CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

Anak kesal bapa berubah selepas kahwin Maria Farida

[Copy link]
Post time 4-11-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang anis kena kesal sekiranya btol papa anis berubah selepas khawin..anis pnah hargai papa anis yg jaga anis,makan minum anis, layan anis mcm anak kandung dia sendiri.. papa anis tu paling marah kalo org cakap anis,damia,nilam anak tiri dia sbb dia akan pertahankan yg uall adalah anak dia..tapi bila dia dah dpt jalan yg terbaik dengan berkawin dengan maria farida ini balasan anis dengan menuduh dan menfitnah papa.anis saya kenal sangat dato rahman, karen, anis dan adik2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Santeira replied at 5-1-2016 09:20 PM
Shazleen Anis – Disimbahi kemewahan & kasih sayang

Oleh: SUZIANA NONA]'[ ...

Anis..anis..xbaik menipu..lebih baik anis cerita yg jujur kelahiran anis lebih elok..jangan disebabkan kaya raya kita lupa sape diri kita.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 05:37 PM | Show all posts
update : maria menang kes saman fitnah karen

Lega Selepas Dua Tahun Derita Difitnah - Maria Farida
Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 3:12 PM

image: http://www.mstar.com.my/~/media/ ... ?w=50&h=50Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]
image: http://www.mstar.com.my/~/media/ ... 13&crop=1&/

Pelakon Datin Maria Farida dan suami, Datuk Rahman Shakur lega kemenangan berpihak kepada mereka. Foto Arkib THE STAR
   (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Datin Maria Farida akhirnya mampu menarik nafas lega apabila memperoleh kemenangan terhadap saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar pada Selasa.

Maria berkata, derita selama dua tahun difitnah wanita tersebut akhirnya terbayar sekali gus dapat membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tohmahan sebelum ini.

"Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri saya.

"Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.

"Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan tanpa sebarang gangguan selepas ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.


image: http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... f25a19ec.ashx?la=en



Maria berkongsi mengenai keputusan mahkamah di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Tahan Difitnah, Maria Farida Bakal Saman Bekas Isteri Suaminya

Maria memberitahu keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Kata Maria, dia juga akan mengemukan tuntutan ganti rugi terhadap Hadijah dan dokumentasi mengenai perkara itu sedang diuruskan oleh pihak peguamnya.

Dalam pada itu, Maria berkata, mahkamah juga memerintahkan Hadijah menjalani hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya menghadiri perbicaraan.


Kata Maria, dia berharap hukuman dan keputusan dikeluarkan mahkamah menjadi pengajaran kepada wanita itu dan tidak lagi menggangu hidupnya selepas ini.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... f62a27c4.ashx?la=en



Maria dalam sidang media pada tahun lalu mendedahkan dia difitnah.

"Jika benar saya salah mengapa dia takut untuk datang ke mahkamah? Akibat kedegilannya itu mahkamah memerintahkan dia dipenjarakan selama dua minggu.

"Keputusan hari ini juga membuktikan siapa salah dan sebaliknya. Saya benar-benar berharap dia tidak mengulangi perbuatannya dan belajar daripada kesilapan," ujarnya.

Sebelum ini, Maria mendakwa Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan secara berterusan membuat pelbagai tuduhan terhadapnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Wanita itu mendakwa Maria menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Datuk Rahman Shakur.

Selain itu Karen Rayyan didakwa turut membuat tuduhan Maria memukul anaknya iaitu Qalif Rayyan, 8, ketika Maria menjaga anak itu.

Maria, 46, dan Rahman berkahwin pada 26 November 2015.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... xaKZZHk0pVA6h1fR.99


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 06:05 PM | Show all posts
so ape reaksi terkini karen?
senyap je ke., hehehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 08:11 AM | Show all posts
Hadijah......tukar nama jadi Karen Rayyan, ni spesis Siti Arifah-Joy Revfa jgk kut...perangai menyeramkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 08:18 AM | Show all posts
caplimau replied at 7-11-2017 06:05 PM
so ape reaksi terkini karen?
senyap je ke., hehehehehehe

Dia dah kawin baru laa... dengan boifen lama dia keje pilot..
Ulang alik JB skrg.. menurut post kat IG dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2017 08:23 AM | Show all posts
tahniah la dah menang .........
lama x tgk ig karen .ke i dah unfollow .....
i sakit kepala baca caption dia.....
dak2 wicet sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Makcik karen ckp maria  x menang pon...sheols kena denda sbb menghina mahkamah ssb x datang court je..kes pon x sempat bicara lagi mcmmana nak menang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2017 09:39 AM | Show all posts
MakCik Karen ni mmg x puah hati lagi...
dia yg banyak post pasal MF kan...
si MF ni xder la over post psl KarenElektrik ni hahah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
korang cer tepik kronologi kes ni.. heheeheh coz i mmgbtak ikut kisah2 deme ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 05:14 PM | Show all posts
ShrekFiona20 replied at 8-11-2017 08:18 AM
Dia dah kawin baru laa... dengan boifen lama dia keje pilot..
Ulang alik JB skrg.. menurut post  ...

tau die da kawen baru,

semalam bace kt ig die ckp Mf blm menang pun lg,
die just tak dtg makamah je,
sbb tu kne hukuman penjara,
bukan sbb kes ni,
kes ni blm bicara pun lg katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.354343 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list