|
Exotic Pet - Kala jengking/Ular/Spider/Gengko/Katak
[Copy link]
|
|
erm erm erm.. berita x seronok.. last weekend.. aku balik la perak.. tinggal la scorpion tersebut seekor diri..
balik je kl hari ahad malam tu... nampak ade benda itam dlm tank. so aku pon g la tgk.. betul la jangkaan aku. scorpion tu. tp.. da kering. x bernyawa. kena makan dek semut.. semut halus yg kaler oren tu.. huuuu.. sebulan je dan kawan. huhu.
tp td ade mmb aku bg cicak. aku x tau nak amik ke x ni. bleh ganti scorpion dlm tank tu. haish.. cicak ape nth. jari mcm iguana. bukan spesis tokek tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya x klu nk bela scorpion liar? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 54# thunderbirds88
x bahaya kalau betul cara simpan. bertutup and such. tp klu scorpion yg slalu jual kat kedai as asian forest scorpions tu dia x agresif sangat. dia lebih suka menyorok, maybe membosankan je. klu spesis dari gurun mcm hairy desert, yg ni seronok tgk dia.
makanan senang je, cengkerik or meal worm je. dia makan x banyak pon. at least seminggu skali. environment dia dlm bekas, make sure buat se-natural mungkin. klu spesis forest, buat la ala2 forest, tanah, kayu2 dll. klu nak bela yg gurun, kuar la duit sikit bli pasir gurun (halus gila!). yg ni ade kat kedai pet yg jual exotic pets. klu stakat nak tanah tu, g bli tanah kat tmpt berkebun kat giant. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Para saintis masih lagi tidak dapat memastikan sumber toksik yang terdapat pada katak tersebut namun terdapat kemungkinan ia mengasimilasi racun-racun tumbuhan yang dibawa oleh serangga seperti semut, kumbang dan anai-anai.
Peliknya, katak kecil itu hidup secara terasing dan terpisah daripada serangga lain di habitat tersendiri yang tidak mungkin boleh menghasilkan bisa.
Komuniti penyelidikan untuk perubatan menemui kemungkinan beberapa jenis bisa daripada katak tersebut boleh digunakan dalam bidang perubatan.
Pihak terlibat telah membangunkan sejenis kompaun versi bisa sintetik yang boleh dijadikan sebagai ubat penghilang kesakitan.
Cara katak jantan menarik perhatian pasangannya adalah melalui kaedah mengeluarkan getaran vokal yang sangat kuat.
Selepas selesai mengawan, katak betina akan mengeluarkan beberapa dozen telur yang diselaputi pelindung seperti bahan agar-agar di atas daun.
Sepanjang dua minggu pertama, si jantan akan memeriksa telur secara berkala. Apabila berudu menetas, ia akan berenang ke atas badan katak jantan dan bapanya akan membawa ke tempat yang sesuai untuk membesar.
Apabila sudah berada di lokasi yang sesuai, berudu akan hidup secara sendiri dan memerlukan masa tiga bulan untuk mengalami proses metamorfosis menjadi katak kecil.
Jangka hayat seekor katak damak beracun yang hidup dalam persekitaran terasing boleh mencapai lebih 10 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
KATAK jantan akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat bagi menarik pasangan untuk mengawan.
Sesetengah spesies katak itu berada pada tahap terancam kerana kehilangan habitat yang menyebabkan bilangannya semakin berkurang.
Melalui sumber daripada sebuah kedai menjual haiwan eksotik, Reptiles Planet and Pet Studio, untuk memelihara haiwan tersebut di negara ini, seseorang itu perlu memiliki lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Ia adalah spesies dilindungi dan harganya sangat mahal dengan minimum harga RM350," ujar seorang pemilik yang tidak mahu dikenali. Buat masa ini, kedai yang terletak di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur itu tidak mempunyai stok.
Tambahnya, katak damak beracun dijaga dengan cara yang amat mudah. Setiap hari haiwan tersebut perlu disembur air dan diberi makan cengkerik kecil.
Bagi yang hidup di habitat liar pula, ia akan memakan serangga kecil seperti semut dan anai-anai. Kebanyakan makanannya ditemui di lantai hutan dengan cara menangkap menggunakan lidah yang panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
KATAK jantan akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat bagi menarik pasangan untuk mengawan.
...
jejai Post at 2-5-2012 11:47
-thread merge- |
|
|
|
|
|
|
|
tringin nk bela iguana..tp mak x bg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|