CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: speckygirl63

AKU YANG STRESS

[Copy link]
Post time 28-1-2016 02:58 PM | Show all posts
budak2 ni kalau nampak, nanti dah besar akan hilang sendiri ke?
sbb ada yg aku kenal budak perempuan... umo dalam 3 tahun pun nampak. sepupu dia yang lelaki pun sama umur lingkungan 4 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade yang cakap aku berhalusinasi jugak. Aku pasrah je lah orang nak cakap ape. Ok aku terima orang cakap macam tu. Tak kisah. Aku pun cuba lah tak nak fikir mende2 mistik ni. Mase zaman kanak2 aku mandi manda dengan sepupu2 kat satu kolam berdekatan dengan kebun getah. Sambil memancing. Aku nak lepak kat tebing kolam je la sambil rendam kaki.

Tiba2 aku tertarik masuk dalam kolam. Ade orang tarik kaki aku. Aku ingat sepupu aku. Aku cuba bukak mata tengok kaki sambil meronta2 sebab aku tak sempat simpan nafas kot. Ape yang aku nampak mcm ada kilauan mata je. Merah. Tapi aku tak pasti sebab sepenuh nya lembaga hitam kurus tangan dia.

Balik rumah atok aku. Malam tu aku lemah2 penat tapi sejuk2 badan. Kaki aku bengkak. Xde bekas cengkaman pun. Tapi mak aku bawak pegi jumpa atok aku. Atok aku pandai mengubat. Atok aku belek2 pergelangan kaki aku. Lepas tu dia pandang mak aku. Aku ingat dia pesan macam ni. "Owh. Dia ni lain ni. Kau jaga dia baik2. Jangan bagi lalai. Menumpang nanti benda2 tak elok". Itu lah pesan atok aku. Sejak tu susah makayah ak nak bagi aku masuk area2 hutan bagai. Walaupun hati aku membuak2 nak pergi. Pernah pergi masuk hutan air terjun sebab ade camping asrama. Yes!. Tapi alhamdulillah. Takde pape. Aku perasan hijab aku bukan 24 jam terbukak. Ok sori flashback zaman kanak2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sekolah menengah macam2 pattern aku nampak. Ade yang tinggi takde kepala. Rupa dia tinggi je. Yang ni suka berhenti depan aku. Pasti dia elak. Dia terbang lagi pusing2. Terbang lurus. Pusing2. Itu je keje dia. Ade yang duduk diam tak kacau orang. Duk diam je termenung. Nenek rupa dia. Kemas je rambut dia sanggul. Dia penah arahkan tenungan kat aku. Tapi aku tak rase terancam dia senyum lembut je. Lepastu sambung termenung duduk mcm antara dua sujud tu depan salah satu dorm asrama aku.

Histeria? Aku pernah kena. Macam mane eh. First time aku kena waktu tu lepas sekola agama kat asrama aku. Tengahari. Pelik kot pagi kena. Aku nak lepak kat kerusi laluan ampaian dengan member yang lain. Tiba2 kaki aku berhenti. Aku nampak ade seorang perempuan aku tak pasti muka dia. Tangan dia melambai2 macam memanggil aku. Lepas je dia lambai berapa kali ntah. Aku rase lesu bisu, mata aku tak boleh gerak anak mata kebawah tak boleh angkat. Ye aku sedar. Tapi aku tak dengar ape2. Aku berjalan sekeliling aku takde orang. Bangunan lama sekeliling aku. Daun2 kering berterbangan. Itu je perasaan aku mase tu. Tapi siyesly aku tak boleh kelip mata, bersuara dan bernafas. Badan aku macam terapung je. Sampaisatu laluan tiba2 angin kuat datang dengan daun2 kering. Tiba2 jeritan nyaring kedengaran kat telinga aku. Terus mata aku boleh kelip2 satu badan berat lepas tu muka pedih2.

Aku dalam bilik sakit. Warden depan mata aku. Kawan2 aku kat sekeliling aku semua pegang tangan kaki aku. Muka aku basah dengan air mata aku pedih mata aku. Aku tengok warden aku tengah angkat tangan. Aku tercakap "eh? Kak pah?". Kak pah dengan muka garang cakap "haaa nasib baik aku tak tampor ko kali kedua, tau jugak takut syaitan tu. Dah ko pergi dorm ko." Kawan2 aku papah aku naik atas dorm ktorg. Aku tengok cermin kat tangga merah pipi aku. Sobss..perit jugak eh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
speckygirl63 replied at 28-1-2016 06:29 PM
Kat sekolah menengah macam2 pattern aku nampak. Ade yang tinggi takde kepala. Rupa dia tinggi je. Ya ...


Orang histeria ni mmg kena macxm ni ya...boleh tahu dulu awak asrama negeri mana?....

Kak.tanya sebab pernah terjadi zaman akak.di hostel...seramai 23 org histeria...dan cerita depa macam.cerita awak....nsmpak perempuan melambai2 panggil.depa kata salah sorang kawan baik yg juga terkena ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 28-1-2016 10:38 PM
Orang histeria ni mmg kena macxm ni ya...boleh tahu dulu awak asrama negeri mana?....

Kak.tan ...

Yeke kak? Sy duk johor.;)

Setakat ni setiap kali histeria saya masih sedar.cuma tak boleh kawal pergerakan badan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
speckygirl63 replied at 28-1-2016 10:40 PM
Yeke kak? Sy duk johor.;)

Setakat ni setiap kali histeria saya masih sedar.cuma tak boleh kawal ...

Oh..lain negeri..

Kisahnya masa kelas prep malam....malam tu kami berenam orang pi toilet...toilet tu pulak tak de lampu. ...masa kitaorg masuk toilet tu kami gelak sakan usik mengusik.....kaka paling kecil rendah antara semua..paling muda lahir bulan 12.

Dalam gelak ketawa tu terdengar suara garau mendengus..tapi kitaorang teruskan gelak2 sampai masuk toilet dua orang sekali sebab gelap.

Dalam perjalanan balik ke kelas kaka usik depa kata...entah2 tu hantu....dan x semena2 salah sorang rebah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2016 10:50 PM | Show all posts
awak orang INDIGO..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia rebah depan pintu kelas....terus ramai2 papah..masa tu kebetulan malam jumaat...budak lelaki x pi.kelas prep malam sebab baca yasin..

Lepas dia  rebah...sedar ja terus histeria......da berjangkit2 siapa yang pegang ....dan yang pi toilet tu rasanya semua kena kecuali kaka ...

Histeria tu bersambung2 sampai siang...sampai petang....kaka juga pegang kawan baik...sambil tangan pegang yasin...alhamdulillah tak kena apa2....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes histeria ni terpaksa mintak tolong budak asrama lelaki dan panggil ustaz...hehe..

Bila sedar semua bercerita benda yang sama. Ada perempuan melambai2 di satu kawasan la pang..bila mereka pergi perempuan tu makin jauh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 28-1-2016 10:53 PM
Kes histeria ni terpaksa mintak tolong budak asrama lelaki dan panggil ustaz...hehe..

Bila sedar  ...

Fuh..kira ni mnde y same jgak la kan?ala2 sama lah.nauzubillahiminzalikh.cukup lah saya kena dulu2 dan time berubat. Penat ya hampun kak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
speckygirl63 replied at 28-1-2016 11:02 PM
Fuh..kira ni mnde y same jgak la kan?ala2 sama lah.nauzubillahiminzalikh.cukup lah saya kena dulu2 ...

Tu la...kawan pun kata penat...masa kena tu depa macam nak ikut sesuatu...tangan mengapai2...siap kata tunggu....macam sayu..sedih...meracau2.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 28-1-2016 11:06 PM
Tu la...kawan pun kata penat...masa kena tu depa macam nak ikut sesuatu...tangan mengapai2...siap  ...

Penat mcm jogging 20 kali padang.hehe.

Ok aku sambung cerita lah. Histeria pernah kena beberapa kali. Tapi masih terkawal. Aku cuma kena jangan duduk sorang2 atau biarkan imaginasi pengalaman histeria lepas menguasai sebab start je leka. Kompem nama kena panggil lepas tu badan kena take over. Sekola menengah last aku nampak ade budak duduk kat bawah pokok yang senior2 cakap jangan pergi situ. Masalahnya pokok tu tepat2 sebelah bilik prep aku. Aku nampak dia duduk je. Pelan2 dia menoleh ke sisi. Muka memang kabur lah sebab aku dah start rabun. Tiba2 kawan sebelah aku tolak meja dia sambil menggelupur. Histeria la ape lagi. Dalam buku dia penuh tulisan cina. Maksud nya "aku nak kau mati,". Aku tak tau ape yang cuba disampaikan. Tapi tu last aku nampak.

Mungkin Allah dah makbulkan doa aku setiap hari supaya di tutupkan hijab. Aku tak sanggup nak hadapi lagi nampak menda2 gitu. Alhamdulillah. Tapi peliknya lepas je aku dah tak nampak benda bukan2. Aku jadi sangat penakut. Gelap aku takut. Semua benda aku takut. Takut yang over sangat2. Sentiasa berteman. Walaupun mata tak nampak telinga masih d3ngar bunyi2an yang orang lain tak dengar. Ada dengar tapi tak semua. Takpelah kan. Ok sikit dari nampak.

Selain tu ada lagi perubahan drastik. Aku sangat kuat melantak. Asyik lapar je. Dalam satu masa makan aku boleh makan 3 4 pinggan. Tapitak gemok2. Heaven? Tak heaven. Perut macam nak pecah tapi lapar. Kalau aku tak makan aku stress. Kadang2 sampai nampak kucing pun macam sedap je. Sampai lah matrik. Aku matrik kedah dulu. Alhamdulillah hari2 okeh je sebab mata dah normal. Satu malam tu ade firedrill. Aku pelik sebab ade hujan meteor. Yang pelik nye besar2 pulak terbang dekat2 atas langit area kami berkumpul. Aku perasan ade orang dialihkan ke bahagian tepi dataran. Mata hitam dia besar terbeliak mata dia. Tak lama kecoh2 meteor tu tiba2 aku nampak ade satu bebola api besar dab pofff.. hilang. Tepat2 hilang je bertempikan suara orang. Lelaki dan perempuan. Serentak histeria yang jerit2 tu. Rupa2nya kawan aku yang sebelah2 tak nampak langsung bebola api yang terbang2 banyak tadi tu. Ahh sudahh. Tengah kelam kabut tu ktorg diarahkan bergerak dalam bulatan  yang agak kuat semangat buat bulatan luar. Yang tak yakin duduk dalam bulatan. Ktorg bergerak pelan2 pergi masjid yang berdekatan.

Memang sampai ke pagi tak tidur sebab semua ketar2 takut dan histeria berjangkit2. Berlarian semua yang kena. Kesian aku tengok. Alhamdulillah aku tak kena. Penat kalo kena.

Selesai kes histeria berjangkit tu ktorg balik bilik masing2 pagi tu. Lepas keadaan terkawal. Jiran bilik aku ade kena seorang. Sampai terpaksa balik rumah sebab dia melarat2 histeria. Malam budak tu balik aku tidur macam biase. Tiba2 aku sesak nafas. Ade tangan runcing panjang kat leher aku. Dia melingkarkan jari penuh sekeliling leher aku. Tapi takde rasa kena cengkam. Cuma yelah tak dapat nafas. Tapi aku kuatkan semangat sebut nama Allah banyak2. Makin lama makin panas leher aku. Tak lama tu baru okeh lepas tangan tu lepaskan leher aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 01:54 AM | Show all posts
Ya Allah, aku tak boleh bayang kalau aku dekat tempat TT. Harap-harap TT tabah ya? Sekarang still nampak tak diorang tu lagi?
Terus teringat dekat kawan aku waktu sekolah menengah dulu, lebih kurang macam TT. Ijinkan aku cerita sikit ya. Kawan aku ni almost adik beradik dia hijab terbuka.  Fuuuhh tabah . Sebagai seorang yang minat dengar cerita-cerita macam ni, aku selalu korek cerita dekat kawan aku. Panggil Emma ja lah kawan aku tu (bukan nama sebenar).

Dalam family kawan aku ni, kakak dia yang bukak setiap masa. Kakak dia ni setiap hari wajib baca Yasin, Almulk dan Alkahfi kalau tidak silap. Kalau dia tak baca, demam. Aku pun tak tahu kenapa, maybe ada kaitan dengan hijab terbuka dia tu. Emma, hijab dia kalau nampak style yang 'berlubang-lubang'. Means, dia kalau nampak tak selalu. Kadang-kadang, itu pun masuk dalam mimpi. Adik Emma pun sama. Pernah adik dia pergi tandas malam-malam sorang diri. Lepas tu tak balik dorm. Rupanya dah terjelepok dekat hujung koridor depan tandas, ada  benda dalam tandas merangkak kejar dia lepas tu pengsan tidur terus budak tu. Orang yang first pergi tandas yang jumpa dia dulu. Emma pun pernah nampak ada 'ibu dan anak' kain berlumpur dan berdarah dalam satu tandas aras aku. Lepas tu dia buat-buat tak nampak. Tandas febret aku mandi pulak tu. Lepas tu aku jarang masuk dah tandas tu sebab terngiang2 cerita kawan aku

Pernah dulu aku mengalami masalah kena tindih yang kronik dekat dorm, then aku cerita dekat Emma. Time tu yang cerita ber4. Dengan kawan aku lagi dua orang yang pernah mengalami masalah yang sama. Emma pun bagilah tips2 tuk dibaca begituu beginii and so on, then aku ikut lah kata Emma tu malam tu. Esoknya, Emma tetiba kejar-kejar cari aku dekat perhimpunan pagi bagitahu yang 'benda' tu marah dekat dia sebab dia bagi tips cenggitu dekat kami. Malam tu benda tu munculkan diri tapi dalam mimpi. Hitam, bertenggek atas loker. Kawan aku tu dapat rasa yang benda tuh marahkan dia sebab bagi tips bacaan sebelum tidur tu dekat kami. Lepas tu dia 'lawan' benda tu. Benda tu pun pergi.  Tapi dia tak tahu benda menepel mana satu antara aku dan kawan aku yang lain tu yang gi marah dia. Seminggu lepas tu, Emma cerita benda tu ikut balik rumah. Terus dia pergi berubat halau benda tu. Aku apa lagii, fuhhhh serammmm rasanya mendengar cerita Emma .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Best nya cerita tt. Nak cerita lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:10 AM | Show all posts
Edited by gunter at 30-1-2016 10:12 AM

Salam TT, wah rasanya kita dari matrik yang sama ni. Aku dulu pun studi matrik kedah. Bila ko mention firedrill terus aku teringat pasal malam tuh. Kalau tak silap firedrill tu bermula jam 11 lebih. Aku duduk blok B. Malam tu lepas semua penghuni dorang panggil turun, dorang ada buat kiraan ahli blok nak tengok cukup tak cukup. Ada yang tak turun so kira (RENTUNG) la Lepas tu yang turun ni ramai-ramai beratur pegi dataran pelajar sebab situ tapak berkumpul utama. Kiteorang lalu dekat laluan antara blok B dan blok C. Dari jauh dah nampak ramai yang berkumpul dekat dataran pelajar.

Tiba2 ssup ada cahaya putih ala2 flash terbang atas kepala kiteorang. Aku plak cam terkedu and trus stop. Aku tanya roomate aku si Tira, "Weh Tira, ada nampak tak cahaya putih tadi?",dalam loghat klate sebab si Tira ni orang klate,then Tira jawab "cahayo? Gapo mano ado, mepek la mu ni". Aku plak pikir salah tengok kot, tetibe budak depan aku, tak kenal pun cakap "Yelah wak, saya pun nampak cahaya tadi", so memang betul la ada cahaya tadi.

Aku dalam dok musykil tu jalan jugak la terkedek2 pegi dataran. Dah sampai kiteorang duduk bersepah, tak ikut blok dah. Pegawai bomba pun dah mula taklimat cara menyelamatkan diri dari kebakaran sume. Aku plak jenis suka renung langit tengok bintang2 sebab boring dengar taklimat and terus suspen bila tengok ada dua tiga lagi cahaya yang sama dok terbang2 kat langit.

Lepastu dengar budak Chinese belakang kiteorang dok sebut2 "Shooting star, shooting star, make wish now". Bila aku dengar dorang cakap gitu, aku cakap dalam hati 'make wish hotak hangpa, shooting star mende dok terbang2 siap wat corner baring lagik' . Pastu ada jugak budak melayu dok gatal make wish stail mat saleh tuh yang deme dok genggam dua2 tangan pastu doa,ish ish ish apa nak jadi ntah

Aku plak da start dub dab dub dab jantung sebab rasa tak sedap hati, aku bisik dekat roomate aku yang sorang lagi si Pika sebab tak nak si Tira dengar, btw Pika ni matanya agak telus jugak. Aku cakap "weh Pika aku rasa tu bukan shooting star la, kalo tak silap aku yang terbang tu penanggal kot". Pika cakap "Yaka, takpa2 sat aku call pak aku nak tanya dia". Pika pun call bapak dia, pastu dia letak sat sebab bapak dia nak scan dari jauh. Tak lama pastu bapak dia call balik and cakap betul la tekaan aku, benda tu memang penanggal, orang utara sebut tanglong. Berderau jugak darah aku tapi dalam hati tak henti2 baca doa. Pastu Pika cakap hangpa rilek ja, baca je pape yang patut.

Pegawai bomba yang kasi taklimat pulak bila dengar budak2 tak fokus dengan taklimat cakap "Biarkan jelah, depa pun makhluk Allah jugak". Elok je dia cakap gitu dengar dari depan ada budak perempuan histeria. Lepastu slow2 merebak, makin ramai kena histeria. Aku plak dok pikir dalam hati histeria lagi. Si Pika plak tetibe genggam tangan aku, dia cakap "Weh Ya, tolong aku ada benda dok tepek belakang aku ni, dia nak masuk dekat aku", aku pikir ah sudah, yang kiri si Tira dari tadi tak lepas2 tangan aku sebab takut, skang si Pika plak dok menempel dekat aku. Aku dalam dok cuak tu dok buat stail menghalau guna tangan sambil cakap "weh jangan dekat dengan kawan aku, ko pegi dekat orang len", haha jahat kan tapi dalam hati ni ketaq weh. Pastu Pika cakap benda tu da jauh, tapi bahu dia ada sikit2 lagi rasa berat. Aku plak taknak Pika kena lagi letak tangan atas bahu dia, haha tambah berat la ko.

Pastu bila tengok histeria dah tak terkawal pegawai bomba ada panggil budak azan dekat depan. Cahaya putih yang terbang2 tu da berkurang, pastu akhir sekali aku tengok ada cahaya merah lurus dan besar je kat langit. Aku suspek benda tu da terbakar kot. Dalam kecoh2 tu aku plak gatal dok renung bangunan makmal sebelah dataran, mungkin salah tengok jugak kot sebab aku nampak cam ada makhluk warna coklat dok panjat dinding makmal tu haha mata kero mungkin. Pastu aku tengok ada bebudak usung mangsa histeria pergi masjid, kiteorang bertiga ikut sebab ada sorang lagi roomate ahli masjid.

Malam tu kiteorang ajak budak bilik depan tidur sekali dekat bilik kiteorang sebab tahu yang kes histeria belum reda. Lepastu ada khabar angin cakap yang histeria akan jadi lagi tapi ikut wing. Esoknya blok kiteorang setiap lepas asar akan bergema dengan bacaan ayat suci al-Quran. Btw bagi aku la, dalam banyak2 kes penampakan, paling banyak aku nampak dekat matrik ni lah haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:22 AM | Show all posts
Seram baca kat office
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
gunter replied at 30-1-2016 10:10 AM
Salam TT, wah rasanya kita dari matrik yang sama ni. Aku dulu pun studi matrik kedah. Bila ko mentio ...

Alamakkk ade pulak batch kat sini.wakakkaa.bila ingat balik memang haru kot time tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2016 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
kirakekuri replied at 29-1-2016 01:54 AM
Ya Allah, aku tak boleh bayang kalau aku dekat tempat TT. Harap-harap TT tabah ya? Sekarang still na ...

Ok itu seram plus kesian kalo 24jam..lagi haru dari aku..yang sekejap2 pun stress..susah nak tdo.Allah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:49 AM | Show all posts
Haha memang haru, tak silap seminggu jugak baru nak reda histeria tuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ada satu tulisan oleh peruqyah yg syar'ie utk dikongsi bersama tt pembaca thread ni.
Hati-hati terhadap anak anda sekiranya dia mempunyai tanda ini:
1. Mampu melihat jelmaan makhluk halus.
2. Mampu merawat orang sakit (kerasukan/sihir/dll), sedangkan umurnya masih remaja.
3. Mampu meneroka biografi seseorang dengan hanya merenung.
Bahkan walaupun anak anda nampak soleh sekalipun, percayalah bahawa dia perlu ditarbiah dengan ilmu dan dirawat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.347049 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list