rospinki posted on 18-2-2013 12:56 PM 
biar la sy jadi peminat cerita seram abe Lox je..
p/s: sy memang minat mancing dan laut ni se ...
Ros,
Lox dan laut susah nak dipisahkan. Menurut pakar DNA yang Lox jumpa dan bagi sample air lior baru-baru ni, bila dia teropong dalam-dalam dalam laporan DNA Lox..dia nampak gallery gambor ikan macam-macam jenis ... kata dia lagi ... dia nampak Lox 10 tahun dari sekarang ada bot pukat tunda dan jadi taukey ikan besau ...hehehe.
Dua pertiga atau lebih 70% dari bahagian dunia ditutupi dengan lautan dan hanya 30% adalah daratan yang Ros dan Lox diami. Luas lautan adalah sekitar 362 juta kilometer persegi dan rata-rata kedalamannya adalah lebih kurang 3.7 km.
97% dari air dunia adalah air laut dan hanya 3% air didunia adalah air tawar. Dari 3% tersebut, 2% adalah ais bererti hanya 1% air merupakan air tawar yang terdiri dari air sungai, danau, dan bawah tanah tak termasuk air liur.
99% dari kehidupan dunia terdapat di lautan manakala Mariana Trench adalah dasar laut paling dalam di dunia yang mencapai kedalaman 10.91 km yang terletak di laut Pasifik Utara.
Tekanan terdapat pada laut paling dalam adalah 8 tan bagi setiap inci persegi bersamaan dengan kekuatan menahan menahan 50 buah Boeing 747. Yang paling best, terdapat kira-kira 20 juta tan emas dalam lautan termasuk gigi emas Pak Ali, si penjaga pengkalan. Kalau manusia menyelam pada kedalaman 1 km tanpa menggunakan peralatan anti-tekanan, beliau akan jadi “rempeyek” atau “peknga” aka lempeng kelapa ..
Kalau Ros cuba cari bot pancing Lox pada lokasi pertembungan kami dengan puaka kapal karam dengan menggunakan Google Map, Ros perlu menggunakan kanta pembesar, kerana saiz kami hanya sebesar setitik dakwat mata pena Ros pada peta tersebut, apatah lagi nak mencari tahi lalat manis Lox pada dagu ini..
Last edited by Loxlaxman on 18-2-2013 02:17 PM
|