|
Dalam satu wawancara Anang berkata, dia harus meneruskan hidup dan kerjanya tanpa perlu memikirkan apa-apa perkara yang boleh membantutkan kerjayanya.
"Buat saya, apa-apa pun yang terjadi tergantung kepada apa yang kita mahukan (dalam membuatnya). Apa tujuan kita melakukan sesuatu itu.
"Apa-apa pun, kita harus sedar semuanya bukanlah akan kekal selama-lamanya. Yang Kekal hanyalah Allah," kata Anang.
Dalam majlis yang sama KD turut menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas buat suami barunya. Lagu yang pertama kali dinyanyikan itu antara lain semacam meluahkan janji yang dia tidak akan meninggalkan suaminya walau apapun yang terjadi.
Majlis yang memilih tema moden itu turut dimeriahkan dengan persembahan rakan-rakan rapatnya antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Vina Panduwinata, Bunga Citra Lestari, Afgan, Kristina dan ramai lagi termasuk kakak KD, Yuni Shara.
"Saya tidak mengenali suami KD, tapi saya faham bagaimana orangnya kerana tarikh lahirnya sama dengan tarkh lahir suami saya. Saya doakan KD akan bahagia bersama Raul," kata Siti yang turut menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa pilihan KD sendiri. |
|