|
hahaha.. yer ke bocor? bahaya tu.. pasal kalo hull ks tu ada keretakan atau bocor bahaya kalo gi nyelam pasal tekanan pada hull tu silap2 leh pecah ks tu.. hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by thenone at 13-11-2009 16:14
patut atau tidak kapal selam quessant S623 dijadikan muzium.
thenone Post at 13-11-2009 11:11
Patut .....Patut memang patut sangat....untuk kenang kenangan den nak melawat ouessant nanti....dalam mase same bole jd tourist guide..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tanya DAP mau diorang suruh YB2 kita semua naik kapal selam RSN je. |
|
|
|
|
|
|
|
43# jazim
DAP kan nak jadikan P.Pinang sbg singapore no 2.. tambah2 plak dieorg pernah KECEWA Malaysia x nak jual pasir kat singapore.. orang melayu patut berhijrah ramai2 plak kat p. pinang.. biar ketua menteri after PRU 18 nnt dari org melayu plak. |
|
|
|
|
|
|
|
44# cmf_tin
kasi tau laa bro npe patut jadi muzium, kome nak tau gak mana yg terbaik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab jadi muzium...lama
Sebab nape tak patut jadi muzium....Ouessant retired tahun 2001..kalau tak salah aku electronics dia 'not bad' dan ada keupayaan Sub-Exocet. |
|
|
|
|
|
|
|
45# thenone Klau ko nak tau Melayu kt Penang pun dah 50%, kira ramaila tu, yg susahnyer sbb Chinese kt ctu dah pegang ekonomi Penang, they have money, klau org Melayu berhijrah ramaikan percentage Melayu Penang pun, berapa kerat je yg mampu beli properties kt Penang tu? Island beb, tanah terhad, last aku check landed properties diorg jauh lagi mahal dr KL punya price, klau org Melayu nk bersaing kita kena pegang ekonomi, itu jer~ |
|
|
|
|
|
|
|
48# rastablank
betul tak nafikan mmg chinese pegang ekonomi penang, tapi insyaAllah faktor majoriti melayu dalam populasi kat penang pon bleh mempengaruhi ekonomi dan politik, selain tembah jumlah populasi melayu kat penang, jutawan2 melayu pon kena laa buat pelaburan untuk imbangi penguasaan ekonomi kat penang.
pergh ni dah konar 90 darjah dari topik.... hua3x |
|
|
|
|
|
|
|
47# alphawolf
aa... ouessant bleh lancarkan sm-39 exocet, 2001 restired then gomen spend RM 67 Mil untuk baik pulih ouessant tu, 2003 RMN guna untuk training, so kte dah guna lebih dr 5 thn, tu laa kome tanya pendpat pakar2 kat sini elok ke tak kalo kite bajet dlm RM 100 mil ke atau lebih sket untuk upgrade ke refurbish ke supaya ouessant dilanjutkan tempoh penggunaan dlm 5-10 thn lg sebgai kapal latihan memandangkan RMN bercadang nak ada 3 set krew KS dan planning ATM untuk ada 6 buah kapal selam menjelang 2020.
tak dinafikan agosta tu mmg dah 30thn cuma tak tau kalo laa ouessant tu di SLEP kan berbaloi atau tak memandangkan kos maintenance dan alat ganti untuk jangkamasa 5-10 thn tu mungkin mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
50# thenone
not worth it kalo wat museum.........tapi kalo jdkn training sub (mcm KD hang tuah) boleh...dan bila berlaku kecemasan blh di arm kan to the teeth |
|
|
|
|
|
|
|
51# lkick2113
tapi kos maintenance tiap2 tahun plak camner? tpi kalo leh dpt kerjasama dari pakistan mungkin takde masalah kut... |
|
|
|
|
|
|
|
03/05/06 - ARMARIS wins "Scorpene simulator" project in Malaysia
Image Paris (France) 03 May - The Malaysian government has just awarded ARMARIS a contract worth over 23 million Euros to provide a diving and Scorpene submarine platform simulator.
The contract was signed by the Secretary General of the Ministry of Defense, Tan Sri Subhan and by Alain Bovis, the Managing Director of ARMARIS in the presence of Deputy Prime Minister, Dato’ Sri Najib, during an official ceremony on 24 April during the Defense Services Asia (DSA) 2006 exhibition in Kuala-Lumpur.
The Scorpene submarine diving and platform simulator will be built by DCN’s « Naval Equipment » business unit based in Ruelle, near Angoulême (France).
After a two-year construction period, this simulator will be installed in the Training Center for the Malaysian Navy in Brest until the end of April 2009, so as to complete the training of Malaysian submariners.
It will then be transferred to Malaysia for the ongoing instruction of submariners trained in France and initial training for new Malaysian submariners.
The contract includes a three-year training and maintenance period in Malaysia.
Armaris, a joint venture of DCN and Thales is the French prime contractor for the Malaysian submarine program which will allow the Royal Malaysian Navy to acquire an effective submarine force.
It includes the construction of two Scorpene submarines, now being built by the French shipbuilder DCN and its Spanish partner, Navantia (formerly Izar), as well as the training of Malaysian crews, and necessary maintenance for an Agosta Class submarine, the Ouessant, which was withdrawn from active service by the French Navy, to serve as a trainer for Malaysian crew.
On 27 April 2005, an official ceremony marked the arrival of the first contingent of students from the Royal Malaysian Navy to DCI’s (Défense Conseil International) submarine training unit, NAVFCO, in Brest, where they will become fully-trained submariners. This program will allow Malaysian submariners to acquire the skills needed to safely operate Scorpene Class submarines.
p/s: sekiranya RMN mempunyai simulator, bolehkah ini dijadikan faktor antara sebab2 mengapa ouessant tidak diperlukan sebagai kapal latihan dan layak dijadikan muzium? |
|
|
|
|
|
|
|
BREST (Perancis), 24 Mei (Bernama) -- Jika anda klaustrophobia, yakni takutkan ruang sempit, anda tidak mungkin boleh menjadi petugas kapal selam.
Ini yang disedari pemberita Bernama ini bila beliau meninjau ke dalam sebuah kapal selam kelas Agosta, Ouessant, yang digunakan oleh kumpulan pertama anggota kapal selam Malaysia untuk latihan peringkat awal.
Koridor begitu sempit hingga hanya seorang saja boleh melaluinya pada satu-satu masa.
Mes pegawainya, dianggap satu "kemewahan" walaupun keluasannya hanya 8x6 kaki.
Dapurnya di mana 100 makanan disiapkan sehari, terlalu kecil hingga chef hanya boleh bergerak beberapa langkah sekitarnya sebelum tersua dinding.
Pada sebelah pagi, krew terpaksa berbaris menggunakan satu daripada hanya dua bilik air dalam kapal selam itu - sebuah lagi hanya untuk membuang air kecil.
Sukar membayangkan bagaimana lebih 70 lelaki boleh menghabiskan masa 12 hari dalam ruang sempit kapal itu semasa latihan laut.
Menurut pegawai memerintahnya Jean Magne, bekas kapal selam tentera laut Perancis itu pada mulanya disediakan untuk krew operasi seramai hanya 58 orang.
Bagaimanapun, pelatih Malaysia tidak bersungut atau menunjukkan kesukaran menyesuaikan diri dalam persekitaran sempit.
Ini amat menarik memandangkan kumpulan pelatih itu tidak mempunyai pengalaman bertugas dalam kapal selam sebelum ini, katanya kepada Bernama di limbungan DCN, tempat kapal itu berlabuh, hari ini.
Pelatih-pelatih itu mengikuti latihan di sekolah kapal selam di sini dikendalikan oleh Defense Conseil International dan NAVFCO (Syarikat Naval Perancis bagi Latihan dan Nasihat) dan dipantau oleh Authority of the French Submarine Force, atau ALFOST.
Mereka mengikuti kelas pada hari-hari biasa dan diuji setiap minggu mengenai subjek berkenaan menerusi peperiksaan bertulis dan lisan serta pencapaian menggunakan simulator.
Jadual yang penuh memerlukan mereka menguasai pelbagai kemahiran dan pengetahuan termasuk kemahiran navigasi, kejuruteraan elektrik serta pengetahuan penyenggaraan dan operasi.
Mereka yang berjaya akan mengikuti latihan laut dalam Agosta selama 12 hari bagi mendapatkan pengalaman amali dan mengendali kapal selam untuk menyediakan mereka bagi mengendali kapal selam Scorpene yang lebih canggih, kini dipasang di Cherboug, Perancis dan dermaga Navantia di Cartagena, Sepanyol.
Pada setiap latihan laut, 25 pelatih itu dipandu dan dinilai masing-masing oleh seorang jurulatih, kebanyakannya bekas tentera laut Perancis yang pernah bertugas di Ouessant sebelum kapal itu ditamatkan tauliah pada 2003.
Pengarah sekolah itu, Loic Andrieu berkata pelatih dikehendaki lulus peperiksaan dengan cemerlang dan menyempurnakan sekurang-kurangnya 250 jam selaman dalam Ouessant sebelum mereka layak menjadi anggota kapal selam.
Selepas dua tahun latihan di kelas Agosta, latihan diteruskan di dalam Scorpene, katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu kome nak tau, kalo kte guna pakistan punya expertise untuk upgrade kepada agosta 90B, tuan2 rasa berbaloi ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
BREST (Perancis), 24 Mei (Bernama) -- Jika anda klaustrophobia, yakni takutkan ruang sempit, anda tidak mungkin boleh menjadi petugas kapal selam.
Ini yang disedari pemberita Bernama ini bila belia ...
thenone Post at 16-11-2009 18:31
Kalau aku dapat masuk navy dulu, sohih le jadi anak kapal permukaan je (jenis kapal favourite aku). |
|
|
|
|
|
|
|
tp hakikatnya, klu tanye krew2 kita yg dah training ngn kapal ni diorang tak sanggup lg dah..... setiap sailing, ade saje menitik sini, menitik sana, bocor.....
utk firing pun tak boleh, sbb system dah terlalu outdated.......
Sapa yg suka ngan platform latihan depa?
Yg penting, yg outdated blh diupgrade, yg lama blh di-refurbish. Pakistan ada teknologi pembaikpulihan & penambahbaikkan kelas Agosta. Pastinya ada manfaat kat situ.
lagi satu kome nak tau, kalo kte guna pakistan punya expertise untuk upgrade kepada agosta 90B, tuan2 rasa berbaloi ke tak?
Tak. Sbb Agosta 90B guna hull yg berbeza, so kos upgrade ke 90B lebih besar, baik kita beli Agosta 90B yg baru je. Ouessant lbh sesuai refurbish sbg platform latihan & platform ronda yg terhad. |
|
|
|
|
|
|
|
57# robotech
Tidak dinafikan, membaikpulih dan menaiktaraf Ouessant adalah pilihan yang bagus....tetapi it is not as simple as that...
In bigger View....more subs means more support....means more crew, more spare parts, more base support more etc...
sekiranya ouessant dikekalkan dalam service...TLDM terpaksa menyediakan segala kemudahan dan bantuan yang diperlukan untuk mengoperasikan kapal selam ini dengan jayanya....ini termasuklah menandatangani semula kontrak penyelenggaraan, kontrak spare parts, kontrak training dan sebagainya....tidak dinafikan krew scorpene yang ada sekarang mampu untuk mengoperasikan ouessant tetapi disebabkan limitasi anggota, kesemua krew termasuklah krew simpanan adalah diterhadkan terhadap pengoperasian scorpene sahaja (memang itupun tujuan asalnya)......ouessant hanyalah platform latihan bagi mendapatkan diving hours yang mencukupi sebelum boleh mengoperasikan scorpene (ini kerana kita bermula dari ZERO dan tidak mempunyai sebarang kapal selam mahupun scorpene sebelum ini)...kalau kita ada scorpene sebelum ni for sure kita akan guna scorpene sebagai platform latihan.....so no need for conversion....
So in the end we need two sets of training school, two set of instructors...for sure buat masa sekarang ni kene pakai instructor luar coz krew baru je nak timba pengalaman dengan kapal baru.....ianya juga for sure akan menelan belanja yang besar....Agosta system and scorpene system is totally different....satu outdated satu canggih manggih....so u must have two simulators to train the future crews....simulator pun kene maintain maaa....
satu kelebihan yang ada pada platform Agosta adalah sistem nya yang tradisional...which mean we have to apply all basic skills and knowledge mainly using manual techniques.....plotting manual, radar tracking manual, almost everything manual....but it is not necessarily to be learned onboard, we can do it ashore as well...maksudnya di sekolah kapal selam....
so again pada hemat patik yang bernilai dueposen ni...adalah lebih bagus kita maintain saje dua scorpene dan jalankan latihan praktikal menggunakan scorpene yang sedia ada...x payah nak convert convert..dan bolehlah hantar ouessant ke muzium di Melaka....off course la the best thing kalau ade satu lagi scorpene khas utk latihan....masalahnye bende tu x wujud.....so optimisekan apa yang kita ada..... utk latihan basic dan teori pula kita telah dilengkapkan dengan simulator yang canggih manggih di sepanggar, so xde masalah....
sekian |
|
|
|
|
|
|
|
48# rastablank
betul tak nafikan mmg chinese pegang ekonomi penang, tapi insyaAllah faktor majoriti melayu dalam populasi kat penang pon bleh mempengaruhi ekonomi dan politik, selain tembah juml ...
thenone Post at 16-11-2009 13:50
orang melayu dah 'otomatik' terhalau dari tanah pulau P.Pinang...ramai dah yang berhijrah ke Kulim & Sg. Petani, Kedah..
aku salah sorang yang masih bertahan kat tanah pulau ni... |
|
|
|
|
|
|
|
59# gede-bab
teruskan bertahan muahahahaha... |
|
|
|
|
|
|
| |
|