|
Koleksi Petikan Kata Hikmat/Ahli2 Falsafah (merged with simplelife)
[Copy link]
|
|
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya akan memasuki Neraka. Maka aku berkata iaitu perawi Hadis: Aku dan orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, akan memasuki Syurga |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Abu Zar r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Jibril a.s telah datang berjumpa aku lalu memberitahu berita gembira, iaitu sesiapa yang mati di kalangan umatku dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Aku bertanya: Walaupun dia berzina dan mencuri? Rasulullah bersabda: Walaupun dia berzina dan mencuri |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Nabi bersabda: Sesiapa yang menghunuskan pedang kepada kami, maka dia tidak termasuk dalam golongan kami |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Jundab r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Terdapat seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu dijangkiti bisul. Ketika bisul itu membuatnya sakit, dia mencabut panah dari bekasnya lalu membedah bisul tersebut menyebabkan darah tidak berhenti mengalir sehingga lelaki tersebut mati. Allah berfirman: Aku mengharamkan Syurga ke atasnya |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah tidak akan memandang orang yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Nabi s.a.w bahawa baginda melarang memakai cincin emas |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w melarang memakai pakaian berwarna kunyit |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ibnu Abbas r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing atau gambar-gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang-orang yang membuat atau melukis gambar-gambar akan diseksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Manusia yang paling berat seksanya pada Hari Kiamat, ialah para juru gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap tukang gambar akan di masukkan ke dalam Neraka. Allah akan menjadikan baginya dengan setiap gambar yang dibuatnya nafas yang menyeksanya di Neraka Jahanam |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w melarang mencukur sebahagian rambut di kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Aisyah r.a:
Seorang gadis dari kaum Ansar berkahwin. Oleh kerana sebelumnya beliau pernah menderita sakit, maka semua rambutnya gugur. Keluarganya ingin menyambung rambutnya, lalu mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hal itu. Maka Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang meminta supaya disambungkan rambutnya |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang meminta supaya disambungkan rambutnya, orang yang membuat tatu dan orang yang meminta supaya dibuatkan tatu |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Abu Qasim iaitu Rasulullah s.a.w bersabda: Berikanlah nama dengan namaku, tetapi jangan memberikan gelaran dengan gelaranku |
|
|
|
|
|
|
|
攨boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang walau sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun, pasti Kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abu Hurairah r.a katanya:擭abi saw. bersabda yang maksudnya:擫ihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu. |
|
|
|
|
|
|
|
揃arang sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang yang mendapat keuntungan. Dan barang sesiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang yang merugikan dirinya, mereka kekal di dalam neraka Jahannam. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|