i pernah tengok vcd cite indon . tak ingat tahun bila nengok nye.. yg i ingat cite tu pasal 40 hari kematian . dlm family tu ada kematian , kalau tak silap i mak dlm family tu . sebelum mati mak nye mmg ada menuntut ilmu hitam ke hapa tah . tak ingat sangat lah. so lepas mak depa tu meninggal dan dlm tempoh nk capai 40 hari tu , almost tiap2 malam `mak` depa ni mai kat umah dan dok ketuk2 tingkap bilik anak-anak dia . part nie mmg i gerun sangat sebab mmg i tengok mak depa duk dlm kain kapan dok ketuk2 tingkap . trauma gak i lps tu, gerun nk tengok tengok tingkap bilik i sendiri
1 lg cite ialah cite thailand, meat grinder tajuk nye. cite berkisar pasal sorang perempuan nie yg hidup alone dan dia nie slalu sangat berhalusinasi yg anak pompuan masih hidup sedangkan anak pompuan dia dh lama mati kena bunuh dek ex hubby dia, punca nye anak pompuan dia gi skodeng apaknye dok projek ngan gf , so apaknye marah lah, di kejarnya budak tu dan lemaskan dia dlm tong berisi air ( ex hubby + gf dia pun mati kena bunuh dek pompuan nie ) pompuan nie keje dia jual mee sup kat stall yg boleh tolak2 tu (tak tau apa nama dia) jualan dia mmg tak pernah laku . dan ada 1 hari nie hari berlaku kekacauan kat area perumahan perempuan . tp pompuan telah di selamat oleh one guy nie. lepas kekacauan tu reda, pompuan nie nk kemas2 stall dia sebab stall tu dh rosak sikit and agak bersepah.
tengah2 dok kemas2 , dia pun bukak satu compartment (yg selalu hawker dok simpan brg2 tu) and guess what ada mayat lelaki dlm tu. pompuan nie sudah gelabah tak tau nk wat ngan mayat lelaki tu. last2 dia amik keputusan tuk potong2 mayat tu dan masukkan dlam sup yg dia buat . sejak dari hari tu mee sup mmg laku keras.. and makin ramai pelanggan . pompuan ni jadi makin gila nk membunuh sampai satu hari polis serbu rumah dia dan jumpa banyak sangat sisa2 badan manusia .. at last pompuan ni masuk hospital gila . dia di sahkan gila sebab dr dia sampai dia besar dia kena dera ngn parents dia.
Salam forumer2 skalian. Sape pernah tengok cerita Mawas. Lakonan Aman shah tahun 80an. Aku nak cari balik cerita tu. Cerita tu kena ban dengan LPF . Ade sesiapa yang tahu cerita tu.
Yang citer meat grinder lebih kurang sama dgn citer china, tajuk Spicy kalau tak silap. Citer tu mengisahkan satu famili ni, ada dua anak pompuan. Yang mak, buka stall kecik jual mee kari. Si bapak tu pulak suka berjudi, mabuk, suka pukul bini dan jadi bapak haruan , rogol anak sulungnya.
Satu hari, si mak ni dah tahan, cuba pukul laki dia masa laki dia nak rogol anak sulung. Pastu anak pompuan bongsu tu ambik pisau tikam si bapak. Mati bapak tu.
Then, si mak neh bersihkan darah dan potong tubuh laki dia dan buat masak mee kari.
Stall mee kari laku, ramai pelanggan.
Start dari situ, si mak mula membunuh dengan bantuan anak2 pompuannya. Anak2 pompuan ni goda lelaki dan bawa balik rumah sebelum dibunuh.
Dia punya competitor pun sibuk nak tahu resepi mak dia. Competitor ni pun kena bunuh. Last2, org dpt tahu kegiatan mereka melalui org yg hilang bila polis buat siasatan.
End story, mereka semua masuk penjara.
susah dah nak cari citer mawas ni, mmg best citer ni.. dulu2 tayang kat tv3 rasanya..masa tv3 baru start on air..early 80's..tak sure la kenapa kena ban..
Ada sesiapa penah tgk filem pasal bomoh/bidan yang selalu gugurkan kandungan... lepastu dia ada mimpi tangan2 baby keluar dari tanah, pastu dia lari2 dari tangan2 tu.
Lepas tu, bawah rumah dia ada simpan budak... tak tau la anak dia ke kandungan yg dia x sanggup gugurkan. Budak tu kuku panjang gila and menakutkan, mula2 ingat hantu. Lepas tu ada orang cari bomoh ni pastu jumpa budak tu kat bawah rumah jugak.
Sampai sekarang teringat2 filem ni... tp tak tau tajuknya. Ingatkan Azean Irdawaty yg berlakon tp xde pulak kat dlm senarai filem dia... serious nak cari filem ni balik!!!
latest film yg i tengok : siccin , siccin 2 and sinccin 3. bagi i these 3 movies mmg thorbaik lah. i nie mmg penakut orgnya. bayangkan berapa lama i tuk habiskan tengok siccin (2 weeks) , siccin 2 (1 week) and siccin 3 ( 4 days). gila ah. sampaikan i terbayang hantu2 dalam siccin tu. now siccin 4 dah keluar , tapi i tengok tak ada pulak subtitle nya. ada sapa2 tau tak , kat mana i nak film siccin ?