CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: B.O.T.H

[merged thread] All about Aishah ..

[Copy link]
Post time 9-11-2004 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 21-1-2004 13:05:
2nd album AISHAH bertajuk AISHAH II release tahun 1991.

covernyer warna merah/pink yg AISHAH pakai baju jenis kain sari..

dalam album ni beberapa lagu yang saya ingat.

1. KE ...



Album kedua Aishah II best jugak.. memuatkan agu Kemaafan Dendam Yang Terindah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2004 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 21-1-2004 13:55:
ade masa sikit nie...

ALBUM KE 3 AISHAH bertajuk AISHAH III...asia...sedunia
direlease pd tahun 1993..
covernya warna warni ada bunga2..

antara lagu yg menarik..
1. SELANJUR ...


Album ni yang paling best... Aishah kelas bawak lagu jepun, pastu paling suka lagu selanjur bercinta...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2004 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by neomatrix at 21-1-2004 15:36:
Album Aishah

1990- Aishah Janji Manismu
1991-Aishah Volume II
1992-Aishah III-Asia Sedunia
1993-Kena Gam
1994-Aishah Klasik
1995-Wajah
1996-Pilihan Istimewa Aishah-Merenung Bulan/
1997-Ti ...



Tak tahu plak ada album dier kena gam... dalam album Aishah Klasik, memuatkan lagu Doa, Ubekkan Denai (lagu Minang) dan lain2 lagu lama... Album Wajah memuatkan lagu Cinta Beralih Arah dan Wajah.. oenuh puisi dan romantik.. Album Pilihan Istimewa memuatkan juga lagu Biarkan Ku Pergi...

Aishah memang memberi inspirasi kpd ramai artis utk nyanyikan lagu masa pertandingan.. cam Nora, Siti dsbgnyer... so no wonder Aishah hebat... nak sangat dier buat comeback...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2004 04:34 PM | Show all posts
WOW!!! tengok tak Aishah masa program raya kat TV3???

cun kan....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2004 12:28 PM | Show all posts
Aishah adalah penyanyi yg aku paling salute....sampai sekarang beliau memang penghibur yg bagus...saper kata aishah tak larat menari..xde stamina..he hee...igt tak time HMI ari tu...minah ni bantai nanyi medley lagu-lagu dia setengah jam tanpa henti...
wa tangkap blues dengar..maklumlah aku minat dia dari darjah 5 lagik..sampai dah tua bangka....he hee:clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2004 03:14 PM | Show all posts
yes i agree!!!! she can sing and she certaintly can move!!

did anyone here happen to b at her house for raya?

kalau yes.. cerita lah sikit oi!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2005 12:01 AM | Show all posts
Aishah belum ada album baru ke!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2005 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by Clarityn at 29-9-2005 12:01 AM
Aishah belum ada album baru ke!!!!!!!!!!


Album baru "Sehati sejiwa" dengan artis2 baru di bawah company adnan abu hasan (SRD Villa or sumthing like that). Aishah nyanyi 3 lagu: Tiada lagi tangisan, melukut di tepi gantang & berikan harapan (lagu tema tsunami). tiga2 lagu ni best, Tiada lagi tangisan layak masuk semi Juara lagu, bulan november, lepas raya ni, harap2 dapat masuk final :pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2005 03:26 PM | Show all posts
ada tak etmpat untuk download lagu tiada lagi tangisan - aishan ...???
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2005 08:23 AM | Show all posts
x de gambo anak2 dia ke? mesti anak2 dia comeiiii... maklumler.. mix..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2005 09:59 PM | Show all posts


Paul Moss yang mana satu?  Tak nampak pun yang ada iras2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by nurul_anati at 30-9-2005 08:23 AM
x de gambo anak2 dia ke? mesti anak2 dia comeiiii... maklumler.. mix..


jinggo ada kot gambar anak2 dia....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by Anego at 1-10-2005 09:59 PM


Paul Moss yang mana satu?  Tak nampak pun yang ada iras2nya.


yang pakai ray ban tulah.. diri sebelah kiri
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 06:23 PM | Show all posts
Jangan lupa join FORUM OFFICIAL Kak Aishah @ www.aishah-thefanclub.com ok.. bila Kak Aishah free, she will also masuk forum and post message utk peminat semua..

Marilah sama-sama support Kak Aishah k...

:D
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 12:04 PM | Show all posts
Aishah ajar cari duit poket

BANYAK artis memilih untuk berehat dari sebarang aktiviti seni pada bulan Ramadan ini. Ini termasuklah penyanyi Aishah yang mengurangkan aktiviti di pentas persembahan.

Bulan Ramadan bulan untuk mengerjakan ibadah dan nampaknya banyak artis kita yang lain pun macam itu juga.

Kata Aishah, banyak cara yang boleh digunakan oleh kaum ibu khasnya untuk menjana pendapatan sampingan meskipun dalam bulan Ramadan ni.

擶alaupun tak banyak menerima undangan menyanyi, saya banyak buat aktiviti lain yang boleh dikongsikan dengan orang ramai,拻 jelas Aishah yang pernah menghasilkan buku khas mengenai seni kraf tangan tidak lama dulu.

Penyanyi ini mengajak peminatnya berkongsi cara-cara asas untuk buat aksesori cantik yang boleh digunakan sempena ketibaan 1 Syawal nanti. Bergaya sakan dengan aksesori ciptaan sendiri? Opss... Joyah pun minatlah juga.

Bengkel kraf tangan Aishah ini akan diadakan pada 7 Oktober ini di Suite 3-1F-1G, Tingkat 1, Keramat Permai Business Centre. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-2129029 untuk tempahan tempat dan masuk adalah percuma.

Peserta boleh mempelajari cara membuat aksesori seperti rantai tangan, gelang dan subang bersama penyanyi terkenal ini selama tiga jam.

揃uat bengkel macam ini memang seronok. Dapat jumpa orang, dapat ajar orang lain macam mana cara meningkatkan pendapatan melalui ciptaan aksesori sendiri macam ini,拻 kata Aishah.

Aishah bagi tahu Joyah yang dia percaya dengan pendedahan seperti ini banyak wanita berpeluang menjana pendapatan sampingan yang hebat.

揔alau duduk di KL hendak tambah duit tak susah. Macam-macam cara,拻 kata ibu kepada dua anak ini.

Jadi, mereka yang ingin mengetahui cara Aishah menjana pendapatan sampingan melalui cara yang mudah dan kreatif, bolehlah datang pada pukul 11 pagi, 7 Oktober ini. Ajak ramai-ramai kawan pun boleh, kata Aishah yang semakin berseri dengan imej bertudungnya akhir-akhir ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 04:37 PM | Show all posts
'Kurnia' kembalikan zaman gemilang Aishah
22-11-2006
oleh WAHIDA ASRANI  

Sepuluh tahun 'sepi' tanpa sebarang album, namun nama Aishah masih lagi gah di dalam industri hiburan. Bak kata penyanyi yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu itu, dia sendiri tidak menduga masih mampu 'survive' walaupun sudah begitu banyak muka-muka baru memenuhi persada seni ini.

Disebabkan populariti yang masih ada, ditambah pula dengan impiannya yang disimpan selama lapan tahun untuk kembali menghasilkan album sendiri, Aishah bersama-sama syarikat rakaman lamanya, Sony BMG kini bersedia untuk muncul dengan album kesebelasnya, Kurnia pada bulan hadapan.

"Sudah lama saya tunggu saat ini. Selama lapan tahun ini, saya seperti berada di dalam keadaan 'koma' sehinggalah saya bertemu semula dengan Sony dan Adnan Abu Hassan yang akhirnya berjaya merealisasikan impian saya ini," ujar Aishah ketika ditemui pada majlis pra-dengar album terbarunya itu, semalam.

Aishah sebelum ini pernah melahirkan lima buah album studio dan tiga buah kompilasi bersama dengan syarikat rakaman Sony Music Entertainment, sebelum meninggalkan syarikat tersebut sepuluh tahun yang lepas.



Aishah akan kembali dengan album
terbarunya, Kurnia, Disember ini


Menurut penyanyi bersuara lunak ini, dia menerima tawaran Sony BMG (setelah bergabung dengan syarikat rakaman BMG) semula setelah melalui banyak perbincangan dengan pihak terbabit, termasuklah kesudian syarikat rakaman tersebut untuk menghasilkan album baru untuknya.

Malah, album yang dinanti-nantikan itu juga menyaksikan gandingan semula Aishah bersama penerbit dan komposer tersohor yang pernah menggilap namanya di persada seni tanah air iaitu Adnan Abu Hassan.

"Kali ini, saya ikat kontrak dengan Sony untuk dua buah album. Kami memang tidak pernah ada sebarang masalah, dulu saya keluar dari Sony pun kerana kontrak sudah tamat.

"Apabila saya fikirkan dalam suasana industri muzik sekarang, peranan syarikat rakaman memang penting untuk membantu seseorang artis. Itu juga adalah salah satu sebab saya terima tawaran untuk bersama dengan Sony semula," kata ibu kepada dua orang cahaya mata, Arman Azhari, 13 dan Azhad Ahlami, 7.

'Kurnia' kembalikan nostalgia zaman kegemilangan Aishah

Album Kurnia yang masih kekal dengan genre pop ini membariskan sepuluh buah lagu baru seperti Melukut Di Tepi Gantang, yang terpilih sebagai lagu tema untuk slot Samarinda berjudul Seputih Qaseh Ramadhan, Kasihnya Balqis dan Kurnia.

Beberapa buah lagu-lagu lama turut dimuatkan seperti Daun-Daun Berguguran dendangan asal Datin Rafeah Buang dan sebuah lagu asli yang cukup popular sekitar tahun 50an, Songkok Mereng.

Kesemua lagu-lagu lama itu telah diberi nafas baru dengan elemen yang cukup segar oleh Adnan. Tidak ketinggalan, Aishah turut menyanyikan semula sebuah lagu patriotik Barisan Kita sebagai kelainan di dalam album barunya itu.

Kerana amat meminati sebuah lagu dendangan Misha Omar, Tiada Lagi Tangisan, Aishah turut membawakan semula lagu itu di dalam album tersebut.

Bercerita tentang albumnya ini, Aishah berkata, dia mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk menyiapkan album terbarunya itu, di samping bantuan daripada Adnan untuk memastikan kualiti lagu-lagu yang dimuatkan.

"Sekarang ini, saya lebih terfikir untuk menghasilkan lagu-lagu yang memberi kesan kepada pendengar, tidak seperti dulu. Dari segi pengalaman, saya sudah berada lebih kurang 16 tahun di dalam industri ini dan sudah tiba masanya saya buat sesuatu yang lain.

"Pernah satu masa dulu ada peminat datang pada saya dan bagitahu dia amat tersentuh dengar lagu Bahtera Merdeka. Sebagai artis, saya memang terharu bila mesej di dalam lagu-lagu saya sampai di hati pendengar," ujar Aishah.

Album yang disifatkan oleh Adnan "untuk kembalikan semula nostalgia lama Aishah" ini sememangnya masih mengekalkan konsep lama yang sering dibawa oleh Aishah ketika sedang popular dengan lagu-lagu seperti Janji Manismu dan Camar Yang Pulang.

"Aishah masih boleh menyanyi high note dan jika dengar semua lagu-lagu dalam album barunya, memang kita akan teringat semula zaman kegemilangan dia dulu. Memang ada sedikit pembaharuan kita masukkan, tetapi itu sekadar untuk bagi kelainan," kata Adnan.

Aishah turut menghasilkan beberapa buah lirik di dalam album tersebut, antaranya untuk lagu Melukut Di Tepi Gantang dan Berikan Harapan.

"Berikan Harapan adalah lirik yang paling sukar untuk saya buat kerana ia adalah berkisarkan tentang tsunami yang melanda negara kita tidak lama dulu.

"Memang sungguh emosi ketika saya menulis lirik itu kerana sehari sebelum kejadian itu saya dan anak-anak turut berada di Balik Pulau, Pulau Pinang. Kami memang merancang untuk ke Batu Ferringhi pada hari kejadian tersebut, tetapi terpaksa dibatalkan.

"Setiap kali saya terbayangkan perkara itu, saya memang akan sedih dan sebab itu jugalah saya hasilkan lirik tersebut khusus untuk mangsa-mangsa tsunami," kata Aishah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 11:28 AM | Show all posts
Aishah bangga reaksi peminat
Oleh Rudy Imran Shamsudin

TIADA yang lebih membanggakan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah apabila lagu nyanyiannya mampu mengubah hidup pendengarnya.


Perkara itu juga membuatkan bekas penyanyi utama kumpulan Fan Club dari New Zealand memperoleh kekuatan untuk meneruskan perjuangannya dalam industri muzik tempatan dengan menerbitkan album terbaru.

Katanya, dia pernah didatangi peminat menceritakan bagaimana lagu dendangannya mengubah keputusannya sekali gus memberi kesan besar kepada hidupnya.

揝eorang wanita datang kepada saya menceritakan sebelum ini dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki warga asing tetapi ia tidak direstui ahli keluarga dan ibunya.

揇ia turut bermusuh dengan ibunya hanya kerana mengejar cinta. Bagaimanapun dia mengubah pendirian selepas mendengar lagu Syurga di Telapak Kaki ibu yang pernah saya dendangkan.

揔atanya, kini dia bahagia selepas bertemu cinta baru sekali gus tidak kehilangan keluarga. Ini adalah sebahagian contoh yang pernah diceritakan kepada saya oleh peminat,
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 03:06 PM | Show all posts
aishah artis pertama yg aku panatik since tadika laie...dulu2 paksa mak aku belikan kaset dia...tp skrang kaset tu dh x wujud..laie 1 sangguppotong keratan akhbar kat paper n then tamapal kat dinding...penuh dinding aku ngan gambar aishah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:25 PM | Show all posts
tak sabar nak dapatkan album baru aishah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:29 PM | Show all posts
tak sabar nak dapatkan album baru aishah nie.. :love:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.059055 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list