|
sblm minyak naik bnyk mknn dh naik harga..skrg minyak naik mknn pun akan naik harga lagi |
|
|
|
|
|
|
|
tu tanda buah tangan BN sempena BR1M
|
|
|
|
|
|
|
|
pasar tani mahal laaa...aku rasa pasar malam pun mahal jgk..baik aku p beli kat hypermarket jer sayur2 ni..murah dan menjimatkan berbaloi2...kekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
lavajeans posted on 2-9-2013 09:10 PM
kenapa marah..??
kan ke pegang2 tanah tu kerja kotor...
kalau tak nak kotori tangan kerana pegang tanah, pakailah dulu sarung tangan getah. Tak de lah kotor tangan tu. Lagi pun apalah sangat kotornya tanah, basuh dgn sabun pun dah selesai. Nabi Adam pun dijadikan drp tanah dan kita semua mati pun masuk ke dlm tanah.
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 2-9-2013 09:01 PM
hurm... tesco murah ke? cm mahal je.. just tempat selesa je kak.. kalau pg pasar tani lg mura ...
Kalau sayur..nsk and econsave murah giler..kalau lauk basah nak murah kena pergi pasar pudu lah..ehe |
|
|
|
|
|
|
|
ell768 posted on 3-9-2013 03:33 PM
pasar tani mahal laaa...aku rasa pasar malam pun mahal jgk..baik aku p beli kat hypermarket jer sayu ...
Pasar malam memang mahal giler..pasar tani pun mahal tapi xleh lawan pasar malam punya mahal..ehe |
|
|
|
|
|
|
|
Benarkah ada minyak subsidi...???
Sumber sisipan Sinar Harian: Apa Kesan Harga Minyak Naik?
Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara
Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.
Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.
Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.
Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.
1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?
HAMID YEOP:
Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.
Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.
Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).
2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?
HAMID YEOP:lawak minyak naik
Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.
Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.
3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?
HAMID YEOP:
Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.
Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.
4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?
HAMID YEOP:
Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.
5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?
HAMID YEOP:
Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.
Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.
Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.
Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.
6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?
HAMID YEOP:
Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.
Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.
Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.
Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’
Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.
7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
HAMID YEOP:
Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.
Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.
Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.
Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).
Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.
Benarkah stok minyak kita akan habis?
HAMID YEOP:
Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.
Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.
9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?
HAMID YEOP:
Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.
10) Akhirnya apakah harapan Prof?
HAMID YEOP:
Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.
Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)
|
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 4-9-2013 01:18 AM
Kalau sayur..nsk and econsave murah giler..kalau lauk basah nak murah kena pergi pasar pudu lah..e ...
nsk mmg murah. tp agak kotor. kalau rajin, g mydin hypermall dkt subang jaya. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
oit........ tanam hidroponik laa...... |
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar posted on 4-9-2013 02:07 AM
nsk mmg murah. tp agak kotor. kalau rajin, g mydin hypermall dkt subang jaya. hahaha
mydin dekat usj tu kalau hari cuti..nak pergi senanglah..masuk ikut kesas tu..nak balik..bapak jem nya..dah ar dekat dalam pun penuh giler orang..xsanggup aku..ehe
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 4-9-2013 01:21 AM
Benarkah ada minyak subsidi...???
Sumber sisipan Sinar Harian: Apa Kesan Harga Minyak Naik?
betul lah apa dia cakap tu..cuma dia kena pikir gak..kalau x subsidikan minyak..sudah tentu negara akan untung lebih banyak hasil dari minyak tersebut..macam macam benda lain boleh di manfaatkan dari keuntungan tersebut..
kalau nak subsidikan minyak macam dia cakap ni..negara perlu korbankan benda-benda lain..contohnya xder lagi sekolah kerajaan, hospital kerajaan dan lain-lain..semua private..sanggup??semata-mata untuk subsidi minyak??dan yang untung hanyalah orang kaya.
so better kerajaan hapuskan semua subsidi secara perlahan-lahan..lepas hapuskan subsidi barang keperluan..teruskan dengan subsidi pendidikan dan perubatan pula..
wajibkan insurans perubatan dan pendidikan..then dengan penjimatan yang begitu banyak..kerajaan bolehlah cari mekanisme membantu orang-orang miskin ke arah negara malaysia berpendapatan tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat malaysia kenalah terima hakikat..negara subsidi = rakyat berpendapatan rendah..nak jadi negara berpendapatan tinggi = xder subsidi..
ini ke hulu ke hilir nak capai negara berpendapatan tinggi..tapi dalam masa yang sama perjuangkan subsidi. |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 4-9-2013 07:13 AM
mydin dekat usj tu kalau hari cuti..nak pergi senanglah..masuk ikut kesas tu..nak balik..bapak jem ...
betul. paling parah jem antara kuar mydin n nak masuk ke kesas. bg aku, tu je cons dia + parking.. kalau la ada fly over khas direct dari mydin ke kesas. kan bagus. berangan je aku ni. wakakakakakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar posted on 4-9-2013 07:27 AM
betul. paling parah jem antara kuar mydin n nak masuk ke kesas. bg aku, tu je cons dia + parking.. ...
dulu aku kerja dekat heitech..memang azab setiap kali nak balik kerja..tapi kalau nak tengok wayang..dekat summit situ xder orang..bila-bila pun xpenuh..ehe
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 2-9-2013 09:01 PM
hurm... tesco murah ke? cm mahal je.. just tempat selesa je kak.. kalau pg pasar tani lg mura ...
Dik..bli kat hypermarket lbh ok dr pasar tani sbb bleh skali harung cr brg lain jgk yg mn x de juai kat pasar tani...
Tp aku prefer giant dr tesco..kat situ brg lg murah...
Lg pn pasar tani neh waktu pg jer ader...aku keje .len la pasar tani time wiken... |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz posted on 2-9-2013 09:08 PM
woi celaka ko..
aku cakap bajak tanah la
tanah umah aku neh..tanam pokok
jgn la mare kak... maybe budak ni advance sgt
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki”
|
|
|
|
|
|
|
|
juliajie80 posted on 4-9-2013 08:29 AM
Dik..bli kat hypermarket lbh ok dr pasar tani sbb bleh skali harung cr brg lain jgk yg mn x de jua ...
kak ni semua salah kak? bukan dulu pemimpin kita noh omar dan abg jibby ada lancarkan pasar tani bergerak dgn lori 1 malaysia dengan harga murah ke kak? adakah lori 1 malaysia bakal di ternak dalam kondo seperti lembu 1 malaysia? aduhai.. patutlah kak beli kt hypermarket.. ni semua corruption.. kesian kita kan kak.. hurm.. yg kaya kapatilis.. yg miskin kita.. yang perompak kaya raya.
|
|
|
|
|
|
|
|
pg jahanam la kerajaan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 4-9-2013 12:06 PM
kak ni semua salah kak? bukan dulu pemimpin kita noh omar dan abg jibby ada lancarkan pasar t ...
Tetibe salah aku kan dik..
Yang bergerak kat area akak neh lori sampah setiap hr senin rabu n jemhat
...lori bergerak pasar tani idok la akak ketahuan dik oii... |
|
|
|
|
|
|
| |
|