CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 2-12-2009 02:24 PM | Show all posts
best arr fizzi...
fizzi memang best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 03:29 PM | Show all posts
best bila nak smbg lagi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 11:10 PM | Show all posts
“Mak sihat ka?” soal Farid sebaik terdengar suara ibunya di hujung talian.

“Sihat..hang tak dak kelas ka hari ni?” soal Mak Kiah.

“Mana ada. Hari ni kan hari Sabtu mak…Mak masak apa hari ni?” soal Farid sambil merenung luar jendela biliknya.

“Masak rebung…buat masak lemak.Kak hang ada hantar duit kat hang kelmarin. Hang dah dapat belum?” soal Mak Kiah.

“Tau. Ala mak..tak payah hantar duitlah kat adik. Duit biasiswa adik tu cukuplah mak..” kata Farid. Mak Kiah mendengus.

“Hang toksah bimbangla pasal duit. Ada, mak bagi. Nak guna ka tak, ikut hang la. Ni adik..ingat pesan mak ni…belajar rajin-rajin…ingat cita-cita adik tu,”kata Mak Kiah.

“Hmm..ya lah mak. Adik ingat. Mak jaga diri baik2 na. Jangan dok sorang2 pulak. Ajak kak Lang teman,” pesan Farid.

“Mmm..ya lah.” Mak Kiah angguk saja.

“Bye mak. Adik letak telefon dulu. Lain kali, adik telefon lagi,” kata Farid.

“Adik!Mak nak tanya ni…” kata Mak Kiah sebelum meletak telefon.

“Apa?” Farid menjelir lidahnya. Takutnya…nak tanya apa ni…

“Dah ada pengganti ka belum?” soal ibunya. Farid terkedu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 11:11 PM | Show all posts
Diana merenung ke luar tingkap bilik tidurnya. Bunyi pintu pagar rumahnya dibuka. Diana menjengah ke jendela. Dari tingkap biliknya yang terletak di tingkat atas banglo 2 tingkat itu, Diana dapat lihat ayah, ibunya dan abangnya sudah pulang dari restoran mereka. Ayah dan ibunya menguruskan sebuah restoran di pusat bandar. Manakala abangnya pula menguruskan kedai serbaneka yang terletak di sebuah institusi pengajian awam.

Diana cepat2 turun. Pintu utama dibuka.

“Sayang…”ibunya memeluk Diana sebaik pintu dibuka. Diana membalas pelukan ibunya. Puan Nariah mengusap dahi Diana.

“Dah makan?” soal  Puan Nariah.

“Dah. Nasi goreng,” kata Diana.

“Mana dapat?” soal Puan Nariah. Diana mencium tangan ayahnya yang baru saja masuk ke rumah.Ayahnya dahulu merupakan seorang diplomat. Pencen awal, buat perniagaan sendiri. Mulanya hanya dengan sebuah restoran.

“Masak sendiri la,” balas Diana. Senyum. Masing-masing menuju ke dapur. Diana menuangkan minuman kepada ayah dan ibunya. Meja makan selalu menjadi tempat perbualan mereka anak beranak setiap kali pulang dari berniaga.

Daniel duduk di sebelah Diana. Diana menghulurkan air sejuk kepada abangnya.

“Esok nak ikut ibu dan ayah ke, abang?” soal Puan Nariah. Daniel senyum sambil meneguk minumannnya.

“Abang!”

“Agak dah!!” Encik Tahir senyum simpul. Faham benar perangai anak tunggal perempuannya.

“Yela, ayah ada ibu untuk teman. Abang, tak ada orang teman..” kata Diana.

“Hmm…rasional…” kata Encik Tahir sambil senyum sumbing.

Perbualan disambung, berkisar tentang hasil kutipan perniagaan dan karenah pelanggan. Kira2 jam 12 malam, barulah masing2 menuju ke bilik masing2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 11:12 PM | Show all posts
Diana melilau-lilau dihadapan deretan kedai 2 tingkat yang sebaris dengan kedai serbaneka milik keluarganya. Malam. Kenderaan bertali-arus keluar masuk ke kawasan itu. Diana cepat2 masuk kembali ke kedai milik abangnya.

“Hihihi….”Daniel kehairanan sebaik melihat Diana yang ketawa sendirian sebaik pulang dari merayau. Ada sesuatu yang disembunyikannya di sebalik baju pijamanya.
“Apa?” soal Daniel curiga. Diana sengih lagi. Daniel dihampiri rapat. Tangannya yang dari tadi menyeluk kocek pijamanya perlahan2 dikeluarkan.

“Tada!!!!!” sebuah cekera padat ditunjukkan kepada Daniel.Berkerut dahi Daniel.

“Apa ni?” soal Daniel kehairanan.

“Hihihi….” Diana masih tersengih2.

“Tengokla baik2…”katanya. Farid mula meneliti tajuk yang tertera di cakera padat yang baru ditunjukkan kepadanya.

“Aik…ni kan cd cerita Twilight yang Di kata nak pergi tengok kat Mid-Valley dengan kawan-kawan?” terjungkit kening Daniel kehairanan. Diana mengulum senyum.

“Hari tu tak jadi tengok cerita ni. Full seat! So, kitorang tengok cerita lain,” balas Diana.

“Kat mana beli ni?” soal Daniel hairan.

“Kat depan 7-Eleven sana,” balasnya.

“Cetak rompak???” Daniel hampir2 tidak percaya. Diana sengih sahaja. Daniel dengkel melihat adiknya yang tersengih2 memandangnya. Haduii…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 11:12 PM | Show all posts
Awal-awal pagi, Diana sudah bangun. Selepas bersiap-siap untuk pulang ke asramanya, segera dia turun ke ruang tamu. Ruang menonton dihampiri. Puan Nariah yang baru menggalas tas tangannya pelik melihat Diana yang sedang tercari-cari sesuatu di rak TV.

“Cari apa lagi?” soal Puan Nariah sambil menghampiri anak perempuannya.

“CD..”balas Diana sambil menyelongkar rak-rak CD.

“CD apa?” soal Puan Nariah. Kunci kereta sudah dikeluarkan dari tas tangannya.

“CD yang Di beli semalam. Malam tadi, lepas balik, Di tak larat nak tengok sebab ngantuk. So, Di letak kat atas TV ni. Ibu nampak tak?” soal Diana.

“Rasanya pagi tadi, abang yang ambil. Dia dah bawak pergi kedai,” kata Puan Nafsiah.

“What???!!!” hampir2 terjerit Diana. Semalam lagi abangnya sudah tahu yang dia akan membawa pulang CD itu asrama untuk ditonton bersama kawan2 sebiliknya.

Diana segera berlari ke telefon. Jarinya yang runcing pantas mendail nombor telefon bimbit abangnya. Sesekali dia mendesah menunggu panggilan dijawab. Puan Nariah angkat bendera putih, malas hendak campur urusan anak-anaknya ketika itu. Diorang pandai buat masalah, pandai2lah bincang untuk settlekan!

“Abang!!!!!” jerit Diana sebaik panggilan bersambut. Hampir2 tercabut telinga Daniel.

“Abang jahat!! Di kan dah cakap, CD tu Di nak bawak balik kampus pagi ni!Kenapa abang ambil?” marah Diana. Semalam, bukan main berlagak tak heran langsung pada CD tu, tup-tup, pagi ni, dia pulak yang terlebih dari awal meminjam!

“Ala…sorry la Di. Abang lupalah.Nanti abang hantar kat kampus malam nanti…okay sayang..” pujuk Daniel.

Alamak…ni yang aku lemah ni….dia panggil sayang pulak….Gagang telefon dihempas. Ibunya dihampiri.

“Jomlah ibu,” kata Diana. Puan Nariah menggeleng. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Puan Nariah akan menghantar Diana pulang ke kampusnya pagi ini.

“Sudah-sudahlah…tak payah bergaduh dengan abang..” pujuk Puan Nariah. Diana diam. Tidak mahu menunjukkan kemarahannya di hadapan ibunya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2009 11:18 PM | Show all posts
Isnin. Perpustakaan penuh dengan siswa-siswi yang sedang mentelaah. Diana memandang Farid yang duduk di hadapannya. Kenapa aku asyik terjumpa budak ni?

“Kau dah makan?” soal Farid sambil membuka buku dihadapannya. Raja sedang sibuk berbual dengan Khairil dan Lina.

“Belum” balas Diana.

“Kau nak makan?” soal Farid lagi.

“Tak nak,” balas Diana. Farid jungkit bahu. Sejak dia terserempak dengan Diana di perpustakaan tadi, muka Diana masam mencuka saja.

“Kau makan siput sedut tak?” soal Farid.Sengaja memancing Diana untuk bersembang.

Diana angguk.Masih diam.

“Aku paling suka siput sedut masak lemak. Kau?” soal Farid.

“Sama,” balas Diana pendek.

“Macam mana kau makan siput sedut tu?” soal Farid.
“Pakai mulut..” balas Diana pendek. Farid terkesima. Kesitu pulak yang dijawab.

“Hahahaha!!!Pandaila kau! Memanglah makan pakai mulut.Takkan makan pakai hidung…” Farid buat2 ketawa. Diana masih tunduk, merenung buku di depannya. Farid menjeling kea rah Lina yang sibuk bersembang tanpa menghiraukan mereka di tepinya.

“Kau kenapa? Masam mencuka je,” soal Farid. Diana menarik nafas lemah.

“Cd aku….” Kata Diana. Wajah Farid direnungnya.

“CD???” Farid terpinga-pinga. Apa kaitannya dengan siput sedut???

“CD apa??”

“CD Twilight aku….”kata Diana.Buku di depannya ditutup dengan kasar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 11:19 PM | Show all posts
“Kenapa?” soal Farid.

“Abang aku!!!!Penat2 aku beli CD tu kat pasaran gelap, tau2 senang je dia kebas!!!Dah tu, janji nak pulang malam semalam…sampai ke hari ni pun dia tak pulangkan..”rungut Diana.
       
“Laa…aku ingatkan apa.Ala, nanti kau balik rumah, kau tengokla,” kata Farid.

“Aku tak nak!!Aku nak tengok semalam!!!” marah Diana.

“La..dah tak boleh tengok semalam, tengok esok-esok sajalah!” pujuk Farid.

“Arh!!Yang aku geram, kenapa dia ambik CD aku!!Dia tahu yang aku nak bawak balik Cd tu ke sini semalam!!” rungut Diana lagi.

Farid mengeleng2kan kepalanya.

“Kau ni, kalau sekarang tak apa kau nak buat perangai panas baran kau ni. Kalau lepas kahwin kau buat perangai baran macam ni jugak…mau melayang pinggan mangkuk kat umah kau,” kata Farid sambil tersenyum2.

Bulat mata Diana mendengar kata2 Farid.

“Kau ni kenapa???Ada aku suruh kau komen pasal perangai aku???” marah Diana.

“Eh!!Kau marah kat abang kau, kenapa aku pulak yang jadi mangsa nih?” soal Farid pelik.

“Dah kau aje yang ada kat depan aku,”balas Diana.

“Haa..elok sangatla tu..” gumam Farid. Naik cuak juga dia dimarahi sebegitu. Diana terdiam. Pantas, mukanya dipalingkan kea rah lain. Api kemarahannya bagai disimbah dengan minyak tanah oleh Farid.

Melihat Diana yang diam menahan marah, Farid bangun meninggalkan meja itu.

“Haa..marah!marah!!” Farid meninggalkan Diana yang masih membara. Diana merenung langkah Farid yang meninggalkannya menuju ke rak buku. Pantas, beg sandangnya diambil. Diana bangun, segera keluar dari perpustakaan. Arghh…aku tengah marah, dia marah aku pulak!!!Get lost!!!Perpustakaan ditinggalkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 07:38 AM | Show all posts
fiz...cer ko tengok yang neh....yang posting ko #45 tuh...farid ke daniel sbenanya??

Tengokla baik2…”katanya. Farid mula meneliti tajuk yang tertera di cakera padat yang baru ditunjukkan kepadanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 07:40 AM | Show all posts

bila aku baca citer ni terigat kat member skolah dulu yg suka
ckp lepas n mencarut....
tapi dia ramai kawan n tak sombong...
mana agaknya dia pegi skrng ya.....

skrng ni dah tua.. ...
Jaza2008 Post at 2-12-2009 13:19


ko tryla search dia kat fb...mana tau jumpa ke....
ko layan fb tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 01:05 PM | Show all posts
fizzi...

smbung la lg..
ala2 comel plak bl lelaki dok bahasakn diri adik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 10:24 PM | Show all posts
fiz...cer ko tengok yang neh....yang posting ko #45 tuh...farid ke daniel sbenanya??

Tengokla baik2…”katanya. Farid mula meneliti tajuk yang tertera di cakera padat yang baru ditunjukkan kepadany ...
chengkeh Post at 3-12-2009 07:38


at last...ada gak yg perasan!!!
tengsss chengkeh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 10:29 PM | Show all posts
“Korang ikut ke pergi Batangkali nanti?” soal Farid. Raja, Lina, Mastura dan Diana sibuk menikmati makanan masing-masing. Kafe di kampus itu sesak bila tiba waktu makan tengahari.

“Takkan tak ikut, kitorang kan committee,” balas Lina.

“O..ya ka? Bila diorang decide untuk select committee untuk aktiviti tu ha?” soal Raja.

“2 hari lepas. Ala..kitorang yang perempuan ni, Cuma jadi committee bahagian makanan je. Lain2 bahagian, main committee yang buat,” kata Lina lagi.

Farid merenung Diana yang diam membisu sambil menyuap nasi ke mulutnya tanpa henti-henti.

“Abang kau dah pulangkan CD kau?” soal Farid kepada Diana. Semua yang ada di situ, memandang Diana, menanti jawapan.

Diana angguk.Malu sekejap. Farid lega, kemudian kembali menyambung makan.

“Bila kita bertolak?” soal Raja.

“Lusa.Itulah kau, notis tak baca. Mesyuarat tak pergi.Oh ya, malam ni pun, ada mesyuarat lagi tau. Last meeting untuk aktiviti ke Batangkali tu.Jangan lupa datang.”pesan Mastura pula.

Raja angguk. Farid dipandang.Farid memandang Raja, kemudian menggeleng.Raja kesal.

“Ala…pasal apa?” soal Raja kesal bila Farid menunjukkan tanda tidak mahu hadir ke mesyuarat malam ini.

Farid diam.Hilang bicara. Sememangnya dia agak liat untuk menghadiri mana2 mesyuarat. Kecuali….kalau ada awek cun, awal2 dia akan hadir!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 10:31 PM | Show all posts
Petang. Sebelum pulang ke asramanya, Diana berkira2 mahu ke kelab catur seorang diri. Lina dan Mastura sudah awal2 pulang. Niat dihati, mahu mencari Farid. Mahu meminta maaf atas sikap kasarnya semalam.

Ruang dewan catur diintainya. Seorang demi seorang penghuninya diteliti. Namun, kelibat Farid tidak kelihatan. Selalunya, Farid selalu menghabiskan petangnya di situ, berlatih bermain catur. Kata Farid, dia mahu mengalahkan Diana. Diana sudah memasuki carta sekarang dan berada pada kedudukan ketujuh terbaik. Jadi, Farid mahu bersaing dengannya.

Diana senyum sendirian. Nak kalahkan aku konon…cubalah! Matanya melilau mencari kelibat Farid di segenap ruang.

“Haa..marah!marah!!” terngiang2 ungkapan itu ditelinga Diana. Dia marah aku ke? Takkan dia betul2 marah aku?

Diana Merenung jam ditangannya. Sebentar lagi, dewan itu akan ditutup. Farid takkan datang…Hmmhh….Diana mengeluh. Langkah diatur perlahan menuju ke asramanya.Harap2…esok dia dapat berjumpa Farid secara sendirian. Dia perlu meminta maaf kepada Farid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 10:35 PM | Show all posts
Bas bergerak perlahan-lahan. 2 bas ditempah oleh Persatuan Pengembaraan, Rekreasi dan Sukan untuk aktiviti mendaki bukit Batangkali. Diana menutup telefon bimbitnya. Pesanan ibunya yang baru saja berleter sudah hilang dari kotak ingatannya. Diana menoleh ke belakang.Farid duduk bersama Raja di barisan ketiga dari belakang.Hmm…takde rezeki… Diana membetulkan topi yang menutup kepalanya. Tocangnya ditarik ke depan.

“Di, boleh aku sembang dengan Lin sekejap?” soal Raja yang tiba2 saja datang berdiri di sebelahnya. Diana terkejut. Farid dibelakang dipandang. Farid sedang merenungnya sambil ear-phone walkmannya terselit ditelinganya. Diana merenung Raja kembali.

“Cepatla…nak jatuh aku ni,” badan Raja sudah bergoyang-goyang mengikut rentak pemanduan bas. Diana pandang Lina yang tersenyum di sebelahnya, lalu bangun. Tempat duduk Raja sebelum ini yang bersebelahan Farid dihampiri.

Farid merenungnya. Serba salah pula Diana menerima renungan itu. Bas membelok, membuatkan Diana serta merta jatuh ke dada Farid. Farid dan Diana sama2 terkejut. Diana cepat2 bangun.

“Sorry!!!Sorry!!”Diana cepat2 membetulkan rambut dan topinya yang senget. Farid angguk sahaja.Entah dia dengar ke tak aku minta maaf tadi…Diana kesat peluh di dahi.

Farid dilihat masih merenung kea rah jalanraya. Merenung langit dan pemandangan yang mereka lewati.Perjalanan ke Batangkali dari kampus mereka mengambil masa kira-kira 2 jam lebih.

Diana mencuit lengan Farid. Serta merta Farid menoleh kea rah Diana di sebelahnya.

“Apa?” soal Farid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 10:35 PM | Show all posts
“Sorry..” perlahan suara Diana.

“Takpe. Aku tau, bas tengah belok tadi. Bukan salah kau,” kata Farid.

“Bukan itu. Sorry pasal hari Isnin tu...”kata Diana sambil memandang Farid. Farid yang baru mengerti tersenyum.

“It’s okay,” balasnya selamba.

“Aku tau aku salah…Aku tak patut marah kau. Padahal aku marah abang aku.Tak pasal2 kau pulak yang kena marah..” Diana buat muka bersalah.

“Takpe…asalkan kau senang hati sekarang sudahlah…” kata Farid.

“So, kau maafkan aku?” soal Diana.Farid angguk.

“Tak ada apalah…”kata Farid bersungguh2.

“Okay…thanks!” Diana senyum simpul. Badannya disandar ke kerusi dengan senang hati. Farid menoleh ke arahnya. Diana menoleh kea rah Farid.Zupppp!!!Mata bertemu mata. Jarak kedua-duanya begitu dekat sekali.

“Apa?” soal Diana bila melihat Farid yang merenungnya.

“Mata kau bulat sangat!Macam nak terkeluar!!!Baik kau tutup mata kau sikit..” kata Farid sambil mengenakan kembali ear-phonenya ke telinganya. Diana mencebik. Bulat apanya!!!

“Taik la kau.!!!.” Diana menyiku lengan Farid sambil menarik topinya menutup mukanya. Dia mahu tidur, malas hendak bersembang dengan Farid ketika itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2009 10:44 PM | Show all posts
Kak Zuraini, ketua bahagian makanan, Kak Norli, Mastura, daan Diana merenung nasi kawah yang sedang dimasak. Masing-masing berpandangan.

“Macam mana ni??Mentah lagi ni…” kata Mastura.
“Tapi …dah bau hangit..” sampuk Diana.

Kak Zuraini dan Kak Norli mengeluarkan beberapa batang kayu api.  Iskandar, ketua operasi aktiviti itu datang menghampiri mereka.

“Nasi dah masak?” soalnya. Iskandar yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Undang-Undang.

“Tak taula Is. Nasi ni, tengok macam dah bau hangit, tapi, mentah lagi…”rungut Kak Zuraini. Iskandar datang merasa nasi di dalam kawah. Seketika, Diana disebelahnya dipandang.

Diana yang masak ke?” soal Iskandar bergurau. Bukan dia tidak tahu, nasi itu dimasak secara beramai-ramai.

“Ya lah tu bang..” Diana mengiyakan sahaja.

“Mentah! Bau hangit!!Cuba campur air sikit lagi…Masak pelan2 la…hangit pun taka pa…janji masak! Kalau makan nasi mentah, kembung perut pulak budak2 kita..” kata Iskandar.

Diana mengangkat air yang berada di dalam baldi, lalu gayung dicedok ke dalam air. Air disiram kedalam nasi kawah itu. Iskandar Cuma tersenyum simpul merenung gadis comel yang berada di sebelahnya.

“Cukuplah tu…nanti lembik sangat pulak..”Masing2 kembali menyambung kerja. Kak Zuraini dan Kak Norli kembali menumis. Mastura kembali menggulai.Tinggallah Diana dan Iskandar, menunggu nasi masak.

“Diana tak pernah masak nasi ke…” usik Iskandar. Diana senyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 10:58 PM | Show all posts
“Pernah. Tapi, masak nasi kawah sebanyak ni, dengan dapur kayu pulak…tak pernah…” jawabnya jujur.

“Ooo..patutla...” Iskandar senyum simpul. Senang hati dia bila melihat senyuman gadis ayu itu.Iskandar membantu Diana mengawal api.

“Diana dah nombor berapa dalam tournament kelab catur minggu lepas?” soal Iskandar yang juga merupakan salah seorang ahli-jawatankuasa kelab catur.

“7,” balas Diana pendek.

“7??Wah..bagusnya!!Baru join semester ni, dah boleh masuk carta..hebat!!” puji Iskandar.

“Hebat apa…saya selalu main. Tak pernah miss! Asalkan tak ada kelas saja, selalu ke situ. Tiap2 tournament saya masuk. Sebab tu cepat masuk carta,” kata Diana pula.

“Yala..tapi, kalau setakat masuk tournament tapi kalah…tak dapat masuk carta jugak.So, Diana ni memang betul2 pandai la..” kata Iskandar lagi.

Bunyi sorak sorai kedengaran dari jauh menghampiri kem itu. Iskandar dan Diana sama2 menoleh. Peserta2 pendakian Batangkali sudah pulang dari salah satu aktiviti mereka tengahari itu.Semuanya menuju ke dewan makan.

“Haa..cepat, diorang dah balik. Kejap lagi nak makan tengahari,” kata Iskandar. Diana angguk.Iskandar membantu Diana mengacau nasi yang hampir2 masak. Bau hangit tetap ada. Itu yang meresahkan hati Diana.

“Weh..lapar ni!!Dah siap masak?” Hazman, Raja, Farid dan Tan Gong Ming mengelilingi nasi kawah. Farid memandang Diana yang berada di sebelah Iskandar. Iskandar mencedok nasi, lalu merasaya. Kemudian, nasi itu dihulur kepada Diana.

“Cuba Diana rasa..” pinta Iskandar. Matanya tepat merenung Diana. Farid Cuma memerhati.

“Hmm…okay dah kot….tapi bau hangit tu tetap ada la bang…” ujar Diana.

“Hangitkah?” soal Tan Gong Ming.

“Tapi masih boleh makan….”pintas Iskandar. Masing2 angguk sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:49 AM | Show all posts
mcm ade hati yg akan jeles mjeles je ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 12:44 PM | Show all posts
mcm ade hati yg akan jeles mjeles je ni.....
juliet80 Post at 4-12-2009 08:49


yUP firasat kita pun sama gak iskandar vs farid  yg untung diana...kasar2 dia pun ada org minat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.266334 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list