ni contoh jawapan 'pi mai tang tu' macam burung kakak tua..ulang mende sama..tak dak exploration esp new age cultures |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fasha_dear at 20-3-2009 14:47 
sebenarnya pendedahan media juga adalah faktor penyumbang kepada permasalahan ini...
ni contoh baik.
actually mende ni dah di perkata cuma tak di elaborate sekuatnya in society islam esp DUNIA ISLAM
malah saya penah baca soang ulama malah dia peringatkan JANGAN PANDANG RENDAH PENGARUH MEDIA..i think back in 20 years ago kut aku baca peringatan dia
sejauh mana ramai kita faham pengaruh media i.e. propaganda membentuk masarakat? samada menuju kebaikan or keburukan?
sejauh mana peranan MEDIA sebagai pengasuh manusia di zaman milinium cenggini?
cuba bezakan media sekarang berbanding misal 20 taun dulu or 10 taun dulu. exposure pada media, pengaruh media to mind body and soul of human beings etc. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
GODALAH PASANGAN ANDA
Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya
lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan
yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan
gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap
anda akan berjaya.
1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk
dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,
cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa
stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang
dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?
Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk
menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya
namanya.
2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang
tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.
Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si
dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.
3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian
semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.
Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak
sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja
pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,
pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika
itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.
Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan
besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti
mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan
daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu
tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.
5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya
tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti
seronok menyakat si dia dengan cara ini.
6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.
Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton
televisyen atau semasa berbual-bual..
7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya
dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti
orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila
sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda
perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan
waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula
dimarahinya.
8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak
juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika
bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun
kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si
dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat
dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,
romantiknya.
10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,
cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah
terancam si dia memandang.
11. Nak masukkan gear...ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.
Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa
salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya
dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.
12. Ops... tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas
mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa
hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak
biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda....
13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka
tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya
menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya
terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.
Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula
pada anda.
14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel
dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.
Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga
boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya...
15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai
merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.
Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya
jadinya.
16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk
bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti
hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke
rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa
dirinya lebih disayangi.
17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,
mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu
tunggu-tunggu lagi.
18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh
itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,
setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila
dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..
Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar,
takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,
ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan
pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.
20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si
dia.
selamat mencuba |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun bersyukur byk2 tidak dilanda turbulence or tornado lagi alhamdulillah....dan sentiasa berdoa tidak diduga dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh saya...
mayb blh share tips kat sini..my husband kind of romantic lah jugak...he sms me, tonite we have a date ya darling....things like that lah..date ni means..
next day he sms again..thankyou so much for last nite. love u...
kalau bekalkan dia makanan pi keja pun..masa dia buka bekal tu..so wonderful he sms me..abang tgh makan ni..sedapnya...thankyou so much..
so husbands out there..its just a sms ...but it means a lot to wives... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by putratropika at 22-4-2009 13:35 
apa ni....
tak hingin, tak perlu klik thread masuk ke sini dan susah payah baca......dah kutuk2 cakap terima kasih pulak..sungguh aku tak paham...
KALAU ADA yang ambik iktibar atau jala ...
bukan kutuk bang...itu pandangan aku pada pembuka2 thread macam ko ni yang gemar salin dan tampal isu2 tertentu pasal permasalahan rumahtangga umpama dunia perkahwinan ni kucar kacir sebenarnya....lepas tu tinggal kan macam tu je. sesekali masuk pun sekadar tampal lagi artikel lain.
cuba pikir sendiri...tengok sekeliling ko...apakah ada kebenaran cerita2 hitam pasal rumahtangga ni...yang membuatkan hati lara...anak2 terbiar melarat. aku sampai sekarang pun suka baca majalah mingguan wanita tu...dan artikel2 kat dalam tu kalau ko baca dan fahami maka ko tak akan jumpa sebaris ayat pun pasal kebaikan lelaki....sekarang ni kat majalah tu aku cuma baca resepi je...sesekali baca ruangan 'pengakuan duda'......
aku bukannya nak tahu apa cadangan ko untuk selesaikan masalah tu...cuma aku nak tahu je apa pandangan ko sekurang kurangnya....bagi la sentuhan peribadi sikit...baru la ber erti....hihih.
plissss la....jgn la salin dan tampal gini je
hidup ni bang...hari2 pun kita ni selesaikan masalah je kejanya...apa yang pelik sangatnya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
husband saya kalau baca kisah isteri2 mendrita kat mingguan malaysia, paper ahad tu..di celah2 kehidupan tu..langsung tk percaya cerita2 semua tu..he is very positive person...dia tak percaya pun ada suami buat perkara2 mcm tu towards wife and children..
then bila adik dia sendiri buat hal, cari betina lain lah..dia kata orang yang tak mengamalkan ajaran islam sepenuhnya maka mudahlah terikut hasutan syaitan...
seeloknya kembalilah ke ajaran islam yang sebenar..insyallah tiada permasalahan semua ni..kerana kita tahu tujuan hidup di dunia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tulis apa dlm ni? errrr...takde pape la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 22-4-2009 14:38 
GODALAH PASANGAN ANDA
Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya
lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan
yang lama atau sesuatu pe ...
terima kasih eh sun...share artikel ni sama2...banyak benda yang saya tak tau..sekarang saya tau sikit2...boleh bagi info ni kat my sister...suruh dia cuba2..eheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 22-4-2009 14:42 
saya pun bersyukur byk2 tidak dilanda turbulence or tornado lagi alhamdulillah....dan sentiasa berdoa tidak diduga dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh saya...
mayb blh share tips kat sin ...
whoah...bahagianyaa....berapa tahun u dah kawin ni?still he trick u like that?harap2 sampai hujung nyawa eh....eh...lagi sekali..tq for the tips.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|