CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Teguran pada perawat Islam

  [Copy link]
Post time 4-7-2011 05:29 PM | Show all posts
schu kalau hijau saje tak pe lagi, nanti petir sambung menyambung...susah karang...:lo ...
gammbir33 Post at 4-7-2011 16:49



    HUJAN okeh...sah berangan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 05:33 PM | Show all posts
memang tak salah dari segi lahiriah(syariatnya), tapi dari segi hakikatnya salah sebab tak ikhlas. T ...
hantukiller Post at 4-7-2011 17:14



    malunye dengan ALLAH...bayangkan lah kita dah yakin di dunia..rupa2nya Allah tak terima amalan kita..sesunguhnya memang hanya Allah saja yang tau keikhlasan seseorang hambaNya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 05:33 PM | Show all posts
Klu ikut lirik nasyid ni...utk mendapat redha Allah camana pulak. bkn kerana syurga atau fadhilat tp hanya redha Allah. rasanya mcm para sahabat yg mendapat gelaran r.a.

Redha-Mu padaku yang kupinta…
Redha-Mu padaku yang kupinta…
Redha-Mu padaku yang kupinta…

Ya Allah, Ya Tuhanku
Tidak kira apa berlaku padaku
Miskin atau kaya, sakit atau sihat
Yang penting adalah redha-Mu, redha-Mu

Redha-Mu padaku amat mahal sekali
Redha-Mu padaku amat mahal sekali
Sebab itu aku meminta selalu…

Jika redha-Mu Kau beri padaku
Sekalipun seluruh dunia menghinaku
Aku tak peduli

Walau aku miskin, kurasa bahagia
Apalah ertinya aku kaya
Engkau kan murka apalah ertinya ada nama
Jika Engkau murka

Jika Engkau murka segalanya tiada
Jika Engkau murka segalanya tiada
Sungguh mahal redha-Mu
Tuhanku…

Berilah keredhaan-Mu
Berilah padaku selalu
Kerana itulah aku beramal
Bukan kerana pahala
Bukan kerana fadhilat
Bukan kerana syurga

Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku
Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku

Redha-Mu padaku yang kupinta…
Redha-Mu padaku yang kupinta…
Redha-Mu padaku yang kupinta…
Kupinta selalu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 05:37 PM | Show all posts
Klu ikut lirik nasyid ni...utk mendapat redha Allah camana pulak. bkn kerana syurga atau fadhilat tp ...
kelat Post at 4-7-2011 17:33
hehe... walau pun itu lagu, tapi jika diiringi dengan hati untuk dijadikan doa, jadilah ia doa.... doa mana ada salahnya....

tpi kalau takat nak buat nyanyi nyanyi... takat nyanyi je la
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 07:10 PM | Show all posts
Dua2 pandangan betul........lain maqam lain bicaranya, lain rasa lainlah karsanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 07:28 PM | Show all posts
Ada yg memilih jalan berbeza2 mengikut kesesusaian dan kepelbagaian kehendak Allah. Allah tidak meletakkan ilmunya hanya pada pemahaman satu golongan shj. Malah sgt berbahaya kerana bila ada yg taksub dgn ilmu yg sedikit dan amalan yg belom tentu tahu diterima Allah tapi hendak berhujah seperti sudah mengenal dan hampir kpd Nur atau Tajalli atau Sirrusir....padahal masih jauh dari pengetahuan mereka pon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2011 08:49 PM | Show all posts
Mengikut pembacaan aku dlm trade ni begitu menarik rasanya tak silap aku dah menjurus kpd amalan Tasauf. Boleh tak sesiapa yg arif bincangkan antara perkaitan kaedah rawatan Islam dgn ilmu Tasauf?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:19 PM | Show all posts
Dua2 pandangan betul........lain maqam lain bicaranya, lain rasa lainlah karsanya.



sgt setuju dgn pandangan tuan hamba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 09:52 PM | Show all posts
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan keikhlasan?Masih belum jumpa jawapan yang sebenarnya untuk dijadikan kayu ukur terhadap keikhlasan..

Boleh sesiapa terangkan apa yang dimaksudkan dengan keikhlasan dan apakah ikhlas itu?Dapat kerk keikhlasan tue kita ukur?Dengan apa?Ada ukurannya kerk??
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:54 PM | Show all posts
jangan la sempitkan pemikiran kita hanya pada bait2 yang dipaste kan oleh HK pada permulaan thread ini..kerana ia hanya lah sebahagian bicara dalam bicara itu...

telitikan dan fahami segala bicara2 yg penuh dengan berlapang dada... moga Allah permudahkan pemahaman kita untuk kita memperbaiki diri kita..

janji Allah telah pasti....tak perlu kita pertikaikan lagi... jadi pujilah dan ingatlah pada DIA  (ALLAH) serta sujud lah kepadaNYA seikhlas hati kita
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:59 PM | Show all posts
jangan la sempitkan pemikiran kita hanya pada bait2 yang dipaste kan oleh HK pada permulaan thread i ...
safamm Post at 4-7-2011 21:54


Terima kasih atas cadangannya..Ya,memang janji Allah itu nyata walaupun kadang2 ianya tersembunyi dek pandangan mata..Hanya hati yang dapat memahaminya..Hati dan lapang mengakui keagungan Tuhan,Sang Pencipta..Tapi kadang2 tersedik juga di hati,apa yang sebenarnya kita lakukan sekarang..Adakah benar ikhlas kerana Allah S.W.T??Atau sekadar mengharapkan balasan dan ganjaran sampai tak merelakan sebuah pasrah dan keikhlasan yang benar2 tersimpul pada kekuasaan-Nya?

Sekadar pandangan adik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:29 PM | Show all posts
Ari tu aku dpt soklan dari dr seorang pesakit yg menerima rawatan dr seorang perawat dlm forum cari nie.. Die ade masalah saka dan dia minta la nasihat dari beberapa org perawat kat forum Cari tapi dia dapat saranan yg mengejutkan dari 2 perawat. Perawat tu sarankan dia untuk menerima saka keluarganya... Alasannya untuk memudahkan rawatan.. MasyaAllah.. Amat terpesong dah cara tuh.. Dah la saka tu perkara syirik... Kita mintak pulak pesakit tu terima saka tuh... nasib baik pesakit tu tak buat... Yg bg nasihat tu pulak ada ke dia kira bab hukum hakam agama nih sebelum bg nasihat.. Huhuhuuu... Sape perawat tuh biarlah rahsia....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by cozack at 4-7-2011 22:54
Mengikut pembacaan aku dlm trade ni begitu menarik rasanya tak silap aku dah menjurus kpd amalan Tasauf. Boleh tak sesiapa yg arif bincangkan antara perkaitan kaedah rawatan Islam dgn ilmu Tasauf?
mes3 Post at 4-7-2011 20:49


biase dgr dan baca,
fekah + usul(tauhid) + tasauf = islam

tasauf tu luas....tp nak mudah fhm, tasauf tu jalan myucikn hati....gilap hati supaya dekat pada Allah..bile ati bersih(bukn yg kuning tu ye ), ilmu2 Allah kte mudah utk amalkn...utk serap dlm diri.....dlm ilmu tasauf juga d sebut ttg khasyaf.....khasyaf mata, telinga, ati n other....khasyaf tu hijab, hijab yg boley d buka tutup utk melihat alam lain. sbb tu budak kecik...yg baru lahir, mudah lihat, dengar...sbb asal nye bersih hati nya dari hal2 dunia..



begitu lah...hehe

tp byk rawatan islam yg aq tau, rukyah je....kurg yg mendalami ilmu tasauf ni.....sbb xramai yg bley terima..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 11:20 PM | Show all posts
Dua2 pandangan betul........lain maqam lain bicaranya, lain rasa lainlah karsanya.
te_peng Post at 4-7-2011 19:10


1 person like this
   
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 12:20 AM | Show all posts
Salamun Alaik,

Pada pendapat saya, memadailah kalau kita, hamba Allah beribadat kepadaNya sesuai dengan kemampuan kita. Islam itu mudah. Apa yang dikatakan oleh Tuan HK itu betul, tapi tak semua orang mampu sampai tahap siddiqin..

Bagi golongan muqarrabin, apa yang disunatkan bagi kita adalah wajib bagi mereka, apatah lagi yang menjadi fardhu. Segala gerak geri mereka, amal perbuatan dan niat semata2 kerana Allah s.w.t sahaja. Ini tahap insan kamil mukammil, dan amat sukar mencapai tahap tersebut, kerana itu adalah Allah s.w.t kepada hamba pilihanNya.

Bagi kita yang risau jika niat kita beribadah tidak ikhlas kerana mengharapkan syurgaNya dan takut kepada nerakaNya, usah khuatir. Allah amat menyayangi hamba2Nya dan amat menyukai mereka yang mengakui kejahilan dan kedaifan diri sebagai makhlukNya yang serba kekurangan. Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..teruskanlah beribadah seperti biasa..
Bukan amalan kita yang menentukan kedudukan kita di akhirat, tetapi sifat Rahmat dan GhafurNya yang menmberi keredhaan. Ingat, Iblis laknatullah adalah yang terbanyak amalannya di antara para malaikat, tetapi akhirnya di laknat oleh Allah s.w.t akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 01:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by te_peng at 5-7-2011 01:11

Reply 55# evilcooler


Yer betul kata bro evilcooler, teringat satu rangkap nasihat para hukama'.....Hasanatu lil abrar, Sayyiahtu lil muqarrabin.

Maknanya baik pada pandangan abrar yakni pada maqam syariat, tapi masih tercela pada  orang muqarrib yakni pada maqam hakekat.

Seperti contoh mudah, orang solat memandang pada rukun, wajib cukup sempurna - bagi mrk sudah memadai dan comel doh serta ia sudah sah pada syara', tapi pada orang yg arifbiLlah atau orang yang ingin berhampir dirinya pada Allah dgn sebenar2 hampir masih banyak celanya. Cela pada khusyuknya, cela pada maksud solatnya dan tercela pada akibat dari solatnya - krn center of gravity mereka ialah pada firman Allah - "Solat itu mencegah perkara munkar" dan firman Allah lagi dalam surah Anfal - bila disebut nama Allah bergentar hati mrk.

Cuba dan banding serta timbang2 bila kita sebut Allaaaaaah......adakah sama atau "wajilat" momentum jiwa (qulub) kita bila menyebut Nataaaaaaang atau Sayaaaaaaaang atau Hancur! Hancur! Hancur BN!.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 02:07 AM | Show all posts
Menurut cozack "tp byk rawatan islam yg aq tau, rukyah je....kurg yg mendalami ilmu tasauf ni.....sbb xramai yg bley terima.."

Rasanya macam x patutlah jika perawat Islam tdk mendalami ilmu tasauf sbb mereka berusaha utk menyembuhkan pesakit samada menggunakan rukyah @ apa saja teknik yg x menyalahi hukum Islam sedangkan yg berhak memberi kesembuhan hanya Allah swt. oleh itu mereka sepatutnya lebih mengenali & rapat dgn Allah swt yg empunya zat berbanding ayat2 rukyah tu sendiri kerana ayat2 itu sendiri adalah ciptaanNya juga.
Manakala utk lebih kita mengenali & rapat dgn Allah swt adalah dgn membersihkan hati yg harus melalui perjalanan@tasawuf kerana mereka akan menempuh beberapa maqam yg bermula dari syariat, tarikat, hakikat & makrifat.  
Apabila hati sudah bersih maka dgn Basmillah shj dgn izian Allah swt sesetetengah perawat itu dapat membantu kesembuhan pesakit & tak lah semestinya memerlukan ayat rukyah @ doa yg panjang2 sebelum pesakit dpt disembuhkan juga dgn izinNya.  Walwah hu alam, mohon dijelaskan lagi @ jika ada salah dllm kenyataan sya ini tolong diperbetulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 03:37 AM | Show all posts
Salam Tuan HK dan geng maaf mencelah..
ALLAH SWT berfirman:
Wahai orang yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu. Jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka rujuklah kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan Hadis) jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, demikian lebih baik dan sebaik-baik tindakan. (Surah al-Nisa': 59)

Sebagai ahlil sunnah waljamaah.. eloknya kita kembali pada surah al-nisa' ayat 59, lebih sohih dan tepat.. Pada yang nak memahami silakan.. moga akidah kita tidak terpesong.. ALLAH SWT telah berfirman didalam kalamnya.. dan Rasulullah SAW telah bersabda didalam hadisnya..

ALLAH SWT berfirman:
"Katakanlah, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 )

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )


Ubai ibnu Ka’ab pernah berkata: “Ketika aku sedang bersama-sama Nabi s.a.w. seorang badwi telah datang menemui baginda sambil berkata “Wahai Nabi Allah, aku mempunyai saudara yang sedang mengidap penyakit”. Apa sakitnya tu tanya Rasulullah. “dia terkena penyakit gila”, ‘bawa dia kemari’.

Mangsa kemudiannya diletakkan dihadapan baginda s.a.w. lalu baginda menjampi dengan membaca;
Surah al-fatihah, empat ayat permulaan surah Al-Baqarah, dua ayat Al-Baqarah ayat 163 & 164, ayatul Qursi, tiga ayat terakhir surat Al-Baqarah, satu ayat dari surah Al-A’raf (ayat 54), akhir ayat dari surah Al-Mukminun (ayat 115 – 118); satu ayat dari surah Al-Jin (ayat 3), sepuluh ayat dari awal Surah As-Soffat, tiga ayat dari surah Al-Hasyar (ayat 21 – 23); surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas.
Sesudah itu mangsa itu pulih seperti sediakala seolah-olah tidak terjadi apa-apa ke atasnya.

Telah berkata Imam Ibn Qayyim: Al-Quran adalah penawar yang lengkap bagi semua jenis penyakit hati dan penyakit badan, penyakit dunia dan penyakit akhirat. Dan bukan semua orang layak dan berjaya untuk berubat dengan al-Quran. Jika orang mengubati itu menggunakan penawar ini dengan keyakinan dan keimanan, penerimaan yang penuh, iktikad yang kuat serta menepati semua syaratnya, maka tiada penyakit yang dapat mengatasinya.

Erm.. tak mungkin Rasulullah SAW tersilap kot...??? sila terus membaca himpunan hadis dibawah..

Diriwayatkan dari Aisyah: Setiap kali Rasulullah s.a.w hendak tidur (malam hari) Nabi s.a.w menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bagian tubuhnya. Dimulai dari kepala, wajah, dan bahagian depan tubuhnya. nabi s.a.w melakukannya tiga kali.

Dari Ibnu Mas’ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al Baqarah, nescaya keduanya akan memeliharanya dari bencana.”

Jangan rosakkan akidah orang lain.. dengan statment yang samar-samar tuan.. semuanya telah terjawab hampir 1500 tahun lalu.. harap bermuahasabahlah sebelum menyampaikan sesuatu yang tidak jelas.. maaf sekali lagi wasalam..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 07:16 AM | Show all posts
Reply 58# madmualij


AlhamduliLlah bagus2 En Mad (teringat plak kat geng ambe Che Mad Teluk Belanga)....teruskan, kita berhimpun disini bukan mencari kemenangan tapi meluruskan kefahaman dan me-1 kan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 08:30 AM | Show all posts
Reply  evilcooler


Yer betul kata bro evilcooler, teringat satu rangkap nasihat para hukama'... ...
te_peng Post at 5-7-2011 01:04



   betu tu bro tepeng, tapi kita mesti selalu berusaha untuk mendaki makam2 tersebut, sekiranya kita mati semasa mendaki tersebut Alhamdulillah, selalulah perbaiki diri baiki baiki dan baiki lagi sehingga "bersih", "bersih","bersih", oooooop silap nanti org marah hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.126720 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list