CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Rita Rudaini Diugut Bunuh: 'Takkan itu pun salah saya?'-Aidil Zafuan #pg14

[Copy link]
Post time 13-10-2014 08:26 AM | Show all posts
melinda_kerr posted on 13-10-2014 01:11 AM
Nmpk gaya replies RR didelete seseorang.. Jeng jeng jeng

yes...sesuatu sgt kan..macam didelete 'somebody'

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Santeira posted on 13-10-2014 08:28 AM
sekarang karats dia nak fitnah zaremah delete mesej dia, padahal dia baru ja jawab sabtu lepas lep ...

msg saturday tu msg lain la...cuba tgk btul2..... kalu ikut screen shot tu...rita reply hari yg sama.
kan rita tnjuk 2 screenshot untuk date yg berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:36 AM | Show all posts
Delete ke tak delete, kita tak tahu. tapi yg pastinya setakat hantar sms tanya anak apa hal. Janji janji nak jenguk anak pun tak datang. Sebelum haters buat buat hilang ingatan, baca balik semua kenyataan rr start aidil kawin. RR tak kata aidil tak bagi duit tapi rr kata rr tak datang jenguk anak. Lupa yang pernah berjanji nak sama sama besarkan anak. Tanggungjawab bapak bukan setakat bagi duit tapi bagi kasih sayang dan perhatian. Apa yg rr kata lepas aidil kawin. Baca balik. Dia redha n berdoa agak aidil bahagia asalkan aidil tak lupa pada anaknya. masa tuh rr dah okay, dah tak menyinga, meroyan walaupun aidil baru jer kawin. tapi bila aidil buat2 lupa berbulan tak jenguk anak atas alasan sibuk(ini diakui sendiri oleh aidil lepas kawin ngan mak jemah) dia kembali meroyan. So rr nih jahat sgtlah yek??????

Yang satu lagi aidil bongok nih. Kes mahkamah baru baru nih rr nak gi tuntut hak dia as isteri. nafkah n mutaah tapi dikornar oleh si bangang nih ngan tunjuk mesej n duit anak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:37 AM | Show all posts
pumpkinpatch posted on 13-10-2014 08:17 AM
Aidil + Rita ni aku rasa still sayang sayang lah. Aidil dok msg kat Rita jer pun dia rasa 'rindu' ko ...

sy rase pn cam 2 gak...dua2 pn masih syg tp masing2 xnk mngalah 2 y payah nk slesai..bace pd msej masing2 xde lh bunyi keras sgt cam ayt biasa je...jgn marah sy...sy ni dasar bkecuali...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan dungu tu sdri tk yg delete diakan suka sikap lepas tgn xbtgjawab pastu buruk2kan janda tu..2k tu bil hspital ank masuk wad pun xlepas..patut rita upload smua off rceip anak2 masuk wad tuntut balik suh jantan dungu tu bayar dh mmg tgjawab jantan tu kna byr
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:40 AM | Show all posts
brokeninside posted on 13-10-2014 08:36 AM
Delete ke tak delete, kita tak tahu. tapi yg pastinya setakat hantar sms tanya anak apa hal. Janji j ...

oh yeah, ko suruh karats dia baca la sbb dorg yg tak abis2 kata dia tak bagi nafkah.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2014 08:42 AM | Show all posts
drama tamil dah start.

Rita tak berani keluar malam

Kuala Lumpur: "Selepas menerima ugutan bunuh, saya sekeluarga takut mahu keluar malam," kata dramatis popular, Rita Rudaini Mokhtar, 38, berhubung ugutan bunuh yang diterima menerusi komen daripada salah seorang pengikut dalam laman sosial milik bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, 27.

Berikutan ugutan bunuh berkenaan, pelakon itu membuat laporan polis menerusi peguam Rita, Thalia Rohaina Abdul Latiff di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini jam 12.44 tengah malam, Jumaat lalu.

Menurutnya, ugutan bunuh yang diterima itu juga meresahkan dirinya terutama untuk melakukan penggambaran pada waktu malam.

"Sebagai insan biasa dan ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, seharusnya saya cemas dan bimbang akan keselamatan nyawa kami sekeluarga," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, disebabkan tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak, dia tidak sangka ada peminat Aidil sanggup mahu membunuh mereka.

"Susahlah jika nak tuntut hak sendiri pun kena ugut macam-macam, saya serahkan kepada polis menyiasat perkara ini," katanya.

"Selain meminta Mohd Aidil Zafuan mengupah seseorang untuk membunuh saya, pemilik akaun itu juga dengan berani menawarkan diri untuk merancang pembunuhan saya," katanya.

Rita Rudaini dan Mohd Aidil Zafuan, 27, bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada September tahun lalu.

Dia membuat tuntutan mutaah RM300,000 daripada Mohd Aidil untuk perbelanjaan dua anak mereka.

Kes pasangan itu masih menjadi kontroversi yang tidak berkesudahan dan sedang dibicarakan di mahkamah sehingga ke hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:11 AM
«»
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1485#sthash.B0fqtDvQ.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:44 AM | Show all posts
Santeira posted on 13-10-2014 08:21 AM
haha LOL. tgk screenshot rita tu.

edel hantar mesej 2 october (khamis). dia balas pada sabtu. bua ...

Errr.. Ka iols salah baca? Betul la kan, rita jawab sms edel yg okt tu hari yg sama, pastu screenshot yg sms kedua yg saturday tu juga. Kan? Maafkan iols, iols ni lembab sket nak paham mcm mana nak tau jawab hari sama ke idak... Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 08:46 AM | Show all posts
judicata posted on 13-10-2014 08:44 AM
Errr.. Ka iols salah baca? Betul la kan, rita jawab sms edel yg okt tu hari yg sama, pastu screens ...

mungkin jua iol yg salah baca. iol rasa geram jah tadi sbb dan2 karats tuduh zarema yang delete.



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:47 AM | Show all posts
brokeninside posted on 13-10-2014 08:36 AM
Delete ke tak delete, kita tak tahu. tapi yg pastinya setakat hantar sms tanya anak apa hal. Janji j ...

karatz rr ker ni...

fyi aku pnh baca report time disoal dek peguam edel psl nafkah...rr memang ckp edel tak byr nafkah (duit).
tp lepas lawyer tu bg evidence edel mmg tak pnh miss bg nafkah duit, then rr pusing ckp mungkinla edel masukkan duit & tercampur dgn duit dia so dia tak perasan.

And it happen now, lps edel upload lagik evidence nafkah duit tu, rr twist lak psl jenguk anak...
sama gak time raya aritu, dia ckp berbulan tak jenguk anak etc....tp bila edel nk p amik utk beli persiapan raya, rr bawak blk anak2 ke Perlis....

ermmm..so.. adakah rr baik sgt??? edel teruk sgt??? dedua sama jer...
nih based on observation aku jer...tak dipengaruhi dek cite haters & lovers

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Awatt penjilat jantan dungu tu mggelupur tk senang duduk sgt tuhh..marah noorrr dia kat janda mulut longkang..biar longkang asal terburai semua dh mmg jantan tu suka sikap lepas tangan trhdap ank2..asyik rita jaa nk kna tggung lebih pdhal tgjawab dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh2 manja.mcm abby n norman. He3
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:52 AM | Show all posts
pumpkinpatch posted on 13-10-2014 08:17 AM
Aidil + Rita ni aku rasa still sayang sayang lah. Aidil dok msg kat Rita jer pun dia rasa 'rindu' ko ...

iolss pun rasa masih ada cinta n syg depa dua neh..
kalo x, xkan masa aidil nak nikah duk jupa rr n anak2..
siap amik hotel lg unt berjumpa smp rr batal flite blk kg..
meluah perasaan lg dkt2 nak nikah baru..
smp nak TERbatal laa xmo nikah..

kalo pun xleh menikah semula, berkawan baiklah demi anak2..
tgk nd jejai, abby nh tj arwah hm dll..
semua hidup gembira tiada masalah..


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:53 AM | Show all posts
Santeira posted on 13-10-2014 08:40 AM
oh yeah, ko suruh karats dia baca la sbb dorg yg tak abis2 kata dia tak bagi nafkah.

So kau pun sama gak tak baca tapi duk mengata dia, membenci dia sgt kata dia duk adakan citer tak bagi nafkah padal dia dah tak kata macam tu pun. yelah dia memang suka meroyan, aku sebagai peminat pun tak suka tapi jgn adakan yg tak betul. Cerita biar betul. Walaupun menyakitkan. Yg tak bagi nafkah kes dia. Dia tuntut sebab sejak aidil tinggalkan rumah aidil cuma bagi untuk anak anak dian sebagai bekas isteri dia nak tuntutk mutaaf, nafkah edah semua. Kes tu dalam perbicaraan. Yg sijantan bongok tuh printscreen n duk cerita benda yg tak berkaitan.

Kes nafkah anak pun belum setel lagi, aidil dah bagi yg dia rasakan sesuai tapi rr nak minta perintah mahkamah untuk tentukan jumlah yg bersesuaian ngan gaji bapak dia. Itu hak dialah nak minta bg pihak anak dia. Sekarang terpulang pada mahkamahlah tetapkan berapa. Senang dengan perintah mahkamah, yg tentukan jumlah yg kena bagi bulan bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel posted on 13-10-2014 08:37 AM
sy rase pn cam 2 gak...dua2 pn masih syg tp masing2 xnk mngalah 2 y payah nk slesai..bace pd msej  ...

Ye..mrk ni saling syg.tp edel xpandai pujuk..klu edel pndai mest dia blh pujuk parents dia.dia rapat ngan kuan.so,kuan pun blh sm pujuk mak ayah diaorg.edel fail in terms of good communication.org mcm rita jns kn pujuk,kn slow talk.makin buat keras,dia lg keras.tu pun lucky dia mmg good mother.xhlg edel jumpa anak.edel yg sia siakan peluang
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:55 AM | Show all posts
Lawan saja di mahkamah - Rita Rudaini


KUALA LUMPUR: Kemelut dan persengketaan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Malah Zafuan menggunakan laman sosial Instagram untuk berkongsi ceritanya mengenai Rita.

Aidil memuat naik foto transaksi wang berjumlah RM2,000 yang diberikan kepada Rita untuk nafkah anak mereka. Aidil turut memuat naik keratan akhbar baru-baru ini bertajuk 'Rita Mengaku Tak Pernah Tuntut Cerai'.

Ia bertambah kecoh apabila Rita menerima ugutan bunuh menerusi komen pengikut Aidil di laman Instagramnya. Rita bagaimanapun sudah membuat laporan polis tiga hari lalu.

"Saya ambil benda ini begitu serius kerana ia membabitkan keselamatan saya dan anak. Tak sangka hanya kerana nak menuntut hak saya dan anak, sampai ada pula yang sanggup buat semua ini.

"Sedih jadinya apabila penat lelah saya seorang diri menjaga anak tidak dihargai langsung. Mana nak jaga anak, bekerja, naik turun mahkamah lagi.

"Saya pun bukan wanita yang bersosial. Saya bersih daripada cerita negatif. Saya cuba terbaik untuk jadi ibu dan bapa yang sempurna untuk anak. Saya melebihkan anak daripada segala-galanya," katanya.

Rita berkata, jika bekas suaminya itu tidak berpuas hati dan rasa diri tidak salah, tak perlulah beliau menggunakan laman sosial untuk bersuara.

"Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak payah nak tunjuk di Instagram dan marah-marah tak tentu fasal. Saya sendiri ada bukti banyak tapi tak pernah ditunjuk di Instagram. Semua bukti saya serahkan ke mahkamah.

"Instagram ini bukan boleh buat keputusan siapa betul tanpa salah. Hanya mahkamah yang akan menentukan segala-galanya. Selama ini saya tak pernah cakap dia tak pernah bagi nafkah. Cuma nafkah yang dia bagi selama ini tak mencukupi. Itu saja.

"Jika dia bapa yang baik kepada anak saya, tak perlu dia menafikan apa yang kami minta dan tuntut untuk anak. Jika dia anggap RM2,000 itu satu nilai yang besar dan dia sudah boleh lepas tanggung jawab, memang dia silap," katanya.

Berkenaan dakwaan Aidil yang Rita pernah menuntut cerai, sekali gus berbohong ketika memberikan kenyataan kepada wartawan, Rita mempersoalkan bukti yang Aidil ada.

"Ada ke bukti di mana-mana mahkamah yang saya ada permohonan cerai daripada. Mahkamah sebelum ini pun sudah buktikan yang terdahulu bahawa saya tak pernah nusyuz. Kalau permohonan cerai daripada dia adalah saya terima," katanya.


INILAH akaun laman sosial pengikut Aidil Zafuan yang mencadangkan beliau untuk membayar pembunuh upahan bagi membunuh Rita.

Rita juga memohon supaya orang yang tidak berkaitan dengan rumah tangga mereka usah masuk campur seperti mereka tahu setiap inci apa yang terjadi.

"Kalau mereka di luar sana nak terus mengeji, mengutuk, dan memfitnah silakan. Saya banyak benda lagi nak fikir. Hanya doa senjata saya untuk mereka. Saya sedar ada mereka yang seronok melihat dia benci saya, sampai nak laga-lagakan kami supaya tak boleh berbaik," katanya.

----

P?S: Ko dah puas meroyan kat Instagram ada hati nak nasihat org jgn cerita kat Instagram. Ke yg menyibuk boleh sibuk kalau berpihak pada nko saja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 08:57 AM | Show all posts
brokeninside posted on 13-10-2014 08:53 AM
So kau pun sama gak tak baca tapi duk mengata dia, membenci dia sgt kata dia duk adakan citer tak  ...

kenyataan kat media aku tak baca, kenyataan kat ig kata dia tak bayar nafkah ada. I don't pretend yg aku baca semua kenyataan media yg dia buat sbb aku tak suka baca dia upkan diri seolah2 dia tak pernah salah apa2 tapi kat forum ni, karats2 dia tahap informer ada bagitau dia kata edel tak bagi nafkah atau bagi nafkah dua-tiga bulan saja. sila tgk balik kat thread2 forum. yg aku baca pun apa yg kerats letak aje, aku tak follow ig dia pun.


Last edited by Santeira on 13-10-2014 08:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:58 AM | Show all posts
sampai bila laa??? mmm... mcmane pon kesian kat belah pompuan la. klu berdiam, habuk pon tak dapat. bila bersuara, mcm2 hal timbul... si edel sblah sana print screen mcm die je yg msg tp org tak mnjawab. tp tu takleh buktikan ape2 pon apatah lagi nak menafikan hak ank2 dn bekas bini. sbb msg tu boleh dipadam. sudah2 la nak tegakkan benang yg basah.
hrp2 zarema n kluarga pon takyah masuk campur laa. sbb arini mungkin hari Rita kene dgn edel. esok2 ko lak yg kene dgn jantan sengal nih. tp aku rase tak kot, selagi abang zarema idup. heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:59 AM | Show all posts
lonely_surina posted on 13-10-2014 08:52 AM
iolss pun rasa masih ada cinta n syg depa dua neh..
kalo x, xkan masa aidil nak nikah duk jupa rr ...

masa aidil kawin tuh, wartawan dah cucuk rr tanya soalan tapi rr dah redha. katanya sy gembira asal dia bahagia. masing masing dah redha pun. Tapi aidil buat buat lupa pada janji nak bersama sama besarkan anak. janji nak jenguk anak. Punca apa. punca persaan yg tak percaya diri bini dia. kalu bini dia okay, semua ni tak tinbullah.masa tuh dua bulan lepas kawin sekalipun tak datang tengok anak sedangkan anak duk bertanya. Sapapun leh naik darah lagi lagi yg memang ada penyakit meroyan. Sibuk....katanya. Apa punya bapaklah. Flight berapa hinggit jer. datanglah kejap jenguk anak sebab dah janji takkan siasiakan anak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:59 AM | Show all posts
apapun sinetron terkehadapan ni ..
hrp2nya..dalang yg start telenovela ni akan insaf.
kita x tahu siapa punca depa ni bertelagah..(masa mula2 kawin dulu).
sbb nampk sayang masih ada.
tp dalang, org pertama yg buat onar dlm kehidupan dia ni,pasti tak tenang.

kesian lah tgk hidup diorg  cam ni.Aidil x happy sbb RR cam tu.
RR pun x happy sebab Aidil camtu.
yg merosak kan depa ni sbnrnya org sekeliling.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.258295 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list