CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Perkarangan PWTC kembali ceria dan meriah

[Copy link]
Post time 3-12-2013 11:00 AM | Show all posts
Perhimpunan Agung Umno 2013 Bermula

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula pada Selasa dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Perasmian akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, 8 malam ini.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup di Dewan Merdeka, PWTC yang turut dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,726 perwakilan.

Sementara itu, Forum Antarabangsa Umno 2013 masuk hari kedua dan terakhir hari ini bermula dengan sesi ketiga pada 9 pagi dengan tajuk 'When Power Is Might Is There Hope For Global Moderation'.

Sesi itu bakal menampilkan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Ambri Baharuddin sebagai moderator dan menampilkan lima anggota panel iaitu Naib Pengerusi Suruhanjaya Hubungan Luar bagi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Vuong Thua Phong; Pengerusi Parti Golkar dari Indonesia Aburizal Bakrie; Ketua Biro Politik Hamas dari Palestin Khaled Mesha'al; Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Luar, Keadilan dan Pembangunan Parti AK dari Turki Mevlut Cavusoglu; dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Pengerusi forum itu Datuk Dr Norraesah Mohamad dijadual membuat ucapan penggulungan sebelum Muhyiddin menutup forum itu.

Seramai 121 wakil daripada 31 parti politik dari 25 negara menyertai forum itu termasuk pergerakan Fatah dan Hamas dari Palestin; Barisan Pembebasan Islam Moro dari Filipina; dan Parti Komunis China. -BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 11:07 AM | Show all posts
MENANGIS DIPWTC DIKTIRAF SEBAGAI PEJUANG BANGSA!!!....KERANA JASANYA HANYA MENANGIS SEMASA NAJIB BERUCAP DIPWTC SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012, MELAKA BERI DIA ANUGERAH DATUK!!!!!!




Jasanya cukup besar kepada negeri Melaka...Iaitu menangis teresak-esak bila mendengar ucapan Presiden UMNO, Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Jasa yang amat besar itu, maka dianugerahkan darjah bergelar Datuk oleh Negeri Melaka.

Pergh!!!!... baru admin tau...menangis bila dengar ucapan Presiden UMNO dianggap amat berjasa sekali kepada pejuangan bangsa Melayu.

Kalau begitu, tidak lama lagi Mak Cik-Mak Cik yang meraung akan juga diberi imbuhan darjah kebesaran..Jangan khuatir dan bimbang. Jasa anda kalian diperhatikan oleh para pemimpin UMNO.


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 11:27 AM | Show all posts



kegilaan apa kah ini
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 12:26 PM | Show all posts
Sila prektis lagu humno..

Bersatu Kita Bersatu
bersatu bayar elektrik baru

Bersama Kita Bersama
bersama bayar gula mahal

        
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 04:19 PM | Show all posts
Isu kos sara hidup. pemerkasaan ekonomi antara fokus utama

2013/12/03 - 15:41:16 PM
Cetak Emel Kawan
  
KUALA LUMPUR: Isu peningkatan kos sara hidup dan pemerkasaan ekonomi bumiputera perlu menjadi antara fokus utama perbahasan golongan muda sayap UMNO esok.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata isu kos

sara hidup penting bagi memastikan rakyat tidak terbeban. Perhimpunan Agung Pemuda dan Puteri perlu membahas usaha yang harus

dilakukan UMNO bagi menjamin kehidupan lebih baik kepada rakyat terutama
generasi muda.

Isu berkenaan dilihat penting bagi membela nasib bumiputera serta rakyat
sekali gus meningkatkan kepercayaan generasi muda kepada parti tunjang negara
itu.

"Perkara berkaitan peningkatan kemahiran golongan belia, peningkatan
pendapatan dan mengurangkan beban rakyat merupakan isu utama yang dipandang
serius golongan muda di negara ini.

"Justeru, sayap Pemuda dan Puteri perlu membahaskan isu ini dan seterusnya
bersama pemimpin tertinggi parti merangka strategi mampan untuk memperkasa
ekonomi rakyat. Ini harapan dan apa yang generasi muda mahu lihat pada
perhimpunan kali ini.

"Benar UMNO adalah parti memerintah namun perwakilan muda tidak
seharusnya takut untuk mengkritik atau memberi cadangan bernas bagi menambah
baik parti dan mekanisme parti itu mentadbir kerajaan demi kebaikan rakyat...
perlu diingatkan rakyat menaruh harapan tinggi pada perhimpunan ini," katanya
ketika dihubungi Bernama.

Mohamed Maliki juga berkata era perwakilan memuji pemimpin serta menyuarakan
pendapat retorik ketika berbahas sudah berlalu dan perbuatan sedemikian, jika
diulang, akan menyebabkan generasi muda memandang sepi perhimpunan kali ini.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Ezaruddin Abd Rahman
pula berkata program pemerkasaan ekonomi bumiputera perlu dibahas bagi
memastikan ekonomi golongan itu di negara ini terjamin.

"Generasi muda mahu kerajaan beri mesej jelas bagaimana mahu tingkatkan
ekonomi rakyat, dan agenda memperkasa ekonomi bumiputera ini merupakan pelan
jelas 'hitam putih' , maka agenda ini perlu dibahas untuk perincian dan
pelaksanaan yang teratur," katanya.


Ezaruddin berkata isu pemerkasaan sistem pendidikan di negara ini juga perlu
dibahas kerana hanya dengan pendidikan kehidupan rakyat mampu dipertingkat.

"Isu seperti menjadikan UiTM (Universiti Teknologi MARA) sebagai universiti
diraja, pemerkasaan bahasa Melayu dan tulisan jawi merupakan antara isu penting
bagi generasi muda yang perlu dibahas... apa yang penting, isu ini perlu diambil
perhatian bagi memastikan generasi muda terus menyokong Umno," katanya.

Sementara itu, mahasiswa kejuruteraan sebuah universiti swasta Mohd Faizal
Ramlee, 24, berkata perbahasan perlu menyentuh isu yang 'dekat dengan hati'
generasi muda jika UMNO mahu menarik perhatian golongan berkenaan.

Beliau berkata isu berkaitan muzakarah UMNO dan PAS juga penting untuk
dibahas kerana membabitkan perpaduan orang Melayu serta beragama Islam.


- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 04:41 PM | Show all posts
maaf anti climax sikit..tahun ni tiada acara menangis sambil nyanyi lagu bumi dipijak milik org..itu acara bila dekat PRU sahaja..dijangka acara tahun ni akan lebih ceria dimana perwakilan akan bertanding siapa menganga paling luas sama ada mengantuk atau gelak ambil hati pemimpin yg buat lawak atas pentas..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2013 05:09 PM | Show all posts
kecimpret posted on 3-12-2013 08:44 AM

tingat lak dgn gambar nih




Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 05:25 PM | Show all posts
meluat......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 05:39 PM | Show all posts
agaknye kaki2 troll mesti dah tak sabar nak tunggu PAU ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 06:09 PM | Show all posts


nangis jangan nangis nanti dapat anugerah datok

cukai naik tarif letrik naik minyak naik semuanya naik

yg tak turun. ........ ta
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:32 PM | Show all posts


SEMANGAT... Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur pada Selasa.- fotoBERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:32 PM | Show all posts
Rapat Barisan, Pastikan Umno Raih Kejayaan PRU-14: Amanat Najib

KUALA LUMPUR: Rapatkan barisan selepas pilihan raya umum serta pemilihan parti dan pastikan Umno raih kejayaan pada pilihan raya umum akan datang adalah antara intipati utama amanat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Najib memberi penekanan terhadap keperluan mempertingkat perpaduan dan kesatuan anggota Umno di semua peringkat.

"Lupakan apa yang berlaku dalam musim pemilihan parti kerana kita mesti memastikan bahawa kapal besar ini (Umno) akan meraih kejayaan dalam pilihan raya umum ke-14, itu juga antara nasihat yang ditekankan oleh presiden parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib, kata Shafie, turut meminta hadirin yang terdiri daripada pemimpin Majlis Tertinggi, ketiga-tiga sayap parti dan peringkat bahagian agar memberi penekanan terhadap beberapa pendekatan yang mampu memperkuat serta memperkukuh parti bagi menghadapi cabaran akan datang.

"Kali ini pendekatan dan penekanan Umno berbeza daripada sebelumnya, yang mana ia meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada kepimpinan bahagian sehinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi.

"Ini adalah untuk memastikan pada akhirnya terdapat hasil dan sumbangan untuk diterjemahkan agar parti sentiasa menjadi ikutan," kata Shafie.

Beliau berkata Amanat Presiden itu turut menyentuh kepentingan sumbangan parti kepada akar umbi demi kepentingan rakyat.

Anggota MT yang baharu dilantik Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata amanat itu juga menyentuh usaha parti untuk mempertingkat martabat syiar dan syariat Islam di negara ini.

Asyraf Wajdi, yang juga Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), memetik Najib sebagai berkata indeks syariah akan diwujud bagi membolehkan kedudukan Malaysia dalam konsep memartabat Islam ditentukan, menunjukkan keseriusan kerajaan memperjuang perkara itu.

"Indeks ini juga membolehkan kita mengenal pasti kelemahan atau ruang kosong yang boleh diperbaiki dalam usaha meningkatkan syiar dan syariat. Ini selari dengan matlamat syariat yang meletakkan agama melebihi perkara lain," kata Asyraf Wajdi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyebut Najib sebagai berkata Umno perlu meletakkan matlamat yang lebih jelas dalam usaha memajukan negara serta memartabat agama Islam.

"Kalau dahulu dilakukan secara umum tetapi kali ini perlu secara jangka pendek dan panjang, serta jelas," katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir pula berkata Najib mahukan pelaksanaan pendekatan parti dalam menegakkan syiar Islam serta memartabat bangsa Melayu dan tanah air, dirasai rakyat.

Perdana Menteri, kata Mukhriz, turut menyentuh penggunaan media sosial oleh Umno bagi mendekati pengundi baharu yang dijangka berjumlah enam juta orang.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin pula berkata Najib menggariskan misi dan visi yang jelas untuk bekerja bagi memastikan Umno dan BN terus kekal menjadi parti pilihan rakyat di negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Perdana Menteri mahu semua anggota Umno mencari persamaan dengan semua rakyat di negara ini dan mengetepikan segala perbezaan yang mengancam perpaduan.

"Di Melaka, saya telah gerakkan jentera parti untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi, antaranya di kedai kopi agar Umno mendekati masyarakat... ini perlu dilakukan bagi membolehkan parti ini dihormati bukan setakat kawan malah lawan," katanya.

Mengulas kedudukan institusi raja-raja, anggota MT Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Najib mahu ia terus dipertahan.

Ketua Umno bahagian Bachok Datuk Dr Awan Adek Hussin pula menyifatkan amanat presiden itu sebagai memberi idea dan nafas baharu kepada perjuangan parti.

Sementara itu, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, yang baharu dilantik anggota MT, berkata sebagai orang baharu, semua perkara yang disampaikan Perdana Menteri dicatat bagi memudahkan beliau untuk bergerak bersama Umno.- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:02 AM | Show all posts
Wanita, Pemuda dan Puteri mula bersidang

2013/12/04 - 09:15:30 AM
Cetak Emel Kawan
  
KUALA LUMPUR: Perhimpunan agung tiga sayap Umno bermula 8 pagi ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dengan ketua masing-masing menyampaikan ucapan dasar disusuli dengan pembentangan usul dan perbahasan.

Pergerakan Wanita bersidang di Dewan Tun Hussein Onn, Pemuda di Dewan Merdeka dan Puteri di Dewan Tun Dr Ismail.

Ketiga-tiga sayap mengadakan perhimpunan agung masing-masing sebelum Perhimpunan Agung Umno 2013 selama tiga hari bermula esok. Wanita akan memfokuskan kepada usaha mengangkat martabat wanita ke tahap lebih tinggi menerusi pembentangan tiga usulnya iaitu ucapan dasar, ekonomi serta pendidikan, agama dan sosial.

Sementara Pemuda pula dijangka membincangkan mengenai penambahbaikan sistem pemilihan parti selain isu kepentingan rakyat seperti pekerjaan, perumahan, peluang perniagaan dan ekonomi Melayu.

Isu politik, ekonomi, agama, pendidikan serta ucapan dasar akan diberi tumpuan dalam persidangan Puteri.

Sebanyak 5,726 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan agung parti.

Daripada jumlah itu, 2,759 hadir untuk perhimpunan agung, manakala perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 anggota perwakilan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:06 AM | Show all posts
UMNO tak akan tunduk

2013/12/04 - 05:00:30 AMCetakEmel Kawan




TIMBALAN Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini. - Foto Khairul Azry Bidin

Muhyiddin beri jaminan tidak kompromi agenda perkasa Islam, Melayu dan Bumiputera

IKUTI berita lanjut Perhimpunan Agung UMNO 2013 dalam akhbar BH hari ini....


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:10 AM | Show all posts
cam ngarut je PAU ni tetiap thn..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:29 AM | Show all posts
muka pun dah macam kuih pau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 10:29 AM | Show all posts
hooray.. pesta mengutuk cina, india, yahudi, negro, bangla, nepali sudah bermula!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
putr@polo posted on 4-12-2013 10:02 AM
Wanita, Pemuda dan Puteri mula bersidang

2013/12/04 - 09:15:30 AM

bersidang babee ape lg!warga pantai timur nak2 kuantan dlm kesusahn!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:12 AM | Show all posts
eh..bukan hari tu baru berPAU ker?
bp kali sethn bersidang?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:15 AM | Show all posts
peachRose posted on 4-12-2013 11:12 AM
eh..bukan hari tu baru berPAU ker?
bp kali sethn bersidang?

diorg kalau bole tetiap bln nk brsidang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.114359 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list