CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sunsweet78

[MERGED] ALL ABOUT HEPATITIS

[Copy link]
Post time 21-6-2005 10:42 AM | Show all posts
ade tak sesiapa tahu berapa harga vaksin hep B kat area kl..kalau ade saper2 tau..tolong yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2005 01:38 PM | Show all posts

Hepar - Pelihara Kesihatan

Hepar merupakan satu organ unik, yang mana ia bersaiz empat kali lebih besar daripada jantung dan merupakan organ terbesar dalam tubuh.

Hepar terbabit dalam aktiviti pemerosesan, penyimpanan serta pembekalan makanan. Selain itu, Hepar juga memainkan peranan penting dalam proses penyingkiran toksid atau apa jua bahan beracun yang hadir dalam darah. Beberapa vitamin seperti A, B, D dan zat besi merupakan antara vitamin yang terkandung dalam hepar.

Antara fungsi hepar yang lain ialah menukarkan gula berlebihan dalam darah kepada glikogen dan disimpan didalam sel-sel hati. Glikogen akan ditukarkan semula kepada glukosa untuk kegunaan sel-sel apabila diperlukan. Di samping itu, hepar juga mesintisiskan jus hempedu yang penting untuk pencernaan lemak.

Kesihatan Hepar boleh terganggu disebabkan oleh beberapa factor seperti pengambilan alcohol yang berlebihan, penyakit autoimmune dan juga virus Hepatitis iaitu A, B, C, E atau G dan juga pengambilan beberapa jenis dadah.

Penjagaan Kesihatan Hepar

- Pengambilan nutrien anti-radikal bebas seperti beta-karotene, vitamin C, E, Zink dan selenium hendaklah ditingkatkan kerana ia mampu melindungi sel daripada kemusnahan radidal bebas dan membantu dalam menyahtoksid.

- Pengambilan daging merah dan makanan berlemak, gula ringkas, pengawet makanan pewarna dan perisa tiruan, alkohol serta kafein hendaklah dikurangkan.

- Menikmati atau menambahkan pengambilan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan bekalan serat dan nutrien adalah mencukupi.

- Makanan tambahan lain yang turut membantu ialah lecithin dan vitamin B complex dalam memprbaiki kerosakan hepar dan membuang toksid.

- Amalkan meminum air sekurang- kurangnya 8 gelas sehari untuk membantu proses penyingkiran toksid dari tubuh.

Senaman yang berterusan adalah digalakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 10:57 AM | Show all posts
HEPATITIS

Hepatitis ialah radang yang berlaku pada hati (liver) yang disebabkan oleh jangkitan virus. Ada beberapa jenis hepatitis seperti jenis A, B, C, D dan E. Semuanya disebabkan oleh virus yang berbeza. Contohnya Hepatitis A disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai HAV virus.

Hepatitis A adalah jenis yang tidak merbahaya. Hepatitis A dan Hepatitis E selalunya tidak berlarutan hingga ke tahap yang kronik. Ini berbeza dengan Hepatitis B, C dan E yang lebih serius dan boleh menjadi kronik dan menyebabkan kanser.

Oleh itu Hepatitis A dan E selalunya tidak dirawat menggunakan ubat. Hepatitis B, C dan D yang lebih merbahaya boleh dirawat menggunakan ubat yang dinamakan interferon.



Bagaimanakah ia merebak?

Hepatitis A dan E merebak melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Hepatitis B dan D pula boleh dijangkiti melalui darah yang tercemar (seperti perpindahan darah) dan hubungan kelamin. Pasangan pesakit hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa hubungan seks di samping mendapatkan vaksin untuk menghalang penyakit tersebut daripada menjangkitinya.

Hepatitis D hanya menjangkiti mereka yang telah terkena Hepatitis B. Hepatitis C dijangkiti melalui darah tercemar dan juga hubungan kelamin (tetapi ini lebih jarang berlaku berbanding Hepatitis B).

Hepatitis tidak merebak melalui cara-cara pergaulan biasa seperti berjabat tangan atau berpelukan. Oleh itu adalah selamat untuk bergaul dengan mereka.



Bolehkah ia dicegah?

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat vaksin untuk menghalang Hepatitis B dan D. Begitu juga, ada vaksin yang boleh diambil untuk menghalang terjadinya Hepatitis A. Bagaimanapun setakat ini, tidak ada vaksin untuk menghalang Hepatitis C dan E.

Pesakit yang menghidap sesuatu jenis hepatitis tidak lali dengan jenis yang lain. Oleh itu pengambilan vaksin adalah penting. Pesakit yang menghidap Hepatitis C sangat digalakkan mengambil vaksin terhadap Hepatitis  A dan B.



Hati

Penyakit Hepatitis menyerang anggota badan ini. Hati adalah organ terbesar di dalam tubuh manusia. Sel-sel hati boleh 'regenerate'. Didapati sekiranya tiga per empat bahagian hati anda dibuang, baki yang tinggal iaitu satu per empat akan mengembang dan membentuk stuktur hati seperti asalnya selepas beberapa minggu.

Bagaimanapun sekiranya sel-sel hati menjadi teruk contohnya oleh kerana tekanan tugas yang berlebihan, ia akan rosak tanpa boleh dipulihkan kembali. Keadaan ini dinamakan cirrhosis. Sebagai contoh, pengambilan alkohol berlebihan akan menyebabkan sel-sel hati berkerja lebih masa (overtime) dan ini boleh menyumbang kepada berlakunya cirrhosis. Bila ini berlaku, hati tidak lagi boleh menjalankan fungsi-fungsinya secara berkesan.



Fungsi-fungsi hati

Fungsi utama hati ialah sebagai penapis. Hati menapis lebih daripada satu liter darah setiap minit. Ia bertindak membersihkan dan membuang toksin daripada bahan-bahan yang masuk ke dalam badan anda seperti melalui makanan dan sedutan / pernafasan.

Hati juga penting dalam proses :

pembentukan darah (semasa dalam kandungan)

penukaran makanan kepada otot-otot, tenaga dan protein

pengeluaran hormon

pembekuan darah

imunisasi anda. Ia membantu membuang jangkitan seperti bakteria dsb.

penyimpanan vitamin, mineral serpti zat besi, gula

pembentukan dan pembuangan kolesterol dan lemak




Cirrhosis

Hati bolehlah dikatakan sebagai mesin di dalam badan anda. Malangnya selalunya tanda-tanda kerosakan pada hati tidak ditunjukkan kecualilah ia menjadi sangat teruk. Bila proses cirrhosis sudah berlaku, proses penapisan toksin tidak sempurna. Kesudahannya, toksin akan berkumpul di dalam badan. Toksin yang banyak di bahagian otak akan menyebabkan masalah-masalah seperti 'confusion'. Begitu juga, proses pembuangan ubat-ubatan yang diambil menjadi perlahan. Kesan-kesan sampingan pengambilan ubat boleh terjadi.

Antara kesan serius cirrhosis yang lain ialah tekanan darah tinggi (postural hypertension). Cirrhosis menyebabkan perjalanan darah dari usus ke hati menjadi perlahan. Ini menyebabkan saluran darah menjadi besar (expand) menyebabkan keadaan yang dinamakan varices atau varicose veins. Dinding saluran darah menjadi lebih nipis. Sekiranya cirrhosis menjadi lebih teruk, tekanan yang dikenakan kepada saluran darah ini meningkat. Ini boleh berakhir dengan saluran darah pecah dan berlaku pendarahan di dalam perut. Antara tanda-tandanya ialah muntah darah dan najis menjadi hitam (kerana ia telah bercampur dengan darah).



Tanda-tanda dan kesan-kesan daripada cirrhosis yang lain ialah:

rasa lemah badan

hilang selera makan

pening dan muntah dan ini menyebabkan berat badan turun

hati membengkak

gatal badan disebabkan pengumpulan bile di dalam hati

jaundice atau kuning pada bahagian kulit dan putih mata

masalah berkaitan dengan perut seperti tidak hadam makanan, angin dan sembelit. Masalah tidak hadam lebih kerap berlaku selepas pengambilan makanan berlemak.

air kencing gelap, najis menjadi cerah

pembentukan batu karang kerana kekurangan bile di dalam gallbladder

cecair berkumpul di dalam perut. Ini dikenali sebagai ascites

cecair berkumpul di kaki. Ini dikenali sebagai oedema

mudah berlaku bengkak dan pendarahan

masalah berkaitan dengan haid


Tidak ada sebarang ubat yang boleh merawat cirrhosis. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan merawat tanda-tanda yang ada dan mengawal cirrhosis daripada menjadi lebih teruk. Contohnya pesakit akan diberikan ubat diuretik untuk membuang cecair berlebihan di dalam badan.



Hati dan pemakanan

Pengambilan makanan yang baik dan seimbang dapat menolong hati berfungsi dengan baik. Pengambilan karbohidrat berlebihan boleh menyebabkan fungsi hati berkurangan dan pengumpulan lemak di dalam hati. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam hendaklah dikurangkan kerana ia menyumbangkan kepada ascites dan oedema (sila lihat di atas). Makanan laut yang tercemar memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan laut.

Pengambilan vitamin-vitamin yang larut dalam lemak (A, D, E dan K) hendaklah dikawal. Vitamin A yang tinggi tidak dibenarkan kerana ia menyebabkan kerosakan pada hati. Sebaliknya ambil beta carotene yang lebih selamat. Beta carotene akan ditukar ke vitamin A di dalam badan bila badan memerlukannya.

Alkohol merosakkan sel-sel hati. Pengambilan minuman yang mengandungi alkohol berserta dengan ubat-ubatan seperti paracetamol (Panadol) boleh menyebabkan kerosakan hati.

Pengambilan herba hendaklah dibuat dengan berhati-hati. Walaupun kebanyakkan herba adalah selamat, ada herba-herba yang tidak boleh diambil oleh pesakit ini seperti scullcap (membantu tidur).

Selain alkohol, air berkaffein hendaklah dijauhkan.

Jangan ambil makanan yang mengandungi banyak bahan additive tiruan.

Tambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Amalkan pengambilan green tea.

Vitamin B kompleks terutamanya B12 dan asid folik membantu fungsi hati yang baik.

Amalkan pengambilan selenium dan zink.

Herba yang baik untuk diamalkan ialah milk thistle (silymarine), dandelion dan kunyit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 03:01 AM | Show all posts
takut laaa baca...arituh kawan tego mate kuning...tapi bila check ngan doc dia kata takde apa-apa.

tapi still takut gak sebab ramai sangat yg tegur warna mata putih tukar jadi kuning..including my mom.

uwaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2005 12:54 PM | Show all posts

hepatitis B

actually aku ade kawan yang pakwe dia ade hepatitis B.
dia org selalu buat oral sex..kawan aku selalu ngadu kat aku sebab dia takut gak berjangkit..
diaorg dah nak tunang so...boleh ker hepatitis B berjangkit melalui oral sex??
dia cakap dia tak pnh telan mani pakwe dia, pakwe dia mmg tak kasi..
tapi aku rase, mazi pun boleh effect gak kan??
dia pernah p jmpa doktor goment pastu doktor suruh p DBKL dapatkan vaksin tuk hepatitis B..
betul ker kat DBKL? cam tak masuk dek akal jer aku raser...tak tau la...
pastu dia memang tak tau nak buat aper...

so mintak sgt2 doktor dapat bagi panduan cara untuk dapatkan vaksin untuk hepatitis B, kat maner
boleh dapatkan vaksin tu..
bagaimana  cara virus tu berjangkit, and camner nak elakkan dari berjangkit sewaktu lakukan sex.

tq..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 12:45 PM | Show all posts
so that means HB blh berjangkit jgk through oral sex la...
kissing pun ker??'

still blur...:stp: plzzz...:stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2006 12:07 PM | Show all posts
tunang sue disahkan ada hepatitis B
dah cucuk vaksin 3times..
just nak tau punca hepatitis B n mcm mana nk ubatinya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 09:53 AM | Show all posts

Entecavir terapi baru hepatitis B

Entecavir terapi baru hepatitis B
Oleh Shafinaz Sheikh Maznan


Sirosis hati - komplikasi jangkitan virus hepatitis B.
--------------------------------------------------------------------------------

HEPATITIS merupakan penyakit keradangan hati yang lazimnya menjadikan hati membengkak dan terasa lembut disebabkan oleh pelbagai jenis virus - A, B, C, D dan E.

Hepatitis yang paling biasa ditemui adalah virus hepatitis A (HAV), virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV).

HBV tergolong dalam salah satu penyakit yang paling banyak menghasilkan mikroorganisma di dunia.

Kira-kira 400 juta orang telah dijangkiti secara kronik oleh HBV - 100 kali lebih berjangkit berbanding virus human immunodeficiency (HIV).

Di Malaysia, kira-kira 2.5 juta rakyatnya dikesan menghidap kanser hati - penyakit yang boleh dielakkan melalui suntikan hepatitis B.

揓angkitan hepatitis B terjadi melalui darah dan cecair-cecair badan lain seperti air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan susu badan.

揝ebaik sahaja HBV memasuki saluran darah, ia akan berhijrah ke hati di mana ia membahagi,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Chippo This user has been deleted
Post time 4-7-2006 07:31 PM | Show all posts
Good info, but therapy for Hepatitis dah lama ada di Malaysia, dah terbukti pon, actually dalam masa 3 - 7 hari sahaja, hepatitis virus terus lenyap dari badan. Banyak digunakan oleh doktor pakar di Johor dan Spura.
Reply

Use magic Report

ladyleya This user has been deleted
Post time 19-7-2006 12:34 PM | Show all posts
"Gejala-gejala hepatits B seakan-akan mendapat selesema, demam, sakit-sakit badan (sendi dan otot), keletihan dan lemah, hilang selera makan, loya dan muntah dan, jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)"

tul ke simpton ni mcm flu?  dr mana lagi boleh dapat sakit ni selain dr sex intercouse? carrier?
Reply

Use magic Report

ladyleya This user has been deleted
Post time 21-7-2006 11:27 AM | Show all posts

Macam kena simptom Hepatitis B la..

Nak tanye.. seriously wondered actually

1) macammane nak tau kita ni carrier hepatitis B?

2) kalau nak check darah, kena gi lab ek, gi klinik biase xleh ke? brape RM ye.

3) kalau dah confirm kena hep B, shot vaksin je cukup x (of course with doc's consultation)

4)aku nak check sbb aku tgh demam flu skrg. tp dah mcm simptom hep B je..(aku share makan minum dgn org lain, tu yg risau tu)  kalau boleh aku xnak risau pasal sakit ni, sebab aku rasa ( dan baca) yg kalau kita sakit ni, just pg doctor,test darah, ambik shot, check darah balik regularly and sakit ni boleh hilang. and sometime sakit ni leh hilang sendiri kan..

5) pastu, kalau betul aku ada Hep B, bile lak la aku dpt sakit ni? aku suspect aku ni carrier, so bila terdedah/terjangkit, barula dtg simptom tu kat aku..  boleh ke nak fikir mcm tu?

ke.. aku je yg risau lelebih sbb doctor kata setiap demam ada puncanya, and aku xleh verified benda yg menyebabkan aku demam, so aku memandai check kat internet pastu memandai matchkan simptom ni?

*persoalan dari orang yg xde ID.. help ye.. thanks
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 05:45 PM | Show all posts
1) nak tahu carrier status boleh buat blood test..tengok samada anda ada tak virus hepatitis B

2)ttg kos ni ..saya tak pasti.. kene tanya dr Cakk (BTW.. where is dr cak.. lama tak jumpa..:nyorok: cakk aa)

3)vaksin tu untuk orang yg.. nak protect diri dari kene jangkit hepatitis BUKAN UBAT kalau dah kena.
vaksin tu dibuat oleh kulit kuman hepatitis yg tak bahaya...untuk bagi immune badan kita belajar cara2 nak buat antibody against hepatitis virus kalau kene jangkit nanti...

4)flu bukan disebabkan oleh virus hepatitis dik..oii virusnya nama influenza..
hepatitis virus ada banyak jenis A,B,C,D,E,F,G....
hepatitis A - muntah ,cirit, kuning..demam.. sebab termakan eg kerang yg contaminated dgn virus ni..
hepatitis B,C - kekadang tak de simtoms.. tapi boleh dapat kerosakkan hati kronik atau barah hati..then baru ada simptoms..kuning ..tak de selera makan.. tak sihat.... cara jangkitan .. macam HIV.. sex dgn org yg ada hepatitis B/C..drug addict via needles.. or mak you carrier..  or blood transfusion

5) macamana anda rasa anda ni carrier? mak anda ada hepatitis B ker? or ada risiko risiko gaya hidup spt di atas..

ramai orang tak faham ttg hepatitis B/C virus.. ramai yg ingat Hepatitis A tu macam B/C. sedangkan cara jangkita B/C macam HIV...

[ Last edited by  rebas at 21-7-2006 05:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by rebas at 21-7-2006 17:45
1) nak tahu carrier status boleh buat blood test..tengok samada anda ada tak virus hepatitis B

2)ttg kos ni ..saya tak pasti.. kene tanya dr Cakk (BTW.. where is dr cak.. lama tak jumpa..:nyorok ...


Aku baru test darah. Komprehensive - 4 test. Rm 100.

Boleh buat kat lab. BP lab @ Path lab. Kat klinik pon boleh buat tapi result lambat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 09:52 AM | Show all posts
Kalau hal penyakit yang berkaitan jangkitan virus ni leh cuba dengan Rawatan NEUTRACEUTICAL.
Aku leh bawak kau jumpa dengan doktor yang pakar tentang rawatan ni di Ampang... FREE consultancy.
Kalau ianya dapat membantu, alhamdulillah. Cubalah....

KLIK SINI

[ Last edited by  NUFERA at 26-7-2006 10:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 11:21 AM | Show all posts
tp kalau tak buat sex rambang, tidak pernah buat suntikan dadah, tak pernah terima darah keluarga pun sihat tp dijangkiti jugak Hepat B camner lak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by Labeaute at 9-10-2006 11:21 AM
tp kalau tak buat sex rambang, tidak pernah buat suntikan dadah, tak pernah terima darah keluarga pun sihat tp dijangkiti jugak Hepat B camner lak



ni macam punya kes.. makna nya kena kat makanan... banyak kat seafood la pasal saya dpt HB ni pon masa tu tengah gila makan tomyam

virus nie banyak kat kerang2...senang cakap biasanya ada kat kerang kepah lala yg duduk kat dasar2 tu la...

biasa nya kena demam kuning...kalo budakkecik demam kuning biasa tapi kalo owang dewasa kena demam kuning.. hahhh.. tu tanda Hepatitis B la tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by Labeaute at 9-10-2006 11:21 AM
tp kalau tak buat sex rambang, tidak pernah buat suntikan dadah, tak pernah terima darah keluarga pun sihat tp dijangkiti jugak Hepat B camner lak


kalau ibu dijangkiti hepatitis B atau jadi carrier .. dia boleh jangkiti anak dalam kandungannya .. walaupun tak pernah ada transfusion darah.. cara transmision maacamni dinamakan vertical transmission... sbb masa anak tu nak dilahirkan pasti berlaku exposure bendalir badan/ darah ibu kepada anak tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by TongDrum at 9-10-2006 12:49 PM



ni macam punya kes.. makna nya kena kat makanan... banyak kat seafood la pasal saya dpt HB ni pon masa tu tengah gila makan tomyam

virus nie banyak kat kerang2...senang cakap biasanya ada  ...


makanan berkerang ni boleh dapat jangkitan hepatitis A bukan hepatitis B.. hepatitis A lain...... dia tak boleh jadi kronik macam hepatitis B..dan cara transmission is called feacal-oral transmission (food/ toilet). Kalau sembuh dari demam kuning hepatitis A.. selalunya insyaAllah dah sihat.. no more virus .. only antibodies in yr body
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 03:23 PM | Show all posts
aku dulu dr suspek hep B..da lama da...kalau tak silap aku taun99 kot...

amek darah kat klinik..dr antar kat makmal....check2...tak dek pun...

aku tatau pun apa simptom2 nyer dulu, tp badan aku lemah2 n tak bermaya...so mak aku risau, tu yg dia antar aku p klinik tuh..

kos lam taun 99' 150RM ...

mungkin da naik kot skrg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by NUFERA at 23-7-2006 09:52 AM
Kalau hal penyakit yang berkaitan jangkitan virus ni leh cuba dengan Rawatan NEUTRACEUTICAL.
Aku leh bawak kau jumpa dengan doktor yang pakar tentang rawatan ni di Ampang... FREE consultancy.
Kal ...

VIRUS HIV boleh kasi sembuh? :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.306992 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list