|
reina terkugat.... ngog mantap |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak komen pasal own goal tu .... aku komen pasal averall game.. kalau hang tak percaya hang bole ...
shahrz Post at 16-8-2010 15:35
ko patut cakap awal2.haha dia dah salah faham.tapi rilek ar sikit2 nak gaduh bagi can boboi komen gak baru meriah |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkahkah.....boboi emo ade lg! |
|
|
|
|
|
|
|
or Ola Toivonen pleaseeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
No Ban Appeal for Joe Cole...confirmed 3 match banned |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool sambar Brad Jones
Liverpool berjaya mendapatkan penjaga gol Middlesbrough dari Australia, Brad Jones, dengan nilai perpindahan £2.3 juta.
| Muka jambu, check! Badan sasa, check! Bakal menjadi para pujaan gadis-gadis, maybe... |
Pemain berusia 28 tahun ini telah berjaya melepasi ujian kesihatan pada hari Isnin tengahari dan juga sudah bersetuju dengan syarat-syarat peribadi dalam kontraknya. Jones bakal menandatangani kontrak selama 3 tahun pada hari Selasa.
Jones merupakan penjaga gol simpanan bagi Mark Schwarzer di M'Boro dan selepas pemergian Schwarzer, Jones berjaya menewaskan Ross Turnbull untuk menjadi penjaga gol utama sepanjang musim 2008-2009.
Jones mempunyai 2 cap untuk Australia dan terpilih dalam skuad Australia pada Piala Dunia 2010.
Adakah kedudukan Diego Cavalieri bakal tergugat dengan kehadiran Jones?
Apa-apa pun, Selamat datang ke Anfield Brad Jones!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
The Reds sedia labur RM24 juta
2010/08/17
LONDON: Liverpool sedia membelanjakan sehingga £5 juta (RM 24 juta) untuk mendapatkan pemain PSV Eindhoven, Ola Toivonen.
Pengurus Roy Hodgson menyaksikan pemain Sweden berusia 24 tahun itu beraksi menentang Scotland minggu lalu dan tertarik dengan persembahan bertenaga Ola ketika dia membantu negaranya menang 3-0. Toivonen yang mempunyai ketinggian lebih enam kaki, boleh beraksi sebagai penyerang dari tengah selain mempunyai rekod jaringan yang tinggi di PSV. Sementara itu, Liverpool berharap dapat mengemukakan rayuan terhadap hukuman kad merah Joe Cole dalam perlawanan pembuka tirai musim Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal yang berkesudahan 1-1 di Anfield, semalam.
Pemain yang dipancing daripada Chelsea itu gagal ditenteramkan ketika di bilik persalinan pada rehat separuh masa, sejurus dibuang padang.
Hodgson berkata, Cole agak kurang bernasib baik dalam keadaan itu dan dia akan merujuk kepada keputusan pakar sama ada mempunyai ruang untuk mengemukakan rayuan.
“Dia tidak meluru ke arah pemain tetapi di depan bola. Memang satu kerugian besar andai dia digantung tiga perlawanan dan kita akan mendapatkan pandangan pakar pengadil,” katanya. – Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool, Arsenal salahkan penjaga gol Sepanyol
| penjaga gol Liverpool, Pepe Reina (kanan) gagal menyelamatkan bola daripada masuk ke gawangnya dalam aksi Liga Perdana England menentang Arsenal di Anfield, kelmarin. Keputusan seri 1-1. - AP
|
LIVERPOOL - Kesilapan kedua-dua penjaga gol dari Sepanyol, Pepe Reina dan Manuel Almunia, menyebabkan Liverpool dan Arsenal terikat dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan Liga Perdana England di Anfield, kelmarin.
Namun, pertahanan Liverpool, Jamie Carragher enggan menyalahkan Reina, ekoran jaringan pada lewat babak sehingga membuka laluan kepada Arsenal mengutip satu mata.
Bos Gunners, Arsene Wenger turut mempertahankan Almunia yang gagal menyelamatkan rembatan kencang David Ngog, sehingga menerjah gawang apabila bola mudah melepasi jangkauan penjaga gol tersebut.
Dengan Roy Hodgson yang mengintai peluang untuk meraikan kemenangan pertama pada perlawanan liga sejak mengambil alih Liverpool, ia terbantut apabila Reina gagal menangkap kemas bola yang bergolek ke gawang sendiri, setelah dicabar Marouane Chamakh.
''Saya perlu melihat kembali insiden yang berlaku, tetapi biasanya jika anda berbuat demikian, ia merupakan satu kesalahan. Saya tahu mereka kata yang mereka dilindungi.
''Namun, dia merupakan penjaga gol terbaik di dunia dan anda telah menyaksikannya tahun lalu,'' kata Carragher.
Wenger enggan meletakkan kesalahan yang berlaku di atas bahu Almunia, setelah membenarkan Liverpool melakukan jaringan, walaupun penjaga gol Sepanyol itu seharusnya mampu menyelamatkan keadaan jika berada pada posisi yang sepatutnya.
''Ia sukar untuk menyatakan jaringan tersebut merupakan kesalahan yang berpunca daripada Almunia sendiri.
''Dia ditewaskan di sudut yang terhad, tetapi pujian juga harus diberi kepada Ngog,'' kata Wenger.
Hodgson memuji anak buahnya yang mampu bangkit ketika mereka hampir meraikan kemenangan 1-0 setelah terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Joe Cole diperintah keluar padang pada masa kecederaan separuh masa pertama setelah membentes Laurent Koscielny.
Liverpool mendahului menerusi jaringan Ngog, yang melakukan rembatan membolosi gawang lawan sebaik babak kedua bermula.
Reds semakin hampir mengutip tiga mata penuh setelah Reina mempamerkan aksi cemerlang menyelamatkan percubaan bahaya Tomas Rosicky dan Theo Walcott, namun, penjaga gol itu akhirnya tewas juga.
Pada perlawanan tersebut, Koscielny turut dilayang kad merah, setelah menerima kad kuning kedua pada perlawanan tersebut.
''Saya fikir ia adalah usaha yang hebat, tetapi seperti biasa sudah tentu amat sukar untuk mengutip mata dalam saingan liga.
''Apabila anda hampir mencapai kemenangan, anda tidak boleh elak untuk berasa kecewa. Mungkin, permainan pada separuh masa kedua melayakkan kami mengutip tiga mata.
''Namun, kalah pada saat akhir perlawanan memang sukar untuk diterima.
''Semua orang menyatakan amat sukar untuk mencapai kemenangan pada saingan liga kali ini, tetapi ia sesuatu yang bagus, jika kami mampu mempamerkan semangat juang yang tinggi,''kata Hodgson.
Cole, yang melakukan penampilan pertama pada aksi Liga Perdana bersama Liverpool, ternyata amat kecewa setelah diperintah keluar padang buat pertama kali dalam kariernya sebagai pemain profesional.
Namun, Hodgson membayangkan yang Liverpool mungkin akan mengemukakan rayuan untuk membatalkan layangan kad merah itu.
''Ia satu kehilangan besar jika dia digantung. Dia terkejut kerana perlawanan ini merupakan penampilan pertamanya di hadapan penyokong yang memberikan sokongan luar biasa dan dia amat terdesak untuk mempamerkan aksi terbaik.
''Kami akan menyaksikan video perlawanan itu semula, mungkin, kami akan mendapatkan pandangan daripada beberapa orang pakar dalam pengadilan jika kami mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan.
''Joe Cole tidak pernah mempunyai rekod buruk sepanjang kariernya dan dia bukan merupakan pemain yang gemar melakukan kekasaran.
Dalam pada itu, Wenger berkata, dia gembira kerana dapat menyambung kontrak selama tiga tahun lagi bersama Emirates. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Reds tak rayu kad merah Cole
LONDON - Pemain Liverpool, Joe Cole berdepan hukuman digantung tiga perlawanan, selepas Reds membuat keputusan tidak merayu terhadap kad merah yang dikenakan ke atas pemain itu ketika menentang Arsenal.
Cole dilayangkan kad merah oleh pengadil Martin Atkinson, kerana mengasari pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny pada masa kecederaan babak pertama, ketika seri 1-1 di Anfield kelmarin.
Bos Liverpool, Roy Hodgson pada mulanya mahu membuat rayuan terhadap kad merah yang dikenakan ke atas Cole.
Namun selepas tarikh akhir semalam, pihak kelab tidak tampil dengan sebarang rayuan.
Kad merah tersebut menyebabkan Liverpool terpaksa bermain dengan 10 orang.
Ia adalah kad merah pertama yang diterima Cole dalam kariernya.
''Amat merugikan dia digantung perlawanan. Dia pemain harapan kami dapat melakukan serangan terbaik, pasukan ini bergantung kepadanya,'' kata Hodgson. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
momod.. asal tak highlight rumah baru liverpool ni..hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
nie semua salah Lucas la... kalau tak.... jokol tak kena kad merah...
satusembilan Post at 17-8-2010 10:58 AM
sebab nama lucas ada dalam subtitutes la menyebabkan jokol kene kad merah |
|
|
|
|
|
|
|
kesian jo kol kene kad merah hehehe cakap pasal pool 19 hb sep united lwn pool ler.......come on united!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tu la kehebatan sebenar jokol setaraf messi ok |
|
|
|
|
|
|
|
u cat walk alone |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 59# cak!
hehehe.. mana kau dpt gambar tu??
tak blh blah lah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|