CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zie949

BAGAIMANA NAK HILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK

[Copy link]
Post time 17-1-2010 04:45 PM | Show all posts
aku dah mengabihkan setakat ni.. RM2518.50 setahun utk rokok shj.... gilo r.... bole wat donpemen muto LC135 nih... rugi akuuuuu!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 11:37 PM | Show all posts
aku dah mengabihkan setakat ni.. RM2518.50 setahun utk rokok shj.... gilo r.... bole wat donpemen muto LC135 nih... rugi akuuuuu!!!
dragger Post at 17-1-2010 16:45

dragger kl dah ada sikit rasa kesedaran mcm tuh...dah kira bagus dahh.. step pertama, sedar yg dah rugi bnyk duit, step kedua...jgn beli rokok...anggap beli rokok tu mcm bakar duit...pastu step seterusnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2010 02:03 AM | Show all posts
wow aku salute ko dragger kr pandai buat matematik ..hik hik hik... owg laen kena amik contoh tuu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2010 02:05 AM | Show all posts
Seperti komen aku kat thread2 yg ada kena mengena dgn nak berenti merokok ni ialah

no. wahid ialah
"willing power"

:kant:
matamata Post at 15-1-2010 23:30

setuju 100%.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2010 02:08 AM | Show all posts
< tak pernah merokok and tak ingin merokok...

aku nyer  motivasi sennag jer..sebab pemergian BAPA aku..die meninggal sebab kena kanser paru2 (heavy smoker)..then,,aku ngan adik-badik laki yg lain m ...
john_juanes Post at 14-1-2010 16:26


kiranyer ko ni bole ler jd mentor kat sesape yg tk bole berenti tuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 06:16 AM | Show all posts
Mengikut laporan dalam Utusan baru2 ni...kempen anti merokok oleh Kerajaan nampaknya TIDAK BERJAYA ATAU GAGAL...Klinik Berhenti Merokok yang diwujudkan di setiap daerah juga gagal.

Saya rasa untuk berhenti ni perlu dibuat bersama-sama dengan rakan atau orang lain yang hampir. Sama-sama memberi perangsang, ingat mengingat. Selain tu fikir diri sendiri, keluarga dan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2010 03:17 PM | Show all posts
rokok menunjukkan macho.. masa form1 aku try, trus isap gudang garam (tul ke spelling?), patot start dari mild punye kategori kan? kehkehkeh.. skali sedut rase macam telan ketul batu.. pehtu dlm 2-3 minit, kpala dah pusiing, mata dah merah2.. rase loya pon ada gak.. pastu trus tido sambil menyumpah seranah rokok tersebut.. smpai skrang x aku dah x brani isap rokok, bau asap jer pon dah sesak napas.. trima kasih gudang garam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 08:57 PM | Show all posts
korang nak berenti merokok?senang jeeee.sapu lumiglow kat dada 2x sehari pas mandi pagi n ptg.cari lumiglow kat google.bukan merokok je ilang..tidu berdengkur pun ilang.x percaya?betul kan mcm x caya?tapi x rugi mencuba.x mahal pun...semua mampu beli.adik aku tu merokok.dari muda sampai ada nak tua ni..satu ari tu dia demam campak..aku bagi lumiglow tu tuk ilangkan bekas2 campak tu...pas tu dia isap rokok dah rasa x sedap...pulak tu dia dah lama isap,3 ari pasti dia guna krim tu dia batuk kuar kahak hijau hush! tulaaaa akibatnya banyak sangat merokok...soo dia kuarkan lah segala kotoran2 yang dia telan bersama asap rokok tu..la ni dia dah merokok dahhhh.sbb nya?yang aku cakap tadi lah...cari je benda alah tu kat google.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2010 11:02 PM | Show all posts
rokok menunjukkan macho.. masa form1 aku try, trus isap gudang garam (tul ke spelling?), patot start dari mild punye kategori kan? kehkehkeh.. skali sedut rase macam telan ketul batu.. pehtu dlm 2-3 m ...
aayeetzz Post at 20-1-2010 15:17


Bersyukur  kr tidak terperangkap dlm ketagihan yg senang terpengaruh tp sukar utk ditinggalkan ini. Bole le bantu rakan2 yg berenti tp tak dapat nii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 11:05 PM | Show all posts
korang nak berenti merokok?senang jeeee.sapu lumiglow kat dada 2x sehari pas mandi pagi n ptg.cari lumiglow kat google.bukan merokok je ilang..tidu berdengkur pun ilang.x percaya?betul kan mcm x caya? ...
cintakasih Post at 20-1-2010 20:57


uiks lumiglow...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 02:42 PM | Show all posts
asal gian je kunyah chewing gum xleh kaa? gule2 ke.. x bley?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2010 08:22 PM | Show all posts
asal gian je kunyah chewing gum xleh kaa? gule2 ke.. x bley?
aayeetzz Post at 21-1-2010 14:42


Boleh kalau nak....kl nak seribu daya kl tak nak seribu daleh....

Arini berita kata kjaan akan naikkan rokok kpd RM50 sekotak.....tak dpt nk bayangkan camner agaknyer org2 yg keras hati tak nak berenti tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 12:05 AM | Show all posts
huihh!! kejam sungguh ! sampai RM50...tk de kebebasan btul...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 11:07 AM | Show all posts
huihh!! kejam sungguh ! sampai RM50...tk de kebebasan btul...
zh4f24 Post at 22-1-2010 00:05


bli rokok daun je las pasni.. gulung2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2010 03:12 PM | Show all posts
bli rokok daun je las pasni.. gulung2..
aayeetzz Post at 22-1-2010 11:07

Elok gak tu...leh juga bantu usahawan daun tembakau....tp kl dah ramai isap rokok daun ...naik pulak nnti tembakau....huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2010 10:24 AM | Show all posts
PETIKAN DARI suhaimi.org

MULAKAN BERHENTI MEROKOK
YAKIN DIRI
Anda pasti boleh melakukannya. Langkah-langkah berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan perokok.
Langkah 1         BERSIHKAN
        Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.
Langkah 2         BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN
        Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok. Buatkan juga nota tersebut dalam bentuk kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku baju untuk dibuat peringatan.
Langkah 3         LAKUKAN SAHAJA
        Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara ” cold turkey “. Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok. Sebaiknya, beberapa minggu sebelum tiba hari yang ditetapkan anda telah mula mengurangkan sedikit demi sedikit bilangan rokok yang dihisap.
Langkah 4         TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI.
        Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.
Langkah 5         BERFIKIRLAH SECARA POSITIF.
        Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada orang mempelawa anda rokok, katakanlah terima kasih, saya tidak merokok. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk tidak merokok.
Langkah 6         DAPATKANLAH SOKONGAN.
        Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.
Langkah 7         MELAWAN KEINGINAN MEROKOK.
        Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Katakan pada diri anda, setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok, anda akan merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari yang berikutnya. Lama kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya.
AMALAN 4M - PETUA MENGATASI KEINGINAN MEROKOK
1. MELENGAHKAN-LENGAHKAN
Lengahkan tindakbalas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada di tangan, jangan nyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda ” nanti ” setiap kali anda ingin merokok.
2. MENARIK NAFAS PANJANG.
Tariklah nafas panjang-panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. MINUM AIR.
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air yang mengandungi kafin seperti kopi atau teh, kerena minuman ini biasanya membuatkan anda lebih teringin merokok seepas minum.
4. MEEMBUAT SESUATU.
Buatlah sesuatu yang boleh mengalehkan fikiran anda daripada merokok. Contohnya bersiar-siar, makan angin, membaca buku, membuat silangkata, berkebun dan bersenam.
FAEDAH YANG ANDA PEROLEHI SEBAIK SAJA ANDA BERHENTI MEROKOK
Selepas beberapa jam sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh 2 hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.
Selapas 6 jam, nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.
Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh. Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.
Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.
Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik.
Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki mejadi lebih efisien.
Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur.
GEJALA ” WITHDRAWAL “ ATAU GIAN.
Sekiranya anda ketagih dengan rokok tentunya tubuh anda telah terbiasa dengan nikotin yang mana ketiadaan dalam tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami gian atau gejala “withdrawal”. Gejala fizikal yang berlaku ke atas diri anda merupakan suatu tanda positif bahawa tubuh anda kembali pulih. Gejala-gejala ini akan hilang dalam tempoh 3 hingga 14 hari.

1
        Batuk-batuk menandakan mekanisma pembersihan saluran pernafasan anda berfungsi seperti sediakala.


        Pening-pening sedikit menandakan tubuh anda mula menyesuaikan diri dengan paras oksigen yang lebih berbanding semasa menjadi perokok dahulu.

2
        Sakit kepala boleh terjadi apabila tekanan darah menurun ke paras normal. Ini berlaku selepas tiga hari berlalu.


        Rasa kebas dan sengal-sengal kadang-kadang boleh terjadi pada otot. Ini berlaku kerana peredaran darah menjadi lebih lancar. Lakukan senaman untuk melancarkan lagi sistem peredaran darah.

3
        Gangguan sistem penghadaman seperti sembelit, merasa loya atau sebu perut kadang-kadang boleh terjadi tetapi cuma untuk beberapa hari sahaja. Gejala-gejala lain seperti gangguan tidur, gangguan konsentrasi dan perasaan resah akan juga berlaku. Gejala-gejala ini tidak berpanjangan dan boleh diatasi dengan mudah.


        Sekiranya tidak boleh mengatasi gejala “withdrawal” ini berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan nikotin gantian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2010 10:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by zie949 at 24-1-2010 08:29

ATAU KALAU TAK BOLEH TAHAN JUGA BELI LE STOP . STOP NI ADALAH JENIS SPRAY UTK DISPRAY ATAS LIDAH BILA TERASA NAK MEROKOK. 1 BOTOL LAGI TU UTK DISEDUT BAUNYA TERUS DARI BOTOL ATAU BOLEH JUGA DILETAK DALAM AIR PANAS DAN DISEDUT WAPNYA... BAHAN2NYA BUKAN DARI NIKOTIN TAPI BAHAN SEMULA JADI YG TIDAK MENDATANGKAN BAHAYA... IA HANYA MEMBANTU KEPADA ORG YG SUDAH BERTEKAD UTK BERHENTI MEROKOK...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 08:11 AM | Show all posts
ermm...sedap gak STOP ni ye...masam2 manis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2010 08:27 AM | Show all posts
Tq Hang for your credits  :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 04:39 PM | Show all posts
Selagi kita bergelar manusia selagi tu le ada orang yang suka merokok dan tak suka merokok. Allah telah telah berikan kita akal fikiran untuk berfikir. Sebab Allah dan khabarkan sesiapa yang berbuat kebaikan allah akan makbulkan dan kalau manusia suka buat perkara yang tak elok Allah makbulkan juga... sebab Allah dah sediakan syurga dan neraka dan Allah juga cuba untuk menguji kita samada nak hisap rokok atau tak.... semua nya atas individu yang menilainya sebab semua tahu akibat merokok.. yak gitu bro...........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070271 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list