CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: go_kart

RATU THE MOVIE

[Copy link]
Post time 17-2-2011 11:10 PM | Show all posts
sampah sampah pon, still ade jugak orang yang tengok filem dia...dulu siap david teo puji dia melambung2 lagik.....

aku memang tak sebulu dengan filem-filem melayu....bukan sebab urban ke ape tapi banyak yang hampas filem-filem melayu ni...baik layan drama slot cerekarama lagi bagus dan berkualiti mutunya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 10:33 PM | Show all posts
citer sampah again..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 11:59 AM | Show all posts
bagi tiket pree pun xmao...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 02:34 PM | Show all posts
ni mmg kawan sejati dr. rozmey.. bagus la tu sorang dr. sorang prof.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 01:17 AM | Show all posts
dah2 la tu razak mohaideen,,
kami bosan!!

http://azzaazman.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 01:32 AM | Show all posts
Jap dR. Rozmey memang ada pangkat doctor ke?
razak ni prof madya kan? kalau kat U aku prof madya kami xpanggil prof pun. Depa segan kot.

http://azzaazman.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2011 04:33 PM | Show all posts
ni triller kutipan 100 juta ratu the movie..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 04:34 PM | Show all posts
rupa2nye sebuah cerita horror thriller.. makan budak~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2011 09:48 PM | Show all posts
apa diaorng expect ni? Ohh.. ni filem yang ada kontroversi Prof Razak dgn .. dgn.. siapa tu.. oh.. best..best... nak tengok.. nak tengok...
Boley pegi mampus. Jahanam duit aku aje.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 10:57 PM | Show all posts
geli ai tgk muka pelakon2 citer neh

eina yg jadi kontroversi ni jah ai rasa tak geli...ai suka budak ni masa oo la la and masa dia berlakin 5 jingga...muka dia mmg byk ikut juliza
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 09:55 AM | Show all posts
RATU

Dibintangi oleh
Eizlan Yusof, Fauziah Ghaus, Aminah Rhapor, Cico Harahap, Shaharuddin Thamby dan Peserta Pesona Ratu
Genre
Realiti Pengembaraan
Ulasan
Bermula esok (17 Mac) filem terbaru arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, Ratu The Movie akan memasuki pawagam di seluruh tanah air. Mempertaruhkan satu formula baru dalam penghasilan filem, Ratu The Movie menggabungkan sebuah program realiti dengan sebuah penghasilan filem bagi mencipta kelainan.

Namun hasilnya tidak begitu memuaskan hati. Sekali lagi GUA kecewa Professor Razak. Beliau gagal mencipta fenomena yang diharapkan. Memang benar usahanya mencari barisan pelapis layak diberi pujian tetapi peserta ini masih terlalu baru dan masing-masing belum layak berlakon filem. Lakonan mereka nampak tidak semulajadi. Malah, dialog yang dituturkan juga terlalu mengikut skrip. Senang cerita, macam ‘bahasa buku’.

Selain itu, GUA juga sakit telinga apabila peserta-peserta Pesona Ratu ini membuka mulut. Kedengaran seperti menjerit-jerit. Adakah kerana penataan bunyi filem yang tidak bagus, atau memang mereka cakap menjerit-jerit? Situasi ini cukup merimaskan sehingga terasa ingin keluar dari pawagam dengan segera. Kalau anda pernah menonton filem Mistik, pasti anda masih ingat dengan Rita Rudaini yang kerap menjerit tak tentu pasal. Ha! Macam itu jugalah filem ini.

Menyentuh tentang jalan cerita, GUA rasa ia menampilkan sebuah cerita yang agak klise. Setiap yang berlaku sudah boleh dijangka. Sebaik terdampar di hutan, GUA sudah boleh menjangka yang ia adalah ‘permainan’ pihak penganjur.

Terus-terang GUA katakan, penulis skrip tidak membuat skrip ini dengan teliti. Ada satu adegan di mana para peserta disuruh memasak biawak untuk hidangan makan malam kerana ketiadaan makanan. Rasa tidak masuk akal adegan ini kerana mereka baru terdampar semalaman. Itu bukan dikira darudat. Lagipun, mereka masih boleh mencari alternatif lain seperti menangkap ikan atau mencari buah-buahan hutan.

Walau apa pun pandangan GUA, anda mempunyai pilihan sama ada ingin menonton filem ini atau tidak. Mungkin citarasa kita berbeza. Apa yang GUA tuliskan di sini adalah pendapat peribadi dan ia sekadar memberi gambaran tentang kualiti filem ini.

Filem Ratu The Movie memaparkan sebuah program realiti yang diberi nama ‘Pesona Ratu’. Mencari gadis-gadis berkelayakan untuk diiktiraf sebagai ratu, akhirnya seramai 10 peserta berlatar belakangkan profesion yang berlainan dipilih untuk ke peringkat akhir. Mereka akan dibawa belayar ke satu tempat untuk penilaian seterusnya.

Dua peserta terkeluar awal kerana gagal tiba ke lokasi perjumpaan seperti yang telah ditetapkan. Berlayarlah 8 peserta bersama tenaga kerja ‘Pesona Ratu’ ke lokasi rahsia. Setiap seorang peserta mempunyai misi masing-masing dalam merebut takhta ratu yang ditawarkan.

Walaubagaimanapun, kapal mereka tersadai di sebuah pulau terpencil. Ini memaksa mereka tinggal sementara di pulau tersebut sementara menanti kapal mereka diperbaiki. Bermulalah detik hitam yang melanda peserta-peserta yang memburu gelaran ratu ini.

Kesukaran mengharungi hidup di pulau itu dengan ribut yang melanda, bekalan makanan yang semakin kehabisan dan kemunculan makhluk yang tidak diundang mula menampakkan sikap sebenar setiap peserta.

Sepanjang berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.
Info
Lebih dari 1000 orang telah hadir untuk ujibakat Pesona Ratu yang diadakan di Pulau Pinang¸Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah ini hanya 18 orang berjaya melepasi peringkat saringan dan mereka ini telah dikumpulkan dan diberi pendedahan dalam bentuk latihan dan vokal selama dua minggu di kampus UiTM Puncak Alam.

credit: gua.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 03:41 PM | Show all posts
ader ke yang otak bangang sanggup terjah panggung nak tengok citer sampah ni?beli dvd pirate dah le..

hidup cetak rompak demi negara kita yang sejahtera..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 06:33 PM | Show all posts
muntah darah tgk filem neh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 08:05 PM | Show all posts
uwekkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 10:21 PM | Show all posts
cam hape jer pelakon diee....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 11:33 PM | Show all posts
apa bnd ratu ni?

oo filem yg bodoh giler tu ek?

no wonder sbb pengarahnya pun sama mcm filem dia jgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2011 08:03 AM | Show all posts
citer macam gampang ni kata filem,hahah mcm drama rtm ada la,silap2 drama rtm lg best hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 05:49 PM | Show all posts
nona penah pi castingdlm citerr ratu.. tapi ntah knapa nona tak diselekted..argghhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 10:45 PM | Show all posts
kenapa filem ni tajuk Ratu "The Movie"?

ada TV Series nya kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 04:38 AM | Show all posts
produk-produk PENGARAH ni aku tak berkenan langsung!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.180218 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list