|
skrang HALAL..pda hari nie sah halal |
|
|
|
|
|
|
|
dopey posted on 29-5-2014 10:16 PM
skrang HALAL..pda hari nie sah halal
Bukti bukti |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak. "Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'. "Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
RockRockRock posted on 28-5-2014 04:45 PM 
hahahaha kalo laaaaa babi boleh wat demo ..
gni la yang depa akan buat kan 
|
|
|
|
|
|
|
|
RockRockRock posted on 30-5-2014 04:16 AM 
Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) b ...
terimakasih untuk update 
|
|
|
|
|
|
|
|
Keluh kesah seekor babi
Mesti dia lega lepas ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA posted on 30-5-2014 07:57 AM 
Terus terang aku ckp .. aku mmg dah lama tak makan choc choc mahal juga murah kerana choc menggunaka ...

|
|
|
|
|
|
|
|
kat airport gua nampak cadbury got buy 1 free 1 deals ...... tak laku kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 26-5-2014 06:03 PM 
ramli burger tu jual daging pun yg tak berapa ok
byk guna sisa2 lemak
itu saya tak pasti..tapi ramli pandai amik kesempatan krn masyarakat waktu itu perlukan burger yg dijamin halalnya...waktu itu cold storage yg tidak dapat dijamin halalnya sahaja yg jual burger.
|
|
|
|
|
|
|
|
RockRockRock posted on 24-5-2014 04:45 PM 
Kenapa tak buang juga peti ais?
|
|
|
|
|
|
|
|
RearAdmirer posted on 31-5-2014 02:59 AM 
informasi utk kalian mengenai produk2 yg dibuat drpd babi,
http://www.dailymail.co.uk/scien ... 180 ...

|
|
|
|
|
|
|
|
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pemeriksaan mendapati tiada DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil dari kilang produk tenusu itu, minggu lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisa Kementerian Kesihatan sebelum ini didapati tercemar.
"Sampel sebelum ini tidak diambil terus dari kilang berkenaan dan ia tercemar," katanya.
Beliau mengumumkan keputusan analisa itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, pagi Isnin.
Jamil Khir juga menolak dakwaan bahawa kerajaan cuba melindungi syarikat berkenaan, Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.
"Kerajaan tidak berhasrat melindungi syarikat berkenaan kerana ia adalah tanggungjawab Jakim untuk menyakinkan umat Islam," katanya.
Sebelum ini, dua produk syarikat terbabit dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam.
Jakim juga dilaporkan menggantung sijil halal terhadap dua produk coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan DNA babi dalam produknya.
Penemuan DNA itu dikesan oleh Kementerian Kesihatan, dalam produk coklat susu dengan kacang hazel dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.
-MSTAR
|
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat keluaran Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - mengesahkan tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, masih belum meredakan orang ramai daripada memperkatakan isu halal coklat berkenaan.
Bahkan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin berhubung status coklat berkenaan, kerana dianggap mengelirukan umat Islam.
Percanggahan keputusan ujian Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Jabatan Kimia terhadap dua coklat berkenaan telah mewujudkan bermacam andaian dan persoalan.
Pelbagai tohmahan dan cemuhan dilemparkan kepada JAKIM. Di laman-laman sosial, ada yang menuduh JAKIM kononnya tidak telus, sanggup menipu, makan rasuah dan menyorokkan fakta sebenar, di samping mempertikaikan keputusan analisis Jabatan Kimia, yang dikatakan hanya menimbulkan was-was umat Islam.
Serangan terhadap JAKIM
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata serangan bertali arus terhadap JAKIM itu tidak adil memandangkan Jakim telah menjalankan tugas yang diamanahkan sehabis baik.
Katanya masyarakat perlu bertenang dan berfikir secara waras kerana sebagai badan Islam, tidak mungkin Jakim mengkhianati kepercayaan yang diberi.
"Sama seperti anda, saya juga orang Islam, malah pegawai saya juga beragama Islam dan kami ada keluarga yang juga pengguna Islam... takkanlah kami tergamak melihat dan membiarkan keluarga kami dan orang Islam lain untuk memakan produk yang kandungannya mempunyai babi.
"Malah, ramai pekerja di syarikat besar milik antarabangsa ini terdiri daripada orang Islam... takkan mereka hendak lepaskan sesuatu yang tidak halal untuk dimakan kepada masyarakat dan keluarga mereka," katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.
Othman berkata setiap produk yang memperoleh logo halal disaring menepati prosedur operasi standard (SOP) serta piawaian yang begitu tinggi dan ketat.
"Bukan mudah untuk kami keluarkan sijil halal dan sebab itu kami selalu menerima aduan bahawa JAKIM lambat meluluskan permohonan kerana proses
penelitian yang sangat ketat," katanya.
Integriti
Othman berkata kemungkinan untuk berlakunya salah laku dan rasuah adalah sukar memandangkan pasukan dan individu berbeza terlibat dalam proses pemberian sijil halal.
Katanya semua proses permohonan halal termasuk pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis-premis dilaksanakan oleh Jakim sendiri tanpa penyumberan luar bagi menjaga integriti.
"Kita ada empat tahap iaitu bahagian permohonan yang membuat penelitian awal, audit oleh auditor, panel penilai dan kemudian pemantauan berkala yang
dibuat oleh pasukan berbeza. Panel penilai tidak terlibat dalam mana-mana pemeriksaan dan auditor juga tidak boleh berada di dalam mesyuarat panel... dia (individu terlibat) tidak boleh pengaruhi keputusan.
"Salah laku agak sukar... kalau orang nak rasuah, mereka nak rasuah di peringkat mana? Di peringkat proses dan audit? Mereka tidak terlibat dalam
proses membuat keputusan, malah ada auditor yang membuat laporan syor supaya diluluskan tetapi ditolak oleh panel kerana tidak berpuas hati," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) itu amat penting dalam menjaga kesaksamaan dan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan
kepentingan.
"Ada cadangan untuk Jakim gunakan penyumberan luar tetapi kita dah ada pengalaman itu dahulu... timbul isu bila Jakim swastakan pemeriksaan dan
sebagainya seperti caj, integriti dan tidak mengikut SOP malah sukar dikawal... sebab itu Jakim ambil balik dan putuskan untuk buat sendiri," katanya.
Sijil halal tidak boleh dibeli
Othman berkata adalah mustahil untuk sijil halal dibeli kerana pemohon perlu melalui proses yang amat ketat dan mematuhi semua piawaian halal sebelum sijil diluluskan.
"Jika ada, itu adalah pihak ketiga yang menyamar atau pertubuhan tidak diiktiraf yang mendakwa kononnya mudah mendapat sijil halal sedangkan prosesnya memakan masa yang lama dan amat susah," katanya.
Othman berkata memohon logo halal tidak diwajibkan, tetapi tindakan boleh diambil sekiranya produk tanpa sijil halal diletakkan sebarang logo halal.
"Kita masih meletakkannya (memohon sijil halal) secara sukarela... tetapi kalau tulis halal atau apa-apa cara yang mengaitkan dengan halal, ia salah dan kita boleh ambil tindakan," katanya.
Beliau berkata pengguna boleh memuat turun aplikasi Halal-Square di telefon bimbit atau alat peranti bagi memeriksa kesahihan sijil halal yang digunakan di premis-premis perniagaan.
"Kita bekalkan poster kepada setiap outlet makanan seperti restoran dan hotel yang boleh diimbas menggunakan aplikasi Halal-Square... pengguna boleh
tahu sama ada sijil halal premis itu masih sah, tamat tempoh atau palsu," katanya.
Mampu jejas nama negara
Beliau berkata isu halal yang dibesar-besarkan sebelum mendapat pengesahan sah mampu menjejaskan nama Malaysia di mata dunia sebagai hab halal yang menjadi rujukan banyak negara.
Katanya SOP dan standard yang diamalkan Malaysia diiktiraf oleh banyak negara, malah turut diaplikasikan di negara-negara tersebut dalam membangunkan sistem halal masing-masing.
"Sekarang ini negara-negara di Timur Tengah sedang merujuk kepada kita (Malaysia) untuk bimbingan dan bangunkan sistem halal mereka sebab mereka tidak ada sistem sebegitu selama ini... bagi mereka makanan mereka semuanya halal sebab mereka Islam.
"Sebagai negara yang menjadi rujukan banyak negara lain takkanlah kita nak abaikan aspek itu (DNA babi)... kita bimbang kalau isu sebegini memberi imej yang buruk kepada negara," katanya.
Iktiraf badan halal luar
Beliau berkata JAKIM turut mempunyai skim Pengiktirafan Halal Badan Luar Negara dan setakat ini 57 badan halal dari 23 negara diiktiraf.
"Ini bagi membantu JAKIM dan industri di sini apabila peniaga mengimport bahan mentah, ia memerlukan pengesahan halal dari negara pengeluar... negara pengeluar keluarkan sijil halal dan kita guna pakai.
"Kami tidak mungkin dapat periksa setiap ramuan kerana setiap syarikat mempunyai beratus produk dan beribu bahan ramuan, jadi kita dapatkan kerjasama dengan negara lain dengan menggunakan sistem ini," katanya.
JAKIM katanya terlebih dahulu menilai keupayaan badan berkenaan daripada segi syariah, teknikal dan sistem pensijilan terlebih dahulu, sebelum
mengiktiraf logo halal yang dikeluarkan mereka.
"Kita pantau bagaimana mereka menjalankan audit di kilang-kilang dan selepas berpuas hati barulah Jakim iktiraf mereka.
"Ada juga negara yang sebelum ini JAKIM iktiraf tetapi apabila dibuat semakan semula, didapati mereka tidak lagi patuh dengan keperluan yang
ditetapkan, maka Jakim keluarkan mereka daripada senarai," katanya.
Mengembalikan keyakinan
Mengakui bahawa isu halal coklat Cadbury itu menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap Jakim tercalar, Othman berkata misinya pada masa ini adalah
mengembalikan kepercayaan masyarakat.
"Kesedaran masyarakat sudah begitu tinggi tentang halal, namun mereka sebenarnya tidak faham prosedur yang dibuat Jakim itu bagaimana, sebab itu
mereka keliru dan marah pada JAKIM," katanya.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi
Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.
Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.
“Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.
“Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.
“Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),” ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata.
Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury – coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau ‘porcine’.
Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran.
Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM.
Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan.
Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat (dari kilang) sepertimana di analisa Jakim.
Sumber:Suara.tv Last edited by masros on 7-6-2014 05:47 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|