CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sutera_abadi

Di Celah Pembangunan & Kemodenan S'pura

[Copy link]
Post time 25-3-2004 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 24-3-2004 11:52 PM:
tu jam zaman kelakar ah......


dah la tv hitam putih...

lepas tu tv pulak ada cam curtain eh...nak tengok tv kena tarik tu sliding curtain dua2 ke tepi...

tak tau korang tau tak tv apa ak ...


Chic tau, Chic tau (sambil angkat2 tangan excited ni)....dulu Chic ada TV tu. Brand dia Telefunken. Tapi Chic punya macam folding door gitu, bukak tutup. Kengkadang nak tengok tv tu asik kena adjust antenna. Kalau hujan, hai, fed up betul, gambar goyang lah, lari lah.

Dulu sebelum ada vcr pakai projector. Chic ingat lagi mak Chic beli abih kita nak tengok, kena gantung kain putih (tak silap kita pakai kain telekong) pat dinding (tak beli screen dia, beli projector aje) to see the images...
:ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2004 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 24-3-2004 11:55 PM:


pasal mandi pulak kan....

dulu rumah ( iaitu hall ngan bilik tido sebijik ). batu plus kayu.

dapur kena keluar rumah pegi belakang . Semua kayu.

Lepas tu ada cam Ambin eh. Aku tak tahu ...


Rumah nenek Chic dulu sebijik macam gitu Deaf....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2004 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 25-3-2004 09:39 AM:


Chic tau, Chic tau (sambil angkat2 tangan excited ni)....dulu Chic ada TV tu. Brand dia Telefunken. Tapi Chic punya macam folding door gitu, bukak tutup. Kengkadang nak tengok tv tu asik kena a ...




ada jugak orang tahu eh....

tu jam

tengok rtm je kot.  
Cumi dan Ciki ( mana HK ni? dia peminat Wazata Zain ). Lagu theme song dia paling best ah " adik2 kawan semua.... bermain bersuka ria... :clap:
Broker cop Machine Blaster. ( Nama hero dia satu Tempe Asuka ).



ooo skrin projektor eh...tu aku tahu bila kat sekolah rendah.....

tu jam memang pakai projektor lagik.

Tahun2 81,82, dah ada sikit2 orang2 melayu start pakai video tape. Tapi masih tak popular ah... cuma a few house je ada kat kampung.
tu jam, mana2 budak2 yang besar sikit ceta pasal minum root beer kat A&W, kita semua yang lain dengar mulut terngangah respek habis.

;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2004 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 25-3-2004 09:41 AM:


Rumah nenek Chic dulu sebijik macam gitu Deaf....



tu ah..... yang paling sedih eh, takde sape2 yang simpan gambar buat kenangan eh...


pasal dulu kan, setiap rumah kampung, design dia lain lain ah....

especially tengok kemampuan each family yang tinggal sana ah...


dalam kepala otak aku, semua masih fresh ah gambaran ni semua walaupun Kampung Melayu dan Kaki Bukit aku rasa kena wipeout by tahun 1984 gitu.

tapi kalo next generation takkan tau pun apa kita orang berbual.


Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 25-3-2004 08:27 PM | Show all posts
QUOTED from deaf...........



ada jugak orang tahu eh....

tu jam

tengok rtm je kot.  
Cumi dan Ciki ( mana HK ni? dia peminat Wazata Zain ). Lagu theme song dia paling best ah " adik2 kawan semua.... bermain bersuka ria...
Broker cop Machine Blaster. ( Nama hero dia satu Tempe Asuka ).



ooo skrin projektor eh...tu aku tahu bila kat sekolah rendah.....

tu jam memang pakai projektor lagik.

Tahun2 81,82, dah ada sikit2 orang2 melayu start pakai video tape. Tapi masih tak popular ah... cuma a few house je ada kat kampung.
tu jam, mana2 budak2 yang besar sikit ceta pasal minum root beer kat A&W, kita semua yang lain dengar mulut terngangah respek habis.


    end of article from deaf

matz punya friends ada jugak yang king watai....minum yang 3 bintang

[ Last edited by matz_rockz on 25-3-2004 at 08:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2004 06:50 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 25-3-2004 08:27 PM:
QUOTED from deaf...........


matz punya friends ada jugak yang king watai....minum yang 3 bintang

..


tu jam ah matz..

budak2 kat kampung yang umur dah about 12 - 14 ,

dorang dah start abuse diri sendiri ah...


paling feveret ' steam gam '..

korang tahu ah....    ambik gam basikal, taruk plastik bla bla bla bla...


so dari situ, kalo tak jaga betul2 nanti merebak kat benda2 lain.



nasib baik zaman sekarang dah takde ni steam gam lagi...

tapi sayang budak2 dah abuse designer drugs pulak.. maklom banyak duit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2004 09:46 AM | Show all posts
eh kengkawan ,

masuk news ye?  ada apek ni pegi Punggol River nak tangkap ketam...

abis tu terperangkap dalam lumpur,

abis tu jam air tengah pasang

terus apek tu mati lemas....


danger jugak....


ah korang pegi straits times punya news website, tengok video pasal ni..


http://straitstimes.asia1.com.sg/video/0,3459,,00.html?
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 16-4-2004 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 31-3-2004 06:50 PM:


tu jam ah matz..

budak2 kat kampung yang umur dah about 12 - 14 ,

dorang dah start abuse diri sendiri ah...


paling feveret ' steam gam '..

korang tahu ah....    ambik gam basikal ...


when i was in primary school  in the 70's  dulu dia orang favourite  ....MX pill


in secondary school ....................pill roche yang color kuning

matz total clean cut...no drugs,no smoke,no drinks....healthy living
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2004 11:48 AM | Show all posts
aku pernah nampak ah....

impact serta merta ambik pil tido/khayal ni tanpa prescription doktor...:sad::sad:


dalam berapa minit telan,

terus jalan hoyong hayang, ketawa ntah pasal apa, dah tak tahu apa dia cakap, dan dah tak boleh tulis... boleh pegang pen, tapi...

bila dia tulis, kita pun tak tahu apa bahasa tu dia tulis...dah alien cam tulisan tamil dah...



seram dan menakutkan :sad::sad:... tapi masih ramai orang abuse2 benda2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2004 09:33 AM | Show all posts

Arghhhhhhhhh

aku..........aku...........aku










sajer tendang topik ni naik atas balik...

org baru.. contribution pls......
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2005 02:59 PM | Show all posts
kalau takder respon kat topik ni..
V akan lock dah remove dari digest...:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 05:27 PM | Show all posts
lepas genap setahun :bgrin:

tak tahu mana nak tampal..   makam habib noh ngan mesjid sebelah dia.
masuk sokkabar melayu hari sabtu...
layan satu gambo dulu




[ Last edited by  deaf4ever at 9-10-2006 05:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 05:28 PM | Show all posts
artikel #1

MAKAM HABIB NOH BAKAL MONUMEN? Lembaga turut tinjau pulihara Masjid Haji Muhammad Salleh di sebelah

Oleh
Saini Salleh

LEMBAGA Pemuliharaan Monumen (PMB) sedang meneliti rancangan menjadikan Makam Habib Noh dan Masjid Haji Muhammad Salleh di sebelahnya sebagai monumen negara.

Jika mendapat lampu hijau hasil penilaian yang kini giat dijalankan, makam dan masjid berusia hampir satu setengah abad itu merupakan bangunan Islam ketujuh dan kelapan yang meraih pengiktirafan dan status tersebut.

Enam bangunan yang telah diisytiharkan sebagai monumen negara ini ialah Masjid Abdul Gafoor di Dunlop Street; Masjid Al-Abrar dan Nagore Durgha di Telok Ayer Street; Masjid Sultan di North Bridge Road; Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road dan Masjid Jamae di South Bridge Road.

Mengesahkan rancangan tersebut, Setiausaha Eksekutif PMB, Encik Wan Meng Hao, berkata makam dan masjid itu ditimbangkan kerana terdapat saranan kedua-dua bangunan itu dipulihara kerana nilai sejarah, politik dan sosial serta tinggi nilai seni binanya.

'Kami masih giat menjalankan penilaian, tetapi bangunan itu umumnya memenuhi syarat-syarat untuk dijadikan monumen negara,' katanya, sambil menyatakan proses penilaian itu biasanya berjalan sekitar setahun.

Menurutnya lagi, penilaian itu turut mengambil kira pembangunan jangka panjang di kawasan sekitarnya seperti Shenton Way, Ekspreswe East Coast Parkway (ECP) dan pelabuhan di belakangnya.

Beliau mengulas rancangan PMB itu yang kini menjadi perbualan hangat di kalangan jemaah masjid tersebut yang kebanyakannya pekerja dan karyawan di Shenton Way.

Tapak makam diwakafkan oleh seorang penduduk perkampungan nelayan di situ, Allahyarham Haji Muhammad Salleh, pada 21 April 1902.

Makam yang mempunyai 49 anak tangga dan terletak di Bukit Palmer itu, pernah menjalani kerja-kerja ubah elok dan ubah suai yang dijalankan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan harga $1 juta dalam 1986.

Diminta mengulas langkah PMB itu, pengurus dan imam Masjid Haji Muhammad Salleh, Haji Abu Zaki Yusuf, 40 tahun, berkata:

'Beginilah orang mulia. Selepas 140 meninggal dunia, beliau terus dimuliakan dan sekarang negara juga memuliakan Habib Noh dengan rancangan menjadikan makamnya sebagai monumen negara.'
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 05:30 PM | Show all posts
gambo lagi

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 05:31 PM | Show all posts
artikel #2

Singapura : 7 Oktober 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
SYOR PULIHARA MAKAM HABIB NOH DAN MASJID HAJI MUHAMMAD SALLEH

ABDIKAN DIRI JAGA MAKAM SEJAK USIA 16 TAHUN
Oleh
Saini Salleh

NAMA Sheikh Hassan Abdullah Al-Khatib tidak dapat dipisahkan daripada Makam Habib Noh.

Ini kerana beliau, yang lebih dikenali sebagai Habib Hassan, 61 tahun, telah menjaga makam itu sejak berusia 16 tahun.

Dalam usia ketika anak muda baru mengenal dunia, Habib Hassan sebaliknya mengabdikan dirinya kepada kerja menjaga makam itu.

Ayah tiga anak dan enam cucu itu berkata beliau menyaksikan segala perubahan yang berlaku di makam tersebut dan sekitarnya.

'Dulu makam ini terletak di tepi pantai. Ramai bimbang akan kesan hakisan, tetapi dengan kuasa Allah, kawasan pantai ditambak untuk dijadikan pelabuhan.

'Kemudian datang pula projek bagi membina eks preswe East Coast Parkway (ECP). Ramai jemaah bimbang kerana ia bakal menjejas makam dan Masjid Haji Muhammad Salleh.

'Alhamdulillah, projek ECP diteruskan tanpa menjejas kedua-dua bangunan ini sehinggalah sekarang,' kata Habib Hassan sambil menambah beliau bekerja tidak tentu masa - dari pagi hingga ke malam.

Mengenai tugasnya, beliau berkata selain melayan pengunjung, beliau turut membantu membacakan doa bagi mereka yang mempunyai hajat dan ingin bernazar.

'Saya akan pastikan tiada khurafat berlaku di makam ini. Bagi yang kurang faham, saya akan meminta mereka memohon kepada Allah dan menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Habib Noh,' katanya.

Beliau berkata, ramai datang dengan membawa makanan dan buah-buahan.

'Hidangan yang mereka bawa bukanlah sajian tetapi lebih merupakan sedekah dan kerana itu hidangan tersebut diberikan kepada jemaah supaya tidak membazir,' kata Habib Hassan.

Beliau selanjutnya berkata beliau berasa gembira dan tenang menjalankan tugasnya di makam itu.

Imam dan pengurus Masjid Haji Muhammad Salleh, Ustaz Abu Zaki Yusuf, 40 tahun, berkata makam itu sentiasa dalam keadaan terpelihara bukan saja dari segi fizikal, malah amalan kerohaniannya.

'Beginilah orang yang mulia hatinya. Mereka yang datang menziarahinya tidak lupa menyedekahkan surah Al-Fatihah,' katanya.

Menurut Ustaz Abu Zaki lagi, menjelang haul Allahyarham Habib Noh setiap tahun, ada saja dermawan membiayai kerja mengecat makam.

'Setiap tahun, bangunan makam ini dicat dan justeru ia sentiasa kelihatan bersih. Banyak berebut mahu membiayainya, tetapi siapa yang dahulu didahulukan,' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 05:35 PM | Show all posts
gambo makam dia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 05:37 PM | Show all posts
artikel #3

Singapura : 7 Oktober 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
KAWASAN DULU KAMPUNG NELAYAN YANG HARMONI
KAWASAN berdirinya Masjid Haji Muhammad Salleh dan Makam Habib Noh - tidak jauh dari bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) - suatu ketika dulu merupakan perkampungan nelayan yang lesi.

Dikenali sebagai Kampung Sambau, penduduknya - yang kebanyakan terdiri daripada orang Melayu dan Cina - hidup harmoni di kawasan bersempadankan Trafalgar Street, Anson Road dan sebahagian pelabuhan selatan, South Quay.

Ini berdasarkan wujudnya sebuah kuil Cina yang sudah berdiri di kawasan dekat makam dan masjid itu sejak 1819 - zaman Sir Stamford Raffles bertapak di sini.

Imam dan pengurus Masjid Haji Muhammad Salleh, Ustaz Abu Zaki Yusuf, 40 tahun, berkata bangunan asal masjid dibina di kawasan di depan masjid sekarang sebelum 1861.

Ia kemudian dibina semula di kawasan bersebelahan kawasan Makam Habib Noh dalam 1903.

Tapak makam itu diwa kafkan oleh seorang penduduk asal Batawi, Allahyarham Haji Muhammad Salleh, pada 21 April 1902.

Allahyarham Habib Noh Muhammad Ahmad Idros Al-Habsyi dilahirkan dalam 1788 di atas kapal di perairan Pulau Pinang dalam perjalanan dari Hadramaut, Yaman, ke Palembang dan Tanah Melayu.

Beliau meninggal dunia di Kampung Temenggung, Telok Blangah, dalam 1866 pada usia 78 tahun.

Menurut Ustaz Abu Zaki, Allahyarham Habib Noh sendiri yang mahu jenazahnya dikebumikan di Bukit Palmer - tempat sekarang.

Kepergian Habib Noh, yang disifatkan seorang wali Allah kerana banyak karamahnya, pernah dilaporkan oleh akhbar Singapore Free Press bertarikh 2 Ogos 1866.

Antara lain, laporan itu menyebut 'seorang tua Kling yang sudah dianggap sebagai nabi oleh para pengikut Nabi Muhammad di petempatan ini sejak 50 tahun lalu meninggal dunia kelmarin'.

Laporan itu turut menyatakan bahawa Allahyarham 'mempunyai perangai suka mengambil apa saja yang beliau sukai daripada kedai dan wang daripada kedai tukaran wang dan kemudian membahagi-bahagikannya kepada orang susah'.

Menurut sejarah, makam yang asalnya mempunyai 52 anak tangga itu mula dipertingkatkan oleh seorang kenalan, Syed Mohamad Ahmad Alsagoff, pada 1890.

Makam itu juga menempatkan saudara sepupu Habib Noh yang juga kadi besar Singapura, Habib Abdurrahman Salim Al-Habsyi.

Dalam 1986, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjalankan kerja ubah elok dan ubah suai bangunan masjid dan Makam Habib Noh di sebelahnya dengan kos $1 juta.

Di sebalik makam dan masjid yang tersergam indah di tengah-tengah kesibukan dunia kewangan dan kegiatan pelabuhan yang rancak berjalan, kedua-dua bangunan tidak sepi daripada diganggu gugat.

Antara lain, masalah ha kisan yang boleh menjejas bangunan makam terhurai apabila pemerintah menambak tanah di sekitarnya dalam 1992.

Makam dan masjid itu juga sepatutnya dirobohkan bagi pembinaan East Coast Parkway (ECP) dalam 1980-an tetapi ekspreswe tersebut kemudian dilencongkan dan sekali gus menyelamatkan kedua-dua bangunan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 05:39 PM | Show all posts
last kopek

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 07:49 PM | Show all posts
Tu hari kawan aku gi reki tempat fishing kat Sembawang.. aku ikut pasal dapat jalan2 free..
Cam jakun siak aku gi sana, deer enter village

Layan gambo ( all photos taken using Nokia N73 ME )






ni lak masjid petempatan melayu sembawang




stylo dia punye pillar




lain2




sambung sungei sembawang, and the tempat kawan aku cakap banyak tuju tuju and the tempat pancing and the etc etc..







alternate pics sila ke http://deaf-angel.blogspot.com/ aku snap banyak jugak , maklum test henpon

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 02:21 AM | Show all posts
Everytime aku gi mesjid hajjah fatimah aku snap sikit2 pakai henpon... tu hari aku pegi belakang snap kubur2 dia
so ni 1st part aku upload dah dari henpon
Mesjid hajjah fatimah kira dah kat town kan? so ok la eh kira ikut topik





Tower Of Pisa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.125409 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list