CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

[Copy link]
 Author| Post time 20-7-2017 04:35 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 20-7-2017 05:31 PM
Nak story sikit bout ada sorang my colleague ni kita bagi nama Cik H untuk memudahkan bercerita,
d ...

ok..ok...best ni...
aku tunggu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 05:05 PM | Show all posts
Part 2, the interesting story of Cik H.

Dia memang disahkan pengidap sakit leukemia, even dia dah buat transfer sum sum dari kakak dia, belum sembuh jugak, sampai satu tahap, nurse kat Private Hospital bagitau kat dia, untuk pegi berusaha cara tradisional.
Nurse yang bagitau dia, nurse yang berbangsa Dayak dan Cik H memang sangat berterima kasih sampai sekarang kat nurse tu.

Nurse tu sebenarnya kasihan kan Cik H, sebab dia yang selalu tengok macam mana sakit cik H everytime dia kena ambik darah… dah lah tahap HB asik turun naik.. ada sekali tu, walaupun dah ditambah  2 pint darah, macam darah tu tak masuk ke dalam badan Cik H.

Kadang2 tu, bila doktor  nak sambungkan machine kat badan Cik H, machine rosak you… most of the time,  macam tu lah kejadian nya.
Ditambah pulak, time Cik H terlantar sakit, dia dan keluarga dia memang tak pernah terpikir nak guna cara tradisional..

Can’t blame them actually.. dah moden katakan.

Adik beradik Cik H, mostly jadi Cikgu, Cik H kerja ngan salah satu local Bank, mana lah terpikir nak guna cara tradisional kan.
Family members yang melawat Cik H kat private hospital pun tak pernah nak suggest.
Ada sorang tu lagi teruk, engkau ni banyak buat dosa ni.. tu yang Allah hukum kau ni!!

Aku dengar kisah tu, aku terkejut sangat, ko dah kenaper!! Tuhan ker… macam dapat lihat jer dosa2 orang.. adehh.. kit alak mek ehh

Anyway.. hasil nasihat dari nurse tersebut, cik H ngan adik beradik dia berusaha lah cara tradisional..
Dari Ustaz yang paling terkenal kat Kuching, Ustaz yang biasa2.. pegi Darus Syifa sampai lebam2 kaki tangan dek kena tahan sebab meracau kuat sangat.
Adik dia siap rakam video meracau2 lagi.. dia memang tak leh dengar ada orang pandai, dia akan pegi jumpa..

Pokok pangkal nya, bukan orang tu tak pandai..
Sik ngasi bah..

Part 3 menyusul okay…
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:24 PM | Show all posts
Edited by Akoobabes at 20-7-2017 05:27 PM

Part 3
Dalam Cik H pegi sana sini, carik orang yang dapat sembuhkan dia, ada jugak pihak2 yang ambik kesempatan.
Salah satu nya, ada satu tempat ni, bagi tau kat Cik H, punca dia tak baik, sebab dia tak kawin, kalau nak, kita boleh tolong carik kan..
Ewahhh..tuhan memang suruh berusaha, kalau si suami yang dicarik sekadar carik jalan senang nak senang, maklumlah kan, bakal bini Pegawai bank, gila engkau tak nak.
Nasiblah Cik H bukan desperado, despacito pun tidak.. huhu
Masa dia tengah sakit tu, aku pernah gi tanya dia, dia nak ker pegi try kat tempat yang aku selalu pegi..
Orang tu sekeluarga pandai.. gifted family. Tapi style aku, aku tak kan paksa orang..
Dalam dia berjumpa dengan mereka yang nak ambik kesempatan, ada jugak yang lucu.
Cik R (one of the manager kat opis)  bagitau kat Cik H, dia ada kenal satu ustaz yang boleh tahan pandai nya…
So,Cik H pun panggil lah si Ustaz tu ke rumah, first thing dia mintak kat Cik H..jeng jeng jeng…
Aik Cola sebotol!!! Pernah ko dengar nak gia.,..
It lasted one session only, atas alasan, sakit Cik H dia tak boleh ubatkan, sebab yang mengganggu Cik H lagi kuat.
Okay.
Lepas tu, Cik Y pulak introduce Ustaz yang dia kenal.. pujian tinggi melangit you..sekali dengan Ustaz tu lari you.. tak sanggup katanya
Lepas tu, barulah Cik H call aku, dia suruh aku carikan orang sebab dia dah tak tahan, so aku tanya balik.. kitak bena mauk coba kah, kamek nang sikda pegi tempat lain..
She agreed. So aku pesan kat dia, bawak air mineral satu botol ngan baby oil
Part 4 coming right up…
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 20-6-2017 12:34 PM
kisah kematian juga......

hearsay yang aku dengar...

Ada x nenek tu cerita apa yg dia buat kat sna?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Best crita ni..keep it up
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Akoobabes replied at 20-7-2017 06:05 PM
Part 2, the interesting story of Cik H.

Dia memang disahkan pengidap sakit leukemia, even dia dah ...

Ya la tek...sik semua pengubat ya ngasi or serasi dgn kita ooo..
Aku pun nak citer sesuatu yg terjadi kat mak aku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ShiningStars replied at 20-7-2017 08:11 PM
Ada x nenek tu cerita apa yg dia buat kat sna?

Dia kata dia jumpa keling...aka putera bunian..hadehhh...kelakar pun ada..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2017 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Akoobabes replied at 20-7-2017 06:24 PM
Part 3
Dalam Cik H pegi sana sini, carik orang yang dapat sembuhkan dia, ada jugak pihak2 yang ambi ...

Waaa....x sabar tgu part 4...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 10:47 PM | Show all posts
Part 4.

Lepas aku yakin, Cik H memang betul2 nak follow pegi jumpa family tu, aku ngan mak aku ambik dia kat rumah.

Selalu nya, tempoh perjalanan nak pegi ke rumah orang tu, ambik masa dalam 40 mins ke sejam, depending on the traffic. Tapi, kereta aku punyalah berat, aku jeling jer mak aku.. walaupun dalam masa yang sama, kita orang berbual2.

Aku tengok speed meter, laju wooo... tapi kan, macam lama jer nak sampai..

Actually, sebelum aku keluar dari rumah, aku dah siap2 call family tu, so dorang tau aku bawak sapa.
Oh ya, lupa nak bagitau, lepas aku gi tolong Cik H time dia pengsan kat opis tu, aku adalah terkena sipi2 yang kacau si Cik H. Mak aku siap bagi warning, ko dah tak payah nak jadi baik tolong orang, kalau engkau sakit bukan dorang tolong pun, mak aku bagi lecture pulak.. okay lah mak..

Anyway, sesampai jer kat rumah family tu, Cik H terus pengsan atas kerusi, mak aku terus membebel kat aku, ni lah yang aku taknak ni, berkuntau pulak budak tu sapa nak pi tahan, mak aku bilang.

Dalam dia pengsan, tertibe Cik H mengeluar sora macam time binatang nak standby serang orang, terus pakcik tu tanya dia.. engkau siapa! Dia masih keluarkan bunyi tu..
Tertibe, Cik H bersuara, dia bilang ada orang lelaki buatkan dia, dia siap bagitau nama, ngan tempat tinggal orang lelaki tu..

Pastu, pengsan balik. Yang best nya, dia pengsan sekejap jer, lepas dia tanya aku, whether dia pengsan tak, aku cakap ya.. kitak leput tek... dia tanya lagi if dia ada meracau2 tak. Aku bagitau ada, kitak nyebut nama orang ngan tempat diam sekali.

Tak lama lepas tu, dia 'dipengsankan' oleh Pakcik tu, kali ni bini dia tolong..
(Jangan tanya cara dia dipengsankan, mak tak tau nak)

To be honest, ni lah first time aku tengok, pakcik dan makcik tu cuma guide si pesakit, sebabnya, si cik H ni, ada pendamping, tapi si pendamping tu takleh nak communicate ngan cik H, so bila ada orang yang nak pi mengubat si  Cik H, dia lah yang merasuk dan mengacau.
Mungkin si pendamping ni tahu, yang pakcik dan makcik ni dapat tolong so dia tak melawan sangat.

Ok, to continue, selepas cik H dipengsankan, pakcik dan makcik tu tanya cik H, siapa yang buat jahat kat engkau, dia ulang balik nama orang tu dan tempat tinggal sekali.. so dorang tanya Cik H, boleh engkau pi carik kat mana dia tanam benda tu...

Cik H dengan mata tertutup, dia terus bagi tau tempat tempat kat mana orang lelaki tu tanam plus tempat2 yang dihantar cara ghaib. Tempat2 tersebut antara nya, depan pagar rumah, atas atap, dalam bilik, ada jugak tempat lain yang aku tak berapa ingat dah.
Pakcik dan makcik tu, everytime Cik H bagitau tempat, dorang suruh dia ambik sendiri, pastu dimasukkan dalam plastik, sampai satu ketika, Cik H yang masa tu mungkin ada terhidu bau busuk, nak muntah, dorang suruh dia muntah kat dalam plastik tu.

If you want to know, If I could see benda2 yang dia buang lam plastik tu. Aku memang tak nampak apa2. Yang aku tahu, semua benda2 yang dihantar oleh orang lelaki tu dah siap2 dibungkus dan 'dimatikan' .

Cik H pun pengsan sekali lagi, penat maybe. Hampir sejam wooo proses pembuangan tu. Bila Cik H sedar, biasalah, dia akan tanya aku, so aku cakap,  ni lah first time aku tengok orang sakit yang membantu pakcik dan makcik tu mengubat.

Aku dah pernah tengok, orang bersilat, ketawa mengilai.. tapi cik H nyer kes memang special. Kisah kenapa orang lelaki tu nak kenakan Cik H akan disambung di Part 5 ok.

Anyway, selepas habis proses mengubat Cik H, pakcik dan makcik tu buatkan air ngan minyak untuk Cik H. Dorang pesan cik H untuk tengok if ada perubahan kat keliling rumah sekali dengan dia.
Aku lah jadi tukang pantau condition cik H.. setiap kali dia tengok ada perubahan, dia akan bagitau kat aku.

Kisah cik H belum habis lagi ok... lepas setahun kisah dia dah baik, baru2 ni Cik H ada lagi pegi kat rumah pakcik dan makcik. Kali ni, aku ngan dia mimpi benda yang sama..

Huhu... sabar ahhh..




Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 08:37 AM | Show all posts
Terbaik la Akoobabes

Best benor ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 08:50 AM | Show all posts
@annabellaruz2 nak terus kan malam semalam, tetibe rasa seram babe..

sambungan will be later today.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 12:13 PM | Show all posts
Part 5 :  Siapakah lelaki misteri itu…

Let’s start on how did Cik H kenal ngan Encik C (C for contractor). Cik H ni masih single, dalam adik beradik dia, yang I know tak kawin is Cik H ngan kakak dia Cik E. Cik E kerja sendiri, business kecil kecilan.

Aku sebelum kejadian Cik H pengsan dalam ofis, aku tak rapat ngan dia, so aku tak leh nak cerita sangat perihal famili dia. Yang aku tau for sure, ayah dia dah meninggal, emak masih ada. Dia ada abang, ada adik lelaki, ada kakak dan ada adik perempuan.
Berbalik kepada kisah Cik H tadi, dia masa tu nak carik orang untuk gantikan pagar kat rumah dia, dia ternampak ada satu papan iklan yang tergantung dekat pagar sebuah rumah yang tak jauh dari opis kita orang.
Dia (Cik H) pi tanya tuan rumah tu, okay ker tak kualiti kerja Encik C tu, tuan rumah cuma jawab okay..

Anyway, lepas tu, Cik H pun call no Encik C, set appointment nak tukarkan pagar rumah dia. Mula2 memang semua macam okay.
After about two weeks, tiba2 Encik C panggil Cik H ajak dia kawin, jadik bini no.2. Alasan dia bagi, sebab Cik H kerja bank, adalah orang yang dapat jaga business dia and for sure business dia akan maju, jadi, dapat lah dia pergi Haji ngan melancong..
Aik , alasan dapat pegi Haji ngan melancong yang tak  leh tahan tu..
Cik H memang terperanjat bila Encik C tetibe jer buat statement camtu, walaupun dia rasa amat marah kat Encik C , tapi instead of marah kat Encik C, Cik H explain nicely naper dia tak leh terima ‘lamaran’ tersebut plus dia even suruh Encik C to teach his wife on how to run the business, start dari benda simple, macam ambik call, bank in cheque.
Tapi Encik C, tetap nakkan Cik H jadi bini no. 2, siap bagitau Cik H, bini dia bodoh lah, bengap lah..
Tapi Cik H tetap tak berganjak dari keputusan dia tak nak terima Encik C.

Selepas lamaran ditolak, Encik C dah mula main2 nak siapkan kerja penggantian pagar rumah Cik H.
Tak lama selepas tu, Cik H mula mengalami peristiwa yang pelik2, antara nya, selipar jepun dia hilang, kucing liar yang dia biasa beri makan dah tak nak masuk ke dalam rumah dia, ada seekor lagi kucing Cik H, asyik naik atap, kadang2 tu kucing tu pulak pi gali tanah depan gate.

Then ada satu hari tu, mak Cik H bawak satu anak patung Troll, dia tanya if patung tu Cik H punya, Cik H bagitau bukan dia punya, then mak Cik H cakap, aku jumpa dalam bilik kamu ni ha…

Ehh… Cik H terkejut jap, then dia cakap kat mak dia memang bukan dia punya, so mak Cik H pi buang anak patung tu kedalam tong sampah. Untuk pengetahuan semua, Cik H selepas patung tu dibuang, sentiasa nampak bayangan orang pompuan.
Kadang2 ‘dia’ duduk kat bucu katil, kadang2 tu Cik H Nampak ‘dia’ kat pintu..

Rentetan dari kejadian pelik2 tersebut, Cik H jatuh sakit , whereby later she was diagnosed to be suffering from leukemia.

Contoh patung troll


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 03:50 PM | Show all posts
Edited by Akoobabes at 21-7-2017 03:57 PM

Part 6.

Maybe some of you would’ve thought, apa kaitan kena buatan orang dengan sakit leukemia or any other penyakit.  Wal’lahualam.  Tu semua kuasa Tuhan, maybe kalau Cik H tak jatuh sakit, dia memang tak tahu pun dia kena  buatan orang.

Okay, jom sambung kisah Cik H, walaupun lamaran Encik C dah kena reject oleh Cik H, dia memang tak putus asa, dia selalu ganggu Cik H dengan menelepon tak tentu masa, pegi kat opis Cik H,siap kena block number, dia telepon lagi guna number lain, (to be honest, tak pasti if Cik H ada tukar nombor selepas kejadian tu),  sampaikan ada satu ketika, Cik H sendiri Nampak Encik C buat pusingan keliling bangunan opis, lepas berhenti kat satu sudut, tak tahu dia buat apa, pastu baru dia belah.

Now baru teringat, salah satu tempat yang ada disapu minyak oleh Encik C, tangga menuju ke tingkat satu opis Cik H. Selain dari rumah Cik H, encik C ada jugak pi sapu minyak kat area tangga tu.
Dan sebelum kejadian Cik H pengsan tu, dia ada nampak kereta Encik C melintas kat bawah, dia  bagitau aku hal ni, masa kitorang kat rumah pakcik dan makcik tu..

Cik H selepas berubat kali pertama kat pakcik dan makcik tu, dia dah jarang pengsan tak tentu pasal dah, dan selama setahun lepas dia pi  berubat  tu, dia memang okay.  Lagipun kucing liar yang dulu takut2 nak masuk kerumah Cik H pun dah suka datang balik ke rumah dia..
Kucing Cik H sendiri yang dulu selalu jer tak berani nak masuk ke bilik Cik H, dah tak takut nak masuk dah..

Kitorang panggil Cik H ni, mak kucing.

However, awal tahun ni, kisah nya, aku pulak mengalami mimpi pelik.. dan watak utama dalam mimpi aku, boss Cik H.. pelik ker idok…

Mimpi yang aku paling seram pernah alami..

Kalau ikutkan, my department and her (Cik H) department are dealing with different matters totally… naper tiba2 Mak Encik aka Boss Cik H ada dalam mimpi aku

Akan disambung selepas ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2017 04:25 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 21-7-2017 09:50 AM
@annabellaruz2 nak terus kan malam semalam, tetibe rasa seram babe..

sambungan will be later toda ...

ok babe, take your time..
aku sabar menanti..
sementara aku tgh taip cerita mak aku pula..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2017 04:28 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 21-7-2017 04:50 PM
Part 6.

Maybe some of you would’ve thought, apa kaitan kena buatan orang dengan sakit leukemia o ...

waa.....menarik nih..aku nak tau apa yang mak encik tu dah buat..
naper sekali dengan ko kena??
sambung2...

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 08:04 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 21-7-2017 03:50 PM
Part 6.

Maybe some of you would’ve thought, apa kaitan kena buatan orang dengan sakit leukemia o ...

misteri citer Akoo
tapi ada juga dengar, orang nak kenakan seseorang dan bila terkena, akan ada penyakit
macam santau dikaitkan dengan kanser
leukemia pulak tak pernah dengar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 10:17 PM | Show all posts
Ipo replied at 21-7-2017 08:04 PM
misteri citer Akoo
tapi ada juga dengar, orang nak kenakan seseorang dan bila terkena, akan ada p ...

Leukemia is nama saintifik kanse darah..

Masa Cik H still sakit leukemia tu, asal jer admit, 1 pint darah memang tak cukup..

Sian ngan dia time tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 10:23 PM | Show all posts
Mukadimah part 6

Apabila orang gila kuasa, tajau dalam bilik pun boleh kalah...

Bisi tajau bak opis Mak Encik wai... @annabellaruz2
Huhu... scary tu bila dah tau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2017 10:28 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 21-7-2017 10:17 PM
Leukemia is nama saintifik kanse darah..

Masa Cik H still sakit leukemia tu, asal jer admit, 1  ...

hahaha...baru perasan

yes yes..lebih tepat kurang sel darah merah
Thank you dear..

So, mungkinkah leukemia yang cik H kena tu ada kaitan dengan sihir?
(Encik C is up to something..)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Akoobabes replied at 21-7-2017 11:23 PM
Mukadimah part 6

Apabila orang gila kuasa, tajau dalam bilik pun boleh kalah...


Huisshhh... kapa ya tajau nya @akoobabes
Tajau kitai ba rumah pan enda sengapa nyimpan..

Ok, itu mmg betul2 scary babe...
Tajau dia tu corak apa babe?
Klu corak bunga tu, x de apa sangat..
Klu corak naga, itu biasa dah jumpa..
Tp klu tajau bentuk pelik sikit, hati2...ada penjaga tau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.175883 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list