CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: srumut

Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-7-2008 11:13 PM | Show all posts



senario team sapo paling kayo dalam liga cari skrg..

kg boy fc paling kaya
team koben paling....huhu

dia manager paling mencabar sbb kena rombak keseluruhan team dia
salute nko bro

[ Last edited by  srumut at 20-7-2008 11:24 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2008 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by epitome at 20-7-2008 10:55 PM

haku raser mcm nak join



ada kuota join bro
nak 8 pasukan
kalau 6 pasukan dari liga cifba* kita hanya perlukan 2 sahaja lagi

[ Last edited by  srumut at 20-7-2008 11:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 11:38 PM | Show all posts

Reply #339 luciuskorr's post

peh....adakah aku akan menjadi seperti real madrid??? membeli player tua sahaja??? tidak.......!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 11:51 PM | Show all posts
setelah pk masak2,aku x jadik nak terminate liga cifbai....aku nak lantik assistant utk mempromosi liga cifbai....ok ke idak??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 12:01 AM | Show all posts
yup bernas
yg penting aktif
ramai kalau tak aktif pun tak guna

tunggu kuota lebih bleh la join Liga Cari Xpert11 anytime
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:27 AM | Show all posts
Originally posted by srumut at 20-7-2008 23:13
senario team sapo paling kayo dalam liga cari skrg..

kg boy fc paling kaya
team koben paling....huhu

dia manager paling mencabar sbb kena rombak keseluruhan team dia
salute nko bro


iye ke? saper la pengurus dia? mesti nak beli player... semua x dpt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2008 08:25 AM | Show all posts

Team Kuku Cekam          -          HARI2MAU MAIN         
1         (0 - 0)         0


  berusahalah utk seken final match..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 10:20 AM | Show all posts


Perlawanan ke 15 dijadualkan pukul 3.30pm hari ini

1) Saro FC vs Pasukan hebat Fc
2) Team cAp AyaM vs Rocky FC
3) DonHenleyTough  vs  korr FC
4) kg boy fc  vs Saja Saja F.C
5) josekobenrossi vs Nasri Kawase FC

Preview

Match 1
Saro FC dengan kemelut pemain yang masih dibelenggu kecederaan mempunyai tugas getir bagi melayan kunjungan Pasukan hebat Fc petang ini. Tanpa kelibat Petr Cech dan Willock dua tonggak barisan benteng pertahanan dilihat bakal memudahkan barisan hadapan Pasukan Hebat Fc bagi mengecewakan pasukan tuan rumah di laman sendiri. Gandingan pemain tengah Pasukan hebat Fc seperti  Stephan Davids, Bengt-Arne-Enoksson dan Jermain Melchiot dilihat semakin berbisa.

Ramalan:
Saro FC  0   vs  Pasukan Hebat Fc 1

Match 2
Pusingan kedua menyaksikan Team cAp AyaM hanya beroleh 4 mata dari 5 perlawanan dan peluang bermain di laman sendiri bakal menguji sejauh mana mereka dapat mengekang jentera serangan Rocky FC hari ini.
Pengantungan pemain pertahanan Teofilo Manjerona dan striker Martinho Valim tampak makin sukar untuk melihat kebangkitan pasukan ini. Rocky FC pula perlu meneruskan rentak kemenangan bagi menjarakkan diri dengan pasukan lain dalam liga. Kecederaan Monty Stokoe bagi Rocky FC bukan masalah besar kerana 3 lagi penyerang bakal mengisi kekosongan tersebut.

Ramalan:

Team cAp AyaM  1   vs Rocky FC   2


Match 3
Pasukan DonHenleyTough akan bertemu korr FC di Emrates Stadium hari ini. Dengan prestasi semasa, DonHenley dilihat boleh membuat kejutan jika penyerang berbisa mereka Flavio da Rosa dengan 9 gol setakat ini meneruskan sentuhan tajamnya di pintu gol. Pasukan korr FC dengan rekod pertahanan yang  baik di tempat lawan dilihat akan menggunakan taktik serangan balas bagi mengecewakan pasukan tuan rumah.

Ramalan;

DonHenleyTough 0  - korr FC  1


Match 4

kg boy fc  vs Saja Saja F.C
Sekali lagi kg boy fc akan bermain di laman sendiri dan kali ini bakal melayan kunjungan Saja Saja F.c di Stadium Aku.
Kecederaan pemain tengah Julio Meseguer dan striker Aluino Ettien  sedikit melonggarkan barisan kg boy fc kali ini. Saja Saja F.C dengan tanpa masalah kecederaan pemain akan tampil dengan kesebelasan terbaik mereka dan perlawana dijangka sengit.

kg boy fc  1  vs Saja Saja F.C 1

Match 5

Pasukan josekobenrossi dilihat antara pasukan yang tampil dengan pemain muka-muka baru bukan lagi pasukan yang mudah untuk ditewaskan. Hari ini Nasri Kawase Fc bakal diuji di telok anson. Kebelakangan ini gandingan serangan Luis de Pedro dan Macit Koroglu dilihat semakin serasi dengan dibantu pemain jentera tengah berbisa mereka Erkan Sunal dan Ernis Burak. Nasri Kawase Fc pula tampak dibelenggu masalah penggantungan pemain seperti pemain pertahanan Roger Barcelard, pemain tengah Alexandre Fenillat dan penyerang Christopher Ader.

Ramalan:
josekobenrossi  1   vs   Nasri Kawase   0

Jangan lupa expert pools
setakat ini sudah terkumpul 200 ribu econ
jumpa di padang kul 3.30ptg nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 11:22 AM | Show all posts

Reply #347 srumut's post

rasanya ini first time ko ramal tim aku menang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by srumut at 20-7-2008 11:13 PM
http://img.photobucket.com/albums/v634/sharul/statistik-1.gif


senario team sapo paling kayo dalam liga cari skrg..

kg boy fc paling kaya
team koben paling....huhu

dia manager pal ...



bro...duit yg ado ni bleh bawak next season ke?
musim ni aku hanya mengharapkan player2 yg ade aje..
tapi next season...aku akan membuat pembelian besor2an...
nk carik bebudak seme...hahahah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 12:58 PM | Show all posts

Reply #348 koben19's post

musim ni aku dh gibab...
cuma menghabiskan game yg ado aje...
tp next season kena main sungguh2 wooo...
nnt jatuh division malu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 01:06 PM | Show all posts
ramalan beliau amat jarang tepat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by srumut at 19-7-2008 05:26 PM
list menunggu

1- trueblue fc ( aktif) daftar 2008-06-05  pahang
2- Blizzard_clocko-penang ( aktif)
3-[email protected]-KL ( aktif)
4- Eddyaisyah-kelantan ( aktif)
5-Arishan24-Sgor ( aktif) ...


tambahan 2 team lagi
13- AtomiC FC
14- Great gangga <-----ni sape ? kalau boleh nak mintak dia tukar nama team
    atau ubah jadi FC kat belakang. Do msg me pls. TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 02:48 PM | Show all posts
page mendap la pulak......
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:42 PM | Show all posts
yeayyyyy mene la pulok...

dah potong team chap ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 04:26 PM | Show all posts
kaloh lagi....huhuhu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2008 04:47 PM | Show all posts


Keputusan Rasmi Perlawanan ke 15 pukul 3.30pm tadi

1) Saro FC    2   vs Pasukan Hebat Fc   1
2) Team cAp AyaM 0   vs Rocky FC   2
3) DonHenleyTough    1  vs  korr FC   1
4) kg boy fc  0    vs Saja Saja F.C   2
5) josekobenrossi   3   vs Nasri Kawase FC   0

match 1
Saro FC mengutip 3 mata penuh hari ini apabila menundukkan Pasukan Hebat Fc 2-1 di Stamford Bridge.
Ketinggalam 0-1 menerusi jaringan Panayotis Poulios minit ke 17,
Saro FC bangkit menyamakan kedudukan melalui tandukan Luis de Souza Deco 2 minit sebelum separuh masa pertama tamat. Deco sekali lagi mengamatkan penyokong tuan rumah melalui rembatan kencang yang menhasilkan gol kedua pasukannya pada minit 82. Kegagalan Pasukan Hebat Fc mengutip mata menambahkan lagi peluang Rocky FC bagi mendakap Piala Liga Cari Xpert11 untuk musim yang pertama.

match 2
Seperti diramal, pasukan TeaM cAp Ayam bakal berdepan tugas sukar apabila melayani kunjungan Rocky FC dan buktinya mereka kecundang 0-2 menerusi jaringan Albert Forsyth dan Michael Murfin di separuh masa kedua.

match 3
Pasukan DonhenleyTough berjaya menyekat korr FC dari mengutip 3 mata penuh hari ini. Malahan mereka berjaya mendahului pasukan pelawat pada minit ke 14 menerusi rembatan kencang Denilsom Afonso . Korr FC akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 85 melalui Arthur McKechnie.

match 4
Kejutan di Stadium Aku apabila Saja Saja F.C mengejutkan pasukan tuan rumag, kg boy fc dengan kemenangan 2-0 menerusi jaringan Theirry Denys dan Vincent Privat di separuh masa kedua. Kemenangan mereka dibayar dengan kecederaan pemain pertahanan mereka David Gaulard.

match 5








Seperti diramal, pasukan sensasi ketika ini josekobenrossi berjaya mencapai kemenangan kedua di laman sendiri dan kali ini dengan kemenangan bergaya ke atas Nasri Kawase Fc dengan jaringan 3-0.Gol-gol telah dijaringkankan oleh Aral Guncar( m 10), Lee Conden (penalti minit ke 44) dan  Harun Akinci (m71)

Rocky FC hanya perlukan 1 lagi kemenangan bagi mengesahkan sebagai JUARA pertama Liga Cari Xpert11
persaingan tempat kedua dan ketiga turut tak kurang menariknya dengan Saja Saja F.C muncul bagi mengejar 3 tempat teratas

Xpert Pools dengan 400ribu econ terkumpul dikongsi oleh 2 pemenang aiatu pasukan Saro FC dan Saja Saja F.C sebayak 200ribu econ. 2 lagi pasukan kecundang di masa kecederaan

Anugerah manager paling bernilai bagi perlawana ke 15 diumumkan di bilik berita Liga
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 05:26 PM | Show all posts
bleh tukar nama team dak..suwei btul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 06:03 PM | Show all posts
pra season dua nanti no problem
xpert pool game khamis harap ramai yg turun kilatkan but try teka

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 06:21 PM | Show all posts


apo la...dh leading...tp depa berjaya menyamakan kedudukan disaat2 akhir...
always like this la...iiiieeee....

koben...ko memang makin hebak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057805 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list