Gadis_Venus This user has been deleted
|
KETUA POLIS: ORANG RAMAI TAK HARUS RASA TAKUT
MUAR: Polis Johor memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negeri itu terkawal biarpun beberapa kes jenayah, termasuk rogol, samun berkumpulan dan rompakan, dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif, menegaskan kes-kes jenayah yang berlaku di sesebuah negeri itu tidak semestinya menggambarkan tahap keselamatan di negeri itu kian longgar, sebaliknya polis sentiasa meningkatkan kawalan bagi memastikan ketenteraman awam terjamin.
Menurut beliau, kes-kes jenayah yang berlaku di negeri itu tidak bermakna negeri Johor, khususnya di Johor Bahru, tidak lagi selamat dan menjadi sarang penjenayah.
'Orang ramai seharusnya tidak berasa takut dengan kegiatan jenayah yang berlaku di negeri ini kerana polis sering meningkatkan rondaan dan kawalan bagi memastikan pencegahan jenayah dapat dilaksanakan.
'Walaupun jenayah tetap berlaku, terutamanya jenis jenayah kekerasan seperti rogol dan samun, polis telah berjaya menyelesaikan lebih daripada 50 peratus kes jenayah pada setiap bulan,' katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Mohd Mokhtar, berkata polis telah mengenal pasti beberapa suspek yang terbabit dalam beberapa kes kegiatan jenayah kekerasan, termasuk samun dan rogol berkumpulan, yang dilaporkan berlaku di negeri itu baru-baru ini.
Katanya, usaha lebih lanjut sedang dijalankan oleh sepasukan polis dari Johor Bahru Selatan untuk mengesan dan memberkas penjenayah terbabit tidak lama lagi.
Beliau turut mendedahkan polis Johor telah menerima lebih 400 kereta peronda baru selain mengambil sejumlah 1,000 anggota polis baru untuk meningkatkan tahap keselamatan di negeri ini. - Utusan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
LULUSAN AL-AZHAR PENGIKUT AYAH PIN DISURUH TAUBAT
KUALA TERENGGANU: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Muhamad Abdullah kelmarin menasihati seorang bekas ustazah, Kamariah Ali, 56 tahun, yang menghadapi tuduhan murtad, agar bermuhasabah diri berhubung tindakannya mengisytiharkan dirinya keluar Islam.
Hakim Muhamad menegaskan sebagai seorang bekas ustazah lulusan Universiti Al-Azhar, yang merupakan universiti tertua dunia, dia tidak sepatutnya melakukan tindakan tersebut.
Kes ini amat mengejutkan masyarakat di Malaysia kerana ia membabitkan bekas pelajar universiti yang melahirkan begitu ramai ulama dunia, katanya.
Kamariah adalah pengikut kumpulan ajaran sesat Ayah Pin.
'Sebelum kes ini selesai, ingat diri, asingkan diri ke tempat lain, sebab banyak orang sudah beri peluang (bertaubat). Mahkamah Kota Bharu pun sudah beri peluang tetapi masih belum berubah.
'Ingatlah kita ini mahu ke mana, kita ini dari mana,' katanya semasa mendengar perbicaraan kes Kamariah yang didakwa mengaku bukan Islam bagi mengelakkan tindakan diambil ke atasnya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Kamariah dituduh membuat kenyataan keluar Islam di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Sidek kira-kira 12.50 tengah hari pada 21 Julai 2005 di bilik bicara Mahkamah Rendah Syariah Besut di sini.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 ($2,214) atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Sebelum itu, semasa soal balas oleh peguam, Kamariah mengakui pernah menghadiri majlis taubat anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun dia tidak bertaubat. - Utusan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
KL SETUJU BINA SALURAN PAIP MINYAK RENTAS SEMENANJUNG
KUALA LUMPUR: Malaysia bersetuju untuk membina saluran paip minyak rentas semenanjung, dari Kedah ke Kelantan, yang menelan kos AS$7 bilion ($10 bilion), bagi menyalurkan minyak dari Asia Barat ke negara-negara Asia Timur, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.
'Ya, kami bersetuju dengan saluran paip itu,' kata beliau.
Menurut Datuk Seri Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, projek saluran paip itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan Koridor Utara.
'Kerajaan sentiasa mahu terus membangunkan kawasan itu dan projek ini juga turut melibatkan Koridor Timur,' katanya.
Syarikat pengangkut petroleum Malaysia, Trans-Peninsula Petroleum Sdn Bhd, dilaporkan merancang untuk melabur AS$7 bilion bagi tempoh lapan tahun untuk membina saluran paip minyak mentah bagi membantu kapal-kapal mengelak melalui Selat Melaka yang sibuk untuk ke bahagian timur.
Projek sepanjang 300 kilometer itu akan melibatkan pembinaan dua kilang penapis dengan saluran paip merentasi tiga negeri, menghubungkan Yan di Kedah ke Bachok di Kelantan.
Menurut akhbar setempat, apabila fasa pertama pembinaan yang menelan belanja AS$2 bilion selesai, saluran paip itu boleh menyalurkan dua juta tong minyak sehari.
Buat masa ini, kapal tangki minyak dari Timur Tengah perlu melalui Selat Melaka dan melepasi Singapura sebelum ke negara-negara utara seperti Jepun, China dan Korea Selatan. - Bernama, Reuters. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
PELAJAR JUAL TUBUH HANYA UNTUK 'TOP UP' KAD TELEFON
KUALA LUMPUR: Segelintir pelajar didapati meminta pelanggan hanya menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bernilai RM10 ($4.43) untuk satu khidmat seks.
Inilah fenomena terbaru kegiatan hujung minggu golongan yang lebih dikenali sebagai gadis 'top up' (tambah nilai).
'Kami masih bersekolah dan perbuatan ini hanya sekadar untuk bersuka-suka selain dapat menampung kos membeli kad telefon prabayar,' kata Sue (nama samaran) seorang remaja perempuan yang menawarkan khidmat seks bagi menampung kos tambah nilai kad prabayar telefon.
Kebanyakan remaja sepertinya masih di bangku sekolah dan mengambil jalan mudah mendapatkan kad tambah nilai prabayar daripada lelaki yang dikenali melalui laman sembang Internet.
'Selalunya saya dibawa lelaki ini ke rumah sewa mereka dan kadangkala kami hanya bersiar-siar di ibu kota atau menonton wayang.
'Kegiatan ini dilakukan setiap kali cuti hujung minggu dan kebanyakan pelanggan kami adalah Mat Motor,' katanya, yang terus aktif menjalankan kegiatan itu bersama beberapa rakannya yang juga masih bersekolah.
Sue berkata ada juga rakannya yang menawarkan khidmat sembang seks melalui telefon.
Gadis berusia 17 tahun ini berkata perbuatan kejinya bermula ketika dia melayari Internet dan mengenali seorang lelaki berusia 20-an di laman sembang lalu mereka bertukar nombor telefon. Hubungan mereka berdua bertahan hampir setahun sebelum dia mengetahui bahawa teman lelakinya itu berlaku curang.
Rentetan daripada kejadian itu, Sue mengakui kecewa dengan sikap teman lelakinya itu dan mengambil jalan mudah dengan menjual tubuh kepada sesiapa yang sanggup membelikannya kad prabayar disebabkan ketagihan seks. - Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Nafi abai kaum India
SHAH ALAM: Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Seri S. Samy Vellu, menyifatkan dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau mengabaikan kebajikan kaum India sebagai tidak peka dengan perubahan semasa.
Menurutnya, kerajaan telah banyak menyediakan rancangan dan program bagi membangunkan taraf hidup kaum India, termasuk pekerja estet, meliputi pendidikan, pekerjaan dan peluang ekonomi. - Utusan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Kembar dijel curi serbuk kopi
KUALA LUMPUR: Pasangan kembar Hassan dan Hussein Musawari semalam dihukum penjara masing-masing lapan bulan dan tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah mencuri tiga paket serbuk kopi di sebuah pasar raya, awal tahun ini.
Kembar 49 tahun itu, kedua-duanya buruh kasar, mempunyai 16 rekod jenayah mencuri dan 12 kesalahan dadah, antara tahun 1976 dan 2002.
Mereka ditahan pemilik pasa raya itu setelah melihat Hassan mencuri dan menyorok dua paket serbuk kopi dalam poket seluarnya. Satu paket lagi disorok dalam jaket yang dipakai Hussein.
Kembar 49 tahun itu ada rekod jenayah. - Bernama. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Tolak usul kem khas bagi wanita
SEREMBAN: Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) menolak usul menubuhkan kem khusus bagi pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikendalikan sepenuhnya jurulatih dan kem komandan wanita kerana ia tidak praktikal dan mendapat bantahan ramai.
Pengerusi MLKN, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kajian dan maklum balas ibu bapa dan pelatih mendapati majoriti tidak menerima usul itu. - BHM |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Arah beri pelajar stok susu baru
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mengarahkan pembekal susu ke sekolah di Perlis, Kedah, Pahang dan Terengganu menggantikan stok susu di bawah program Bantuan Susu Sekolah dengan bekalan baru.
Ini berikutan ujian Kementerian Kesihatan mendapati pencemaran pada susu itu setelah beberapa kes pelajar keracunan makanan setelah meminumnya. - Bernama. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Loceng kebakaran bawa berita panas
NOTHUMBERLAND (England): Pengurusan sebuah pusat beli-belah di sini membunyikan loceng amaran kebakaran bagi mengumpulkan semua kakitangan di padang letak kereta semata-mata untuk mengumumkan pemecatan sebahagian daripada mereka.
Seramai 140 pekerja yang berkumpul di luar bangunan berasa kecewa apabila mendapati tiada kebakaran, sebaliknya pengurusan cuma ingin memberitahu berita pemecatan mereka.
Seorang anggota parlimen wilayah menyifatkan tindakan majikan itu sebagai kejam. - Agensi. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Patah semangat masuk politik dek telefon
LANSING (Michigan): Menjadi gabenor di Amerika Syarikat tidak semestinya menyeronokkan.
Ini dirasai seorang pelajar sekolah tinggi, Katie Kamar, kerana telefon bimbit yang dibelinya lima tahun dulu memakai nombor yang pernah digunakan Gabenor Michigan, Cik Jennifer Granholm.
Pelajar 18 tahun itu menerima enam panggilan untuk Cik Granholm setiap hari.
"Menjadi gabenor satu penghormatan. Tetapi telefon saya berdering setiap masa. Pengalaman ini mematikan semangat untuk masuk politik," kata Kamar, yang ditukil akhbar Detroit Free Press. - AP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Dua labah-labah masuk dalam telinga
ALBANY (Oregon): Bunyi seakan bertih digoreng tanpa minyak dalam telinga seorang budak lelaki sembilan tahun ternyata disebabkan dua labah-labah.
"Binatang itu berjalan pada gegendang telinga saya," kata Jesse Courtney.
Seekor labah-labah masih hidup selepas Dr David Irvine memasukkan air ke dalam telinga kiri budak itu, manakala seekor lagi mati sewaktu disedut keluar.
Cik Diane Courtney, berkata anaknya mengadu mendengar bunyi letupan samar dalam telinganya seakan "Rice Krispies'.
Jesse menyimpan bangkai dua labah-labah itu sebagai cenderamata. - AP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
NILAI TAMBAH PERANCIS PADA SARKOZY
SEJAK awal-awal lagi sudah dijangka pendukung nilai konservatif Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, mengatasi calon presiden wanita pertama dari Parti Sosialis Cik Segolene Royal. Kelmarin angka kemenangan tadi ialah 53.2% berbanding dengan 46.8%. Encik Sarkozy kini sah menggantikan Encik Jacques Chirac di istana Elysee. Kejayaan itu juga memberikan Parti Majoriti Popular (UMP) pimpinan Encik Sarkozy itu suatu kelebihan pada pilihan raya parlimen pada 10 dan 17 Jun depan. Ini bermakna kemenangan bagi haluan kanan akan mendorong suatu dorongan besar bagi program pemodenan dan liberal yang dijanjikan beliau.
Anak seorang pendatang Hungary dan beribukan wanita dari keturunan Yahudi, Encik Sarkozy menampilkan perawakan tokoh berazam besar yang meningkat dari politik akar umbi. Beliau pernah menjadi menteri dalam negeri yang telah mengutuk tindakan merusuh besar-besaran anak muda yang majoriti dari keluarga Muslim itu sebagai 'hampas'. Dalam pada itu, beliau yang mendorong pembentukan sebuah Majlis Agama bagi umat Islam, minoriti terbesar Perancis. Beliau menegaskan pemisahan antara agama dan pemerintah. Tetapi pada masa yang sama, beliau mendesak pemerintah Perancis agar membantu institusi Islam demi mengatasi jurang kaya miskin dan menyerap Muslim ke dalam arus nasional.
Tindakan Encik Sarkozy yang dinanti-nantikan tentulah memperkukuh pelaksanaan undang-undang, menghapuskan amalan kurang bersaing seperti bekerja minimum 35 jam sehari dan mogok kesatuan yang melumpuhkan ekonomi. Walaupun Perancis dianggap negara paling maju di Eropah, namun daya saingnya terus merosot. Ia menampung pengangguran setinggi 9 hingga 10 peratus dan mempunyai amalan sistem kebajikan yang merugikan ekonominya.
Oleh itu, Encik Sarkozy perlu membuktikan jiwa kebangsaannya tanpa mengetepikan hak kaum minoriti dan membela gerakan pekerja tanpa meminggirkan kepentingan majikan. Dari segi dasar luar pula, Perancis pimpinan Chirac pernah menyentap Amerika Syarikat kerana menyerang Iraq. Encik Sarkozy telah berikrar untuk berbaik dengan Amerika. Namun apakah ini akan bermakna Kesatuan Eropah yang amat dipengaruhi oleh Perancis dan juga Jerman, akan berubah haluan? Perancis hanya dapat berperanan secara berkesan apabila keadaan dalam negerinya padu lagi kukuh. Encik Sarkozy akur akan hal ini. Di tangannya kini, suatu tugas yang amat mencabar. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
HARAPAN KABINET BARU YUDHOYONO
Oleh
Nahar Azmi Mahmud
Penulis Khas
SETELAH kepopularan pemerintahnya merosot sejak dua tahun terakhir ini, memang sudah lama dijangka Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, perlu merombak kabinetnya.
Namun rombakan itu terbatas pada lima menteri yang digugurkan dan dua yang dipindahkan, sebagaimana diumumkan semalam.
Ia diharap akan meningkatkan kecekapan pemerintahannya yang tinggal kurang dua tahun.
Menurut mantan ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) dan bekas calon presiden, Dr Amien Rais, masalah besar Dr Yudhoyono ialah kurang tegas dan terlalu berhati-hati.
Dr Yudhoyono, 58 tahun, mantan jeneral, memimpin sebuah perikatan yang terdiri daripada beberapa parti, terutama Golkar, parti terbesar dalam Dewan Perwakilan Rakyat (parlimen) Indonesia. Parti Demokrat pimpinan Dr Yudhoyono antara terkecil di Indonesia.
Golkar pula diketuai Naib Presiden, Encik Jusuf Kalla, yang sering disebut-sebut terlalu 'cekap' sehingga mengatasi batas kuasanya. Akibatnya, ramai pihak menuduh beliau mencabar bosnya, Dr Yudhoyono.
Dalam pada itu, Dr Yudhoyono menghadapi ombak demi ombak cabaran yang paling besar bagi mana-mana presiden Indonesia.
Cabaran itu bermula dengan tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004 (dua bulan selepas beliau mengangkat sumpah sebagai presiden keenam Indonesia).
Ia diikuti dengan gempa di Sumatera, letusan Gunung Merapi, gempa di Jawa Tengah, letusan lumpur panas di Jawa Timur dan seterusnya.
Dalam pada itu, ancaman pengganasan terus mencengkam dengan pengeboman di Bali (2005). Bahkan sesudah pakar bom Azahari Husin terbunuh, Jemaah Islamiyah masih terus mengukuh di Indonesia.
Ancaman malar segar Indonesia tentulah rasuah. Walaupun perjanjian ekstradisi sudah dimeterai dengan Singapura, ramai pihak berpendapat masalah rasuah sudah lama berakar di Indonesia sehingga penipu boleh keluar masuk tanpa dapat dijebak.
Namun beberapa pemerhati politik berpendapat kabinet perlu bertindak profesional, cekap dan bersih dalam mengatasi pelbagai masalah negara yang rumit.
Dengan penduduk sekitar 235 juta hingga 240 juta jiwa, kadar pengangguran Indonesia sekitar 12.5 peratus. Kadar kemiskinan mutlak (yang ada wang kurang $1.50 sehari untuk hidup) sekitar 18 peratus.
Dek tertekan oleh defisit belanjawan negara, Dr Yudhoyono telah mengurangi subsidi minyak. Namun golongan miskin mendapat pelbagai bentuk bantuan, termasuk persekolahan anak mereka.
Baru-baru ini dalam laporan Panel Antara Pemerintah mengenai Perubahan Iklim (IPCC), Indonesia disebut-sebut sebagai negara keempat pencemar udara terbesar di dunia yang mengakibatkan pemanasan jagat.
Difahamkan, setiap hari kebakaran hutan dan lahan (ladang) Indonesia seluas 300 padang bola sepak.
Pemerintah Indonesia mendakwa angka tadi diperbesar. Pembakaran itu bertujuan memugar kawasan hutan untuk ditanami kelapa sawit atau meluaskan ladang.
Namun tidak dinafikan berlaku kegiatan pembalakan haram dan pengabaian terhadap sekitaran. Saban tahun selama sedekad ini jerebu daripada pembakaran hutan dan lahan di Indonesia telah menyesakkan udara rantau ini.
Bukanlah pertama Dr Yudhoyono merombak kabinetnya. Namun beliau tidak dapat melakukan secara besar-besaran kerana partinya bukan majoriti di parlimen.
Ada pihak berpendapat bahawa rombakan tadi bukan sekadar menggantikan menteri yang lemah tetapi atas desakan parti-parti yang mahukan orang-orang mereka di persada kepimpinan Indonesia.
Menurut kalangan politik Dr Yudhoyono kini ada rancangan untuk menggantikan atau menggilir-gilirkan menteri demi memastikan kecekapan tinggi.
Kelakonan buruk para menteri, seperti Setiausaha Negara, Encik Yusril Ihaza Mahendra, dan Menteri Keadilan dan Hak Asasi Manusia, Encik Hamid Awaluddin, sudah seharusnya ditangani awal-awal lagi.
Media Indonesia mendedahkan bahawa kedua-dua menteri itu terbabit dalam pemindahan wang berjumlah AS$10 juta ($15.2 juta) kepada Hutomo 'Tommmy' Mandala Putra, anak mantan Presiden Suharto.
Tommy masih dipenjara kerana kes pembunuhan seorang hakim tetapi hukumannya terus diringankan.
Tentulah jika ada menteri sering sakit, seperti Menteri Dalam Negeri, Encik Mohamad Ma'ruf, maka penggantian segera perlu dibuat.
Selain Golkar, Dr Yudhoyono mendapat sokongan Parti Kesedaran Kebangsaaan (PKB). Parti Mandat Kebangsaan dan Parti Kemakmuran dan Keadilan serta Parti Pembangunan Perpaduan (PPP).
Kegagalan Dr Yudhoyono telah dikritik oleh pembangkang, terutama Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) pimpinan Megawati Sukarnoputi, yang pernah bersaing dalam pilihan raya presiden 2004.
Dr Amien telah mengingatkan bahawa Dr Yudhoyono perlu proaktif dengan menggantikan menteri yang terbukti melakukan pelanggaran susila seperti rasuah dan silap tadbir.
Bahkan seorang pemimpin PDI-P, Encik Agus Condro Prayitno, menyifatkan rombakan tadi sebagai bukti dan pengakuan Dr Yudhoyono akan kesilapannya menempatkan orang yang bukan ahli dan komited dalam kabinetnya.
Dengan hutang luar negara sebesar AS$134 bilion dan masa yang kian suntuk, Dr Yudhoyono perlu segera membetulkan keadaan.
Malah peluangnya untuk mengekalkan jawatannya dalam pilihan raya presiden kurang dua tahun lagi mungkin tersekat. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
MENYINGKAP MEMOIR HABIBIE
NAMA Bacharuddin Jusuf Habibie, atau BJ, presiden ketiga Indonesia, masih dalam ingatan.
Beliaulah yang memberi jolokan 'titik merah kecil di Khatulistiwa' kepada Singapura sewaktu hubungan dua negara di tahap mencabar.
Kisahnya dalam menjadi presiden Indonesia, menggantikan bapa angkat dan mentornya, Suharto, tersingkap dalam memoirnya, Detik-Detik yang Menentukan: Jalan Panjang Indonesia menuju Demokrasi.
Ia terjemahan memoirnya dalam bahasa Inggeris, Decisive Seconds, yang diterbitkan Oktober lalu dan mendapat liputan agak meluas di negaranya. Namun. beliau kini lebih banyak menghabiskan masa di luar negara, terutama Jerman.
Memoir ini diawali dengan kemelut dalam proses penggantian kepemimpinan Presiden Suharto kepada Habibie, timbalannya. Prolog ditulis pasukan editor yang dipilih Pak Habibie, sementara bahagian isi buku, iaitu bab satu hingga empat, ditulis sendiri oleh beliau.
Dalam bab pertama, beliau menceritakan berapa kejadian yang menjadi penentu pada saat menjelang pengunduran Presiden Suharto. Dalam bab kedua pula kisah 100 hari pertama pemerintahannya.
Dalam bab ketiga, beliau mengupas secara mendalam hal-hal mendasar yang dilakukan pada masa pemerintahannya, termasulah pilihan raya umum Indonesia dan sidang istimewa Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR); perbankan dan ekonomi; masalah Timor-Timur dan autonomi daerah, dan tentang mantan Presiden Suharto.
Puncak memoir ini pada bab keempat, yang memaparkan hal-hal penting dalam tempoh 100 hari menjelang terpilihnya presiden keempat Republik Indonesia, Encik Abdurrahman Wahid, atau Gus Dur.
Epilog buku ini memaparkan analisis mendalam mengenai latar belakang pelbagai dasar dan taktik yang dilakukan oleh Pak Habibie dalam menangani pelbagai krisis selama 17 bulan.
Beliau tidak mengakui kesilapannya membebaskan Timor Timur (kini Timor Leste) menurut pungutan suara yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau menyangka penduduk pulau bekas jajahan Portugis itu akan lebih memilih Indonesia - meleset sangkaannya.
Pak Habibie melukiskan keadaan menjadi presiden sebagai: 'Saat itu ibaratnya kita dalam bas yang sedang laju. Tiba-tiba supirnya kena serangan jantung. Sebagai wakil supir, saya langsung mengambil alih kemudi. Penumpang gempar, sebagian berteriak, belok kiri. Sebagian bilang, ambil jalan kanan, lainnya menyarankan, tetap jalan lurus. Mereka yang di luar bas juga ikut berkomentar, balik saja jalannya buntu.'
Habibie tidak segan-segan merakamkan dialognya dengan Uskup Bello, tokoh berpengaruh di Timor Timur.
Tanpa Pak Habibie mungkin Indonesia di tangan Jeneral Wiranto atau menantu Presiden Suharto, iaitu Prabowo Subianto (juga seorang panglima).
Pak Habibie menyatakan memoir ini, yang terbit tujuh tahun setelah beliau melepaskan jawatan presiden, diharap menampilkan peranannya dengan perspektif yang betul.
Apakah memoir ini berat sebelah? Ternyata pengulas di Indonesia menyifatkan beliau sebagai naif atau lurus bendul. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
DUA WANITA DALAM KEMELUT BANGLADESH
DI MANA letaknya 'kelakian' pemerintah sementara Bangladesh?
Itulah persoalan panas di negara 150 juta jiwa itu, yang hampir separuh, iaitu 45 peratus, penduduknya hidup papa, mempunyai kurang $1.50 sehari.
Pada mulanya, Presiden Iajuddin Ahmed, yang disokong tentera, mengharamkan dua tokoh politik wanita yang bermusuhan sehingga menjejas pembangunan negara itu. Ketua Parti Liga Awami, Sheikh Hasina Wajed (perdana menteri 1996 dengan 2001), dilarang pulang selepas mengunjungi Amerika Syarikat.
Pemerintah juga seharusnya mengenakan sekatan terhadap ketua Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) dan mantan perdana menteri, Cik Begum Khaleda Zia, dengan membuangnya ke Arab Saudi. Amerika enggan menerima Sheikh Hasina, manakala Arab Saudi menolak Cik Zia.
Cik Khaleda, pemimpin Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP), baru melepaskan teraju perdana menteri. Buat beberapa minggu beliau dikenakan tahanan di rumah tetapi kemudian perintah itu ditarik balik.
Sebelum ini, beliau bersetuju untuk keluar negeri secara sukarela dengan harapan pemerintah akan bersikap lebih lembut terhadap dua anak lelakinya yang menghadapi tuduhan rasuah.
Sheikh Hasina juga dikatakan bakal dikenakan pelbagai tuduhan, seperti terlibat dalam kes pembunuhan dan peras ugut semasa pilihan raya lalu.
Kedua-dua wanita itu bermusuhan sejak lama.
Sheikh Hasina puteri Sheikh Mujibur Rahman, bapa kemerdekaan Bangladesh yang terbunuh dalam rampasan kuasa tentera pada 1975.
Ketua keduta itu ialah suami Cik Khaleda, Jeneral Ziaur Rahman. Setelah Bangladesh kembali ke tangan pemerintah awam pimpinan Sheikh Hasina, mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada para pendukung kudeta itu.
Namun sehingga kini tiada seorang pun sudah dijatuhi hukuman mati.
Bangladesh terus diamuk tunjuk perasaan ganas dan pemulauan parlimen oleh para penyokong dua wanita it. Akibatnya pilihan raya parlimen terpaksa ditunda.
Kegenjotan ini diperburuk oleh pelbagai petaka alam, terutama taufan dan banjir. Akibatnya, sejak merdeka pada 1971 hingga kini ia masih terperuk dan antara negara termiskin di dunia.
Kedua-dua wanita mantan pemimpin Bangladesh itu telah dituduh menyalahgunakan kuasa dan tidak mentadbir Bangaladesh dengan jujur dan cekap semasa berkuasa dulu. Namun Presiden Iajuddin dan tentera tampak lemah menghadapi tekanan para penyokong Awami dan BNP.
Sebagai ketua pemerintah sementara Bangladesh, Encik Iajuddin telah memerintahkan para pegawai bank utama di negara itu supaya menyerahkan semua kira-kira kewangan bagi kedua-dua pemimpin itu.
Bank pusat negara itu juga akan diminta supaya mendapatkan daripada bank-bank lain kira-kira kewangan semua anggota keluarga daripada kedua-dua pemimpin itu.
Ramai rakyat di Bangladesh telah menyalahkan pertikaian dan permusuhan sengit antara dua parti politik terbesar yang dipimpin Sheikh Hasina dan Cik Khaleda. Bangladesh mempunyai rekod rasuah antara terburuk di dunia.
Pemerintah sementara Bangladesh pada mulanya berharap apabila dua pemimpin yang terlibat itu dibuang negeri, ada kemungkinan pemulihan politik dapat dilaksanakan.
Namun tiada negara yang mahu menerima suaka dua wanita itu.
Sejak perisytiharan pada 11 Januari lalu, pemerintah sementara Bangladesh menghadapi kemelut yang amat mencabar.
Demi membersihkan rasuah, ia menangkap lebih 150 tokoh politik, pegawai tinggi pemerintah dan peniaga. Senarai ini termasuk beberapa mantan menteri yang berkhidmat dengan pemerintah-pemerintah lalu.
Sudah ada tanda-tanda positif keadaan di Banglgadesh hampir kembali pulih saperti biasa berikutan dengan tindakan pemerintah yang ada sekarang.
Keadaan ini menurut beberapa orang penganalisis politik amat berbeza daripada suasana semasa dua parti politik terbesar yang senantiasa bertikai dan melumpuhkan ekonomi di ibu kota Dhaka itu memerintah.
Bangladesh perlu membangun dengan cepat untuk bersaing dengan negara-negara jiran dalam rantau Selatan Asia.
Kebanyakan rakyat biasa sudah tidak ambil berat tentang siasah dan isu hak asasi, menurut media negara itu. Walaupun berdiri di belakang Presiden Iajuddin, tentera tampak keberatan menonjolkan peranannya demi memelihara imej demokrasi Bangladesh.
Terdapat tanggapan pemerintah sekarang perlu berkuasa untuk setahun lagi demi memastikan penggubalan undang-undang dan pengukuhan institusi yang bebas daripada rasuah. Hanya selepas perubahan teguh terlaksana, barulah Bangladesh bersedia menghadapi satu pilihan raya umum yang baru.
Sejak beberapa tahun ini, Bangladesh turut dicengkam gerakan pengganasan yang mengakibatkan pengeboman di beberapa kawasan. Namun para pengamat berpendapat ini hanya gertakan.
Semasa mengambil alih kuasa pada Januari lalu pemerintah sementara telah melaksanakan hukuman mati ke atas enam militan. Langkah ini dianggap penting supaya golongan pelampau agama tidak membuat kacau dan mengeruhkan suasana politik di negara itu.
Presiden Iajuddin telah berikrar akan mengadakan pilihan raya umum pada akhir tahun depan.
Tetapi apakah dua wanita tadi akan berdiam diri saja? |
|
|
|
|
|
|
|
Taxi rams into pub, injures two pedestrians
SINGAPORE : Two pedestrians were injured when they were hit by a taxi which rammed into the entrance of a pub at Kampong Bahru Road.
Police said the accident happened at about 11pm on Monday.
The taxi had apparently collided with a car, went up a curb and hit another stationery van before stopping at the front part of the pub.
The two pedestrians suffered leg injuries and were sent to the Singapore General Hospital which is near the accident site.
The taxi driver, his passenger as well as the passengers of the other vehicles were not hurt.
The front part of the pub was also damaged.
Police are investigating. - CNA /ls |
|
|
|
|
|
|
|
BANK ISLAM PERTAMA DI SINI DILANCAR
IB Asia mula operasi Isnin, lembaga pengarah tokoh terkemuka
Oleh
Norhaiza Hashim
IMPIAN Singapura untuk mempunyai sebuah bank Islam tercapai.
Semalam, DBS Bank melancarkan The Islamic Bank of Asia (IB Asia) selepas menerima kelulusan rasmi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bagi sebuah lesen bank penuh.
Ia akan memulakan operasi bank secara rasmi Isnin depan di tingkat satu ibu pejabat DBS di Bangunan DBS Tower One.
DBS pemegang saham terbesar IA Asia, menguasai 60 peratus sahamnya, sementara baki 40 peratus saham dimiliki 22 kumpulan terdiri daripada keluarga ternama dan kumpulan perusahaan dari negara-negara Timur Tengah seperti Bahrain, Kuwait, Arab Saudi dan Oman.
Anggota Lembaga Pengarahnya bukan calang-calang. Pengerusinya, Encik Abdulla Hasan Saif, adalah Penasihat Ehwal Ekonomi kepada Perdana Menteri Bahrain; sementara lapan anggota lain termasuk mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) SingTel, Encik Lee Hsien Yang, dan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi.
IB Asia akan mempunyai modal berbayar permulaan sebanyak AS$418 juta ($631 juta), tetapi ini akan ditambah kepada AS$500 juta dalam beberapa minggu mendatang.
Dalam majlis pelancarannya di Hotel Raffles semalam, CEO DBS Bank, Encik Jackson Tai, berkata tumpuan awal bank itu ialah perbankan komersial, kewangan korporat, pasaran modal dan pengurusan kekayaan privet di Asia.
'Singapura hentian bagi pelabur dari Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan aliran modal ke Asia. Dengan latar belakang ini, The Islamic Bank of Asia berada dalam kedudukan baik di Singapura, pusat kewangan Asia terkenal dengan pengawalan korporat dan perundangan berkesan,' kata Encik Tai, yang juga naib pengerusi bank itu.
Encik Abdulla Hasan Saif yakin kekuatan IB Asia terletak pada 'kekuatan DBS dan Penguasa Kewangan Singapura sebagai pengawal perundangan' yang disegani di mata dunia, walaupun ia perlu bersaing dengan bank-bank Islam lebih mantap di dunia, seperti Kuwait Finance House dan CIMB Islamic.
Yang jelas, pasaran runcit di Singapura bukan tumpuan IB Asia, kata Encik Tai sambil menambah bank itu tidak akan menawarkan akaun simpanan Al-Wadiah untuk pasaran umum buat masa ini.
DBS, yang ada cawangan di Dubai, telah pun menawarkan produk Islam, termasuk mengumpulkan AS$1 bilion bersama bank-bank lain bagi kemudahan Murabaha untuk Bank Arcapita di Bahrain.
CEO IB Asia ialah Encik Vince Cook, 45 tahun, mantan pengarah urusan Barclays Capital di Dubai yang juga mantan pengurus besar Qatar National Bank.
Buat masa ini, IB Asia akan mempunyai 18 kakitangan tetapi ini akan ditambah kepada 60 menjelang akhir tahun ini. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Republik sumbang $2.27j, kakitangan dan kemahiran teknikal kepada projek kawal penyakit di Tangerang
Oleh
Hisham Hambari
SINGAPURA akan menghulurkan bantuan wang $2.27 juta dan kakitangan serta kemahiran teknikal kepada satu projek tiga hala bagi mengawal penyakit flu burung di Tangerang, Indonesia.
Projek itu antara lain melibatkan pemantauan kejadian flu burung dalam haiwan dan manusia, penguru san pesakit berjangkit, pengawalan penyakit dalam haiwan dan menyusun semula sistem menternak ayam itik.
Turut ditangani ialah strategi perhubungan risiko dan membangunkan daya menangani virus.
Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama itu ditandatangani di Jakarta semalam.
Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, menandatangani MOU itu bagi pihak Singapura manaka Indonesia diwakili Menteri Penyelaras Bidang Kesejahteraan Rakyat, Encik Aburizal Bakrie.
Dalam ucapannya di majlis memeterai MOU itu, Encik Khaw berkata kerjasama itu turut menandakan kesungguhan pemimpin dua negara ini untuk memerangi flu burung secara bersama.
Projek tiga tahun yang dianggar menelan belanja $6.82 juta itu turut disertai Amerika Syarikat dan disokong badan-badan antarabangsa.
Idea bagi projek itu dicetuskan tiga negara tersebut di pinggiran Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Busan, Korea Selatan, pada November 2005.
Encik Khaw dalam ucapannya juga berkata Singapura dan Indonesia telah lama menjalin kerjasama dalam bidang kesihatan awam, bermula dengan menangani penyakit malaria hingga ke masalah denggi dan kemuncaknya ketika penularan Sars pada 2003.
Para doktor Singapura turut menghulurkan bantuan apabila tsunami melanda Aceh dan Yogyakarta dilanda gempa bumi, ujarnya.
Namun, jika wabak flu burung berlaku ia dijangka memberi kesan yang lebih mendalam dan ketara.
'Berita baik ialah dunia kini berada dalam keadaan lebih baik untuk mengelak dan menangani penularan penyakit itu berbanding satu atau dua tahun lalu.
'Tetapi kerana tiada kepastian, lebih baik kita membuat persiapan yang lebih daripada kurang persiapan,' kata Encik Khaw.
Peluang mencapai kejayaan juga lebih baik jika ada kerjasama rentas sempadan, ujar beliau.
Oleh itu, Singapura akan melakukan yang terbaik dalam menyokong dan mempertingkat usaha Indonesia menangani penularan flu burung.
'Kami harap projek ini akan menghasilkan pengajaran-pengajaran berharga yang dapat digunakan di kawasan lain di Indonesia,' kata Enck Khaw. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
LAGAK BAGAI TUKANG BERSIH UNTUK CURI PINGGAN LOGAM
Oleh
Khalid Khamis
DIA berjalan dari meja ke meja, memungut pinggan-pinggan logam dan meletaknya ke dalam troli. Lagak Hussain Hassan di sebuah tempat makan itu menggambarkan dia seorang tukang bersih meja.
Tetapi, Hussain, 57 tahun, tidak membawa pinggan-pinggan itu ke tempat mencuci. Sebaliknya, dia mencuri pinggan-pinggan itu dan menjualnya.
Di Mahkamah Rendah semalam, Hussain dijatuhi hukuman penjara lima bulan kerana mencuri. Dia mengaku bersalah mencuri 34 pinggan logam di sebuah gerai makan India di Ang Mo Kio Industrial Park 2.
Hakim Daerah, Encik Aedit Abdullah, diberitahu bahawa sebelum Hussain ditangkap, seorang penyelia kantin Fung Lik Restaurant, Cik Ong Chiew Leng, telah melaporkan kepada polis tentang kejadian curi di situ.
Hussain ditangkap 30 April lalu, sekitar 10.30 malam, ketika cuba mencuri 34 pinggan dari kantin tersebut. Pinggan-pinggan itu kepunyaan seorang pemilik gerai, Encik Maniam Sinapam Kashianapan, 55 tahun.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Encik Aedit menimbangkan rekod jenayah Hussain, yang pernah ditangkap kerana pecah masuk rumah dan mencuri.
Barangan-barangan yang dibuat daripada logam kini menjadi sasaran pencuri kerana harga logam semakin tinggi. Perangkaan rasmi barangan logam bernilai lebih $3.5 juta dicuri antara Januari dengan November tahun lalu.
Kes curi barangan diperbuat daripada besi juga meningkat, sebanyak 109 peratus, atau 526 kes dalam tempoh itu berbanding tempoh sama dua tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
BELUM PASTI AKAN DIDAKWA ATAU DIBEBAS
DUA belas warga Singapura yang ditangkap kerana disyaki menceroboh masuk ke perairan Malaysia Ahad lalu ditahan sehari lagi.
Peguam bela mereka dari Johor Bahru, Encik Yen Cheng Teng, berkata kes mereka ditangguh bagi menunggu keputusan Peguam Negara sama ada mahu mendakwa atau membebaskan mereka.
Mereka, yang merupakan kaki pancing, hadir di Mahkamah Daerah Kota Tinggi semalam bagi mendengar pertuduhan ke atas mereka tetapi kes mereka ditangguh.
Mereka ditahan setelah kapal yang mereka naiki dikatakan memasuki perairan Malaysia, iaitu di sekitar enam batu nautika dari pantai Bandar Penawar, dekat Desaru.
Isnin lalu, akhbar New Straits Times melaporkan mereka cuba melarikan diri dari kapal ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan ditangkap setelah dikejar selama setengah jam.
Kapal mereka, Skip Jack II, telah dirampas pihak berkuasa Malaysia dan kini berada di jeti Jabatan Perikanan Johor.
Kapal itu, milik sebuah syarikat setempat, Chye Heng M&E Services, bertolak dari Marina Country Club di Punggol Sabtu lalu untuk memancing.
Yang ditahan ialah pengarah syarikat itu, Encik Ong Chye Heng, 49 tahun, dan rakan-rakannya yang berusia antara 26 dengan 58 tahun.
Menurut anak sulung Encik Ong, bapanya keluar memancing hampir setiap hujung minggu.
'Mereka berasa cemas apabila kapal ronda Malaysia mendekati mereka sekitar 7 pagi Ahad lalu dan cuba melarikan diri,' katanya.
Menurut beberapa pemancing pula, penanda bagi sempadan perairan Malaysia sukar dilihat terutama semasa cuaca buruk.
Menurut beberapa pemancing, jika mereka tersasar pihak Malaysia biasanya memberi amaran saja.
Sesiapa yang didapati bersalah memasuki perairan Malaysia secara haram boleh didenda sehingga RM10,000 ($4,400) atau dipenjara sehingga lima tahun. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|