CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: [dinda]

[MERGED]MIMPI( aneh atau pelik etc ) latest syashacharlie minta tlg

[Copy link]
Post time 2-7-2006 12:46 PM | Show all posts
mungkin dia nak sampai kan kabaran yg dia bahagia kat sana.... dan mintak byk2kan doa serta sedekah... mcm aku dulu, adalah sekali tu termimpi Xboy friend yg dah kembali ke alam barzah (mmg dah meninggal pun).. mimpinye ringkas je, nmpk dia di satu kawasan yg penuh anak2 org kaya, org2 yg tak berapa elok kerjanye, dan datuk2 kaya.. pokoknye dari tafsiran mimpi aku dia mintak tolong aku mendoakan agar azabnye di kubur di kurangkan.... sedih aku lepas tu. ye la kite dulu same2 mude dan nakal.... termati lak cepat.... so ape nak dikato, mintak ampun je la mana yg masih hidup. dan doa ku agar si arwah di cucuri rahmat, aminnnnnnn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2006 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by inazurah at 2-7-2006 12:46 PM
mungkin dia nak sampai kan kabaran yg dia bahagia kat sana.... dan mintak byk2kan doa serta sedekah... mcm aku dulu, adalah sekali tu termimpi Xboy friend yg dah kembali ke alam barzah (mmg dah men ...


kecian kat x-bf ina..
aku doakan agar dia tenang di alam barzakh..
Insya'allah :lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2006 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 29-6-2006 03:44 PM



eh aku pon sokmo mimpi camni....dah 18 tahun tinggalkan sekolah pon masih termimpi2 gi sekolah lambat pasal tak gosok baju lagi la... kasut lom buh kapor le...

Aku pung mimpi kat sekolah banyak nak examla pastu exam selalu last2 minit aku buat org dah abis buat aku terhegeh-hegeh cam mr. bean tuh...padehal hal2 exam ni dah lama aku tinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2006 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by purple_orchid at 4-2-2005 10:54 AM
eh awang..kita serupa...aku pun slalu mimpi tangkap ikan....pastu, ade jer rezeki..hehehe..mebi kebetulan..

Kalo mimpi makan ikan besar yang sangat sedap plak...cemana...atau nampak ikan yang dah masak pastu ada hidangan ikan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 01:07 AM | Show all posts
aku setiap malam mimpi orang yang aku sayangi :love:
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 10:15 AM | Show all posts
utk petama kali aku bermimpi yg betul2 menakutkan...cam real jek...takuttttt...

mimpi tu cam ni....ade pencuri nk menceroboh jiran aku...pencuri tu dh acu pistol ke arah jiran aku tu (isteri dia)...so aku bercadang nk buka lampu blakang bg pencuri tu bla la...tp lain jd nyer...pencuri tu tembak jiran aku tuh...& culik anak dia skali...aku rasa menyesal plak buka lampu tu...

masa tu jiran aku pakai telekung...seramm pun ade gak....rasa lama je mimpi tu...ati aku berkata2 biar la mimpi semata2...so bila bgn pagi td..aku rasa lega mmg mimpi pun...

smpi skg aku rasa takut2 lg...

ade sesape tau makna mimpi aku ni x....
Reply

Use magic Report

Follow Us
aturcara This user has been deleted
Post time 5-7-2006 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by kacang^soya at 2-7-2006 03:49 PM

Aku pung mimpi kat sekolah banyak nak examla pastu exam selalu last2 minit aku buat org dah abis buat aku terhegeh-hegeh cam mr. bean tuh...padehal hal2 exam ni dah lama aku tinggalkan



kita pun pernah mimpi benda yang sama macam kacang mimpi...kadang2 tu mimpi tiap2 ari..pasal exam, study semua ni...tak tau apa maksudnya...betulla tu...org dah siap jawab..baru kita terhegeh2 nak buat..ingatkan kita sorang je mimpi cam ni..tupanya ade jugak mimpi benda yang sama...
Reply

Use magic Report

lan_ieza This user has been deleted
Post time 5-7-2006 10:00 AM | Show all posts
Hehehe..AC den pun camtuh selalu mimpi nak gi sekolah, siap pakai satu sut baju sekolah..ekekkee..dari den renti sekolah dah 10 tahun pun masih mimpi gak gi sekolah..dulu masa memula berhenti pun lagi selalu mimpi gi sekolah...kekadang mimpi gi naik basikal laa masa nak pergi sekolah..yang paling selalu naik tangga sekolah dalam keadaan merangkak..sebab tangga tu macam tak kuat..kekadang tu siap panjat bangunan sekolah..paling selalu mimpi gi tandas sekolah..tak pulak mimpi cikgu ke pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aturcara This user has been deleted
Post time 5-7-2006 11:24 AM | Show all posts
tula ..apa maksud mimpi cam tu ek...hmm....mimpi gi sekolah..amik periksa...dahla betul2 cam bangunan sekolah lak tu..hmmm

[ Last edited by  aturcara at 5-7-2006 11:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2006 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by aturcara at 5-7-2006 11:24 AM
tula ..apa maksud mimpi cam tu ek...hmm....mimpi gi sekolah..amik periksa...dahla betul2 cam bangunan sekolah lak tu..hmmm

Aku dah tanya kat sorang abg ni ...dia kata tu maksudnya kita akan mendapat ilmu lagi...mgkn la kot sbb aku plan nak wat master...harap2 tercapaila...dia kata bagus kalo dapat mimpi camni especially kalo mimpi masjid, sekolah, universiti bla2 (pusat2 pengajian)
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2006 02:37 PM | Show all posts
aku manjang mimpi sekolah ni..tp ilmu yg aku dpt ni la... ilmu mimpi2... ilmu pasal jin...
sume sebab aku menempek kat board ni la..
kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2006 04:54 PM | Show all posts
ni terbawak2 kerinduan pada zaman sekolah ni.... mcm aku baru2 ni terbaca satu berita dlm paper yg sebenarnye hanya iklan... alaaa... yg kata meteor(taik bintang) jatuh kat ulu yam tu, hahhhhhhhh malam tu aku mimpi yg menakutkan, taik bintang byk kat atas langit, ada yg dah jatuh kat bumi(kl).... aduhhhh kali kedua aku mimpi taik bintang ni... sekali tu aku tgk vcd ape tah... terus mimpi... so terbawak2 la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 02:58 PM | Show all posts
bacalah sebelum tidur....

Sejarah Ayat Qursi
------------------------
Ayat ini diturunkan setelah hijrah.
Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Reply

Use magic Report

applepieb This user has been deleted
Post time 8-7-2006 11:09 AM | Show all posts
kalau mimpi nampak taik dalam lubang jamaban ke, taik kucing kat tgh laman ke, apa2 yg berkaitan taik la. nak dpt duit. lagi byk taik kita nmpk lagi  byk lah duit nak dpt. aku bukan nk percaya sgt. tp  byk kali kalau mimpi taik selang sehari atau dua sure dpt duit. yg aku tau org cina pun kata begitu ttg mimpi taik  nih.

tp according to my mum, kalau mimpi makan nasi. nak jatuh sakit org yg makan nasi tu. pun pernah jadi kat aku. beria2 aku makan nasi masa mimpi tu. tup tup esoknya aku demam panas. lepas2 dari aku mimpi lagi makan nasik. demam lagik.

tatau la betul ke tidak semua tu atau hanya kebetulan. yg penting takyah percaya la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by applepieb at 8-7-2006 11:09 AM
kalau mimpi nampak taik dalam lubang jamaban ke, taik kucing kat tgh laman ke, apa2 yg berkaitan taik la. nak dpt duit. lagi byk taik kita nmpk lagi  byk lah duit nak dpt. aku bukan nk percaya sgt. ...


Setahu aku lah ..kalau mimpi nampak taik tu kita akan hilang barang wallahualam bis sawab

Kalau mimpi kena taik tu nak dapat rezeki ..Wallahualam bis sawab
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 12:52 PM | Show all posts
Ni aku nak tanya ...kalau mimpi pakai baju hijau tu bawa makna apa?
Terima kasih  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2006 01:23 PM | Show all posts
Mimpi yg agak pelik yg aku alami bebaru nih ..

Aku berada dlm sebuah bilik dan baru lepas menggantikan bed sheet yg pernah aku gunakan zaman kekanak aku dulu, masa tu posisi aku berada di sebelah kiri katil, bila aku berada kat sebelah kanan lak, bed shett yg aku tengok ok tadi berubah jadik bed sheet lain ... warna putih kotor, kusut masai, berserabut cam kain kapan!

Aku rasa sedih sgt kemudian keluar drp bilik tu & pegi kebilik sebelah. Kat bilik sebelah aku jumpa ibu  & arwah nenek aku. Yg peliknya aku tak terkejut pun melihat nenek aku tu. Aku citerkan pd arwah nenek aku pasal bed sheet yg pelik tu.

Nenek aku bawak aku pegi ke bilik aku semula (berdua jek dgn dier) pastu dier bagi tau aku slowly ader org dah kenakan ilmu hitam kat aku.

Aku anggap ni sekadar mimpi tp jauh disudut ati aku tertarik2 nak tau kalau ader makna lain selain drp tu, ader sesape buleh tlg aku tak ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 11:07 PM | Show all posts
bapak aku pernah mimpi, ada org tua ni soh amek barang kat tingkat atas rumah atuk aku kat kampung. lps bgn dr tidur, bapak aku pun balik kampung dan selongkar rumah atas atuk aku tu (fyi atuk aku tu hidup lagi tapi dah tua bangat dah.... tapi orang tua yg dia mimpi tu bukannya atuk aku..)
rupa rupanya kat tmpt yg dikatakan dlm mimpi tu ada terjumpa satu penyodok gulai kawah buatan besi (org dodulu punya tau.. dia mcm penyodok nasi kawah yg kayu tu) kat pemegang dia yg panjang tu ada ukir ukir dan penyodok gulai tu pendek ajer tak besar mcm skarang. mmg unik buatan dia dan sgt cantik...dan dibuat dr besi. bila tunjuk kat atuk aku, atuk aku tak cakap apa2 sbb dia pun dan pelupa, dah tua la kaatakan.. sampai skarang bapak aku tak tau nak buat ape ngan penyodok gulai tu... agak agak kalau bapak aku bukak restoran nasi kawah guna penyodok tu leh laku byk kut hehehe...nak jual kat org, sayang pulak hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 11:07 AM | Show all posts
anakgerd..... ok gak idea hg tu... ape kate suh pak hg bukak gerai dulu mula2.... tapi tak yah la pakai seduk tu.... seduk tu buat mcm tangkal je.... insyaallah tawakal je.... allah ade byk care untuk bagi org rezeki.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 07:09 PM | Show all posts
Kalo mimpi ikan plak, masak ikan, hidangan ikan, ikan bakar bla2 dah selalu dah aku mimpi ni tatau apa maksudnya...btw mmg mimpi taik/berak tu akan kehilangan barang...aku dah alaminya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.085130 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list