CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 30-6-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 30-6-2021 08:58 PM
Mana nak baca online?

Kat telegram ada. Siri Bercakap Dengan Jin. Tamar jalis. Jilid 1. Kisah memburu raja pakau. Dekat situ ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 30-6-2021 08:58 PM
Mana nak baca online?

Siri berckp dgn jin tamar jalis jilid 1 memburu raja pukau

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 30-6-2021 10:16 PM
Kat telegram ada. Siri Bercakap Dengan Jin. Tamar jalis. Jilid 1. Kisah memburu raja pakau. Dekat  ...

Thank you! Nanti iols cari
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik tt. Terima kasih byk sudi translate n kobgsi kat sini. Semoga sentiasa dirahmati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2021 02:59 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 3-7-2021 07:09 PM

Bomoh Muda

Suatu ketika dulu, pada tahun 1993, aku merupakan kaunselor kesihatan mental di Albuquerque, New Mexico.  Pekerjaan aku memerlukan aku untuk bertugas di sebuah rumah khas untuk mereka-mereka yang mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah.  Pada suatu malam, seorang remaja lelaki berketurunan Navajo dari Big Rez di Four Corners, iaitu sebuah kawasan penempatan orang Asli Amerika di kawasan itu telah dibawa masuk ke rumah aku.  Tapi yang peliknya, dia bukanlah penduduk tempatan, malahan tiada seorang pun penduduk di kawasan Big Rez tu kenal siapa dia. Cumanya, remaja lelaki itu ditemui sedang berkeliaran di sebuah kawasan yang terpencil di Big Rez itu, jadi penduduk di tanah rizab tu pun bawaklah remaja tu ke rumah kami.

Remaja lelaki itu berbadan besar, dan langsung tak bercakap sepatah apa pun dengan sesiapa.  Sebelum aku ditugaskan di sini, aku pernah diberi sedikit pendedahan tentang budaya orang tempatan.  Budaya orang sini, kalau jumpa orang Navajo, jangan sesekali bertentang mata dengan orang Navajo kecuali kalau orang Navajo tu sendiri yang memulakannya.  Selama berhari-harilah jugak remaja lelaki itu hanya menundukkan mukanya dan langsung taknak pandang muka sesiapa.

Memandangkan aku dah tinggal dalam rumah tu selama berminggu-minggu lamanya, aku telah diberikan cuti 3 hari, jadi aku telah merancang untuk menghabiskan cuti aku dengan memancing di Sungai San Juan.  Sungai ni terletak dalam kawasan Four Corners tadi.  Sungai ni memang cantik dan tak pernah sunyi dari dikunjungi pemancing tegar dan pelancong dari luar.

Malam sebelum percutian aku tadi,  aku dikejutkan oleh seorang lagi petugas di rumah itu pada pukul 2 pagi.  Tapi dia hanya berbisik pada aku, ‘Encik, tolong turun bawah kejap.  Budak baru tu tengah buat benda pelik’.  Aku pun turunlah ke aras bawah.  Aku nampak remaja lelaki itu tengah duduk bersila di tengah ruang tamu, sambil bibirnya terkumat-kamit melafazkan jampi serapah apa entah.  Di tangannya ada sebilah pisau yang sangat besar, di sekeliling remaja lelaki itu ada jugak barang-barang lain yang disusun macam bulu pelepah dan sebagainya.  Walaupun semua orang dalam rumah dah terjaga dan berdiri di tepi dia, tapi remaja lelaki tu macam tak sedar dan terus berjampi.

Sebagai orang luar, aku hormat kepercayaan penduduk sini, kalau dia nak buat ritual dia aku tak kisah, tapi memang undang-undang rumah ni tak boleh bawak senjata masuk.  Aku tengok budak-budak lain pun macam ketakutan dan agak risau bila tengok remaja lelaki tu pegang pisau.  Pada mulanya, aku arahkan remaja lelaki tu untuk serahkan pisau dia, tapi dia buat tak dengar dan terus dengan jampi serapahnya.  Akhirnya aku dah takde jalan lain, aku terpaksa panggil polis. Polis pun datang dan angkut remaja lelaki tu ke balai. Untuk pertama kalinya, remaja lelaki itu bertentang mata dengan aku, tapi dengan wajah menyinga penuh kemarahan.  Dia menjeritkan sesuatu pada aku dalam bahasa dia, aku rasa macam Navajo, tapi budak-budak Navajo lain dalam rumah tu kata diorang pun tak paham apa yang remaja lelaki tu cakapkan.

Peristiwa itu tidak menghalang aku untuk meneruskan rancangan percutian aku esoknya.  Aku mendirikan khemah di Cottonwood Campground. Tempat ni macam kawasan perkhemahan biasa, setiap 50 kaki ada tapak khemah. Tapi tempat ni memang agak jauh sikit dan nak pergi ke tempat ni kene berhati-hati sikit, sebab banyak kambing biri-biri liar yang berkeliaran di jalan raya.  Memandangkan ketika itu kebetulan memang cuti musim panas, jadi kawasan perkhemahan tu tak sunyi dan dipenuhi orang.  Nasib baiklah aku dah tempah tapak aku sendiri, tapi sebab tengok orang ramai, aku ambil keputusan nak dirikan khemah terbuka yang ringkas tu je.  Di kiri kanan aku ada trak dan van orang lain, aku tengok nombor plat dari Texas, jadi aku rasa selamatlah sikit kat situ.


Malam tu, aku pasang unggun api, tengah syok berselimutkan beg tidur melayan lolongan coyote dari kejauhan, aku boleh tertidur la pulak. Dalam tidur itu aku bermimpi, dalam mimpi tu aku diserang binatang liar dan aku cuba menghalang binatang itu dari mencederakan aku.  Sampai mengigau-ngigau aku jadinya. Aku terbangun dengan termengah-mengah dan badan lencun kerana peluh.

Aku ingatkan mimpi ngeri itu berakhir bila aku dah bangun, tapi tidak.  Aku masih terdengar bunyi binatang itu menggeram di sekitar aku.  Aku menggenggam pisau pemburu yang aku guna untuk potong kayu api tadi.  Nasib baiklah jugak kereta aku memang betul-betul di belakang khemah aku ni.  Aku ingat nak lari masuk kereta je. Aku raba-raba tepi aku untuk cari lampu suluh.  Cepat-cepat aku hidupkan lampu suluh aku, alamak! Lampu suluh aku buat hal pulak berkelip-kelip macam tak cukup bateri.  Dalam kegelapan itu, aku menjerit ke arah binatang itu untuk menakutkan ia, sambil tanganku mengetuk-ngetuk lampu suluh itu.  Akhirnya lampu suluh itu menyala dengan terang, tapi dalam 30 saat je. Dalam 30 saat itu, apa yang aku lihat di hadapan aku adalah seekor coyote yang sangat besar sedang menyeringai menunjukkan taringnya pada aku.

Lampu suluh aku terpadam terus, lalu aku baling je lampu suluh tak guna tu pada coyote itu dan terkena sikit pada kepalanya.  Aku terus berkelubung satu badan dalam beg tidur aku. Aku ingat kalau coyote tu terkam aku, aku akan tikam dia pakai pisau aku.  Aku menjerit sekuat hati aku, menjerit mintak tolong orang-orang di sekeliling aku. Tapi takde sapa pun yang bangun membantu aku.  Setengah jam aku terpekik terlolong sambil cuba menepis terpaan coyote itu. Tipulah kalau aku cakap aku tak takut, tapi dalam ketakutan itu muncullah juga satu keberanian untuk aku buka zip beg tidur sikit, dengan tangan sebelah terjulur di luar aku kutip je mana-mana batu atas tanah dan lempar pada coyote itu.  

Coyote itu akhirnya berundur sikit bila terkena batu, aku ambil peluang itu untuk terus berlari masuk ke dalam kereta aku, bukak lampu tinggi dan tekan hon panjang-panjang untuk halau coyote itu. Lantaklah kalau orang lain terbangun pun.  Aku nampak coyote itu berlari masuk ke dalam belukar, tapi ia sempat menoleh ke arah aku sambil mencelangkan matanya yang berwarna merah….

Lega aku bila aku lihat coyote itu akhirnya hilang di celah-celah belukar tebal itu. Barulah aku dapat menarik nafas kelegaan.  Aku sandarkan kerusi penumpang itu, cuba untuk menenangkan diri sendiri sebab aku tak boleh nak tidur selepas peristiwa tadi.  Dalam 15 minit aku cuba nak pejam mata tu, tiba-tiba, THUMP! Ada sesuatu melanggar pintu kereta sebelah pemandu aku.  Rupa-rupanya coyote itu muncul lagi dan kali ini dia betul-betul di tepi cermin aku, menderum menunjukkan gigi taring dan mata merahnya…

Aku pun terus hidupkan enjin kereta, tolak gear undur dan memecut keluar dari tempat itu.  Semua barang-barang khemah aku tinggalkan macam tu je.  Aku memandu dalam 5 batu jugaklah sampai aku jumpa satu kedai peralatan memancing ni.  Kawasan tempat letak keretanya diterangi dengan lampu, jadi malam tu aku tidur di situ je.

Keesokan harinya aku kembali ke tapak perkhemahan itu.  Aku tengok orang-orang yang berkhemah sekali dengan aku malam tadi pun dah bangun, tapi mereka semua enggan memandang aku dan dari raut wajah diorang, aku rasa diorang macam rasa bersalah.  Tapi aku masih geram dengan diorang, jadi sepanjang hari tu aku tak bertegur langsung dengan diorang. Dalam geram-geram tu, aku masih lagi teruskan dengan rancangan percutian aku.  Jadi sepanjang hari itu aku habiskan dengan memancing, aku berjaya menangkap seekor ikan sebesar 24inci tapi aku lepaskan semula sebab aku tak cadang nak bermalam lagi di situ.

Petang tu jugak aku balik ke rumah tempat aku bekerja tu.  Rakan setugas aku terkejut bila tengok aku dah balik sebab aku masih ada baki 1 hari lagi cuti.  Aku pun ceritalah apa yang berlaku pada aku malam sebelumnya.  Rakan setugas aku ni orang Navajo, dan kebetulan dia pun ada sekali semasa remaja lelaki tu dibawak polis. “Sebenarnya, aku syak yang budak lelaki tu pengamal ilmu hitam. Aku rasa kau dah kene sumpah dengan dia. Coyote tu mungkin makhluk belaan yang dia hantar nak takutkan kau”.  

Walaupun aku hormat kepercayaan orang Navajo, bukan bermakna aku percaya. Aku masih skeptik dengan dakwaan kawan aku tu. Hari tu jugak aku hubungi pejabat renjer yang menguruskan tapak perkhemahan itu untuk melaporkan kejadian serangan coyote itu.  Renjer itu sempat meluahkan rasa peliknya, selama bertahun-tahun dia bekerja di situ, inilah kali pertama dia dapat laporan serangan binatang liar di tempat aku bermalam itu….

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2021 09:50 PM | Show all posts
Kenapa Aku Dah Taknak Solo Backpacking Lagi

Peristiwa ini terjadi pada tahun sebelum berlakunya pandemik Covid-19 dan juga asbab kenapa aku dah tak buat backpacking secara solo lagi.

Aku merupakan seorang pelajar di Virginia, waktu itu aku sedang menjalani subjek pendek di musim panas dan kebetulan aku dapat cuti 3 hari di bulan Jun. Jadi aku merancang nak habiskan cuti 3 hari itu menjelajahi kawasan hutan di Virginia, atau lebih tepat lagi, aku nak mengembara ke Appalachian Trail.  Aku jumpa sebuah taman negara yang termasuk dalam laluan Appalachian Trail yang agak berdekatan dengan tempat aku belajar.  Tapi, walaupun aku lelaki, sebagai langkah keselamatan, aku turut maklumkan pada rakan sebilik dan keluarga aku akan rancangan aku nak masuk hutan tu seorang diri.  


Hari yang dinanti akhirnya telah tiba, aku pun sampailah ke taman negara aku dengan persediaan rapi untuk bermalam di hutan selama 3 hari 2 malam.  Di kawasan pintu masuk ke Appalachian Trail itu ada sebuah kedai runcit kecil menjual cenderamata dan barangan-barangan lain.  Kedai ini turut menjadi hentian untuk hikers-hikers lain yang datang dari laluan lain. Appalachian Trail ni memang panjang sampai merentasi beberapa buah negeri.  Sebelum memulakan perjalanan, aku beli selembar peta sebagai panduan aku nanti.  Tuan kedai tu cakap, di laluan yang aku nak pergi tu ada air terjun yang orang jarang singgah sebab kena keluar dari laluan sedia ada dan masuk ke hutan sikit.  Aku teruja nak pergi ke situ jadi tuan kedai tu pun lukislah arah nak ke terjun itu.

Sebelum aku memulakan langkah, aku maklumkan jugak pada rakan sebilik aku yang rancangan aku berubah, aku nak singgah pergi air terjun tu dulu. Kot-kotla kan terjadi apa-apa dalam perjalanan solo aku ni.

Appalachian Trail pada waktu itu agak penuh dengan pengunjung memandangkan waktu itu cuti sekolah musim panas.  Aku sempat bersembang dengan beberapa pengunjung lain dan mood kami pada ketika itu santai-santai sahaja.  Sehinggalah apabila aku kena masuk ke laluan lain untuk ke kawasan air terjun itu.  Waktu ketika itu dah masuk tengahari dan aku sudah berjalan kira-kira 3 batu dari laluan utama apabila keadaan dalam hutan itu jadi senyap sunyi, tidak kedengaran lagi hiruk-pikuk suara pengunjung-pengunjung lain. Jangan kata suara manusia, suara unggas serangga pun takde.  Seramlah pulak rasanya, aku rasa macam diperhatikan pun ada tapi aku abaikan perasaan itu.  Anak lelaki kenalah berani kan.

Akhirnya aku pun sampailah ke air terjun itu. Tapi aku dihurungi rasa tak sedap hati, mungkin sebab takde manusia lain kot kat situ. Aku rasa air terjun tu takdelah lawa mana pun, tapi di air terjun itu ada kolam yang agak besar, jadi aku pun ambil keputusan nak berenang di air terjun itu untuk menyegarkan badan.  

Sedar tak sedar, agak lama jugaklah aku berenang di kolam air terjun itu.  Aku menyarung baju sambil bersiul irama lagu yang aku suka.  Ketika itulah, aku terdengar ada sesuatu yang menyahut siulan aku. Aku beranggapan mungkin itu hanya burung, bila aku bersiul, ia pun ikut bersiul. Terhibur kejap aku dengan keletah burung itu.  Memandangkan aku dah lari dari jadual, jadi aku pun ambil keputusan nak bermalam je di tepi air terjun itu.  

Aku tak dapat lari dari perasaan seperti diperhatikan semasa aku sedang sibuk mendirikan khemah.  Bulu roma aku asyik merinding je tapi aku buat bodoh macam takde apa. Sebenarnya memang tak ada apa pun sebab aku tak nampak makhluk lain selain aku di situ.  Malam semakin menghampiri, jadi aku pun buatlah unggun api dan masak makan malam aku.  Semasa aku tengah makan tu baru aku terperasan yang selama ni tempat tu sunyi sesunyi sunyinya, kecuali bunyi burung yang bersiul ikut aku tadi.  Itupun burung tu senyap bila aku berhenti bersiul.  Naluri aku mengatakan yang aku patut pergi dari tempat itu, tapi logiknya takkan aku nak berjalan dalam hutan malam-malam ni.  Dah kenyang makan, aku pun masuk ke dalam khemah, zip pintu khemah dan cuba membaca dengan lampu suluh yang aku bawak.

Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya.  Dalam hati aku bersyukur tiada apa-apa insiden buruk berlaku malam itu. Tapi bila aku keluar je dari khemah…… Terkejut aku apabila melihat keadaan di luar khemah aku yang kucar-kacir. Bangku boleh lipat aku hilang entah ke mana, beg makanan yang aku gantung di pokok bersepah-sepah di tanah.  Pada mulanya aku ingatkan beruang gigit tali ikat beg makanan tu, tapi bila aku perhatikan, potongan pada tali itu licin seolah-olah ianya putus dengan sekali potong je.  Dan yang lagi pelik apabila aku lihat makanan-makanan yang bersepah itu langsung tidak disentuh.  Aku amati di tanah sekeliling khemah aku dipenuhi tapak kaki mirip manusia yang tidak berkasut.  Sahlah yang menyerang aku ni bukan beruang, tapi manusia.

Sedang aku mengemas barang-barang aku yang bersepah itu, aku terdengar bunyi ranting patah di suatu tempat di belakang aku.  Serentak itu aku terus berpaling ke arah itu, tapi aku tak nampak apa-apa pun. Sebaliknya, dari arah itu, aku terdengar siulan burung semalam yang melagukan irama yang aku siulkan semalam.  Cumanya, siulan kali ini tak semerdu semalam, tapi senget-senget dan garau bunyinya. Tegak bulu roma aku mendengar siulan itu.  Macam lipas kudung aku cepat-cepat lipat khemah.  Bunyi siulan itu berterusan, berhenti pun sekejap-sekejap je tapi bunyinya makin lama makin dekat.

Aku main sumbat je khemah aku ke dalam beg, sebab kali ni bunyi siulan tu muncul dari tempat lain pulak. Kejap bunyinya macam dari arah utara, pastu dari barat, dari segenap sudut la siulan itu tiba-tiba muncul.  Aku dah sedia nak lari dari situ, tapi siulan itu buat aku menyampahlah pulak.  Aku pun jeritlah seorang diri dalam hutan, “Diamlah setan!”.  Hutan sunyi sebentar. Puas hati aku. “Kau nak ape ha ?”.  Bunyi siulan itu berhenti, sebaliknya ia diganti dengan bunyi suara aku sendiri mengulang jeritan aku tadi. “Diamlah setan”, “Kau nak apa ha?”.  Walaupun suara itu suara aku, tapi ianya agak bergetar macam tv rosak.  Pucat lesi muka aku, aku pun teruslah bukak langkah seribu cabut dari situ.

Dari bunyi ranting-ranting dan daun kering dipijak-pijak di belakang aku semasa aku berlari tu, aku tahu yang ada sesuatu yang mengejar aku.  Tapi aku tak berani nak pandang belakang jadi aku tak tau samada ianya manusia atau binatang.  Yang aku tau, makhluk itu sekejap bersiul, sekejap menjerit, “Diamlah setan!” “Kau nak apa ha?”. Makhluk itu berselang-seli bersiul dan menjerit, adakalanya bunyinya macam dah nak dekat, kadang-kadang macam jauh.  Tapi suaranya memang mirip aku cuma lebih mengerikan dan berulang-ulang macam rakaman.  Takutnya aku jangan cakaplah, sampai aku tak boleh nak beza, yang menitik di muka aku ni air peluh ataupun air mata.  

Aku berlari dan terus berlari sehingga aku perasan yang suara makhluk itu makin sayup-sayup kedengaran dan akhirnya suaranya terberhenti terus.  Aku pun turut berhenti sekejap nak ambil nafas, dan masa itulah aku terdengar pulak bunyi jeritan paling mengerikan yang pernah aku dengar.  Tegak bulu roma aku, kali ni memang aku sambung berlari dan berlari sehinggalah dalam kira-kira setengah batu dari tempat tu, aku terserempak dengan sepasang lelaki dan perempuan yang sedang menghala ke aku.  

Pasangan itu terkejut bila tengok wajah aku yang jelas masih trauma.  Mereka bertanyakan aku apa yang terjadi. 2-3 minit la jugak baru aku dapat bertenang dan menjawab pertanyaan pasangan itu. Aku ceritakan apa yang terjadi, dari mula aku sampai ke air terjun tu sampai tadi.  Wajah pasangan itu jadi pusat lesi, rupa-rupanya pasangan tu pun bercadang nak pergi ke air terjun tu.  Dengar je cerita aku tu, kami bertiga pun cepat-cepatlah keluar dari tempat itu menuju ke laluan sediaada Appalachian Trail itu.  Sesampainya kami di laluan itu, kami pun berpisah, pasangan itu meneruskan perjalanan mereka manakala aku kembali ke pintu masuk taman negara itu.

Aku turut melaporkan kejadian tadi kepada pejabat renjer hutan, tapi sebaliknya aku dimarahi oleh renjer itu kerana sesuka hati keluar daripada laluan yang ditetapkan oleh pejabat hutan.  Tambahan pula, kawasan air terjun yang aku pergi tu sebenarnya dah berada di luar sempadan taman hutan itu dan pihak renjer pun tak boleh buat apa.  Kecewa aku dibuatnya.  Aku terus menuju ke kereta aku, berhadapan dengan tempat letak kereta ni adalah hutan.  Sedang aku menunggu enjin panas, aku terdengar bunyi siulan tadi.  Aku pun terus pecut keluar dari hutan itu.

Aku punyalah kelam kabut nak keluar dari situ aku lupa nak cakap kat teman sebilik aku yang aku tak jadi nak sambung percutian aku.  “Eh awalnya kau balik”.  Aku ceritakan pada dia apa yang telah terjadi.  Sejak itu, aku dah tak pernah dah lagi backpacking secara solo macam tu.  Sehingga kini aku masih trauma dengan peristiwa itu….


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt bestnya cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2021 11:42 AM | Show all posts

tq tq uols. sorry kalau I tak smpt reply satu-satu. I nak carik lagi citer2 menarik utk i upload kt sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2021 12:03 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 4-7-2021 12:05 PM

Sahabat Snapchat

Beberapa tahun yang lalu, masa tu aku masih seorang remaja berumur 17 tahun, waktu tu aku memang ketagih Snapchat.  Aku obses nak naikkan markah Snap atau snapscore aku jadi aku pun add jelah entah sapa-sapa dalam snapchat aku tu, sapa-sapa yang add aku pun aku terima je walaupun aku tak kenal diorang sapa.  




Nak dijadikan cerita, pada suatu hari aku terdesak nak pegi kedai pajak gadai sebab nak jual sesuatu. Jadi aku pun post la dalam story Snapchat aku kalau ada sapa-sapa yang boleh tumpangkan kan aku. Aku jangkakan adalah kot kawan-kawan aku yang akan balas story aku tu, tapi aku dapat kiriman teks melalui Snapchat dari seorang rakan perempuan yang aku tak kenal.  Ye memang dia rakan aku dalam Snapchat, tapi kami tak pernah bersembang atau bertukar-tukar gambar pun.  Perempuan itu bertanyakan aku nak pergi ke mana? Jadi aku pun jawablah aku nak pergi kedai pajak gadai JJJ.  Tapi aku tanya jugak, dia ni tinggal kat mana, adakah sama tempat dengan aku.  Yelah aku pun taknaklah menyusahkan dia pulak.  Dia pun cakap sebenarnya tempat dia duduk tu dalam 2 jam perjalanan nak ke tempat aku.

Dah die cakap macam tu, aku pun tolaklah dengan baik pelawaan dia.  Tapi dia pulak cakap, dia tak kisah pun kalau nak memandu sampai 2 jam ambil aku, asalkan aku boleh bayar duit minyak dia. Lagipun dia tengah bosan tak buat apa pun sekarang ni.  Aku sebenarnya segan nak susahkan dia, tapi dalam pada masa yang sama aku pelik kenapa dia ni beriya-iya nak tolong orang yang dia langsung tak kenal ni?  

Fikir punya fikir, aku pun setujulah tapi dengan syarat, aku mintak dia hantar gambar dulu sebab aku nak tengok macam mana rupa orangnye ni.  Sebagai langkah berjaga-jaga la jugak kan.  Dia pun hantar selfie dia, lepas tu dia mintak alamat rumah aku. Macam tak sabar-sabar la pulak nak jumpa aku.  Tapi aku masih lagi dihurungi rasa tak sedap hati, dan aku pun tak selesa nak kasi alamat rumah aku pada orang asing. Jadi aku pun kasilah dia alamat sebuah stesen minyak yang dalam 15 minit berjalan kaki dari rumah aku.  Ok dia pun setuju dan dia mintak aku tunggu kat sana dalam jam sekian sekian.

Dalam 5 minit tu, aku berfikir semasak-masaknya. Betul ke tindakan aku ni? Aku dahlah tak kenal dia, nak ajak kawan lain tapi diorang sibuk dengan urusan masing-masing.  Aku pun baru kenal dia, nanti dalam kereta nak sembang apa je dengan dia? Akhirnya aku ambil keputusan, aku nak batalkan je temujanji aku dengan perempuan tu. Jadi aku pun mesej la dia balik, aku tipu aku cakap ada kawan lain nak amek aku pergi ke kedai pajak gadai tu nanti. Maaf pulak terpaksa susahkan dia. Takpe lepas ni kita chat lagi ye.  Tapi aku tipu, sebenarnya itulah kali terakhir aku berkomunikasi dengan dia.  Entahlah aku rasa kelakuan perempuan tu agak pelik walaupun dia nampak macam baik sangat sebab sanggup datang dari jauh nak bawak aku.

Lama kelamaan, aku pun lupa dah pasal perempuan tu, sehinggalah setahun kemudian, aku dah masuk 18 tahun dan aku sedang bekerja sambilan di sebuah kedai runcit.  Aku tengah makan tengahari sambil belek-belek Facebook apabila ada kawan aku tag aku pada satu berita ni.  Aku pun pelik jugak kenapa tag aku, tapi rupa-rupanya berita itu adalah mengenai perempuan yang mesej aku di Snapchat tahun lepas.  Terpampang wajah perempuan itu di muka berita, perempuan itu ditahan atas percubaan untuk membunuh.  Selera makan aku hilang begitu sahaja.  

Walaupun hanya sekali tu je aku berkomunikasi dengan perempuan itu, aku selalu terfikir, kalaulah aku ikut perempuan tu tahun lepas mungkin akulah mangsanya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:11 PM | Show all posts
Yeayyy ada post baru. Keep it up TT, seronok dalam takut2 gitu baca thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 3-7-2021 09:50 PM
Kenapa Aku Dah Taknak Solo Backpacking Lagi
Peristiwa ini terjadi pada tahun sebelum berlakunya pan ...

Takoooootnye la kalo iols yg kena. Mau lari x cukup tanah dah la sorang2 dlm hutan tu. Kedai runcit tu xkan xde dengar apa2 aduan drp backpackers or renjer hutan ke? Atau memang sengaja hantar backpackers menempah maut
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 12:31 PM | Show all posts
tq tt updating citer.... tambah2 lagik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2021 04:41 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 8-7-2021 04:51 PM

Siapa Itu?
Kejadian yang menimpa diriku ini terjadi 11 tahun yang lalu, ketika itu aku masih lagi bersekolah menengah. Ianya berlaku pada pertengahan Disember di rumahku di Iowa.  Iowa ni kalau musim sejuk memang sejuk betul, terutamanya di waktu malam. Kalau korang terperangkap kat luar memang korang boleh mati kesejukan.  Dan Iowa memang sebuah negeri yang sunyi semasa musim sejuk, terutamanya semasa salji turun, masa ni bila korang dalam rumah memang korang tak dapat dengar apa pun kat luar sana.  Bunyi jarum jatuh atas lantai pun korang boleh dengar.

Bila dah macam tu, memang musim sejuk di Iowa agak membosankan sebab tak banyak aktiviti yang korang boleh buat. Jadi pada suatu malam tu aku ajaklah kawan aku, Colton untuk lepak di rumah aku main permainan video.  Aku ni anak tunggal dan ibuku pun ibu tunggal, aku sengaja ajak Colton temankan aku sebab mak aku cakap lepas balik kerja tu dia nak minum-minum dengan kawan sepejabat dia.  Selalunya ibu aku memang lambat baliklah.  Dan tujuan lain aku ajak Colton tu sebab kami berdua ni nak curi-curi minum wain yang ibu aku simpan di rumah aku. Hehehehe



Aku dan Colton baru terhegeh-hegeh nak bukak penutup botol wain tu di tingkat bawah rumahku yang juga tempat simpanan wain apabila kami terdengar bunyi pintu garaj rumahku ditingkat atas dibuka, dan dihempas kuat.  Terkejutlah kami berdua, alamak ibu aku dah baliklah.  Kami kelam kabut nak sorok botol wain tu, Colton dah marah aku, 'ko cakap ibu kau balik lambat malam ni'.  Selalunya macam tulah tapi tak taulah kenapa ibu aku buang tebiat pulak malam ni. Aku terdengar bunyi tapak, dan suara ibuku memanggilku, "Jay, kamu ada kat rumah ke?".  Dari atas aku pun jawablah, "Ye ibu saya ada kat tingkat bawah ni!".  Kemudian aku terdengar lagi bunyi derapan kaki ibuku menuju ke kaki tangga menuju ke tingkat bawah.  "Jay naik atas jap. Tolong ibu ni".  Lagilah aku kelam kabut nak letak mana la botol wain ni, dahle besar. "Ok ibu kejap ye!"

Suasana menjadi sunyi sepi untuk kira-kira 20 saat.  Ibu dulu yang memecahkan kesepian itu, "Jay, kamu dengan siapa tu?".  Tapi tona suara ibu agak serius, tak mesra macam biasa.  Masa ni aku dah rasa pelik, sebab keluarga kami ni jenis tak kisah kalau ada orang lain di rumah ni. Rumah kami ni memang terbuka untuk semua orang terutamanya utk jiran-jiran dan kawan-kawan datang melepak. Ibu memang tak pernah tanya aku kat rumah dengan siapa, sebab ibu kenal semua kawan-kawan aku.  Sebab tu aku rasa macam pelik sikit bila ibu tanya macam tu, tapi masa tu aku pun tak boleh nak gambarkan situasi tu macam mana. Suara macam ibu, tapi macam bukan ibu.  "Takde sape pun. Colton je".  Masa tu jugaklah aku berjaya sorok balik wain tu dan aku pun naiklah tangga nak sambut ibu.

Semasa kakiku memijak anak-anak tangga itu, aku dah rasa tak sedap hati, sebab suasana jadi sunyi sepi. Macam ada sesuatu yang tak kena. Bila aku dah sampai atas, aku pandang ke kiri, di mana letaknya pintu garaj, dan betul-betul di sebelah pintu garaj tu adalah dapur rumah aku.  Dapur rumah aku gelap gelita sebab belum pasang lampu.  Tapi gelapnya memang pekat betul, walaupun bulan tengah mengambang di luar sana tapi cahayanya macam tak sampai melalui tingkap.  Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur, sambil memanggil ibuku. "Ibu, ibu kat mana?". Tapi tidak berjawab. Aku berdiri seorang diri di dapur gelap itu sambil berdiri menghadap pintu. Ibu seolah-olah hilang begitu sahaja sedangkan masa kat bawah tadi jelas aku dan Colton mendengar suara ibu.

Bulu romaku merinding bila aku cuba buka pintu garaj, tapi berkunci.  Aku dah betul-betul rasa seram, aku pun berpusing dan berlari ke tempat simpanan wain tu untuk dapatkan Colton.  "Eh kenapa dengan kau ni?" Colton mula risau bila tengok aku macam tu.  "Ibu aku takde kat rumah".  Aku nampak muka Colton kebingungan.  "Apa maksud kau eh bukan ke tadi kite sama-sama dengar ibu kau masuk rumah tadi?".  Aku terus tarik tangan Colton. "Kan aku dah cakap dah takde orang lain dalam rumah ni selain kita. Dah jom kita keluar dari rumah ni".

Aku terpaksa menuju ke ruang tamu untuk mengambil kot dan kunci trakku, apabila aku ternampak anjing aku menggeletar di atas sofa, dan kucingku pula menyorok di balik anjingku sambil menggeram macam nak mula gaduh.  Aku rasa kesianla pulak dengan binatang peliharaan aku ni, tapi aku tak boleh nak bawak diorang. Tapi pada masa yang sama, aku rasa sesuatu yang buruk akan berlaku kalau aku tinggalkan diorang berdua di rumah ni. "Eh betulke kita nak keluar dari rumah ni?", Colton masih keliru dengan tindakan aku.  Tapi aku ambil keputusan sebaliknya, "Aku rasa tak kenalah wei. Takpe aku telefon mak aku dulu.  Dengan menggunakan telefon bimbitku aku terus mendail nombor ibu. "Jay, kenapa ni? Ibu baru nak keluar dari cafe ni.  Ibu rasa tak sihatlah, ibu nak balik dah ni".  Pucatnya muka aku masa tu jangan cakaplah.  Habis tu suara siapa pulak yang aku dengar tadi?

Aku dukung anjingku manakala Colton membawa kucingku dan kami kembali turun ke tempat simpanan wain tadi dan kali ni kami kunci pintu bilik tu rapat-rapat.  Kami berdua dah takde mood nak bersembang, termasuklah anjing dan kucingku, tiba-tiba je masing-masing hanya memeluk kami.  Aku dan Colton hanya berdiam diri dalam bilik tu sementara menunggu ibu balik, tapi sepanjang masa tu kami dapat merasakan memang ada sesuatu di atas kami ni.  Ia tak berjalan atau duduk, tapi kami boleh rasa pergerakan ia seolah-olah ianya sedang berlegar-legar di tingkat atas tu.  Aku dapat rasakan yang ia sedang menjelajah segenap inci tingkat atas rumah aku tu.
Akhirnya ibu aku pun sampailah ke rumah, masa ni aku dapat rasakan yang entiti tu zuupppp!! Terus ghaib dan hilang macam tu je bila ibu masuk rumah.  Masa tulah aku dan Colton berani keluar dari bilik simpanan tu, ibu pun pelik tengok kami ni dah apahal kat bawah tu siap bawak anjing dan kucing? Aku pun berterus-teranglah pada ibu pasal kejadian tadi.

Sekarang ibupun dah meninggal dunia, aku pun dah berpindah ke Arizona, tapi kadang-kala bila aku balik kampung ke Iowa ni, aku adalah jugak jumpa Colton.  Colton kata sampai sekarang dia masih rasa seram sejuk bila terkenangkan peristiwa.  Komen Colton, tak pastilah makhluk apa yang boleh tiru suara mak aku tu, tapi Colton dapat rasakan yang makhluk tu kejam dan tengah nak cari mangsa...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2021 01:50 PM | Show all posts
Penjaga Bangunan

Terlebih dahulu, aku nak mengaku yang cerita ni bukanlah cerita aku, tapi kisah seorang kawan baik aku yang pernah bekerja sebagai penjaga bangunan sebuah sekolah rendah yang dibina pada tahun 1940-an.  Kawan aku bekerja di shift ketiga, iaitu shift malam yang bermula dari 9 malam hingga 6 pagi esoknya.  Tugas kawan aku ni senang je, kena mengemop lantai dan memastikan tiada orang yang pecah masuk bangunan sekolah tu.  Memandangkan bangunan ni pun cuma sekolah rendah yang kecil je, jadi lepas mop lantai tu kawan aku ni terus lepak di pejabat sambil tengok TV.


Kawan aku ni cerita, memang dia diganggu tapi pada mulanya gangguan tu kecil je.  Lampu dalam bilik darjah terpasang sendiri padahal dia dah pastikan semua lampu dah ditutup, pintu bilik darjah dan pintu kabinet terbuka dan tertutup sendiri.  Gangguan macam tu jelah, dan kawan aku waktu ni masih lagi seorang yang skeptikal, jadi dia beranggapan itu semua kecuaian dia je.  Adakalanya kawan aku ni dengar jugak bunyi suis dipetik dan keriut engsel pintu di tengah-tengah kesunyian awal pagi, tapi bila kawan aku pegi tengok kot-kotla ada orang lain dalam bangunan tu, tapi tak jumpa pun orangnya.

Kawan aku ada jugak mengadu pada majikannya, tapi dia diberi amaran pulak, kalau nak kerja tu kerja je.  Takkan benda macam tu pun nak cakap kat bos?  Lama-kelamaan, bila dah masuk sebulan, kawan aku ni dah lali dah dengan bunyi tu jadi kawan aku ni pun buat bodoh jelah.  

Tanpa disedari dah masuk 2-3 bulan la jugak kawan aku bekerja di shift lewat malam tu.  Kawan aku mula menyedari gangguan kecil tu menjadi semakin dahsyat.  Sebelum ni, lembut je daun pintu tu tertolak sendiri, tapi sekarang pintu itu dihempas dengan sangat kuat.  Tak pernah-pernah dia dengar suara manusia lain, tapi kini saban malam dia terdengar suara budak kecil ketawa mengekek, kadang-kadang jeritan budak kecil.  Tong sampah habis diterbalikkan di koridor sekolah.  Paling menjengkelkan, bila dia dibaling dengan sesuatu dari belakang, tapi bila dia toleh cuma dia seorang je kat situ dan dia tak jumpa pun siapa yang baling sampah tu kat dia.  

Kawan aku ni berkira-kira jugak nak berhenti kerja, tapi mengenangkan yang dia ni baru je habis belajar dan ada isu keluarga sedikit, jadi dia pun cubalah jugak nak bertahan bekerja di situ.  Tambahan pula, gaji sebagai penjaga bangunan shift malam ni agak kencanglah jugak berbanding kerja-kerja lain.  Jadi, setiap kali dia masuk kerja, dia akan cepat-cepat selesaikan kerja mengemop lantai tu, pukul 10 dia dah masuk pejabat siap kunci pintu bilik tu dan dia pun tunggu jelah dalam situ sampai staf shift pagi sampai.  Kawan aku taknak mengaku yang dia sebenarnya takut nak duduk dalam bangunan tu seorang diri sebab dah banyak kali dia diganggu, tapi kawan aku ni cuba berfikiran positif, kalau dia duduk dalam dalam pejabat tu dia yakin dia takkan diganggu.

Tapi, akhirnya berlaku jugak satu gangguan di waktu malam ni sampai buat kawan aku ni tekad nak berhenti kerja terus.  Kawan aku, macam biasa, duduk dalam pejabat dia sambil menonton TV, apabila tiba-tiba dia terjatuh ke lantai.  Kerusi dia ditarik di belakang,  tapi bila kawan aku periksa bilik tu memang tiada orang lain dah, pintu pun dah dikunci.  Habis tu sapa pulak yang tarik kerusi dia tu? Tanpa membazirkan masa kawan aku terus telefon bos dia cakap nak berhenti waktu tu jugak, esok pagi dia datang balik nak pulangkan kunci sekolah.  Malam tu jugak kawan aku memandu balik ke rumah meninggalkan sekolah berpuaka tu.

Kawan aku terus berubah, dari seorang yang skeptikal kepada seorang yang percaya kepada benda-benda ghaib ni.  Setelah bertahun-tahun meninggalkan sekolah itu, rupa-rupanya baru kawan aku dapat tahu yang sekolah tu ada sejarah hitam.  Di sekolah tu suatu ketika dulu ada kolam renang, tapi ramai kanak-kanak mati lemas di kolam renang tu. Akhirnya untuk tutup cerita dan jaga reputasi sekolah, pihak sekolah telah mengubahsuai kolam renang itu menjadi bangunan sekolah yang akhirnya menjadi tempat kerja kawanku itu……

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2021 12:31 PM | Show all posts
2 Malam Di Dalam Hutan : Insiden Pertama

Kisah ini terjadi pada diriku kira-kira 2 tahun lalu di kawasan Taman Negara Grand Teton di Wyoming. Pada ketika itu, aku bersama teman lelakiku (sekarang dah jadi encik suami), aku namakan die H.  H memang seorang yang aktif dengan kegiatan lasak ni memandangkan dia pun seorang tentera, manakala aku pulak pelajar kolej dalam bidang ekologi tapi aku pun tak pernah bermalam dalam hutan jadi H pun ajaklah aku masuk Grand Teton ni.

Pada yang tak biasa dengan nama ni, Grand Teton ni sangat terkenal sebagai sebuah taman negara yang menjadi habitat binatang liar, kat sini paling banyak beruang jenis grizzly sehinggakan ianya lebih dikenali sebagai 'grizzly country'.  Ini kali pertama aku nak masuk hutan, tapi bila tengok papan tanda amaran pasal beruang merata-rata kat tempat ni lagilah aku rasa berdebar-debar pulak nak masuk hutan ni.



Tapi H memang dah buat persiapan rapi nak masuk ke sini. Dah macam Indiana Jones pulak aku tengok H ni, dengan pisau di kiri kanan begnye, sebilah parang digantung di tali pinggang dan spray penghalau beruang pulak kat pinggang. Korang boleh bayangkan sendiri la ye.  Awal perjalanan kami, kami perlu merentasi menaiki cerun sehingga 25 batu jaraknya.  Satu petua kalau ada kt tempat banyak beruang ni, kene banyak buat bunyi untuk menakutkan binatang-binatang berhampiran yang mungkin tengah menyorok di celah-celah semak.  Tapi kalau korang boleh bayangkan la, korang mendaki bukit bawak beg muatan sehingga 40lb memang sangat memenatkan sampai aku pun tak larat nak bersembang dengan H.  Diam tak diam, kami dah berjalan hampir sejam dan kami dah menghampiri puncak bukit.  Masa ni aku perasan yang hutan di sekeliling aku dah jadi senyap sunyi, yang kedengaran hanya bunyi air mengalir di sebuah anak sungai di kiri kami.  H cakap, kalau keadaan hutan senyap tu maksudnye ada haiwan pemangsa berdekatan.

Masa ni, aku berjalan di hadapan H, dan aku dah nampak dah puncak bukit tu.  20 minit kami berjalan tanpa bercakap sepatah pun, dan akhirnya aku pun berjaya menjejakkan kaki di puncak tu.  Memang aku rasa gembira tapi sekejap je, sebab tak sampai 10kaki di hadapan aku adalah seekor beruang grizzly.

H memang tak perasan sebab H di belakang aku. Aku pulak panik dan membeku, jadi benda pertama aku buat adalah aku gawang-gawangkan tangan aku cuba nak beri amaran pada H.  Aku terlalu takut sampai mulut aku terkunci.  Beruang itu sedang dalam posisi merangkak 4 kakinya di tanah, dan matanya tak lepas dari merenung kami.  H akhirnya menolak aku ke belakang dia dan menjerit sekuat hatinya, cuba untuk mengacah-acah beruang itu tapi beruang itu tidak takut pun pada kami.  Malahan ianya perlahan-lahan berjalan ke arah kami. Waktu ni aku memang rasa nak pengsan sebab jantungku berdegup terlalu kencang melihat beruang itu.

Beruang itu kini dah berada 5 kaki di hadapan kami, apabila kami terdengar bunyi 'CRACK' datang dari hutan di sebelah kanan kami.  Beruang itu bila dengar bunyi itu, terus dia berlari ke anak sungai di kiri kami tadi.  Kami terdengar bunyi 'CRACK' kali kedua, tapi kali ni memang sangat kuat seolah-olah ia sedang menghampiri kami.  H cuba menenangkan aku, dia kata itu cuma bunyi dahan jatuh je, tapi aku tau dia cuma menipu je.  Tapi bila tengok beruang tu dah lari, kami pun cepat-cepatlah jugak bergerak ke hadapan nak elak beruang dan bunyi pelik tadi...

Aku dapat rasakan bulu roma di leherku menegak, masa ni H berada di hadapan aku, apabila tiba-tiba H berhenti.  Dia pandang aku, aku pun pandang dia.  Sampai sekarang aku pun tak pasti apa bendanya yang kami nampak masa tu, sebab bila kami berdua tengok balik ke belakang, di tempat kami terberhenti sekejap sebab terserempak dengan beruang tadi.  Apa yang kami nampak, binatang yang mirip macam beruang, tapi membelakangi kami dan berdiri atas 2 kaki.  Tapi bentuknya agar....luar biasa sikit.   Kami tengok sekilas je, sebab lepas tu kami lari dan lari macam tak cukup tanah.  Yang lagi menyeramkan, kami turut terdengar bunyi tapak kaki makhluk itu mengejar kami di belakang.  Kami pun berlari dan berhenti apabila bunyi tapak kaki tu hilang begitu sahaja.

Masa ni memang aku dah dilanda seribu penyesalan kenapalah aku setuju nak masuk hutan ni, sampai H pujuk aku. Dia cakap beruang ni sebenarnya takut manusia, dan dia silap sepatutnya dia yang jalan dulu tadi. Tapi itu tidak dapat nak hilangkan keraguan aku, yang kejar kami tadi betul ke beruang ? Atau makhluk lain? Mungkinkah ada manusia lain yang cuba nak takutkan kami?   Tapi nak tak nak kami memang terpaksa jugak habiskan ekspedisi ini.

Tak sampai sejam kemudian, akhirnya kami jumpa tempat untuk kami duduk berehat dan makan sikit.  Baru seminit kami berehat, muncullah pulak anak beruang dari semak di hadapan kami.  Tapi ia pun terkejut jugak bila terserempak dengan kami.  H pun halaulah anak beruang tu, dia menjerit sambil mengacukan spray penghalau beruang dan anak beruang tu pun mencicit lari.

Aku dah lega sikit dan mula yakin dengan H, tapi peristiwa seram itu tidak berakhir hari tu je...

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2021 05:33 PM | Show all posts
2 Malam Di Dalam Hutan : Bahagian Terakhir

Malam pertama berakhir dengan tenang.  Tiada gangguan berlaku pada malam itu, tapi mungkin jugak kami berdua terlalu kepenatan sampai tidur mati. Hehehe.

Oh lupe aku nak terangkan di sini, sebelum kami masuk ke dalam hutan ni, kami perlu melaporkan kepada renjer hutan laluan mana yang cadang nak ikut.  Dengan maklumat yang kami beri ni, adakalanya pejabat renjer akan menghantar kakitangan mereka menaiki kuda untuk memastikan yang kami okay dalam pengembaraan kami.  Semasa kami memilih laluan-laluan yang ada dalam taman negara ni, kami dapati kebanyakan laluan ditutup untuk sementara waktu. Yang tinggal cuma laluan yang agak sukar sikit daripada biasa.  Dan sememangnya dalam 3 hari 2 malam kami merentas hutan ni memang kami tak jumpa hikers lain pun.

Walaubagaimanapun, kami tahu yang pihak pejabat renjer ada jugak cari kami sebab kami jumpa kesan tapak kaki kuda di laluan kami pada hari kedua.  Aku ada masalah kaki sikit, jadi perjalanan aku dan H kerap kali terhenti sebab nak betulkan kasut aku bagi mengurangkan kesakitan pada kaki aku.  Jadi aku rasa mungkin masalah aku yang menyebabkan jadual kami lagi lambat dari biasa sampai kami tak sempat nak terserempak dengan renjer hutan tu.  Akibatnya, pada hari kedua tu, tinggal lagi satu ke 2 jam untuk matahari berada di langit, tapi kami masih di dalam hutan. Hutan ni kalau dah senja akan lagi cepat jadi gelap.

Aku dah pewai.  Sekarang keadaan dalam hutan tu dah gelap, dan cuma lampu suluh H sahaja yang berfungsi.  Lampu aku tiba-tiba tak boleh nak pasang.  Tapi kami masih tak jumpa tempat yang sesuai nak dirikan khemah dan masak makan malam.  Cuaca pada ketika itu sangat sejuk sampai ke tulang hitam.  Hembusan angin sejuk itu apabila ia menyelinap di celah-celah pepohon yang tebal itu mencipta satu irama persis bunyi lolongan.

Akhirnya, dekat 1 jam la jugak kami berjalan kaki dalam gelap tu, kami jumpa satu kawasan lapang.  Kawasan tu kira-kira 10 meter je dari laluan kami dan keluasannya aku agak dalam 200 m diameter.  Tempat ni bagi aku pelik, bukan aku je rasa macam tu, tapi H pun sama. Tapi H cuma berani mengaku pada aku selepas kami keluar dari hutan itu.  Malam itu bulan tidak memunculkan dirinya, jadi kami hanya berpandukan cahaya dari lampu sorot kepala H, api dapur kami dan lampu suluh yang aku dah sediakan dalam beg aku.  Bila aku suluh sekeliling kami, baru aku perasan yang kawasan lapang ni dipagari pokok-pokok yang dah mati.  Aku dah rasa seram, H pun perasan, jadi H pun pasanglah lagu dari radio kecil dia.  Tapi ianya tidak banyak membantu, jadi lagi seram adelah sebab lagu dari radio H tu jadi macam bergema pulak bila pasang kat sini.  H tetap pasang jugak sebab H kata bunyi dari radio ni boleh ganggu binatang liar lain dari mengganggu kami macam peristiwa semalam.

Walaupun begitu, aku dapat rasakan yang suasana memang sunyi sepi, tiada bunyi serangga malam, tiada bunyi angin berdesir.  Kecuali lagu dari radio H je.  H pun aku nampak agak gelisah, dan kami bersetuju tutup radio dan terus khemah untuk tidur awal je malam tu. Lagipun, cuaca sejuk sangat malam tu.  Kami pun masuk ke dalam khemah (kami kongsi khemah), sarung beg tidur dan tutup mata...  Apabila kami terdengar bunyi kayu dipijak dan bumi dipijak dari sebalik pokok-pokok mati itu.  Dalam fikiran aku, ada pokok jatuh ke? Ada pokok terbakar ke sebab musim panas ni memang banyak kejadian kebakaran hutan.  Tambahan pula musim ni hujan jarang sangat turun.

"THUD".

Aku dan H sama-sama terkaku.  Bunyi itu dah memasuki kawasan lapang kami.  Sah bukan pokok tumbang.

"THUD".

Kali ini bunyi itu betul-betul dah berada di sebelah khemah kami.  Aku dan H dah tak mampu bernafas.  H raba-raba tangan aku dan terus tarik aku dalam pelukan dia.  Kami sama-sama berpelukan erat dalam khemah tu sebab kami berdua dah takut sangat.  Paling mengerikan, apabila kami nampak dan dengar ada sesuatu di luar sana menyentuh khemah kami dan menyeretnya dari hujung sana ke hujung sini sampai kami boleh nampak macam seolah-olah ada jari cuba menembusi khemah itu.

"Apa benda tu", aku berbisik dengan suarat menggeletar.

"Abang pun tak tahu. Takkan orang kot, cuma kita berdua je ada kat tempat ni".

Aku cuba menahan diri untuk tidak menangis, aku taknak benda tu dengar esakan aku. Kami berdua pasang telinga, kami boleh dengar bunyi tapak kaki, tapi aku tak pasti itu manusia atau beruang.  Bunyi tapak kaki itu berjalan mengelilingi khemah kami, sehinggalah ia tiba-tiba berhenti di satu sudut dan jari yang mengheret mengelilingi khemah kain kami semakin ditekan ke dalam.  Aku rasa, benda di luar sana tu tau dalam khemah ni ada orang, jadi aku pun suluhlah pada tempat itu. Apa yang aku nampak buat memang aku tak dapat lupakan sampai bila-bila.

Pada khemah kain kami, ada seseorang menekap mukanya pada khemah kami.  Aku boleh nampak bentuk hidung, dan mulutnya sedang ternganga.  Benda itu bernafas sebab aku nampak kain khemah kami bergerak-gerak seiring dengan tarikan dan hembusan nafas benda itu.



H mencarut, "Ah celaka", dan dia terus mencapai pistol Glock yang memang dia sengaja bawak tidur malam tu.  H membuka picu keselamatan, dan bunyi pistol itu sudah cukup membuatkan benda itu ketakutan dan terus berlari keluar dari tanah lapang itu.  Kami boleh dengar derap kakinya yang berlari laju.

Kami langsung tak keluar dari khemah sampailah esok paginya, bila matahari dah memancarkan cahaya.  Keluar je dari khemah tu, benda pertama yang aku bau adalah bau kencing.  Siapapun malam tadi, ia telah kencing di atas bara unggun api kami.  Kami nampak tapak kaki manusia tidak berkasut mengelilingi khemah kami, dan bahagian luar khemah kami habis kotor dengan lumpur.  Kami tertanya-tanya jugak, apa benda malam tadi tu? Dah memang bukan beruang, tapi kalau manusia, mana pulak datangnya manusia tu sedangkan kami sekarang berada di tengah-tengah hutan?  Ada kaitan ke dengan makhluk yang kami nampak semalam?

Nasib baiklah hari itu adalah hari terakhir ekspedisi kami.  Semua pertanyaan itu kami tinggalkan di dalam hutan Grand Teton menjadi kenangan pahit untuk kami berdua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 8-7-2021 04:41 PM
Siapa Itu?
Kejadian yang menimpa diriku ini terjadi 11 tahun yang lalu, ketika itu aku masih lagi b ...

Seram2 mahluk omputeh ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 3-7-2021 09:50 PM
Kenapa Aku Dah Taknak Solo Backpacking Lagi
Peristiwa ini terjadi pada tahun sebelum berlakunya pan ...

Seramm..pernah jugak solo backpacking tp tiap kali travel mmg elak pergi tempat mcm ni. Kawasan hutan mmg takkan ku jejak lah..kecuali pergi ramai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2021 06:28 PM | Show all posts
Pengalaman Bermalam di Pergunungan Smoky

Sempena sambutan harijadi isteriku, aku bawak isteri aku melancong ke Gatlinburg, iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di Pergunungan Smoky, Tennessee yang sangat terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan.  Untuk malam pertama kami di Gatlinburg, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Tapak Perkhemahan Elkmont.  Kawasan perkhemahan kami itu memang sangat cantik; ianya dikelilingi pokok jenis kayu merah yang sedang membesar, dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya sampai kami boleh nampak batu-batu di dasarnya mengalir di tengah-tengah tapak perkhemahan itu.  Ketika kami di situ, kami lihat kawasan itu sudah dipenuhi ramai keluarga yang membawa anak masing-masing.  Walaupun kawasan itu letaknya beberapa batu ke tengah hutan, tapi kawasan tu takdelah suram sangat kerana kehadiran budak-budak yang bermain-main di sekitar kawasan itu sangat membantu dalam menceriakan suasana.


Aku cuma mampu meminjam peralatan perkhemahan dari sahabatku. Semasa aku dan isteri memasang khemah barulah kami terperasan yang khemah kami ni kekurangan beberapa batang pancang. Jadi nak tak nak kami terpaksalah kembali ke bandar untuk membeli pancang khemah.  Sambil-sambil tu kami turut membeli wiski, hotdog dan barang keperluan lain.  Tanpa disedari, hari sudah senja apabila kami kembali ke tapak khemah kami.  Pengunjung-pengunjung lain sudah selesai makan malam dan mengemas peralatan mereka sebelum hutan itu menjadi gelap manakala khemah kami pulak masih belum siap dipasang lagi.  Kami pun teruslah sambung tegakkan khemah kami tadi dan selepas itu kami hidupkan api unggun untuk masak makan malam pula.


Malam semakin lewat, aku rasa waktu tu dalam 2-3 jam jugaklah nak masuk tengah malam, tapi aku dan isteriku masih lagi lepak-lepak di tepi unggun api.  Kami takdelah rasa seram sangat sebab khemah lain pun cuma 30 ela je dari khemah kami, tapi kawasan ni sebenarnya banyak beruang.  Sebab itulah aku sengaja pilih tapak khemah yang betul-betul berada di tengah-tengah kawasan perkhemahan tu.  Ketika ini, semua orang di situ dah masuk tidur kecuali kami je, keadaan dalam hutan memang gelap dan sunyi kecuali bunyi kayu api dibakar dan air sungai yang mengalir.  Bulan sabit di langit bersembunyi di sebalik awan, jadi aku pun pasanglah lampu suluh sekali.  Sekali-sekala aku akan menyuluh ke sana ke sini untuk pastikan tiada beruang atau manusia mengendap kami.

Secara tiba-tiba, di sebuah tapak khemah di belakang isteriku dan sebelah kiri aku, ada seseorang menghalakan lampu suluhnya tepat pada kami.  Sekejap jelah, kemudian orang itu menyuluh pulak sana-sini seolah-olah sedang mencari sesuatu.  Bila aku perhatikan betul-betul, aku nampak macam ada seorang lelaki memakai lampu sorot kepala sedang duduk di meja pikniknya.  Tapi gerak-geri lelaki tu nampak macam tak berapa normal bagi aku, macam Jar Jar Binks je, tergoyang sana tergoyang sini.  Dari pandangan sisi aku, nampak macam lelaki itu sedang menundukkan kepalanya sebab cahaya lampu sorotnya terkena di atas meja, tapi bila aku terpandang dia je, automatik jugak cahaya lampu tu dihalakan pada kami.  Macam sengaja je menyuluh kami.  

Dengan cahaya yang terhad malam tu, aku nampak macam lelaki tu pakai baju serba hitam.  Aku tertanya jugak siapa tu ye sebab aku langsung tak perasan kehadiran lelaki di tapak khemah belakang kami tu.  Tiba-tiba tengah malam pulak dia keluar sambil suluh-suluh orang.  Aku asyik memerhatikan orang itu sampai aku boleh perasan yang pergerakan dia berulang-ulang.  Lelaki itu akan menundukkan kepalanya ke meja piknik, aku lihat tangannya menyapu meja itu dalam bentuk pusingan, kemudian dia akan bergerak 5 langkah ke belakang ke khemahnya.  Lepas tu dia suluh khemah dia pulak, kemudian dia jalan balik ke meja piknik dia sambil menyuluh pada kami dan akhirnya dia suluh merata-rata tempat pulak. Itulah yang dia asyik ulang-ulang sampai hampir sejam lamanya.  Aku syak dia ni penagih dadah yang tengah khayal ni.

Ada satu waktu tu lama jugak dia suluh kat kami sampai silau mata aku jadinya. Jadi aku pun balaslah balik, aku suluh la pulak kat lelaki tu.  Masa nilah perasaan aku dari terganggu jadi betul-betul diganggu.  Bila lampu suluh aku terkena je pada lelaki itu, lelaki itu terus lenyap begitu sahaja!  Lampu sorot kepalanya tiba-tiba jatuh ke tanah, cahayanya melantung-lantun sebelum ianya melompat tinggi dan terbang mengelilingi kawasan perkhemahan kami.  Cahaya itu bergerak seolah-olah macam orang bawak lampu suluh sambil berlari. Cahaya itu akhirnya melompat ke dalam semak betul-betul bertentangan dengan khemah kami.

Semasa cahaya itu terbang, memang sepanjang masa itu jugaklah aku suluh ia dengan lampu suluhku.  Memang cahaya itu terbang sendiri, aku tak nampak pun kelibat orang yang membawanya.  Hanya bila aku menurunkan lampu suluhku, bayangan lelaki serba hitam tadi muncul semula dan perlahan-lahan ia keluar dari celah semak itu dan berjalan ke khemahnya.  Kemudian ia mengulangi semula perbuatannya dan masa nilah baru aku terperasan yang sepanjang ia muncul, ia langsung tak keluarkan apa-apa bunyi termasuklah bunyi tapak kaki pun.

Aku pun ajaklah isteri aku masuk khemah untuk tidur.  Masa aku tutup zip khemah aku sempat mengintai ke khemah lembaga itu dan aku perasan ianya masih mengulangi perbuatan yang sama dia buat sampai sejam tu.

Esok paginya, benda pertama yang aku periksa bila bangun tidur je adalah tengok khemah itu, tapi takde pun khemah kat tapak tu. Tapak khemah itu kosong dan bersih seolah-olah tak pernah dijejak manusia. Aku dah mula yakin apa yang aku nampak malam tadi bukan manusia.  Aku dapat tahu juga pada hari itu, hanya sebatu dari kawasan perkhemahan itu ada bandar tinggal, iaitu bandar lama Elkmont.  Bandar tinggal itu sudah lama tiada orang tapi bangunannya masih ada, termasuklah sebuah perkuburan lama.  Mungkinkah apa yang aku nampak itu berasal dari bandar tinggal itu?  




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 10:49 AM | Show all posts
tq tt......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.429124 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list