CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: My2cen

APA HUKUM ISTERI MENINGGALKAN RUMAH KETIKA DLM PROSES BERPICAH (BERCERAI)

[Copy link]
Post time 10-5-2013 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
my dear brother Owl, i have no intention to refute your statements

hence our sisters, here, i feel some distress

any way, agama adalah mengenai harap dan keselamatan, baik utk laki2 maupun perempuan.

patutlah sesama muslim saling memberi nasihat, mengabarkan pengharapan, perlindungan, dan tolong menolong.

kiranya kita berjiran di dunia, maupun akhirat, insylh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2013 02:57 PM | Show all posts
dionysusxxyyzz posted on 10-5-2013 01:37 PM
my dear brother Owl, i have no intention to refute your statements

hence our sisters, here, i  ...

Assalamualaikum dionysusxxyyzz,

Benar................

2 minggu lepas teman ke Mahkamah Syariah.
Masyaallah................
Betapa ramai nya pasangan yg hadir utk bercerai......(30-50)
Dari luar pagar Mahkamah Syariah lagi.........tangisan n maki hamun kedengaran!

Astaqfirullah hal azim.........
Berjaya IBLIS/SYAITAN di dalam MISI nya.

Masing masing datang utk MENUNTUT HAK.
Tidak memikir lagi akibat dari PERCERAIAN ini.
Apa akan terjadi dgn hubungan bekas suami n bekas isteri?
Apa akan terjadi dgn hubungan anak anak dgn ibu bapa mereka yg telah bercerai?
Apa akan terjadi dgn hubungan ibu bapa mertua?
Apa akan terjadi dgn hubungan bekas abang, adik ipar???
Hancur berkecai..........

IBLIS bertepuk tangan.................menandakan KEJAYAAN meruntuhkan mesjid/institusi kekeluargaan.

Di mana AJK PENDAMAI?
Ada AJK PENDAMAI yg tidak tahu tugas nya!!!

Ada yg mengisi Borang dengan berbohong/menipu!
Itu belum lagi jawaban semasa soal jawab.

Apa apa pung...........teman nasihat para forumis sekelian, "Takut lah kpd Allah dan Hari Kemudian"
Kamu akan di soal tentang apa yg kamu nyatakan dan apa yg kamu sembunyikan.
Siksaan Allah swt AMAT PEDIH.

Jangan setakat mendapat kepuasan/kemenangan di duniya tetapi kerugian di akhirat kelak.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
salaam, sahabat niceghost

sakit rasanya kita menimbang dunia ... hal yg serupa terjadi pula di dekat sy. semoga mereka sadar, begitupun kita.

sy pun baru menikah 4 tahun ... dengan gadis desa yg alhmdllh kami baru diberi 1 anak (semoga ditambah lagi )

banyak masalah yg dihadapi kaum muslimin begitupun pribadi muslim, seiring waktu, semakin bermacam dan bertambah.

dan, tidak mungkin tidak, seperti yg saudara Pitmie katakan, semua masalah rumah tangga tidak muncul sekejap, namun berawal sedari belum menikah, pendidikan, pemahaman, dan pilihan.

globalisasi, modernisasi ... dan perubahan zaman tidak mungkin kita hindari ... dan merupakan tantangan bagi kita utk dapat tetap tegak mempertahankan kehormatan Islam, tanpa harus tertinggal.

dalam beberapa hal, kita tidak mungkin berharap ideal pada dunia yg serba membingungkan ... toh, kita hanya mampu sebatas yg kita bisa ... maka, adalah bijaksana bila kita lebih memberikan perhatian pada apa2 yg kita mampu lakukan.

mengenai masalah yg dijelaskan TT, ini agak extreme ... semoga saja kedua fihak mendapat penyelesaian paling baik.

masalah yg kita hadapi memang rumit:
1 peran perempuan yg makin menonjol; dalam segala bidang.
2 kebebasan yg meluas
3 banyak laki2 yg tidak dewasa/tidak siap
dll

ada baiknya, jika belum parah, arbitrase keluarga dapat dilakukan ... namun bagai mana bila telah benar2 parah ?

sy ikut sedih bila banyak keluarga Muslim terpecah ... namun ini tidak menutupi keadilan yg harus ditegakkan.

"Jika keduanya bercerai, maka Allah akan
memberi kecukupan kepada masing-
rnasing dari limpahan karunia-
Nya..." (An-Nisa': 130)

perkara ini tidak mengurangi usaha kita untuk mengingatkan dan menyadarkan masing2 fihak ... namun jika berlarut2, apakah menjadi kebaikan ? sedangkan Allah telah memberi jaminan ?

maka, sy pikir kita harus tegar dalam menghadapi kenyataan hidup, tetap terus berusaha mencari jalan terbaik, tetap menegakan keadilan sekuat tenaga ...

jika memang tiada pilihan ... dan selalu memohon pertolongan, ampunan, dan bimbingan.

wallhualam, CMIIW
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 12:55 PM | Show all posts
Assalaamu'alaikum...

Sy secara peribadi bersetuju dgn pendapat beberapa forumer di sini, terutamanya tuan niceghost & uncle OWL dll...


Sebenarnya dlm isu nih, nasihat sy yg pertama usah lah bertelingkah pd bab hukum...pd isu politik itu citer lain, tp pd bab hukum & pd bab an-naasihah, bersama2 lah kita mencari satu jalan yg sama kerana "AD-DEENUN NAASIHAH".


Sy melihat dlm isu rumahtangga zaman skrg, cukup ramai - baik di pihak suami mahupun isteri, GAGAL dlm menunaikan tanggungjawab masing2 di mana masing2 punyai alasan2 tersendiri yg hakikatnya tidak berlandaskan syariat & agama....majoriti berlandaskan hawa nafsu & emosi serta dorongan syaitan yg suka kpd "al-'adaawah wal baghdho'" sesama kita serta pasangan suami isteri.


Percayalah kalau semua benar2 mengikut al-Qur'an & as-Sunnah, insyaALLAH kadar perceraian akan berkurangan scara mendadak, malah akan jd begitu sedikit....kerana dlm kedua2 sumber hukum tersebut punyai nasihat & cara & guidelines & pelbagai resolusi yg baik dlm menyelesaikan masalah rumahtangga...


Zaman skrg sy melihat kebergantungan para isteri pd suami amatlah kurang...terutama bg isteri2 yg punyai kerjaya & karier yg baik....istilah taat suami hanya pd waktu2 tertentu & bilamana ada perselisihan faham, status suami hanya bagaikan kwn2 kerana lupa segala ketaatan disebabkan perbezaan umur sdgkan hukum menyatakan bhwa mentaati suami bg para isteri lebih utama dari mentaati ibubapa.



Sdgkan nak menderhakai ibubapa terasa takut kerana dirisaukan tak berkat hidup dll, tp tiada perasaan sama bila dgn suami....bertitik tolak dari pelbagai kelemahan suami, maka mulalah mencari2 jalan utk menderhakai suami atas alasan yg pelbagai sdgkan isteri juga lupa ttg kesilapan mereka dlm mencari jodoh dulu...yg byk dari kajian sy, wanita zaman skrg memilih utk bernikah dgn lelaki yg tidak direstui ibubapa....yg dikatakan termasuk iraadah kauniyyah.


Kalau nak hurai panjang lg, jd eloklah sy adjourn dulu komen sy utk kali nih...sbg mukaddimah. Tp mmg benar isteri berhak menuntut cerai dari suami bilamana ada alasan2 yg dibenarkan syara' termasuk sekiranya tak dpt melaksanakan kewajipan ALLAH dlm perkahwinan....rujuk hadith ttg Jamilah bt Abdullah vs Tsabit b. Qais. Last edited by PitMie on 12-5-2013 12:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 08:42 PM | Show all posts
PitMie posted on 12-5-2013 12:55 PM
Assalaamu'alaikum...

Sy secara peribadi bersetuju dgn pendapat beberapa forumer di sini, terutama ...

well...

saya rasa nak salahkan si isteri - tu sebab pilih suami so and so

well...sapa kita nak salahkan si isteri?? sebab? well...cukup baik sudah pada si suami tu ada si isteri yg sanggup terima, halalkan hubungan  semua walaupun tak ada kerja ....u know for a lady to accept that wow....suami tu kena sujud syukur kat ALLAH sebab ada isteri ada wanita yg ditemukan sebagai pasangannya di dunia ni macam tu baikkkk.

lagi satu tuduhan yg kata lady yg kerjaya blabla tu tak ada takut kat suami

okay , saya tak tahu tapi u bayangkan kalau si isteri tu ada kerjaya - she is secured financially and psychologically kalau apa apa  berlaku suami dia tak terjun tingkap laaa insya ALLAH sebab back up - dan  now , tuntutan ekonomi memerlukan 2 org bekerja selagi mana  ni konteks Islam isteri tu diizinkan ...okay i am well aware about that ....hukum isteri keluar rumah bekerja dan tulisan Dr Zaharuddin ... tang hal ni.

u bayangkan - kalau suami itu secure , isteri itu secure - akan wujudkah atau  adakah hidden agenda atau niat tak ikhlas untuk bina masjid? like  aku menikah ni sebab hubby i kaya? i nak tumpang kesenangan dia? - adakah ini akan menjadi tujuan no 1 menikah ?  dan BANDINGKAN ini ..... aku nak kesenangan dia  VERSUS aku nikah sebab ia sunnah dan yg utama LILLAHI TAALA? kalau dedua pihak secure dalam memenuhi maslow's hierarchy of needs  ( u i assume tahu Maslow's hierarcy of needs???) - yang tinggal bukan agenda palsu dalam hati , tapi yg terpahat ialah nawaiti tulus - lillahi taala at least bila tutup mata kiat cuba sempurnakn tugasan kita sebagai muslim yg mengaku ikut sunnah Nabi.

so jgnlah dok salah kaum Hawa itu ini sangat ...

saya rasa bagi warga Adam  yg   SOLEHHHHHHH.....secure , wise, mature  , intelligent - dan yg mampu membahagiakan isteri dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani - ini dah tak jadi masalah.

yg problemnya warga Adam  macam ni hanya berada di Timbuktu. ..yg baik and ada ciri di atas  yg dah married - discounted from statistics ...well oh well...anyway... Last edited by mbhcsf on 12-5-2013 09:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
@mbhcsf

timbuktu itu sebelah mana Sungai Kelang ?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2013 09:52 PM | Show all posts
dionysusxxyyzz posted on 12-5-2013 09:28 PM
@mbhcsf

timbuktu itu sebelah mana Sungai Kelang ?

well there you go...

it is basically located 'several longitudinal degrees or lines away '   to the west of sg Kelang laaaaaa....

takkan i nak u dengar lagi Gerry Halliwell ...spice gals ...hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 09:57 PM | Show all posts
sarahmirza posted on 9-5-2013 08:13 AM
Bukan beri pendapat dengan emosi Encik, tetapi itulah yang diberitahu oleh seorang ustaz di peja ...

siapa yg pergi ke kursus kekeluargaan Islam akan tahu yang  ustaz JAIS pun dah cakap , suami yg tak jaga hubungan dan tak reti apa fungsi hidup dia kat dunia ni dan tak jaga hubungannya dengan ALLAH sering abuse frasa ni : KAU JGN KELUAR RUMAH kalau tak well..nusyuz...dan ini berlaku ni ustaz ni habaq ...kalau dia nak u know kahwin dua

i have nothing against polygamy ye ...ini termakhtub sudah so i tak soalkan ini  hal dalam soal ni tapi suami yg tak tahu agama sangat ni suka dok guna ni untuk abuse wife , ini pejabat agama ustaz depa selalu ditanya.

saya hanya khabarkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 02:02 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 12-5-2013 08:42 PM
well...

saya rasa nak salahkan si isteri - tu sebab pilih suami so and so

I speak from my experience, totally...handling thousands of divorce cases up till now, & baru dlm sejam lepas pun ade...maka setiap yg sy gitau adalah dari pemerhatian sy, pengamatan sy, penilaian sy, findings & what not...maka itu antara beberapa kesimpulan yg sy bleh gitau kat sini. In fact panjang huraiannya tp takut tak terbaca, maka sy ringkaskan.


Kita takleh nilai satu perkara based on citer sebelah pihak je...sy sendiri bila dengar citer dari sebelah pihak (especially time suami tak dtg), dlm hati kkdg bleh trus terdetik yg "wow, jahatnya suamimu ini...kesian dirimu yg baik hati suci murni sesuci embun pagi" - tp bila suami hadir next date, kkdg bila suami plak dedah ttg sikap isteri tu, baru tersedar yg jgn mudah terpengaruh dgn citer satu pihak semata....walaupun maybe salah sorg dari kedua mmg baik. Cuma baik atau tidak, itu subjektif sbb adakalanya ujian2 dlm rumahtangga terutama dgn kerenah suami / isteri yg hazab adalah kifarah dosa2 & kesilapan yg dilakukan sebelum bernikah...majoritinya begitu, sama ada kesilapan dari segi keterlanjuran (zina), atau lawan ibubapa termasuk elope, dll.


Jgn anggap sy biased kpd lelaki...kerana sy, in fact, lebih nmpk cenderung kpd menjaga kebajikan wanita....dlm kes2 yg sy buat, mostly sy seolah2 lebihkah kpd para istri2 kerana tau btapa Islam mengutamakan kebajikan para isteri....malah dlm ceramah2 atau kuliah agama, cukup sy tekankan betapa poligami zaman skrg cukup berat...seboleh2nya dielakkan. Itu pndgn sy walaupun ianya 'masyru'iyyah'.


See, mbhcsf sendiri telah salah tafsir kata2 sy kat sini...can imagine kalau mbhcsf berada di tempat sy.



Bekerjaya tidaklah salah kerana sy sendiri punyai isteri yg bekerjaya, cuma apa yg sy lihat ADAKALANYA, ada isteri2 yg terlebey sudah dgn kerjaya masing2 sampai TERbelakangkan para suami termasuk anak2....& ADAKALANYA sehingga menjadikan mereka hilang rasa hormat dgn suami kerana gaji mereka yg semakin stabil & besar dll....BUKAN SEMUA, TP ADA.





Really hope you don't get me wrong again this time...PEACE

Comments

alaaaaa....sayu jer saya baca....I did not get you wrong laa...just saying ...a few points...  Post time 13-5-2013 03:04 PM
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 02:03 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 9-5-2013 10:02 AM
Assalamualaikum sarahmirza,

Adakah pendapat seorang Ustaz sudah memadai?

Ada saya katakan hanya penceraian sahaja cara mendidik suami yang tidak sedar akan tanggungjawabnya?

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 02:12 PM | Show all posts
sarahmirza posted on 13-5-2013 02:03 PM
Ada saya katakan hanya penceraian sahaja cara mendidik suami yang tidak sedar akan tanggungjawabny ...

Assalamualaikum sarahmirza,

Sila baca betul betul ayat teman di atas.
"Adakah memadai dgn seoghang Ustaz................."

Pergi lah cari BEBERAPA USTAZ/USTAZAH..............
Minta pandangan or pendapat mereka.

Sesetengah Ustaz/Ustazah di Pejabat Agama itu dah terlalu penat/letih dgn perihal rumahtangga ini.
Benda yg remeh temah pung nak di jadikan ISU.
Itu yg mereka kekadang memberi pandangan/pendapat yg tidak tepat.

Mcm Datuk Abu Hassan Al Hafiz kat Siaran 14 satu masa dahulu.
Apabila di tanyai berkenaan suami yg berperangai begini begini....
Dia pung jawab "Kenapa cari lelaki mcm tu sebagai suami?"

Teman pung heran, macamana seoghang seperti beliau dapat mengungkap ayat seperti itew??
Perkara yg lepas..........jangan diungkit lagi.
Sekarang kena fokus pada masa kini dan hadapan.
Apa yg sepatutnya di lakukan.??
Bagaimana utk membaiki keadaan rumahtangga tersebut?

Seseoghang pergi ke Pejabat Agama utk mencari PENDAMAIAN/SOLUTION.
Itu NAWAITU yg sepatut ada pada mereka.

Dan Ustaz/Ustazah or Kaunselor sepatutnya memberi jalan utk mereka BERDAMAI.
Kalau sekali pergi Kaunseling...............terus o.k, bagus laaaaa
Tapi tidak semuer sedemikian.
Ada yg sampai bbrp tahun..............


Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 02:24 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 13-5-2013 02:12 PM
Assalamualaikum sarahmirza,

Sila baca betul betul ayat teman di atas.

Oh saya akan beritahu kawan saya supaya mendapatkan khidmat kaunseling di setiap pejabat agama di Malaysia ini supaya memenuhi syarat "jangan refer seorang ustaz sahaja".

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 02:29 PM | Show all posts
sarahmirza posted on 13-5-2013 02:24 PM
Oh saya akan beritahu kawan saya supaya mendapatkan khidmat kaunseling di setiap pejabat agama di  ...

Teringat teman akan al kisah seoghang yg luka di betis nya.
Dia pergi tanyai 10 oghang Ustaz mengenai perihal solat.
Adakah dier perlu solat or qada sahaja.(tunggu lukanya sembuh)
9 Ustaz mengatakan dier perlu solat secara tunai.
Krn lukanya tidak memudaratkan.
Tetapi Ustaz ke 10 mengatakan dier bley qada solatnya.

Dan dia mengikuti Ustaz yg ke 10 tersebut.


Salam
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 02:33 PM | Show all posts
Salam, antara contoh apa yang dimaksudkan pada keterangan ini "tidak mahu kembali kepada agama". Ini sekadar panduan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam perkahwinan (melibatkan semua pihak). Dan saya tidak menyuruh sesiapa berhukum kerana ketetapan Allah ada benarnya pada setiap kejadian. Jika dilihat apa yang dimaksudkan, maka inilah apa yang diterangkan :

                Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).         
                     (Al-Baqarah 2:221)

Kembali bukan kepada hak individu terlebih dahulu, sebaliknya kembali kepada agama dalam maksud yang sebenar-benarnya kerana disitulah jawapan samaada si suami dan isteri itu beriman ataupun tidak.

                Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.         
                     (An-Nisaa' 4:35)

Allah SWT telah menjelaskan kaedah bagaimana kita boleh menyelesaikan masaalah suami isteri walaupun si suami TIDAK BEKERJA. Perlulah bersikap ADIL mengikut peraturan dan undang-undang yang Allah tetapkan. Adalah lebih baik menggunakan method yang Allah sediakan semoga kita dikategorikan beriman dan bertaqwa kepadaNya. Dan janganlah SESIAPA JUA cuba menyatakan sesuatu yang tidak diketahui asal-usul sesuatu perkara kerana apa yang diberlaku boleh jadi buruk bagi diri kita akan tetapi BAIK untuk kita kembali kepada agama dalam maksud yang sebenar-benarnya kerana semuanya datang dariNya atas pilihan manusia sendiri berdasarkan kepada keterangan ini :

     Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
                  (Asy-Syams 91:8)

Kita sentiasa membaca ayat-ayatNya akan tetapi kita lupa pada keterangan ini :

     "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
                  (An-Naas 114:6)

Sama-sama kita menghayati Al-Quran kerana di dalam AL-Quran terkandung penawar bagi segala permasaalahan (termasuklah masaalah rumahtangga). Bersyukur dan bermohon ampun kepadaNya semoga Allah menurunkan rahmatNya yang TIDAK DI SANGKA-SANGKA seperti mana diri manusia SANGKAKAN. Manusia yang lemah hanya mampu merancang, akan tetapi Allah jua yang menentukan.

Last edited by Abangcute on 13-5-2013 02:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 02:33 PM | Show all posts
My2cen posted on 10-5-2013 10:11 AM
Saya ada berkata mcm tu dekat kakak saya, supaya suaminya pergi keluar cari duit sendiri..bekerja. ...

Mungkin TT boleh minta kakak merujuk kepada beberapa orang ahli agama berkenaan nusyuz seorang isteri. Setahu saya, bukan mudah mahkamah hendak mensabitkan nusyuz seorang isteri apatah lagi isteri mempunyai alasan yang kuat untuk keluar dari rumah. Contohnya:

- Isteri mengeluarkan wang untuk menyediakan tempat tinggal untuk si suami & anak-anak -> hakikatnya ini tanggungjawab mutlak suami.

- Isteri mengeluarkan wang untuk mengenyangkan perut si suami & anak-anak -> hakikatnya ini tanggungjawab mutlak suami.

- Isteri didera secara mental dengan dibebankan tanggungjawab menjaga kebajikan keluarga dan dalam masa sama menanggung hutang suami -> adakah ini tanggungjawab isteri?

Dan disebabkan ketidakmampuan isteri menanggung deraan mental, tidak mendapat perlindungan dari suami, terabai nafkah zahir dan batin (batin bukan seks semata) di samping  kesempitan wang ringgit, maka dia cuba mendapatkan perlindungan (sokongan dari sudut emosi & meringankan beban kewangan) di rumah ibu bapanya.

Sekiranya suami membawa kes ke mahkamah, dan jika isteri di minta kembali taat kepada suami, ke tempat perlindungan (rumah) mana yang harus di tuju? Kembali ke rumah yang dibayar sendiri oleh isteri menggunakan wang ringgitnya?

Mungkin ada yang boleh memberikan jawapan.

Saya tidak menganjurkan kepada penceraian tetapi lebih percaya satu tindakan drastik yang di buat oleh isteri boleh membuatkan suami tersentak dan sedar akan tanggungjawab yang lama diabaikan.


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 03:36 PM | Show all posts
sarahmirza posted on 13-5-2013 02:33 PM
Mungkin TT boleh minta kakak merujuk kepada beberapa orang ahli agama berkenaan nusyuz seorang ist ...

- Isteri mengeluarkan wang untuk menyediakan tempat tinggal untuk si suami & anak-anak -> hakikatnya ini tanggungjawab mutlak suami.
                     - YA, benar. Seorang suami wajib menyediakan tempat tinggal kpd istri / istri2nya...sama ada secara belian / sewaan, maka sekiranya gagal suami BERDOSA. Namun sekiranya isteri redha, maka perkahwinan tak terjejas cuma suami dlm keadaan berdosa sekiranya tanggungjawab diambilalih si isteri. - Kalau isteri tak redha & tak tertahan lg, TIADA MASALAH utk memohon perceraian.

Isteri mengeluarkan wang untuk mengenyangkan perut si suami & anak-anak -> hakikatnya ini tanggungjawab mutlak suami.
                    - Sama spt huraian di atas.

- Isteri didera secara mental dengan dibebankan tanggungjawab menjaga kebajikan keluarga dan dalam masa sama menanggung hutang suami -> adakah ini tanggungjawab isteri?
                    - Sama sekali TIDAK, bukan tanggungjawab isteri. Sekiranya terbeban dgn tingkahlaku para suami yg bertindak sedemikian, & tiada jalan penyelesaian walau telah dicuba pelbagai cara, maka boleh dibuat tuntutan fasakh di mahkamah SEKIRANYA punya alasan & bukti kukuh kpd tuntutan tersebut.



Dlm Islam, dibenarkan kpd para isteri utk memohon cerai sekiranya punyai alasan yg dibenarkan syara', namun haruslah tindakan itu lahir dari naluri secara good faith / suci hati...yakni bukan kerana terdorong dari emosi ammarah diri mahupun nasihat dari keluarga & rakan2 yg ramainya suka melihat kpd perpecahan 'dgn niat baik'....kerana hakikatnya zaman skrg, ramai sgt isteri2 mudah mintak cerai...perkataan "ceraikan aku" sering bermain di bibir & suami pula ramai yg mudah melafazkan cerai.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 04:18 PM | Show all posts
PitMie posted on 13-5-2013 03:36 PM
- Isteri mengeluarkan wang untuk menyediakan tempat tinggal untuk si suami & anak-anak -> hakikatn ...

Assallamualaikum

Saya rasa "lega" bila Tuan PitMie sudi menghadirkan diri...hehhe...dan niat asal nak stop ,..tukar jadi nak minta penerangan Tuan jugaklah...boleh Tuan ya..

Dalam Isu TT ni....soalan asal TT adalah :



"APA HUKUM ISTERI MENINGGALKAN RUMAH KETIKA DLM PROSES BERCERAI"?   



Apa yg saya lihat...perbincangan telah mengjangkau jauh drp soalan asal..sedang soalan asal sediri TIDAK BERJAWAB!

Munkin kalau soalan ini ditanya saya secara peribadi....jawaban direct yg saya akan bagi...

" Isteri meninggalkan rumah dlm kes ni (bukan keluar pegi pasar atau keluar kerja dll....tapi..keluar meninggalkan suami ...Haram.
( pandangan saya sja.....harap diperbetul kalau salah)

Sedangkan.......menuntut Cerai bagi seorg perempuan yg  layak menurut syarak adalah...HALAL.

So..daripada 'Keluar" (Haram)..dengan "Tuntu Cerai" (Halal)..wajiblah memilih yg Halal.




Munkin saya akan dicerca oleh forumer yg begitu mempertahankan wanita..sebab masih mengatakan "keluar " tu sebagai haram sedang suami tak bertanggungawab...
Juga munkin akan di hentam juga oleh Tuan Nice sebab menyokong penceraian..

TAPI....Saya cuma nak "enjelasan Hukum" drp Tuan PitMie....

& soalan saya ni berserta jawaban Tuan PitMie nanti...bukanlah yg "muktamat" dlm masalah kakak TT...sebab..spt kata Tuan PitMie...setiap kes perlu ditangani & disiasat secara satu persatu & terperici.....sebab apa yg zahir telihat...hanyalah 'Tip Iceberg" je kata omputih kampung saya dulu....


p/s :  trend omputih memang depa suka "berpisah" dulu,,pra penceraian konon...saya tak fikir ini drp ajaran islam....bagi saya.."bercerai" terus itu lebih baik & lebih menurut Syariat...

Saya serahkan "mic" pada Tuan Pitmie....silakan..   
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:49 PM | Show all posts
PitMie posted on 13-5-2013 03:36 PM
- Isteri mengeluarkan wang untuk menyediakan tempat tinggal untuk si suami & anak-anak -> hakikatn ...

Terima kasih atas penjelesan tuan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:53 PM | Show all posts
burungantu posted on 13-5-2013 04:18 PM
Assallamualaikum

Saya rasa "lega" bila Tuan PitMie sudi menghadirkan diri...hehhe...dan niat a ...

p/s :  trend omputih memang depa suka "berpisah" dulu,,pra penceraian konon...saya tak fikir ini drp ajaran islam....bagi saya.."bercerai" terus itu lebih baik & lebih menurut Syariat...



Masih di dalam isu TT, saya ada terbaca yang TT menyatakan abang iparnya iaitu suami kakaknya berkeras tidak mahu menceraikan isterinya. Jadi, bagaimana "bercerai" terus itu lebih baik ? DAN sepertimana kita ketahui, proses penceraian secara fasakh yang kebiasaan difailkan isteri pasti menjangkau tempoh masa melebihi 1-2 tahun sebelum Hakim benar-benar yakin memberikan hujah & keputusan samada wajar atau pun tidak membubarkan perkahwinan tersebut.

Jadi apakah pilihan si isteri yang teraniaya (kerana tiada nafkah dari si suami) ini? Berpisah sementara secara tak langsung memaksa si suami keluar dari 'comfort zone' dan berhadapan dengan kenyataan tentang tanggungjawab seorang suami di dalam Islam. Last edited by sarahmirza on 13-5-2013 04:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 05:08 PM | Show all posts
Thanks uncle OWL kerana pass mic tu ti kpd mike...walaupun mike bukanlah org yg layak memegang mic tersebut


Kalau meneliti kpd hukum isteri keluar rumah, sy rasa permasalah ini telah pun dibahaskan ramai 'ulamak...sama ada 'ulamak dulu mahupun 'ulamak kontemporari...maka biarlah sy bg pndgn berasaskan hukum yg disebut dari kitab mazhab...kerana kalau sy jwb secara peribadi nanti ikutkan emosi, maka eloklah sy jwb ikut pndgn2 'ulamak.


Sy merujuk kata2 'ulamak terkenal mazhab as-Syafi'e, Khatib as-Syarbini dlm kitab Mughniyyul Muhtaaj, maka hakikatnya isteri meninggalkan rumah utk bertemu dgn Hakim Syar'ie bg menuntut hak2nya adalah DIBENARKAN dlm Islam, maka TIDAK BERDOSA....termasuk juga kalau keluar bekerja bilamana suami tak mampu bekerja, atau kerana menuntut ilmu fardhu 'ain bilamana suami tak mampu mengajarkannya...tp utk meninggalkan trus rumah tatkala menunggu selesai proses perceraian, sy secara peribadi takut perkara itu termasuk dlm perbuatan nusyuz yg menyebabkan si isteri BERDOSA...kerana selagimana belum bercerai, isteri masih dimiliki si suami walaupun dari segi logik akal manusia, isteri patut keluar rumah & tinggalkan suami hingga selesai kes di mahkamah, namun dari segi hukum pula berkemungkinan perbuatan itu termasuk perbuatan nusyuz...MELAINKAN sekiranya mereka tetap tinggal bersama, namun pd hari2 tertentu isteri TERPAKSA keluar rumah utk ke mahkamah bg membuat tuntutan akan hak2nya.



Cuma sy melihat persepsi manusia masakini yg byk dipengaruhi drama2 di tv, filem2 barat dll yg selalunya bagai menyarankan kpd para isteri utk blah dari rumah mereka utk bg pengajaran sket kat suami...sdgkan Islam memberi ruang kpd para isteri utk tuntut hak mereka melalui mahkamah, & dibenarkan utk ke mahkamah utk membuat tuntutan walaupun tanpa izin suami...cuma utk meninggalkan trus, ketahuilah itu anjuran syaitan agar perpecahan tidak lg dpt dielakkan, yakni indirect divorce berlaku sblm sampai masanya....maka sekiranya jatuh nusyuz, bukan saja menghilangkan hak utk nafkah, malah BERDOSA di sisi ALLAH ta'ala.



Wallaahu'a'lam.... Last edited by PitMie on 13-5-2013 05:11 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.243331 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list