Patutla byk sgt kes jenayah tembak menenbak kt malaysia ni.. Adakah lpas kuar trailer ni penjenayah malaysia semakin berkobar2 nk menunjukkn pistol masing2.. Ooppsss
Takde moral value lgsung tgok cite ni.. Mesej ntah pape... Tp tu la yg Org malaysia suke kn...
film yg ditunggu... simpan duit utk tgk 2 kali of course di pawagam... Syamsul mmg Terbaik!!
ramai director2x lain yg duk cemburu kat sini hikhik...
kalau nak citer ada pengajaran bagai pi lah tgk citer drama oasis ke tanah kubur ke... ini just entertainment je pun... hang tgk citer harry potter pun takdak pengajaran gak...
skymania posted on 15-8-2013 02:23 PM
ko mesti tak sker citer macam neh.. ko sker citer cam lemak kampung santan kan??
Lemak kg santan lg la nan hado.... Berlagak kate kualiti sesgt pdhl hampeh....
Baik aku tgok the smurfs n percy jackson n conjuring...Lg best nk tgok... Byk mesej yg lain drpd yg lain... Klu nk mengarut.. Lbih baik kasik mengarut sume citeye..... Ni asik gangster n ade pompuan sundal dadah n gadoh2 jhat2 je kt film malaysia ni... Klu nk wat cite lawak pon mesti nk kene pondan2 bapok2 .. Bosan... Film luar sane tgah sibuk menunjukkn kreativiti teknologi n buat plot cite yg luar logikal tp memasing kat sni masih ke blkg ngan aksi2 mcm gini lagi.. Hampeh..
“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam behubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL Gangster 2.
Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.
Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.
Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.
“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’
“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.
Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.
“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.
“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.
Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya anaknya itu, Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan tegas.
“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.
“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.
“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.
Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.
“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.
“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.
“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya.
supernaturalee posted on 2-9-2013 09:49 AM
it better be a really good damn movie
rm4.5 juta dgn mkn thn lg
dh leak mcm ni ada lg ke nk tgk kt ...
Ok aku dah tgk(Sorry ye samsul coz xleh tahan laa nafsu dgn trailer filem ko tu but im promise, masuk bulan 10 ni, aku tebus le balik tgk filem ni kat wayang..hehe). Back to the review, kualiti gambar sebenarnya mmg kategori ok laa. Cuma kaler dia kuning2 suram so mmg betul laa kata dato yusof yg movie leak ni tak dimixkn lg pengredan warna(ceh betul ke ape aku sebut nih...haha)
Storyline much better drpd yg first dan aku rase utk filem kali nih, rosyam nor yang lebih mencuri tumpuan berbanding dgn sofi jikan. Watak kejahatan shark diolah baik kali ni dan juga malik. Dlm filem ni jugak, watak zizan dilebihkan komedinya sampai ada yg komen terlalu bnyk scene lawak utk zizan bg filem yg serius mcm ni. Tp bg aku, kalu kita tgk ramai2 kt wayang, scene2 mcm ni laa yg naikkn mood penonton sebenarnya coz xkn nk tunjuk scene lawan2 je non-stop kan.
Bg aksi, hmm tak payah cite la eh...memang dah terbukti dlm trailer, gempak kebabooom berbanding dgn first filem.
Kesimpulan:
-scene aksi yg padat
-lawak kelakar zizan yg x hengat
-storyline yg bertunjangkn kekeluargaan yg sgt kuat
-unpredictable moment(aku rasa babak shark langsi ngan polis tu x patut masuk dlm trailer coz akan bertambah surprise kalau penonton dpt tgk kt wayang je babak tu)
Overall aku leh bg 10/10 bg kategori filem tempatan and sepatutnya menjadi movie of the year utk filem melayu tp sygnye......
Anyway sape2 yg x dpt download or mmg tak berkesempatan lg tgk filem ni aku sarankan better korg tak payah tgk dulu laa coz nnt xde feel pulak tgk kt wayang sbb dah tau jalan cerita. Ok bertemu lg di hari tayangan pada 3 oktober depan.
lahnapi posted on 2-9-2013 10:59 AM
Ok aku dah tgk(Sorry ye samsul coz xleh tahan laa nafsu dgn trailer filem ko tu but im promise, ma ...
setuju bro dengan pendapat lu...bagi aku, cerita KL GANGSTER 2 nie x leh tengok kat laptop kena tengok wayang....kurang2 kita tengok yang tiada potongan (bagi aku)....so mesti lgi excited nak dengar bunyi2 effect dalam wayang....
the best movie ever....but, sayang dah terlepas ke tangan orang tak bertanggungjawab yang upload dalam internet.... (yang download cam aq, orang dah upload bagi download je lah kan)