|
Ramai orang GOV tak pegi kerja pagi ni sebab jalan tutup - Sidang DUN
[Copy link]
|
|
gua sebagai rakyat PERAK....mengusulkan PARTI PAS, DAP, PKR, BN, UMENO sila keluar dari negeri PERAK dan jangan datang balik sampai bila2 pun....tade maknenye korang berada disini, tade pekdah, menyusahkan rakyat PERAK.... |
|
|
|
|
|
|
|
" PAS, DAP, PKR, UMNO, BN SILA KELUAR DARI NEGERI PERAK " :@ ....UMNO korup, PAS nama jek ISLAM perangai macam jin tanah, DAP perampas, PKR tiada hala tuju....kami tak perlukan ahli politik, kami perlukan pemimpin yang bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #43 houdini\ catat
gigih betulllllllllllllllll................. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 mamaraziq's post
|
|
|
|
|
|
|
Balas #45 dak_ker\ catat
risau nak amek gambo... takut kena tangkap pula... sebab office kat belakang sikit dari bagunan SUK |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #40 mamaraziq's post
best pe koje kat sabah....
boleh dpt tiket pree balik semenanjung...
ada pilihanraya pun balik jugak...hahahahaha
best oooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 mamaraziq\ catat
sesekali org peghak kene jem yg teruk jenoh kome ye....teman dah biasa terperangkap dlm jem sejam dua kat penang ni haaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
12:01pm Perak assemblymen still observing one-hour adjournment. Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir and executive councillors return to the hall after a short break.
The Raja Muda of Perak, Raja Nazrin Shah, is expected to deliver his opening address at 12:30pm.
The address was initially supposed to have been delivered this morning after a short statement from 揻ormer |
|
|
|
|
|
|
|
2:00pm A small group of people has gathered outside the Federal Reserve Unit base in Ipoh where more than 30 of the 64 people arrested this morning are being kept.
Supporters are encouraging motorists to honk their horns as a show of protest against the arrests. It抯 mighty noisy in 搒leepy old |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 AnBulisia's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 yaneng's post
awat time dia tak ikut turutan?
penin bace
tengkiu kak, ramainya kene tangkap, nak tgk berita mlm ni..akak dpt dr mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #53 dak_ker\ catat
cuba tengok Berita Harian Online... |
|
|
|
|
|
|
|
apasal aku tak dengar apa2? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 mamaraziq's post
tgk dah, erkkk, sabo jek laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.malaysiakini.com/
Berikut perkembangan terkini di Perak: -------> ENGLISH VERSION LEBIH TERKINI
3.15pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN.
Baginda kemudian bertitah kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan).
Mohamad Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing.
3.12pmV Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempatyang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAPitu.
3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.
Beliaujuga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-SimpangPulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan.
Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.
2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.
2.41pmSekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", yang dilaporkananggota polis mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.
2.35pmUsaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar daritempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUNPakatan Rakyat.
Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan.
2.15pmPersidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatancuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan.
Suasanakelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Salingtolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri diatas meja.
Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUNbagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agarmereka meninggalkan dewan.
Pada waktu yang sama, wakil-wakilrakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat dudukSpeaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan.
1.10pmDifahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadualmembuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.
Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya. |
|
|
|
|
|
|
|
12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speakerbaru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selamasejam lagi.
Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.
12.45pmThomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arahtimbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalamdialek Kantonis.
ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.
Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya.
Wakil-wakilrakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefonmereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.
12.37pmHampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUNBN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ- meninggalkan dewan.
Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan,dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlakusedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi merekakemudian menghentikannya.
Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.
12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan.
Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar.
Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising.
11.59am Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak.
Kedua-duakumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan sedang menunggu di dalam dewan.Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedangmenunggu.
11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.
Walaupuntanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agartujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebasmeninggalkan dewan.
Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.
Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.
Wakil-wakilrakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk SeriMohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakanselanjutnya.
Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi.
11.13am Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.
Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.
11.01am Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry.
Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.
Denganperlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagaipemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau VSivakumar daripada kerusi Speaker.
Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.
KemudianZambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongantangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesansebagai Speaker baru.
Dengan cepat Ganesan tampil dan menerimapakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatanganibeberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.
Sivakumar masihduduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) iniharam", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalahharam" dan "Perak ada Speaker haram."
Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.
Sivakumarkemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usulyang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.
ADUNPakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahanSivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawahpokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah.
10.35amKedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speakerterus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikanbeliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetapbertegas Speaker itu telah diganti.
Speakermengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakilrakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapunenggan berbuat demikian.
Kedua-dua pihak berkerumun di kerusimenteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewancuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speakertidak melayannya.
Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukartetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depanSpeaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuatbising.
Suasana tegang berlanjutan.
Pemangku Raja Perak,Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangantersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.
10.20amSuasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BNdan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusanSpeaker, V Sivakumar.
SekumpulanADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang jugadigantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakanpersidangan.
Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.
Tindakanitu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah.Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewanmenjadi tidak tentu hala.
Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.
Menteribesar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speakermenjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cubamenghalang Zambry bercakap.
Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.
10.19amDua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perakkerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunantersebut.
Wakilrakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagiSungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkangyang telah ditahan.
9.55am Speaker DUN VSivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enamexconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut -keluar.
Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuhitu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk mejasebagai tanda sokongan.
Tindakan tersebut bermakna Speaker -yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidakmengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantunganyang dibuat oleh DUN.
Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan.
Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.
Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil.
ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.
SpeakerDUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihakBN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain. |
|
|
|
|
|
|
|
9.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang jugaahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utamapentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.
9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN.
Kedatanganbaginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, merekasemua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BNDatuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu.
9.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang.
Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh.
9.23amBilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vestkuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno.
Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.
9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis.
Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."
8.50amSekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimenPKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.
8.40amSemua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak,beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi,antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUNbersidang dengan aman."
Mereka juga melaungkan "daulat tuanku."
8.35am MohamadNizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandudibenarkan masuk.
8.30amSemua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalamsebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yangberpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.
Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.
7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak.
7.45amKawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yangmenempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada haripertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|