CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BecKHaM

Pertubuhan Dakwah Kebajikan Islam Malaysia (PEKIDA)

[Copy link]
Post time 1-3-2009 02:01 AM | Show all posts
yg bertanya tu... dah tau jawapan... tapi tanya jugak le... yg jawab tu pun tau jugak perihal yg bertanya tu... tapi jawab jugak le... janji bleh sembang dah le... hehehe....

encik yg bertanya tu... sila layari laman web pekida untuk rujukan... bleh google je....

atau pun sila hubungi nombor-nombor yg berkaitan yang boleh didapati dari laman web tersebut...

bukan ke lebih mudah begitu...

main sembang je... pastu tanya borang kat sini... macam tak kena je cara camtu...

bukan apa... kalau nak maklumat yang sahih... lebih selamat melalui rujukan yg sahih.... tak gitu...

encik selendang merah... jangan marah naa... cuma ingat mengingati antara kita... kadang-kadang hat maimelayang tu bukan le yg senang... hat mai bergolek tu pun boleh terlanggar kaki... sekali lagi... jangan marah naa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2009 11:36 PM | Show all posts
kepada encik wiranordin... untuk rujukan dan pertanyaan sila hubungi rujukan di bawah untuk keterangan lanjut... kalau nak info dan penerangan yang baik... elok le cari informasi yang lebih terperinci dari pihak yang berkenaan...


PEJABAT WILAYAH PERSEKUTUAN

69E, 4A Bangunan KOBENA,
Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur .

Tel: 603-2691 0030
Fax: 603-2693 1030


PEJABAT BAHGIAN R&D, LATIHAN & PERHUBUNGAN AWAM (PR)  :

8558, Jalan Pegawai,
Sg. Ramal Baru,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-87369645, 87377645
Tel/Faks: 03-87399645
Mobile : 013-3335636,  019-6230363


KOORDINATOR:

Dr Hj Masjuki Bin Hj Mohd Suri
Handphone  ( 019-6230363,  013-3335636)
Email : [email protected]
Laman web: http://www.pekida.org/



sekiranya anda mempunyai informasi yang baik melalui saluran yang sedia ada... ok le tu.. saya cuma bagi informasi je...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 09:43 PM | Show all posts
elo...testing testing testing
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 09:53 PM | Show all posts
owh..terima kasih banyak banyak

cuma saya berpendapat lebih senang jika dapat maklumat secara tak formal.lebih santai utk bertanya dan jawapan kadang-kadang lebih mendalam

insyaAllah,akan rujuk pada maklumat yg diberi jugak.tapi itulah,kdg2 maklumat yg saya dpt secara dengar2 tak sahih.bila tgk posting kawan2 kat sini nampak mcm expert..itu yg tergamak nak tanya jugak..buat panduan peribadi je..

apapun terima kasih..soalan saya masih terbuka.tak sampai hati nak tanya pada juruckp rasmi pekida melalui saluran yg saudara bagi tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 03:46 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR 2 Mac - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana mengetepikan pandangan majistret dan pakar patologi di dalam kes kematian tahanan A. Kugan.

Dua NGO itu iaitu Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Barisan Bertindak Rakyat, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 10.30 pagi.

Dalam laporan yang sama, mereka juga meminta polis menyiasat Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan yang menghina Sultan Perak dan Raja-Raja Melayu selain peserta perhimpunan haram di IPD Brickfileds, kelmarin.

Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Roslan Dahawan berkata, pihaknya membuat laporan ke atas Abdul Gani kerana menukar siasatan kes kematian Kugan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, tindakan itu telah mengetepikan keputusan bedah siasat oleh Hospital Serdang sebelum ini bahawa kematian Kugan disebabkan paru-paru berair.

''Kami mendesak Peguam Negara (AG) mengkaji semula keputusan itu kerana tindakan tersebut telah mengetepikan pandangan pakar perubatan.

''Kami menyeru AG tidak meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 dalam kes tersebut,'' katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Barisan Bertindak Rakyat, Naseron Ismail dan lima ahli daripada kedua-dua pertubuhan tersebut.

Menurut Roslan, laporan tersebut adalah susulan daripada yang dibuat di IPD Putrajaya pada 23 Januari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 01:10 AM | Show all posts
apa yang dimaksudkan dengan soalan tak formal tu encik wiranordin... lain macam je.. macam soal siasat je... hehehe... pekida ni pertubuhan yg berdaftar.... bukan pertubuhan haram... cuma sekiranya anda tersalah saluran... jawapan sensasi je le yang dapat... bagaimana pun manusia ni tuhan bagi akal untuk menilai...saya rasa encik wiranordin matang dalam menilai setiap informasi... selamat mencari maklumat ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2009 09:44 AM | Show all posts
maaf kalau keliru...bukan nak siasat pun...sekadar soalan yg sama yg saya tanyakan pada selendng merah...

hanya 3 soalan...sebetulnya saya berminat utk joint...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 09:45 AM | Show all posts
ini saya paste balik 3 soalan simple dan tidak kontroversi saya

mungkin en xtro bopleh bantu

fuh...
dari pg1-pg24 aku baca
baru la berani nak menyampuk

soalan : kalau kite asal dari kedah boleh ke joint pekida kl?atau mesti sireh pulang ke gagang?
sebelum soalan tu : boleh ke sesapa je joint atau perlu recomendation?mcm club club elit di kl ni?
soalan last : bole ke drop by mintak form mcm nak jadi member NGO lain atau ambilan hanya ikut batch ie once a year/once every 6 month je?

tq semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 11:40 PM | Show all posts
yang pertama... saya pun tak sure... maklum le kurang pengetahuan hal sebegini... tetapi ada juga ahli yg asal dari tempat lain tetapi menyertai pertubuhan pekida di tempat dia bermastautin pada masa tersebut..
yang kedua... recomendation?? macam MLM plak.. hehehe... ada antara ahli yang menyertai pekida melalui rakan ahli yang lain... dan sekiranya anda berminat.. tanpa melalui ahli yang sedia ada.. anda boleh menghubungi pejabat atau rujukan pekida yang ada... dan pihak terbabit akan menimbangkan penyertaan anda melalui tapisan tertentu...

yang ketiga... drop by ambik borang... hehehe... lagi baik le telefon dulu dan buat temujanji ke... kan lebih sopan gitu... nanti drop by gitu je... buatnya takde orang ke mende ke.... dah rugi plak masa encik wiranordin nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 01:47 AM | Show all posts

Balas #609 xtro\ catat

terima kasih banyak atas jawapan utk 3 soalan itu

namun,atas jawapan yg diberi,timbul satu lagi persoalan.harap x keberatan utk beri penjelasan.

en xtro : 'dan pihak terbabit akan menimbangkan penyertaan anda melalui tapisan tertentu...'

apa maksud tapisan? dari faktor apa? agama,bangsa,sikap,pekerjaan,nilai moral,rekod saman,peribadi?

atau maksud tapisan ini ialah berbentuk ujian seperti ujian lisan atau bertulis mengenai hal hal tertentu?

harap en xtro xkeberatan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 12:40 PM | Show all posts
Islam melarang gangsterism.
from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
Berikut ini adalah komentar pembaca dalam tajuk "Zambry takut dunia saksikan kejahatan BN." yang saya terbitkan untuk bacaan umum. Penulis cuma memperkenalkan dirinya "El Azhar ex-student-93-98 El Zagazig". Terima kasih dengan komentar dari ustaz muda kita.

Di atas keberanian menegakkan Islam dari kalangan bukan Melayu dan saya Orang Melayu merasa malu dengan sikap sebahagian orang Melayu Umno dan Melayu Pekida yang buat onar baru-baru ini ...Saya nak bicarakan tentang budaya samseng dalam Umno ni ..Saya tujukan tulisan ini kepada samseng upahan UMNO marilah kita kembali pada firman Allah :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان .

Ertinya :
Dan hendaklah kamu tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu tolong menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan.

sesungguhnya setiap kumpulan yang dibina atas dasar menyemaikan benih Gangsterism dan pergaduhan merupakan kumpulan yang rosak akhlak dan dipenuhi dengan sifat jahiliyah..Ini adalah kerana di dalam Islam Nabi saw cukup benci dengan perangai samseng Jahiliyah sebagaimana suatu riwayat di mana Abu Zar Al-Ghifari telah mencela seorang hambanya lalu nabi saw menegurnya dengan sabdanya:

إن فيك أمر من الجاهلية

Ertinya: Sesungguhnya pada dirimu masih ada sifat-sifat Jahiliyah..Bila ditegur begitu Abu Zar Al-Ghufari merasa terlalu bersalah sehingga dia meletakkan kepalanya ke tanah lalu meminta hambanya itu memijak pipinya..tetapi hambanya itu memaafkannya..

Jelas wahai saudar-saudaraku..bahawa perbuatan samseng..bermegah-megah dengan kekuatan adalah perbuatan orang jahat di zaman Jahiliyah...sebagai suatu syair di zaman Jahiliyah yang berbunyi:

إن لم تثأروا لأخيكم فالقوا السلاح والأباريق والبسواالحلل النساء والمكاحل والمجاسد وذلك بئس المرهق

Ertinya :
Sekiranya kamu tidak membalas dendam untuk saudaramu maka buangkanlah pedangmu bersama kilauannya..dan pakailah olehmu perhiasan -perhiasan wanita..kerana sesungguhnya kamu sudah menjadi manusia yang kecundang...(syair Arabi)

Menurut Ulamak Adab Wan Nusus(Sastera Arab)syair ini merupakan suatu provokasi yang boleh dijumpai dalam banyak syair Arab dizaman jahiliyah menunjukkan kehidupan sosial mereka yang huru hara akibat suka bergaduh atau dengan kata lain suka menaikkan sentimen yang membawa kepada pergaduhan...dan yang lebih dahsyat lagi mereka ini suka bergaduh walaupun di dalam mempertahankan kejahatan dan ketidakadilan..bagi mereka tiada siapa yang benar atau salah asalkan kamu dari geng kami ..golongan kami..puak kami..kami akan mempertahankan kamu tidak kira kamu berada di puak yang benar atau salah.Inilah yang Islam larang dan Allah telah mengutuskan Nabi saw untuk mengajar manusia meninggalkan fahaman Jahiliyah itu dengan sabdanya:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه كما يحب لنفسه

Ertinya :

Tidak beriman seorang pun daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu yang lain seumpama kamu mengasihi dirimu sendiri.

Adik-adikku hadis ini jelas melarang kita menyakiti saudara kita yang lain apatah lagi di atas dasar gangsterisme dan asbiyyah berkumpulan..kerana Islam menyatakan bekerjasama mesti di atas dasar kebenaran..bukan membuta tuli membela saudara kita secara tidak betul dan menzalimi orang lain...



Saudaraku...kita manusia tak kuat mana...kalau kita rasa kita kuat ada manusia yANG LEBIIH KUAT DARI KITA..oleh itu sifat merasakan diri kita lebih dari orang lain...adalah sifat Iblis yang merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Allah Adam...atau dengan bahasa yang kita selalu dengar''Takbur''dan dengan sifat inilah Iblis dilaknat selama-lamanya dan dihalau dari syurga.

Pakcik-pakcik ahli Pakida yang sebenarnya..saya tahu bukan semua ahli pakida yang bermasalah..kerana saya berkawan baik dengan seorang veteran pakida di Ipoh dan dia ni memang hebat dari segi ilmu perisai diri sampai dia boleh makan kaca botol di depan saya..dan itu first time saya tengok...tetapi dia taklah berlagak dengan ilmunya,...merendah diri..warak...tak suka menunjuk-nunjuk...dan dia bagitau urusan Pekida ialah membela umat Melayu Islam..mempertahankan mereka agar tidak dizalimi oleh musuh sebagaimana di Palestin dan Bosnia...menjaga kebajikan umat Islam Melayu...tapi katanya.

Sungguh malang apabila golongan muda sekarang ini yang menyalahgunakan dasar Pekida yang banyak merosakkan imej pekida dengan sikap dan tigkahlaku yang cukup menyedihkan..oleh itu kepada ayahanda-ayahanda...abanglong...otai=otai Pekida tolonglah pastikan anak buah ini mendapat ilmu agama dan tarbiyah Islam yang secukupnya agar Pekida menjadilebih bermakna dan selari penubuhannya dengan tuntutan Islam..dihormati dan boleh diharap sebagai pelindung kepada orang yang lemah...agar Pekida ini tidak disalahgunakan sebagai suatu kumpulan samseng Melayu..yang sah di sisi undang-undang.

Sumber dari: Komuniti Perisik Rakyat       

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 03:06 PM | Show all posts
tapisan yang dimaksudkan adalah secara menyeluruh berkaitan kelayakan umur, kewarganegaraan, dan mengikut peraturan kemasukan ahli yg ditetapkan... di samping itu penerangan juga diberikan secara am mengenai pekida... nak masuk ahli takkan gitu je... kena paham dulu le.... tak gitu... untuk keterangan lanjut sila hubungi rujukan yg berkaitan seperti di dalam post di atas... boleh juga google dan layari laman web pekida untuk maklumat... saya nak bagitau lebih lanjut pun takut tersalah informasi... kurang arif le hal pentadbiran ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:37 PM | Show all posts
so..

macam mana ngan pekida..???

skang neh ada sikit 'huru-hara' jd..

apa tindakkan ..???
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by adiktet at 28-10-2008 11:37
adik ada gak dengar pasal pekida ni.. atau  3 line.. tapi sejak di daftarkan ahli2 pekida ni cam tak ketahuan je.. sepatutnya ahli pekida ni kena la ikut halatuju dan moto "amar ma'ruf nahi mungk ...

mummy setuju sangat kata2 adik ni...
Ahli sekarang banyak yg terpesong dari tujuan sebenar...
susah nak jumpa ahli yang btul2 Amar Makruf Nahi Mungkar... tapi yang NAhi Ma'ruf Amar Mungkar mmg ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 03:48 PM | Show all posts
tindakan mendenye encik selendang merah oii... undang-undang ada... pekida ni NGO je... pertubuhan bukan kerajaan... bukan penguatkuasa mana-mana jabatan kerajaan... mana ada kuasa mende... setakat bantahan secara aman ke.. serah memorandum ke... kira mende yang aman damai le... setakat yg mampu le... nak bertindak lebih dari batas undang-undang.... tu bukan pekida tu... orang lain tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:47 PM | Show all posts
yerp..

btol btol...btol..

pekida ada pengaruh untuk menentang benda2 macam 2...

bleh buat @ tidak jew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 06:04 PM | Show all posts
ermm ... salam sekalian sedara
cam2 hal leh dengar klu berbicara pasal pekida ...
sampai terlupe mane sepatutnya yg dipegang , "PEKIDA" ke 30 yg djunjung ...
kadang2 taksubnya melampau , "aku la pekida"
nak menjadi ahli PEKIDA aku kire semua bangsa melayu islam dalam malysia ni layak ...
tapi sapa yg layak nak bergelar 30@ahli sabilillah ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 11:53 AM | Show all posts
Ahli Pekida dihukum gantung
30/03/2009 10:49am

SHAH ALAM 30 Mac - Seorang lelaki suku Suluk dari Sabah yang juga ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang lelaki Bajau.

Irwan Amat, 32, sebelum ditangkap bekerja sebagai penarik kereta didakwa membunuh Jibal Salim, 34, buruh, pada pukul 9 malam, 16 Oktober2003 di ruang letak kereta antara blok Anggerik dan blok Cempaka,Country Homes Rawang dekat sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa menikam Jibal sebanyak sembilan kali menggunakan senjata tajam hingga isi perut mangsa terburai. Mangsa mengalami kecederaan dalaman dan pendarahan serius. Doktor yang menjalankan bedah siasat keatas mayat mangsa mengesahkan bahawa tali perut, usus besar, salur kencing terpotong hingga menyebabkan berlaku kebocoran air kencing. -Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 11:17 AM | Show all posts

Balas #618 Syd\ catat

macam 2 laa dunia..

huhuh..

nama pekida gak yg buruk...

hawhawhawhaw
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:42 PM | Show all posts
ntahnya... nama pekida gak yg kena sebut... time org lain kena hukum gantung taknak plak dia sebut org tu ahli pbsm ke pengakap ke mende ke... hehehe....

ahli pekida tu manusia biasa je.... buat silap tu adat le... tapi bukan le mencerminkan keseluruhan ahli dan pertubuhan itu sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.191569 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list