CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyridz

Tiz Zaqyah Susah Berlakon Dengan Remy Ishak

[Copy link]
Post time 7-3-2013 08:45 PM | Show all posts
miawpink posted on 7-3-2013 02:18 PM
pssss

sebenanya saya isteri dia

asal org samekan muka izzue islam ni dgn johnny depp?? tak sama langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 08:52 PM | Show all posts
Aku lak susah nak paham butir percakapan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 09:37 PM | Show all posts
aku mmg tertunggu2 cite ni, jarang sangat tengok diaorg berlakon dua2 orang.. dulu hari2 aku tunggu cerita diaorg dua masa bercinta..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:10 PM | Show all posts
syafiq79 posted on 7-3-2013 08:14 PM
haah kan...cntk ke...hrpkan putih gebusss je...alah x pro le tiz ni...blakon je...bkn soh tido ngn ...

mmg tak pro...mcm nak campur aduk keje n personal kan...

susah arr mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:11 AM | Show all posts
die ni xnamapak cam umur 25
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:47 AM | Show all posts

tayang kt tv9 ker? aisehhhh. jarang tgk tv9 nihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2013 10:03 AM | Show all posts
ariellin posted on 7-3-2013 08:52 PM
Aku lak susah nak paham butir percakapan dia...

sama ngan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 10:16 AM | Show all posts
die berlakon so-so je.. nth la xnmpk sgt watak die menonjol.. nur kasih tu je la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 11:18 AM | Show all posts
tomet05 posted on 7-3-2013 11:39 AM
betul ke tz nih kuat clubbing eh ?

Kuat tak kuat tu iolss x sure lah..
tapi haritu masa iolls balik dari zouk..
Nampak TZ ngn her new bf tgh jalan nak masuk..
its quite late rasanya for those yang "baru" nak sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 12:02 PM | Show all posts
tiz ni sgt cantik.
kalo pakai tudung sejuk je hati mandang
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:24 PM | Show all posts
Yen_Aireena posted on 7-3-2013 08:02 PM
muka x puas ati ke ni?

takde apa yg xpuashatinya... hopefully everybody happy
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:35 PM | Show all posts
cantik? gemuk je aku tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 06:35 AM | Show all posts
Tiz bahagia bersama DanielOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
[email protected]
TIZ ZAQYAH  mengakui  sudah tiga bulan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Daniel Haziq.


AKTRES popular Tiz Zaqyah kini lebih bersikap terbuka bercerita tentang kekasih baharunya, Daniel Haziq berbanding ketika dia bercinta dengan aktor Remy Ishak dahulu.
Tidak hanya terbuka bercerita, Tiz juga seringkali memuat naik gambar dia bersama kekasihnya itu di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat-peminatnya.
Menurut Tiz, kematangannya berada dalam industri membuatkan dirinya memahami situasi berkongsi hal peribadi dengan peminat adalah lebih baik daripada berselindung.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Tiz selanjutnya mengenai kekasihnya itu dan juga pendedahan Tiz mengenai gandingannya bersama bekas kekasihnya, Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi ketika ditemui pada majlis pratonton drama arahan Khabir Bhatia itu  di Panggung Cathay Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Kosmo!: Kenapakah Tiz kini lebih bersikap terbuka bercerita dan berkongsi gambar mengenai kekasih berbanding percintaan dahulu?
TIZ: Kalau kita sorok mengenai perkara ini (percintaan bersama Daniel), lambat laun orang tetap tahu. Lebih baik saya kongsikan kepada peminat. Lagipun, saya lebih selesa berkongsi daripada menyorokkannya.
Ada khabar mengatakan anda bersikap begitu (bercerita dan muat naik gambar kekasih) kerana mahu membalas dendam kepada Remy? Benarkah begitu?
Tidaklah. Lebih baik kita hormat antara satu sama lain. Setelah berada lama dalam industri seni, saya lebih matang dan tahu perkara peribadi juga harus dikongsikan kepada peminat. Tetapi tidaklah berkongsi  perkara yang terlalu peribadi.
Bagaimanakah penerimaan kekasih mengenai tindakan Tiz bercerita dan muat naik gambarnya?
Dia terkejut kerana instagramnya tiba-tiba ramai pengikut (ketawa).

TERBUKA. Foto-foto Tiz Zaqyah  mesra di samping Daniel  Haziq yang dimuat naik ke  dalam instagram miliknya.


Berapa lamakah hubungan anda dan Daniel berlangsung?
Sudah masuk tiga bulan.
Bagaimanakah anda berdua boleh bertemu?
Dia (Daniel) adalah rakan sekolah menengah saya. Kami berjumpa semula ketika majlis reunion sekolah dan akhirnya rapat.
Apakah menyebabkan anda jatuh cinta padanya?
Dia seorang yang lemah lembut dan sangat penyabar.
Boleh ceritakan mengenai gandingan anda bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi?
Saya dan Remy berbincang untuk cuba menampilkan kelainan daripada segi karakter berbanding ketika kami berlakon bersama dalam drama Nur Kasih. Drama ini sangat bagus dan saya yakin ia dapat menyentuh hati penonton.
Bagaimanakah perasaan anda berlakon bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi? Khabarnya ketika itu anda berdua baru berpisah?
Memang saya akui sukar untuk kami berlakon bersama sebagai pasangan kekasih sedangkan ketika itu kami sudah berpisah. Tetapi saya cuba bersikap profesional. Akhirnya, saya okey  dan tidak ada masalah berlakon bersamanya.
Bagaimanakah jika selepas ini anda dan Remy digandingkan lagi untuk filem dan drama lain?
Kalau ada tawaran berlakon bersama lagi saya tiada masalah, cuma kalau boleh tak nak selalu sangat, takut penonton bosan.


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 06:36 AM | Show all posts
Remy, Maya semakin intimOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
PROFESIONAL. Hubungan cinta mereka yang berakhir tidak menghalang Tiz dan Remy bergandingan dengan penuh serasi dalam drama Cinta Jangan Pergi.


AKTOR popular Remy Ishak mengakui hubungannya bersama aktres jelita Maya Karin kini semakin intim.
Semuanya gara-gara kekerapan mereka menghabiskan masa bersama seperti keluar makan dan juga melakukan aktiviti lasak.
Begitupun, akui Remy jujur, hubungannya dengan Maya sekadar teman rapat dan belum sampai ke peringkat bercinta.
“Saya akui rapat dengan Maya, tetapi kami tidak mempunyai hubungan istimewa. Walau bagaimanapun, untuk masa depan saya tidak tahu hubungan kami macam mana,” ungkap Remy sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah mereka kini dalam proses sedang mengenali hati budi.
Merupakan satu-satunya sahabat wanita yang paling rapat, ujar Remy, dia menyukai Maya kerana mereka mempunyai minat yang sama iaitu melakukan aktiviti lasak.
Dedahnya mengenai peribadi Maya, pelakon wanita terbaik  Filem Festival  Malaysia ke-25 itu bukan sahaja seorang yang cantik tetapi juga bijak, aktif dan juga berpengetahuan.
“Dia (Maya) merupakan seorang wanita yang mempunyai sikap yang menyenangkan,” luah Remy yang kini dilihat sedikit terbuka bercerita mengenai hubungannya bersama Maya.
Mengulas mengenai percutiannya bersama Maya ke Sabah baru-baru ini, ujar Remy, dia pergi atas jemputan daripada Maya sendiri dan juga pihak Yayasan Sabah.
Bercuti ke Imbak Canyon, Sabah selama empat hari, ujar Remy, dia ke sana bukan hanya ditemani Maya seorang sebaliknya pihak Yayasan Sabah turut bersama mereka.
“Maya menjemput saya ke Sabah bersama pihak Yayasan Sabah bukan semata-mata ingin bercuti sebaliknya mengkaji haiwan dan ekologi di hutan simpan.
“Saya setuju kerana sebelum ini saya hanya meredah hutan, tetapi kali ini aktiviti lasak yang saya lakukan dapat menambah pengetahuan saya tentang alam sekitar dan memupuk saya untuk lebih mencintai alam sekitar,” ceritanya.
Doa buat Tiz
Ditebak kenapa sebelum ini dia sukar untuk membuka mulut bercerita mengenai hal peribadi, kata Remy, dia tidak pandai untuk menyuarakan hal peribadi kepada umum.
Remy juga berharap peminatnya terima dan menghormati pendiriannya yang lebih suka berahsia tentang peribadi.
“Saya tidak nafikan ramai yang salah tafsir tentang diri saya. Puncanya, sebab saya berdiam diri dan tidak suka bercerita tentang peribadi.
“Saya bukan garang tapi tidak tahulah sebab saya jenis orang yang tidak suka bercakap tentang hal peribadi,” ujarnya menolak anggapan sesetengah pihak mengatakan dia seorang yang panas baran.

REMY mengakui Maya merupakan satu-satunya sahabat wanita yang kini rapat dengan dirinya.


Terlanjur berbicara tentang peribadi, Remy turut ditanya adakah dia tahu Tiz kini sudah mempunyai kekasih baharu.
Ujar Remy, dia tahu mengenai perkara itu (kekasih baharu Tiz) melalui teman-teman mereka dan mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya itu.
Remy yang ditemui pada majlis pratonton drama Cinta Jangan Pergi di Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin juga disoal mengenai gandingannya bersama bekas kekasih, Tiz Zaqyah, dalam naskhah arahan Khabir Bhatia itu.
Dedahnya, dia tidak sanggup menolak karya yang begitu bagus daripada Kabir Bhatia dan tidak mahu membuang masa melayan perasaan sebaliknya menjayakan drama tersebut dengan sempurna.
Ditebak adakah maksud dia tidak mahu melayan perasaan tersebut gara-gara gandingannya itu adalah Tiz Zaqyah, tutur Remy, dia gembira menjalani penggambaran untuk drama Cinta Jangan Pergi dan tidak berasa kekok berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama tersebut.
Begitupun, Remy mengakui berasa sedikit sebak mengenangkan hubungannya bersama Tiz tatkala mereka berlakon bersama untuk drama tersebut.
“Apabila saya baca jalan cerita dan karakter saya dalam drama ini, saya rasa teruja untuk menjayakannya.
“Sebabnya, cerita Cinta Jangan Pergi sangat bagus. Lagipun saya senang bekerjasama dengan Khabir Bhatia selepas drama Nur Kasih. Dia seorang pengarah yang menjaga keseluruhan aspek sama ada dari segi jalan cerita dan lakonan setiap pelakonnya.
“Jadi, saya tidak mahu ketinggalan berlakon di bawah arahannya. Saya tidak ada masalah berlakon bersama Tiz tetapi saya akui ada rasa sedikit sebak bila mengenangkan kembali.
“Namun,  saya tidak mahu berfikir langsung mengenai hubungan saya bersama Tiz sebelum ini dan hanya enjoy berlakon dalam drama ini,” jelasnya yang menjalani penggambaran drama Cinta Jangan Pergi selama empat bulan termasuk penggambaran di Paris dan London.
Selain Remy dan Tiz sebagai teraju utama, Cinta Jangan Pergi juga dilakonkan oleh Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob.
Cinta Jangan Pergi mengisahkan tentang dua kekasih Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) yang berjanji sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya.
Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil dalam perjalanannya yang ingin menemui dan melamar Lea Soraya.
Drama bersiri 26 episod itu bakal disiarkan menerusi TV9 setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam bermula 6 April ini.


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 09:00 AM | Show all posts
Sapa penah nampak tizzz kat clubing? Dia minum air coke ke?atau air suam
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 10:37 AM | Show all posts
'Dia seorang yang lemah lembut dan sangat penyabar'

dulu Remy tu tak penyabar kot...sebab tu Tizz mintak putus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 07:29 PM | Show all posts
dauswq posted on 7-3-2013 10:23 AM
die akn berlakon ngan izzue islam ker?

mcm song jong ki ngan moon chae won jek...larikkkkkkkkk ...

yupp..dia berlakon dlm citer sebenarnya saya isteri dia dgn song jongki m'sia..excuse me,klau izzue jd song jongki,iols la moon chae won nyatizz x layak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 07:32 PM | Show all posts
shiraloveyou posted on 9-3-2013 07:29 PM
yupp..dia berlakon dlm citer sebenarnya saya isteri dia dgn song jongki m'sia..excuse me,klau iz ...

dah declare ker izzue song joong ki msia
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 07:51 PM | Show all posts
lonso posted on 9-3-2013 07:32 PM
dah declare ker izzue song joong ki msia

xde la..iols saja je gelar2kan izzue tu song jongki m'sia sbb muka dorang sama2 cute
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 08:02 PM | Show all posts
miawpink posted on 7-3-2013 02:18 PM
pssss

sebenanya saya isteri dia

alaaaa tomeinyee izzue islammm....styloo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.061580 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list