CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aza

All About Kisah Seram/Misteri Di Opis/Pejabat

[Copy link]
Post time 23-2-2007 10:57 PM | Show all posts

Reply #575 GRINDSAKHTANIC's post

Tak mungkin coz bila aku tinjau kat tangga tu laki aku tgh tunggu kat bawah dalam keta :no:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 02:39 PM | Show all posts
aku pun nak sumbang gak cite seram..masa opis kat menara maybank dulu, aku ngan sorang membe ni
mmg balik lmbt la..org lain semua dah blah dah. So satu ari membe aku tu gi la toilet tinggal aku sorang
kat dlm opis, aku denga cam bunyi org selak2 kertas dgn kuat dan cepat2..kat dlm satu partition tu, tuannya cuti. Yg herannya air-cond da tutup, kipas lak takde kat situ walau sebijik dan tingkap mana leh bukak kat
bangunan tu..apa lagi aku terus la gi keluar cari membe aku tu...bila dah nak pindah baru la aku cerita kat
org...tapi mmg ada benda kat bangunan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 01:37 AM | Show all posts

Kisah/Pengalaman Seram di office/pejabat (merged)

Post Last Edit by Santeira at 7-2-2010 13:17

Post Last Edit by Santeira at 7-2-2010 13:16

ini kejadian benar yang berlaku kat saya tahun lepas. demi menjaga imej syarikat saya, janganlah tanya nama syarikat dan nama bangunan yang saya akan ceritakan nanti.

kejadian berlaku tahun lepas awal bulan disember. walaupun kerja berlambak dan banyak projek nak ditutup masa tu, semua colleague saya memang dah takda mood nak kerja sebab mood holiday dan ramai juga yang ambik leave. masa tu saya pun ambik leave dan boss pun dah approve. sehari sebelum leave saya cuti saya start, saya plan nak habiskan kertas kerja sebelum cuti sebab saya ada flight malam ke dubai. so saya plan kerja OT pastu balik tido sampai petang dan terus ke KLIA pukul 8.

so malam tu pukul 7 saya turun untuk beli makan malam dan pastu terus balik makan kat office. masa tu masih ada orang kat ofis, colleague yang terakhir keluar pun pukul 9. pukul 10 lebih pak jaga pun datang rounding sebab nak lock pintu. dia punya tanya pukul berapa saya balik sebab dia nak lock pintu dan terus balik. office di tingkat saya ada 3 pintu dan kesemuanya kena guna smartcard kalau nak masuk atau keluar. tapi pada waktu malam ada juga pak jaga yang diupah oleh syarikat kami datang untuk kunci pintu dengan mangga dari tingkat 15 - 20. so saya pun britahu dia yang saya tak pasti pukul brapa saya balik sebab banyak kerja lagi. so dia kata dia lock pintu 1 dan 2. kalau saya balik nanti guna pintu ketiga dekat tandas dan lift. dia juga pesan kat aku untuk tutup lampu dan beritahu security guard bangunan di ground floor tu untuk tutup lampu korridor kalau saya nak balik. security yang ni pula diorang bekerja dengan management building tersebut. mereka tiada kunci office syarikat ini.

pastu saya pun selamba buat kerja saya sambil mendengar radio. pukul 12 lebih saya pergi ke tandas sebab nak buang air. masa saya cuci tangan tu terdengar pula orang bukak pintu dengan smartcard. mesin smartcard tu akan beep 6 kali kalau ada orang masuk dan kalau ada nak keluar mesin tu akan beep 2 kali. saya pun hairan la siapa yang balik office pukul 12. pastu teringat pulak pak jaga tu. saya pun cepat cepat keluar dari tandas dan beritahu pak guard tu supaya jangan kunci pintu dulu sebab saya belum habis lagi. bile keluar je dari tandas seorang pun tak nampak, masuk ofis pun tak ada orang. saya pun hairan la masa tu siapa yang masuk tadi tapi tak keluar. saya fikir masa tu mungkin saya letih dan tersilap dengar. so saya pun continue siapkan kerja saya.

akhirnya pada pukul 2 kerja saya pun dah siap. saya pun setkan laptop saya untuk print dan sementara menunggu dokumen saya siap print, saya pergi ke pantry untuk cuci cawan kopi saya. masa saya jalan ke pantry saya double check memang tak ada sesiapa kat dalam office. lepas dokumen dah siap print saya pun bersiap sedia nak balik. masa tu saya terdengar lagi orang buka pintu dengan smartcard. pastu saya pun tanya la siapa kat sana dan takde orang jawab. lepas tu, rambut dan bulu roma saya terus meremang. apa lagi? saya pun bergegas ke pintu keluar la.

bila saya buka pintu tu saya pun terkejut seketika sebab lampu koridor sudah ditutup dan hanya lampu dari tangga kecemasan yang menyinari sebahagian daripada koridor tersebut. tak tau apa nak buat saya pun gunakan handphone saya sebagai torchlight dan berjalan secepat mungkin ke lift sambil bercakap dengan diri saya sendiri. masa dalam lif tu aku rasa agak sejuk dan seram la. sampai je ground floor aku pun tanya si security guard tu naper dia tutup lampu. dia sendiri pun hairan kenapa saya turun last sebab dia kata pukul 12 lebih ada seorang staff perempuan keluar dari lif dan beritau kat dia untuk tutup lampu koridor di tingkat 19. so guard yang ni pulak walkie talkie kat member dia di tingkat 18 untuk confirm sama ada lampu office di tingkat 19 dah tutup ke belum. member dia confirm memang lampu office saya dah tutup so dia pun tutup lampu koridor.

bila saya nak tanya siapa perempuan tu, belum sempat nak tanya lagi, si guard tu pun pandang kat saya dan dia kata  "saya tahu apa awak nak tanya. tapi tak usah nak tanya lah. tak eloklah cakap pasal benda2 ni, lagipun dah tengah malam. maaf la ye, mungkin kami yang tersilap."

yang hairannya kenapa security guard tu kata lampu office saya dah tutup sedangkan saya masih di dalam office dan lampu masih dibuka pada masa tu. dan yang paling menghairankan, siapakah perempuan yang dimaksudkan oleh si security guard tu? sampai hari ini, rambut dan bulu roma saya pasti akan meremang setiap kali teringat insiden ini.

[ Last edited by  tukang_paip at 6-2-2008 01:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 01:45 AM | Show all posts
  nyesal aku baca cite ko.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 01:48 AM | Show all posts
xde perasaan pon..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 02:00 AM | Show all posts
camne aku nak tdo mlm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2008 02:14 AM | Show all posts

Reply #4 nik2121's post

pejam mata lah!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 02:29 AM | Show all posts
serammmmm... hahhahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 03:02 AM | Show all posts
itu kes biasa aje tu kat setiap building....aku dulu ada gak alami benda2 tu sebab pernah tidor kat opis 3 - 4x. sebab dah tau benda2 tu wujud jadi aku dulupun buat2 tak aje
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 03:20 AM | Show all posts

Reply #7 mukmin101's post

yup betul tu..aku pun biasa kena masa keje kt ofis lama..benda biasa..juz ignore & wat tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 03:43 AM | Show all posts
mmg biasa menda2 ni main2 toot teet kat smartcard .. ofis ocho dulu pun ada juga bunyik2 mcm tu .. coz smartcard access kat depan .. mmg boleh dgr kalau org masuk & kluar ..   tapi takde la menda tu muncul mcm dlm cerita CIK tukang_paip kita ni ...
p/s: ntah camne aku bygkan M.Rebung ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:01 AM | Show all posts
oh tidak!!!!! pengalaman kat opis ni mmg buat aku seram sampai hari ni...malas aku nak ulang taip....tp yg pastinye sbb insiden kat opis aku skang ni....aku demam menggigil sampai 4 hari!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:20 AM | Show all posts
kat office aku pun mcm tu gak....
ada bunyi pintu bukak guna smartcard.tapi tak ade sesiape pun yg masuk.kadang2 tu dia main2 pulak.jap2 bunyi lama sikit bunyi pintu ditutup rapat .tapi x selalulah.kita org pun jarang balik lambat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:37 AM | Show all posts
Mungkin pompuan tu collegue kau jugak..on the way nk p clubbing atau mana2  dia amik sesuatu kat off kot dia tertingal barang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:47 AM | Show all posts
takut jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 10:10 AM | Show all posts
guard tu buta warna kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 10:50 AM | Show all posts
mungkin en. tukang paip tak penah mengalami situasi seram...tu pasai dia rasa seram sgt....pd aku pun perkara mcm ni biasa je terjadi....

tp aku tak pernahla stay up kt opis sampai memlm...plg lmbt pun kul 6....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:38 AM | Show all posts
colleague pompuan semua kebiasaannya balik satu group sbb mereka takut jalan ke parking lot seorang2, maklumlah banyak kes culik, rogol, ragut. dan biasanya mereka balik agak awal. latest pun pukul 8.

yang lagi satu saya suspek ialah guard tu main tipu tak buat rounding di tingkat saya  dan terus tutup lampu koridor. bulan lepas saya tanya kat management tu macam mana diorang buat rounding. manager tu kata diorang biasa guna tangga kecemasan bila rounding. dan pada setiap floor diorang kena guna macam bar scanner untuk login setiap floor yang diorang sudah round. lagipun opis saya guna gelas kaca so semua orang boleh tengok lampu tu bukak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 12:06 PM | Show all posts
ofis korg 15-20 tingkat pun kena kacau gak,
ok le tu, dia main bunyi,
kwn aku kat ofis ni pun kena gak,
main tpon lagi,

kat ofis aku ni dua tingakt je,
dan ada 1 tangga je utk turun naik,
kalau turun tangga mesti masuk production line dulu

nak jadi cerita, 1 ari si membe aku ni naik le atas sorg2,
sedangkan membe yg lain dia dok wat kerja kat luar,
org yg buat kerja ni lak, buat kerja kat tmpt tinggi,
satu2 nya org yg leh turunkan dia ni hanya la membe yg naik ke atas tadi,

dlm 5 min, kat atas tu, ada org dari bawah call membe aku yg dok di atas tadi,
bila di helo, tak le berjwb, senyap je,
lama la gak dok helo,
dia main2 tpon lak,
sib baik tade ngiali ke apa,

biasa la kan, keja mlm2,
ada gak 'membe' lain yg masuk keja mlm2  ni,
so jgn le dok sorg2 kat ofis tu mlm2
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 01:38 PM | Show all posts
kata tukang paip, naper keje kat ofis???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.218670 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list