CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

Malaysia menuju negara kristian......?

  [Copy link]
 Author| Post time 8-5-2011 09:31 AM | Show all posts
Agenda pertemuan paderi serius

Oleh Hardi Effendi Yaacob, Azman Mahmood dan Mohamad Ishak
[email protected]
2011/05/08

Usaha jadikan Kristian agama rasmi Persekutuan jejas keselamatan negara

JERTIH: Kerajaan memandang serius jika benar laporan berhubung penganjuran pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan serta melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata apa juga tindakan daripada satu agama akan mengundang reaksi penganut agama lain.

“Kalau satu kaum membawa satu perkara (isu sensitif) yang lebih-lebih sangat, akhirnya mengundang reaksi kaum lain,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut, di sini semalam.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata, pihak yang terbabit menganjurkan perjumpaan itu haruslah bertanggungjawab termasuk jika mereka terpaksa berdepan tindakan undang-undang.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik laman blog, BigDog dan Marahku, masing-masing menyiarkan artikel berjudul Making The Christianity Official Religion yang mendedahkan pertemuan sekumpulan paderi dalam usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara ini dan melantik Perdana Menteri dari kalangan bukan Islam.

Hishammuddin berkata, status Islam sebagai agama rasmi negara sangat suci dan tidak boleh dilanggar atau dipersoalkan, sekali gus meminta polis menyiasat sama ada perjumpaan berkenaan benar-benar wujud dan sama ada benar atau tidak ada gerakan seumpama itu.
“Gerakan seperti ini amat menghasut dan meletakkan seluruh negara dalam bahaya. Jika terbukti ada gerakan sedemikian, polis harus bertindak,” katanya.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, ketika ditemui pemberita memberi amaran kepada pihak tertentu supaya ‘jangan bermain dengan api’ dengan cuba menjadikan Kristian agama rasmi yang dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan kaum hingga mengancam keselamatan rakyat dan negara.


Beliau berkata, perbuatan itu amat serius dan siasatan terperinci sedang dijalankan, termasuk mengenalpasti pihak bertanggungjawab dalam isu berkenaan yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat berbilang bangsa di negara ini jika tidak segera dibendung.

“Ini perkara sensitif... saya nasihatkan semua pihak berhati-hati dalam membangkitkan isu sebegini kerana ia turut membabitkan ketenteraman awam dan keselamatan negara. Polis tidak akan berkompromi terhadap pihak terbabit jika mereka masih berdegil dan terus memainkan isu sensitif ini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 09:43 AM | Show all posts
Tiada istilah negara Kristian dalam konteks agama Kristian...Filpina yg majoriti RC pun tidak pernah istihar diri sebagai negara Kristian....jadi apa yg dikeluarkan oleh Utusan ni semata2 utk survival politaik.....hanya Vatican seingat aku...itupun sebab adanya Pope...tp berapa kerat sgt ler besarnya Vatican itu...
Reply  Muntz

dalam kes ini...aku sure..Utusan sengaja yg menakut2kan org melayu dengan memainkan ...
cmf_shalom Post at 7-5-2011 23:33


apa plak tak denya... selalu jer sara baca buku cerita omputih sebut christiandom!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 09:59 AM | Show all posts
kalo buat tuduhan mcm tuh
perlukan bukti yg konkrit
tempek le rakaman suara ker.. video ker
ttg perjumpaan dan sumpah2 semua tuh!
baru ler senang polis nak buat kerja
nak di ISAkan ker..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:05 AM | Show all posts
kalau malaysia dijadikan negara kristian...maka kita akan dipaksa menganut agama kristian ka?...mcm jugakla korang duk luar negeri....

ni mcm nak mencetuskan permusuhan kaum ja...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:06 AM | Show all posts
mcmlah Malaysia ni ikut Islam sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:10 AM | Show all posts
sikap2 org2 kat malaysia nie...tgk la..zina pun dihalalkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply 46# khairina07


    skrg nih..mengikut BF balik ke rumah ato membawa BF ke rumah jumpa mak ayah selamba jer.. itu  bunga2 zina ler tuh.. tak payah tunggu kristianisasi pun... tingkah laku org muda Islam di malaysia nih membuktikan bhw kristianisasi tu mmg dah jadi sebahagian amalan, pergaulan bebas, sambut hari2 tertentu mcm org kristian jugak etc etc!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by petola at 8-5-2011 10:20

bagi aku isu ini adalah salah satu drp sekian banyak isu yg sengaja dimainkan oleh umno untuk dpt undi khususnya melayu
caranya guna mesin propaganda umno...

diselaraskan surat kabar terutama utusan, media, pemimpin2, menteri2, polis, blog, ngo2...
premis: seige mentaliti, kristian, dap

dlm isu ini mula2 ngo yg nama Pembela bikin cerita pasal asakan kristian
lepas tu dia bikin seminar tang hal itu.. kasik liputan besar2
kedian utusan bawak cerita ni... petik cerita dari blog (umno gak)
paderi dan dap terlibat
bang isham sambut ni perkara serius kena siasat
ketua polis kata jgn cuba main api...
dan hari ini esok lusa akan ada sambungan2nya lagi...

melayu diharap akan rasa waaahhhh.. kristian dan dap sudah mahu rampas kuasa
bahaya ni... kena sokong umno nih... pas takleh harap sebab pas kawan dap
ayuhhh melayu!..

cuma sementara ni najib buat2 bisu... yelah 1malaysia mana mahu tarok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 10:21 AM | Show all posts
apa plak tak denya... selalu jer sara baca buku cerita omputih sebut christiandom!
mysara Post at 8-5-2011 09:43



It's Christendom. Maksudnya bukan negara Kristian tapi masyarakat Kristian secara keseluruhannya atau the Christian society or community. Suffix 'dom' ni menunjukkan satu keadaan dan bahasa2 Germanic byk guna suffix ni. Contohnya dalam bahasa Swedish, ungdom tu ertinya youth atau masyarakat orang2 muda dan tentunya bukan bermaksud negara yg dikuasai orang2 muda. Mmg ada suffix -dom yg menunjukkan sifat negara, misalnya kingdom dan dukedom. Martyrdom pula keadaan org2 yg mati syahid (mengikut pandangan agama dan konteks masing2).
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:24 AM | Show all posts
len kali kalau takut sangat semua terjadi...jangan letak MALAYSIA...kekalkan nama TANAH MELAYU....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:37 AM | Show all posts
len kali kalau takut sangat semua terjadi...jangan letak MALAYSIA...kekalkan nama TANAH MELAYU....
noor2 Post at 8-5-2011 10:24


apapun kita kena akuilah yg agama apapun akan diperkembang oleh penganutnya melalui usaha2 mubaligh... terutama Islam dan kristian..

cumanya di malaysia agama lain walau bebas di amal tapi tak boleh diperkembang kepada org Islam..
walaupun begitu pertembungan pasti berlaku sebab kita sama2 ada dlm satu negara... dan pasti akan ada kasualti pada dua2 pihak...
cuma darjah kasualti tu besar mana itu kenalah kita perati dan waspada...
bagi org Islam usaha dakwah di kalangan org Islam atau kepada org bukan Islam kenalah diperkuat selalu...
lagi2 org islam boleh guna duit rakyat untuk buat kerja itu...
maka tak sepatutnya kalah atau tewas kpd agama lain...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:45 AM | Show all posts
apapun kita kena akuilah yg agama apapun akan diperkembang oleh penganutnya melalui usaha2 mubal ...
petola Post at 8-5-2011 10:37



    kalau betul2 fikirkan agama islam...ikutlah apa yang telah dilakukan oleh rasulullah...bukan bila agama kaum lain hebat berkembang kita kelam kabut risau padahal apakah berkonsepkan 'agama rasmi negara' kita mengamalkanya?...bila terjadi sebegini baru mengelupor...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by petola at 8-5-2011 10:51

undang2 dan peraturan, larangan atau hukuman saja tidaklah boleh menentukan Islam tidak terjejas oleh agama2 lain...
lagi2 dlm keadaan langit terbuka sekarang... agama2 bertembung secara bebas

bolehkah kita matikan usaha memperkembang agama2 terutama kristian kalau ia dianggap sebagai suatu kewajipan dlm agama mereka sebagaimana juga kewajipan kita org Islam untuk berdakwah?

misal seorg tokoh protestan indonesia ada kata: “Agama tanpa misi bukanlah agama… Tanpa misi, gereja bukan lagi gereja.”

itulah cabaran kita org Islam... dlm pada kita ada upper hand dlm hal agama melalui undang2 negara, kita juga terdedah kepada asakan itu melalui pintu2 lain...
kalau usaha tak kreatif kita akan terbungkang akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 10:55 AM | Show all posts
bagi aku isu ini adalah salah satu drp sekian banyak isu yg sengaja dimainkan oleh umno untuk dpt un ...
petola Post at 8-5-2011 10:18



   amat tepat dan jelas sekali... kalau kita tgk rentetan sebelum nih pun propaganda mereka sangat hebat... mereka pereka, mereka buat2 macam tak tahu, mereka yg buat ulasan, mereka yg kunun selesaikan... tapi yg salah sudah macam biasa.. pihak lawan...
cuba kita pikir balik rentetan dari cerita seks anwar, perpaduan UMNO-PAS, perkauman DAP, hinaan agama PAS, isu nama Allah... kita belek semua sekali... dari mana asal usul punca itu...

itulah dajjal sebenarnya dajjal perosak minda rakyat dan manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 11:29 AM | Show all posts
kristian ni pun mengarut juga...berita tu mungkin kurang benar tapi kalau pihak kristian malaysia rasa mereka tersisih ada kebenarannya juga seperti kristian coptic yang menganggap kerajaan mesir zalim terhadap mereka...bila kerajaan mesir digulingkan kristian coptic ni pun bergembira sama....fikir fikirkan laaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 11:37 AM | Show all posts
amat tepat dan jelas sekali... kalau kita tgk rentetan sebelum nih pun propaganda mereka sa ...
totokreturn Post at 8-5-2011 10:55


sebenarnya mereka ni hanya membuang masa jah

nak larikan perhatian kpd isu2 yang lebih besar spt kos sara hidup yg makin meningkat, isu perumahan, isu pengangguran dsb..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 12:21 PM | Show all posts
dalam kes ini...aku sure..Utusan sengaja yg menakut2kan org melayu dengan memainkan sentimen agama.....tidak pernah aku dengar mana2 pertubuhan..tokoh2..paderi...bishop..pastor yg bjuang utk mjadikan Malaysia ni negara Kristian....

Tiada istilah negara Kristian dalam konteks agama Kristian...Filpina yg majoriti RC pun tidak pernah istihar diri sebagai negara Kristian....jadi apa yg dikeluarkan oleh Utusan ni semata2 utk survival politaik.....hanya Vatican seingat aku...itupun sebab adanya Pope...tp berapa kerat sgt ler besarnya Vatican itu....
cmf_shalom Post at 7-5-2011 23:33


Mungkin berita itu tidak benar, mungkin ianya benar. dan kalau pun ianya benar dan mereka berjaya menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, adakah ianya akan membawa mudarat kepada negara?
Maideen pasti walaupon agama kristian menjadi agama resmi, agama lain seperti Islam, Hinduism, Bahaism dll akan dibenarkan untuk diamalkan dengan bebas.

Mungkin perbezaannya nanti ialah wang pembayar cukai termasuk yang dibayar oleh orang Islam boleh digunakan hanya untuk membina gereja dan bukan untuk membina rumah ibadat lain (selain daripada membayar gagi JAKAKIM (Jabatan Kemajuan Agama Kristian Malaysia dsbnya). Dalam hal ini syukurlah orang Islam tak berapa banyak membayar cukai kerana majoritinya berpendapatan kecil kerja dengan gomen.

Maideen rasa dari segi lain, agama kristian tak ada memaksa orang ramai musti berpakaian cara mereka, ikut apa yang mereka percaya sebagai hukum tuhan mereka dsbnya.

Marilah kita renungkan dengan hati terbuka.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 12:33 PM | Show all posts
utusan tak henti2 nak huru harakan negara kah....siapa chief editor yg cilaka tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 12:38 PM | Show all posts
Mungkin berita itu tidak benar, mungkin ianya benar.  dan kalau pun ianya benar dan mereka ber ...
Maideen. Post at 8-5-2011 12:21


aisyeman, title rasmi ni kalu hilang, tergugat la pulak mata pencarian apa nama yg dok melata hidup atas spesis lain iteww
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 12:38 PM | Show all posts
utusan tak henti2 nak huru harakan negara kah....siapa chief editor yg cilaka tu?
cmf_herrhughie Post at 8-5-2011 12:33



    bukan utusan saja, surat khabar lain bagaimana dan medium lain2 bagaimana???

tapi surat khabar utusan ada merosot penjualannya...surat khabar cina jualan laris yer????

kan setiap surat khabar ada pakat dengan politik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.130866 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list