|
korang yang tinggal east side ni (termasuk aku lar)..korang tau kan kalo naik mrt from pasir ris stop at tanah merah, ada macam hutan belukar kan atas bukit tu?
mak aku kata dalam situ ada kubur...so tak heran larr kalau memacam benda memain kat situ..
pssttt...ada pokok kekabu tgh hutan tu..kalo ko diri pat platform dekat2 last 2 coach gitu...nampak terang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 26-7-2004 09:45 PM:
ni nasib la mata cokelet,
syukur ko takde apa2 side effect datang kacau...
dulu ada dengar ceta lak pasal pulau ubin, late 80s ceta ni...
ada sekumpulan budak2 melayu pergi camping ...
dulu masa aku sekolah somewhere in pasir panjang.. labrador villa ni tempat lepak kita orang .. esp time exams.. kita revise kat sini.. sekarang tempat ni dah upgrade.. waktu tu mid year exam.. kita pergi dlm 10 orang.. kawan aku B bawak bf dia sekali.. masa kita sibuk revise.. B dgn bf dia sibuk main kejar kejar.. lari sana.. lari sini sampai naik atas bukit.. dekat dgn hostel for foreign student.. aku tak tahu hostel ni hidup lagi ke tidak.. after sometime bf dia turun.. dia tanya mana B.. kita reply tak tahu.. so kita ingat dia main sembunyi sembunyi.. after sometime B turun.. muka dah macam zombie.. kept on saying dia ada 3 orang kawan kat atas bukit.. dia buang buku.. wallet dan entah apa tah lagi kat laut.. so we decided hantar dia balik.. rupa nya dia tersampuk.. next day kita pergi rumah B.. mak dia panggil satu ustaz ubatkan dia.. at first aku tak percaya tapi lepas nampak dia membebel baru aku percaya.. ada suara perempuan jawab.. dia tinggal kat perigi kat atas bukit tu.. but perigi tu no longer in use.. waktu siang perigi tu dijadi kan tempat buang daun daun kering oleh tukang sapu.. perempuan ni dah suka kat B.. after negotiate perempuan ni cakap dia tak kan ganggu B lagi dgn syarat dia nak pakaian B masa dia naik bukit tadi.. mesti hantar pada waktu malam.. so mak B sediakan school uniform, kasut, stokin,coli, panties entah apa apa lagi yang dia pakai pada hari tu untuk hantar kat perigi tu.. abang B & ustaz tu pergi hantar.. tapi pada malam hari tu tempat perigi ni punya lah cantik.. berbeza pada siang hari.. so sebelum perempuan ni leave B.. dia berpesan jangan sampai dia nampak B lagi kat labrador villa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 27-7-2004 09:00 AM:
dulu masa aku sekolah somewhere in pasir panjang.. labrador villa ni tempat lepak kita orang .. esp time exams.. kita revise kat sini.. sekarang tempat ni dah upgrade.. waktu tu mid year exam.. k ...
kak brown tak silap sc ni tempat dah dekat dgn nak masuk nus ke or jalan raya nak gi haw par villa ke??:hmm:
seram juga sc baca:malu: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SweetCandy at 27-7-2004 09:21 AM:
kak brown tak silap sc ni tempat dah dekat dgn nak masuk nus ke or jalan raya nak gi haw par villa ke??:hmm:
seram juga sc baca:malu:
nope.. sekarang kalau tak salah dipanggil labrador park.. boleh nampak sentosa.. entrance dekat PSA building |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 27-7-2004 09:36 AM:
nope.. sekarang kalau tak salah dipanggil labrador park.. boleh nampak sentosa.. entrance dekat PSA building
oh kak brown sc baru teringat ni tempat dkt dgn my keje dulu ade this power station, situ memang sunyi jgn balik lepas pukul 7 mlm confirm kena kaco. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SweetCandy at 27-7-2004 09:21 AM:
kak brown tak silap sc ni tempat dah dekat dgn nak masuk nus ke or jalan raya nak gi haw par villa ke??:hmm:
seram juga sc baca:malu:
dulu masa aku tinggal south bouna vista road off pasir panjang.. kalau nak ke haw par villa kita tak jalan pasir panjang road.. kita explore kat Zehnder Road.. kat sini banyak kubur orang kampung.. masa siang memang takde apa apa.. tapi waktu malam.. kalau nasib tak baik boleh jumpa macam macam.. paling famous kat depan haw par villa ni.. pakcik pakcik yang naik motor atau scooter sorang sorang kadang kala ada orang temankan.. dia main bertenggek kat belakang motor aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 27-7-2004 09:54 AM:
dulu masa aku tinggal south bouna vista road off pasir panjang.. kalau nak ke haw par villa kita tak jalan pasir panjang road.. kita explore kat Zehnder Road.. kat sini banyak kubur orang kampung ...
eeh ngeri nyer.. :geram: alih2 ader org kat belakang :geram: |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by Browneyes at 26-7-2004 09:35 PM:
deaf.. sampai besok badan aku sakit.. benda tu lebih kurang macam roh roh kat cerita harry porter.. cuma dia hitam..
you look in the mirror ....ada nampak apa2 yang berbeza??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 27-7-2004 10:21 AM:
you look in the mirror ....ada nampak apa2 yang berbeza???
boleh nampak ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa tak baca sokkabar hari ni...
ni ada cerita hantu2 ni kat indonesia last month -
Rencana : 1 Ogos 2004
Mudah cetak | E-mel
PAKAR PARANORMAL ALAU PENGHUNI GHAIB
MUNGKIN sesetengah orang akan menganggapnya sebagai tahyul dan mungkin ada yang lain pula menyifatkannya sebagai khurafat.
Tetapi bagi saya, itulah pengalaman yang tidak ternilai harganya - ikut 'menghalau' penghuni ghaib sebuah rumah yang telah tidak didiami manusia hampir lapan tahun, bersama sekumpulan 'orang pintar' atau apa yang dipanggil di Indonesia sebagai 'paranormal'.
Kesempatan itu berlaku kira-kira sebulan lalu di sebuah desa di Jawa Tengah - lebih tepat lagi di Kampung Sawit, Tegalgondo, Boyolali, Solo.
Sebenarnya, saya ke kampung tersebut kerana undangan majlis perkahwinan salah seorang penduduk di situ oleh ayah saudara saya, Encik Abdullah Dolrahman, yang juga bukan penduduk kampung tersebut.
Abdullah adalah seorang rakyat Australia yang kebetulan suami kakak bakal pengantin.
Kecuali Encik Abdullah, saya tidak kenal sesiapa pun di kampung itu, apatah lagi tuan rumah, Haji Parto, yang akan saya inap di rumahnya untuk beberapa hari di situ.
Setibanya di rumah Pak Parto dan keluarga sekitar 5 petang suatu Jumaat bulan lalu, saya disambut penuh mesra sehingga saya tidak terasa kekok untuk berbual mesra dengan jiran-jiran Pak Parto yang datang untuk bersembang - maklumlah kerana akan ada majlis pernikahan dan ada dua 'tamu dari luar'.
Menjelang 11 malam (waktu Singapura kerana saya tidak menukar waktu jam saya kepada waktu Indonesia Barat yang sejam lebih lambat), sekumpulan lima orang tiba di rumah Pak Parto dengan diketuai Pak Warsono yang memperkenalkan dirinya dan empat adiknya kepada saya.
Saya menjangka mereka datang untuk meramai-ramaikan suasana dan kami berbual mesra di ruang tamu. Jangkaan saya itu meleset kerana sekitar 11.30 malam, Pak Warsono dan adik-adiknya itu mohon pergi dan mengajak saya bersama.
Saya agak terkejut atas pelawaan Pak Warsono itu kerana hati saya bertanya, mahu ke mana pula pada waktu selewat itu? Lagipun, Kampung Sawit itu dikelilingi sawah padi, kebun tembikai, tembakau, te rong, kolam ikan keli dan lain-lain. Kalaupun saya mahu melihat keindahan alam semula jadi di kampung tersebut, pasti itu bukanlah waktu nya. Saya juga terfikir mungkin Pak Warsono dan adik-adiknya itu mahu mengajak saya keluar makan!
Saya memberitahu Pak Warsono bahawa sekiranya saya diajak untuk melihat atau mempelajari sesuatu ilmu, saya keberatan untuk mengikutinya.
'Bukan. Ikut saja, nanti dalam perjalanan saya akan memberitahumu,' jawab Pak Warsono, 52 tahun, ringkas.
Setelah berjalan kira-kira 50 meter dari rumah Pak Parto, tiba-tiba Pak Warsono bertanya kepada saya: 'Apa, semangat kamu kuat?'
Saya tidak mengerti pertanyaan beliau dan hanya menjawab: 'Saya tidak tahu Pak, belum tercuba dan diuji.'
Kami, yang juga termasuk Abdullah dan Encik Selamat, penghulu kampung tersebut, terus berjalan kira-kira 100 meter lagi sehingga kami tiba di sebuah rumah kosong di atas dataran tanah yang agak tinggi. Meskipun suasana di luar memang gelap, saya dapat melihat rumah itu usang.
Pak Warsono, yang bekerja sebagai seorang pegawai di sebuah jabatan pemerintah di Jogjakarta, kemudian memberitahu kami bahawa rumah itu telah kosong hampir lapan tahun setelah penghuni yang terakhirnya meninggal dunia kerana sakit tua.
Menurutnya, rumah itu kini telah 'dihuni' beberapa 'pendatang' yang tidak diundang dan mereka mengganggu anak-anak kecil dan penduduk yang lalu-lalang di tepi rumah tersebut. Justeru itu, kata Pak Warsono, beliau telah ditugaskan untuk 'menyingkirkan' mereka dari kawasan rumah tersebut.
Saya benar-benar terkejut dengan penjelasan Pak Warsono itu. Meskipun saya tidak merinding (bulu roma berdiri), rasa takut sedikit tetap ada - apatah lagi keliling rumah itu memang gelap.
Macam-macam gambaran langsung terbayang. Bagaimanapun, sebagai seorang Muslim sejati, saya tetap gagahkan diri dan ingat kepada Allah swt bahawa semua yang berada di muka bumi ini adalah ciptaan-Nya. Teringat pula bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan-Nya di muka bumi ini.
Pak Warsono dan adik-adiknya kemudian membuka pintu rumah kosong itu untuk memeriksanya dan saya sendiri turut menjenguk ke dalam rumah tersebut. Memang rumah itu kosong. Sebahagian bumbungnya juga lopong.
Kemudian, Pak Warsono mengajak kami semua duduk di ruang di hadapan rumah tersebut dan meminta kami memohon kebaikan kepada Allah swt sambil berzikir agar penghuni tidak diundang di rumah tersebut dipindahkan ke tempat lain.
Pak Warsono terus memimpin zikrullah. Saya tidak dapat khusyuk berzikir dan mata saya terus memantau sekitar kawasan luar rumah yang bersemak-samun itu, kerana saya duduk di belakang pintu rumah itu yang ternganga. Di situlah saya terasa ada yang tidak kena tetapi saya tidak pula berasa seram.
Saya tidak melihat sesuatu yang ganjil di halaman luar rumah itu tetapi tiba-tiba saya terdengar seolah-olah daun-daun berguguran dengan banyaknya buat seketika. Kemudian senyap.
Selang kira-kira beberapa minit kemudian, terdengar pula suara lemah yang saya tidak dapat pastikan bunyinya. Ia seperti bunyi suara burung atau orang kena cekik.
Kemudian, saya terasa pula bahu kanan saya seperti dicuit orang. Saya menoleh tetapi tiada sesiapa kerana tujuh orang yang berzikir itu berada di hadapan saya kerana kami semua duduk berdepan seperti separuh bulatan.
Saya rasa kurang senang sekali dan terus melihat ke arah semak dan pokok-pokok di hadapan saya dan memberanikan diri. Zikir saya terbantut kerana pemusatan saya buntu. Bagaimanapun, saya menyambung dengan membaca hanya tasbih.
Tiba-tiba suara seperti burung atau orang kena cekik itu berpindah ke dalam rumah kosong itu, tetapi kali ini lantang sekali.
Pada ketika itulah tumpuan saya bertasbih tergugat lagi. Dalam hati saya, bagaimana pula suara di luar rumah yang pada mulanya lemah itu, tub-tub... menjadi lantang di dalam rumah tersebut.
Saya sekali lagi sorotkan tumpuan saya kepada Sang Pencipta dan berserah kepada-Nya apa yang akan terjadi seterusnya, kerana Dialah yang menentukan segala-galanya.
Kira-kira 12.15 tengah malam, seekor ayam pula kedengaran berkokok, yang diikuti dengan beberapa ekor ayam lain. Kemudian, saya mendengar seolah-olah seluruh ayam jantan di kampung itu berkokok serentak. Hebat!
Setelah agak reda kokokan ayam itu dan selesai berzikir, Pak Warsono pun bangun dan mengarahkan kami pulang.
Dalam benak saya, ada beberapa soalan yang tidak terjawab. Justeru itu, semasa berjalan pulang saya menanyakan Pak Warsono bagaimana beliau tahu penghuni ghaib rumah itu sudah pergi dan ke manakah pula mereka? Berapa ramaikah mereka? Bunyi suara apakah itu yang saya dengar? Siapa yang mencuit bahu saya?
Pak Warsono, seorang yang lembah lembut pertuturan kata-katanya, berkata: 'Kamu dengar tak kokokan ayam tadi? Jika kamu dengar, sudah, usah tanya lagi... Itu bererti mereka sudah pergi. Ayam tidak berkokok pada tengah malam.
'Kesemuanya, terdapat tujuh penghuni ghaib di rumah itu dan empat di kawasan sekitarnya. Yang mencuit bahu kamu tadi adalah salah satu makhluk yang berada di luar rumah itu, ke arah timur laut. Sebagaimana yang telah kami mohon kepada Allah swt, mereka semuanya sudah pergi jauh dari sini,' tambah Pak Warsono.
Satu lagi soalan yang saya ajukan kepada Pak Warsono ialah bagaimana pula beliau dan adik-adiknya itu boleh 'berhubungan' dan 'melihat' makhluk-makhluk ghaib itu dan dapat pula mengusir mereka dari rumah tersebut?
Pak Warsono dengan tenang berkata bahawa beliau diberi kelebihan untuk 'melihat' dan 'berunding' dengan mereka meskipun salah satu daripada makhluk itu cuba menentangnya dengan cara kasar, tetapi dapat Pak Warsono atasinya ketika beliau dan adik-adiknya berzikir.
Saya pun pulang ke rumah Pak Parto dan ketika mahu tidur dan ketika saya menutup mata saya, saya seolah-olah melihat beberapa wajah yang menakutkan.
Setelah membuka mata, perasaan takut pula menyerap tubuh saya meskipun ketika mahu tidur Jumaat malam itu, saya masih mempunyai wuduk dan tidak lupa membaca doa sebagaimana lazimnya saya lakukan sebelum tidur.
Saya menutup mata saya kali kedua, dan gambaran wajah lain yang sama menggerunkan timbul lagi.
Bayangan wajah yang serupa juga berlaku ketika saya menutup mata saya kali ketiga.
Ketidaksenangan untuk lelap pada waktu itu memacu saya untuk terus berdoa kepada Allah swt agar 'syaitan-syaiatan' itu tidak mengganggu fikiran saya lagi - dan, Alhamdulillah, memang benar, setelah itu fikiran saya tidak lagi diganggu gugat.
Arkib |
|
|
|
|
|
|
puteri81 This user has been deleted
|
Originally posted by deaf4ever at 2004-7-26 08:07 PM:
lain....
eh cam best ceta ko...ceta put full story
ler...i thought citer ni penah kuar pat berita. ni bukan seram maner pon....ni pasal teksi driver dah mengong. Ada jalan luas2 tak nak jalan, dia pegi bawak bdk pompuan ciner nie pi jln yg sunyi lagi menyeramkan....ada kubur lak tu tapi me terlupa nama road tu ah...bdk pompuan nie pon syak lain mcm trus dia lompat dr teksi tu & she got minor injuries...kesian dia. then si teksi driver ni pon kena gantung license dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puteri81 at 2-8-2004 06:41 PM:
ler...i thought citer ni penah kuar pat berita. ni bukan seram maner pon....ni pasal teksi driver dah mengong. Ada jalan luas2 tak nak jalan, dia pegi bawak bdk pompuan ciner nie pi jln yg su ...
ish dahsyatnye... tapi tak boleh salahkan pax tu ah..
kalo aku pun, boleh terpengsan driver taxi bawak masuk jalan kubor |
|
|
|
|
|
|
|
aik dep,
ko macho cenggini pung boleh pengsan |
|
|
|
|
|
|
puteri81 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LoLiPoP at 3-8-2004 10:23 AM:
aik dep,
ko macho cenggini pung boleh pengsan
oiiiiiii
ko ketawa kan dep, kalo aku kena gitu pun takut sey, yalah mana tau apa2 yg bleh terjadi:malu: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SweetCandy at 3-8-2004 11:26 AM:
kurang asamlol:lol
tu baru tengok kulit
pas tu mandang rambut ko
terus ajak tenggek sesamer atas pokok
:clap::clap::clap::clap::clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LoLiPoP at 3-8-2004 11:36 AM:
tu baru tengok kulit
pas tu mandang rambut ko
terus ajak tenggek sesamer atas pokok
:clap::clap::clap::clap::clap:
lol:lol |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|