CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_slayers

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

[Copy link]
Post time 26-7-2007 10:43 AM | Show all posts
ari2 aku lalu kt msjd kg hulu ni
hehehehe ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2007 02:43 PM | Show all posts
Aku selalu pegi Masjid Kg Hulu ni......masa arwah mak aku ada, dia cukup rajin pegi kat masjid ni. Asal nak bayar nazar je mesti pegi kat masjid ni.  Masjid ni dah dibuat perubahan, bilik mandi dan bilik air dah tukar tempat.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 03:00 PM | Show all posts
ari kolah dier org slalu buat ubat kan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 10:24 PM | Show all posts

Reply #4 silverchair959's post

a'ah...ramai yg dtg ambik air dia ..sampai berbotol2....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 03:25 PM | Show all posts
Yang sedih kan ada "orang mintak sedekah",Lagi la kalau diorang dengar loghat orang luar makin di tekannya...Malu la dengan pelancong yg datang kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2007 03:47 AM | Show all posts
mmm, dah lama x lalu...homesickkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2007 09:37 AM | Show all posts

Bas panorama dua tingkat mula beroperasi

Bas panorama dua tingkat mula beroperasiOleh LUKMAN ISMAIL


MELAKA 15 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 10:37 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

tak sabar aku nak naik nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 11:48 AM | Show all posts
hhaahhaha
btul2
aku dh nmpk smlm

1 x brtutup
1 brtutup

kekekeke
dok atas x brtutup mesti bes ,..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:43 PM | Show all posts
yg tak bertutup tuh kalo ujan air dier tak melimpah masuk ker tingkat bawah ker hehehe...dok atas ngan bawah harga tiket sama ek...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 01:37 PM | Show all posts
ada gambau tak ?  
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 02:39 PM | Show all posts
nk le gambau......................
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 11:43 AM | Show all posts

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

Post Last Edit by juju_amin84 at 27-3-2012 18:09

'Bas London' susur MelakaOleh Siti Nor Saadah Mdh Yusof

Pengangkutan dua tingkat dipandu pelahan bawa pelancong ke destinasi pilihan sekitar bandar raya


MELAKA: Kehadiran bas dua tingkat berwarna merah atau London Bus di Bandaraya Melaka mencuri perhatian ramai dan ada di antaranya menganggap ia hanya gimik pihak tertentu bagi memeriahkan suasana bersempena bulan kemerdekaan.

Bagaimanapun, bas berkenaan yang mempunyai ketinggian 4.45 meter dan mula beroperasi kira-kira dua minggu lalu sebenarnya dibeli kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan lagi sistem pengangkutan awam di bandaraya bersejarah ini.


Ia juga langkah proaktif kerajaan negeri untuk memudahkan pelancong bergerak ke destinasi pelancongan pilihan, di samping menjanjikan pengalaman menakjubkan ketika meninjau bandaraya Melaka.

Suatu ketika dulu, bas berkenaan pernah menjelajah tempat-tempat menarik di kota London seperti Buckingham Palace, Tower Bridge, Madamme Tussaud's yang terkenal dengan muzium patung lilin personaliti, Westminster Abbey dan West End.

Kini, dengan bayaran hanya RM5 seperjalanan bagi dewasa dan RM2.50 bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas, orang ramai dan pelancong berpeluang menyusuri tempat-tempat bersejarah di sekitar bandaraya seperti di Hang Tuah Mall, sekitar Bandar Hilir, Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan serta berpeluang menyaksikan bangunan perniagaan lama yang pertama dibuka di bandaraya ini iaitu berhampiran Jalan Masjid Kampung Hulu.

Destinasi laluan membabitkan kira-kira 30 kilometer bermula di hadapan Bazar 24 Jam di Melaka Sentral, membabitkan laluan ke Hang Tuah Mall, Jalan Masjid Kampung Hulu, Bangunan Stadhuys, Dataran Pahlawan, Bukit Senjuang, Lorong Panjang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Tun Ali, sebelum kembali semula ke Bazar 24 Jam.
Dengan kapasiti penumpang seramai 74 orang pada satu-satu masa, penumpang boleh memilih sama ada untuk duduk di bahagian atas bas yang boleh memuatkan 43 penumpang atau di bahagian bawah yang boleh memuatkan 31 penumpang.

Pemandu bas berkenaan, Mohd Nor Md Raus, 44, berkata pelancong tidak perlu gusar mengenai aspek keselamatan kerana ia hanya dibenarkan dipandu tidak melebihi 50 kilometer sejam dengan perkhidmatan, setiap satu jam sekali.

Pemanduan secara perlahan itu membolehkan pelancong menikmati suasana kemeriahan sekitar bandaraya serta keindahan tempat-tempat bersejarah dan menarik.

Katanya, pelancong boleh memilih untuk menaiki bas merah dua tingkat yang mempunyai bumbung pada sebelah siang iaitu bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, atau menaiki bas dua tingkat tanpa bumbung bermula jam 6 petang hingga 9 malam.

"Sejak beroperasi, kebanyakan pelancong berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan yang membolehkan mereka pergi ke satu-satu destinasi yang ingin dikunjungi secara terus dan mudah.

"Selain itu, bas boleh menanti mereka untuk merakamkan gambar di tempat-tempat menarik. Dengan cara ini mereka berpeluang bersiar-siar di sekitar Melaka tanpa perlu membawa kenderaan sendiri," katanya.

Dua bas dari London itu berharga RM200,000 setiap satu dibeli kerajaan negeri pada awal tahun lalu dan ia dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Melaka Culture & Tourism (PMCT),

Kos penyelenggaraannya ditanggung Town Bus Melaka selain kos petrol yang digunakan setiap hari dibiaya kerajaan negeri. Selepas diubahsuai ia mula beroperasi kira-kira dua minggu lalu.

Pengerusi PMCT, Datuk Zaini Md Noor berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan di kalangan pelancong dalam dan luar negara.

"Setakat ini, kedua-dua bas ini menerima 100 penumpang sehari pada hari bekerja, manakala 200 penumpang sehari pada hujung minggu dan cuti sekolah. Dengan bayaran RM5 pelancong bukan saja boleh menggunakan perkhidmatan London Bus ini, malah tiket berkenaan boleh digunakan untuk menaiki bas Panorama pada hari berkenaan.

"Perkhidmatan ini masih baru diperkenalkan dan masih ramai yang belum mengetahui kehadirannya. Bagaimanapun, kita mengharapkan lebih ramai pelancong mengunjungi tempat bersejarah dan menarik di sekitar Melaka," katanya.

Sementara itu, Zaini yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berkata, individu atau agensi yang berminat untuk menyewa khas bas dua tingkat itu boleh berunding dengan beliau.

Selain itu, pihaknya kini turut berbincang dengan agensi pelancongan, pengusaha hotel dan restoran untuk menawarkan mereka harga diskaun kepada pelanggan mereka yang menggunakan perkhidmatan bas berkenaan.

Beliau menambah, operasi bas yang berakhir pada jam 9 malam juga boleh dilanjutkan sekiranya ada pihak berminat untuk menyewanya untuk menikmati suasana kemeriahan bandaraya ini yang dilimpahi cahaya pada waktu malam.

Seorang penumpang, Fara Nadia Zakaria, 32, berkata tidak menyangka bas merah yang dinaikinya didatangkan khas dari Kota London dan kini dimiliki kerajaan negeri.

Beliau yang berkunjung ke negeri ini bersama suami dan dua anaknya teruja melihat kehadiran bas berkenaan dan mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar bandaraya walaupun datang dengan menaiki kenderaan sendiri.

"Siapa sangka bas yang pernah beroperasi di kota London kini berkhidmat di Melaka. Pengalaman menaikinya agak berbeza, berbanding menaiki bas lain terutamanya apabila berada di bahagian atas bas ini.

"Struktur dalamannya amat ringkas dengan tempat duduk juga berwarna merah. Panel kaca di tingkat atas dipasang bagi memudahkan pelancong mengambil gambar selain menikmati panorama bandaraya Melaka," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 11:56 AM | Show all posts
dah naik jemu naik bas 2 tingkat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 12:00 PM | Show all posts

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

Post Last Edit by juju_amin84 at 24-3-2012 20:07

Promosi jadikan Sungai Melaka pusat niaga Oleh Osman Lisut

MELAKA: Kerajaan negeri kini berusaha untuk mengembalikan kegemilangan fungsi Sungai Melaka sebagai pusat perniagaan yang masyhur suatu ketika dulu, menerusi pelbagai projek pembangunan dan program mempromosikannya sedang rancak dilakukan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, tidak dinafikan Sungai Melaka ketika dulu adalah nadi negeri ini tetapi berikutan peredaran zaman dan sikap orang ramai yang tidak mementingkan kebersihan menyaksikan sungai ini kotor, dipenuhi sampah sarap serta semakin cetek.

"Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengotorkan Sungai Melaka. Ditambah pula ketika ini pelbagai projek termasuk mendalamkan sungai berkenaan, membuang sampah sarap dan membersihkan kekotoran sisa minyak sedang giat dilakukan kerajaan sejak tiga tahun lalu.

"Malah, beberapa pemilik rumah atau bangunan di sepanjang Sungai Melaka tidak lagi dibenarkan membina saluran kumbahan ke sungai berkenaan kerana ia boleh mengotorkannya. Begitu juga pemilik turut diarah mengubah bahagian hadapan premis mengadap sungai," katanya ketika merasmikan program menanam pokok kaya (Khaya senegalensis) di sepanjang Sungai Melaka di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desan dan Pertanian, Datuk Hamdin Abdollah, Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Zaini Mohd Nor serta Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Abdol Mutalib Che Man.

Mohd Ali berkata, kerajaan negeri optimis untuk menjadikan Sungai Melaka sebagai pusat perniagaan masa depan apabila sudah membelanjakan RM300 juta bagi pembersihan dan mengindahkannya.

"Lebih banyak tarikan baru termasuk pembinaan kincir air dan 'viking' di sepanjang sungai ini. Ia sekali gus dapat dijadikan sebagai destinasi yang popular di kalangan pelancong asing dan tempatan apabila melawat negeri ini.

"Kita juga akan mengadakan Pesta Sungai Melaka pada 1 hingga 9 November ini sebagai langkah permulaan bagi mempromosikan sungai berkenaan besar-besaran," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri mensasarkan 100,000 pokok ditanam bagi mengindahkan serta mewujudkan suasana hijau di Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah menjelang akhir tahun ini.

"Daerah Melaka Tengah akan menanam 50,000 pokok dan selebihnya di Alor Gajah serta Jasin. Sebagai permulaan sebanyak 100 pokok kaya ditanam peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sepanjang sungai Melaka dan diikuti beberapa program lain pada masa akan datang," katanya.

[ Last edited by  Syd at 22-2-2008 10:31 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 06:28 PM | Show all posts
aku x naek2 lg ..
hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 06:33 PM | Show all posts
arituh nampak kat dataran pahlawan.
very2 the uzur taw...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 03:48 AM | Show all posts
fuyyo...poster mamee lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by isskandar at 5-9-2007 06:33 PM
arituh nampak kat dataran pahlawan.
very2 the uzur taw...


beser aaa bas 2nd hand heheheh...tp bg ok gak laaa at least ader kelainan dpd negeri2 lain kat msia nih....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 04:03 AM | Show all posts
aku pon x penah nek lg   

lalu kat town x nampak ponnnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.088819 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list