CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: latahzan

share pengalaman dlm dewan mahkamah syariah

  [Copy link]
Post time 29-7-2012 11:33 AM | Show all posts
sepanjang lepas saya bercerai kali kedua, saya dalam pantang n duduk rumah mak saya... which is bagus untuk saya tapi kesian dekat mak n ayah saya. saya seboleh mungkin x mau tunjuk depan mak ayah saya, sebab saya lagi sedih bila tengok diorang susah hati. saya cuma menangis bila saya bangun tidur n tengok muka anak yang baru umur sebulan, anak yang x tau ape2. tiap2 pagi macam tu tapi makin lama makin kurang n selepas 7-8 minggu dah x menangis.. tapi happy sebab ada anak dgn saya.

n, masa tu, permohonan saya untuk sambung belajar dah diterima. masa anak saya 6 bulan, saya bawak anak saya datang sini. n, once saya jejakkan kaki kat benua yg jauhnya 24 hours naik flight ni, saya dah x pernah menangis lagi. sekali pun x pernah.

dan sekarang, alhamdulillah, saya dah nampak hikmah yang Allah berikan untuk saya n anak. Allah tu maha adil, dan x pernah kejam pada hambanya...

alhamdulillah, anak saya dah pun 3 tahun, dan insya allah, by bulan july atau august tahun depan, saya akan cuba siapkan semua lab work, n before raya next year, saya akan balik untuk sambung buat writing kat KL. n , insya allah, 6 months lepas tu, akan datang balik untuk buat defense, n walk in for the commencement

alhamdulillah, rezeki saya dan anak x pernah putus... saya dapat scholarship dari malaysia, n saya jugak dapat scholarship dr university yang saya study ni. kira double pay la. even duit gaji dr malaysia tak berusik pun. alhamdulillah, anak saya merasa masuk nursery kat sini dan belajar cara orang sini.

n, 2-3 bulan lepas, saya dgn anak merasa gi Hawaii n insya allah, kalau xde aral melintang, bulan 4 ni nak gi Cancun, Mexico n bulan 6 nak gi Vancouver, Canada. Nak bawak anak tengok whale sebelum kitorang balik for good Harap2nya impian ni jadik kenyataan

oh ye, lupa nak cerita, ada orang yang tertinggal kat malaysia tengah gila talak. setahun lepas dia ceraikan saya kali kedua, dia start call saya kat sini, even ada datang sini 3 kali, datang bagitau dia nak rujuk balik. N, dia cakap, kalau saya x nak rujuk, dia akan buat tuntutan untuk anak. sya gelak je,. Saya kata buat la, kalau boleh dapat. Jangan la ingat, saya nak diam je. Dia nampak terkejut, sebab saya rasa dia ingatkan saya xkan fight mcm kes cerai dgn dia dulu. Saya cakap kat dia, dulu, saya x lawan, sebab langsung x berbaloi saya nak fight untuk lelaki x guna macam awak ni. His reaction was priceless! N, that time, saya tau, that words hurt him more than I think. Dulu, mungkin saya akan rasa guilty bila saya buat dia terasa hati... but not now... n rasa happy sebab dapat buat dia rasa terhina ... hahahahahahaahhah (gelak orang jahat)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2012 11:39 AM | Show all posts
Kesimpulan dr cerita yg panjang lebar ni ialah.....

mahkamah akan tetap izinkan suami tu lafaz talak walaupun isterinya x de di situ. Mungkin jugak saya xde bagi sebab kenapa saya x dapat datang, just diam bodoh macam tu je, so mahkamah teruskan jugak kes tu....

N, dulu niat saya x datang tu, cuma sebab saya dah malas n sebab dia sendiri yg beria2, jadi bagi je lah ape yang dia nak tu... kalau itu yang dia nak sangat...

Tapi, later, baru saya tau, bila saya buat macam tu, dia rasa terhina sangat2 serupa macam perkahwinan saya dgn dia macam xde harga langsung. Hahahaha! Best nya perasaan bila boleh buat dia rasa terhina

sekian. cerita saya hari ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 09:51 PM | Show all posts
evening_dress posted on 29-7-2012 11:39 AM
Kesimpulan dr cerita yg panjang lebar ni ialah.....

mahkamah akan tetap izinkan suami tu lafaz ta ...

Alhamdulillah...

hidup lebih bermakna dan bahagia sekarang...
nice story to share!
Semoga kehidupan bersama anak terus diberkati dan dirahmati oleh Allah...
Allah dah merancanakan yang terbaik dalam hidup anda...

Perceraian bukanlah sesuatu yang buruk sahaja(yang selalu dinilai oleh masyarakat)
but it can be the turning point to lead success even better!

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 10:20 PM | Show all posts
aku nak share sikit..aku pergi mahkamah teman orang...

sesi soal balas peguam dengan saksi...(kes fasakh)
si isteri n si suami hadir..saksi ialah ibu kepada si isteri...

isteri mohon fasakh sebab suami x bagi nafkah dan ade pukul isteri...

peguam suami ; adakah makcik setuju kalau saya katakan duit tuisyen anak-anak bukan sebagai nafkah?
makcik: terdiam..x faham dengan soalan tu..
(kesian aku tengok makcik ni dah tua dan nampak dia nervous sgt)..(hakim dan peguam suami jelaskan soalan sampai makcik ni agak-agak faham)...dan makcik tu jawab....

makcik : ye..saya setuju (eh aku pelik kalau duit tuisyen tu bukan taraf nafkan pastu taraf ape ek?) aku still tengok makcik ni cam x faham dengan soalan dia asik urut dada jer...

peguam suami : camne makcik tau suami x bagi nafkah pada nak makcik
makcik: anak saya ada pinjam duit pada saya sebab duit tak cukup untuk bayar sewa rumah..waktu tu saya tanya anak saya sikit-sikit sampai la saya tahu yang suami dia dah lama tak bagi duit belanja..duit simpanan anak saya hampir habis.

peguam suami : makcik ada sewaktu suami pukul anak makcik?
makcik : takde..tapi anak saya balik ke rumah saya sewaktu kejadian membawa cucu saya sekali..anak saya agak cemas..dia beritahu dia dipukul suami
peguam suami : makcik tau apa yang menyebabkan mereka bergaduh..
makcik : anak saya beritahu mereka berselisih mengenai wang sehingga suaminya pukul

peguam : sudah berapa lama mereka tidak tinggal sekali(sebumbung)
makcik : anak saya mula tinggal dengan saya ..sekian2 tarikh...selepas dia dipukul...sehingga sekarang.. jadi sudah lebih 2tahun...

dan banyak lagi soalan..ni je yg aku ingat..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:58 PM | Show all posts
evening_dress posted on 29-7-2012 11:39 AM
Kesimpulan dr cerita yg panjang lebar ni ialah.....

mahkamah akan tetap izinkan suami tu lafaz ta ...

hebat........bersemangat waja
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 06:46 AM | Show all posts
kopokleko posted on 1-8-2012 03:58 PM
hebat........bersemangat waja

xde la hebat mana pun sebenarnya, sakit tu tetap sakit, seksa tu tetap seksa... cuma, bila kita dah ada dalam keadaan tu, dah memang xde pilihan lain. yang ada dalam hati saya masa tu, cuma... masya allah, tak berbaloi nye la aku dok buang air mata, dok meratap hiba, dok bersedih2 untuk lelaki tak guna macam ni.

saya jugak selalu terfikir, walau siksa dan payah macammana pun jalan hidup kita, terfikir jugak nasib orang lain yang lebih malang dari saya. sekurang2 nya saya ada anak, saya ada mak ayah dan keluarga yg sentiasa support saya, yang x ada cuma suami, tapi suami tu pun cuma pinjaman je... mungkin dah tersurat suami tu cuma pinjaman pada saya untuk sekejap je

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2012 06:49 AM | Show all posts
unagilagi posted on 29-7-2012 09:51 PM
Alhamdulillah...

hidup lebih bermakna dan bahagia sekarang...

alhamdulillah... allah tu tak pernah kejam dengan hambanya.. walupun hambanya banyak sangat buat dosa

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 07:18 AM | Show all posts
Setuju ngan evening-dress... setiap kejadian mmg ada hikmahnhya. Diam tak bermakna salah, menyerah tak bermakna kalah.

Cam myself gak. Selepas dekat 10 tahun tinggalkan rumah & berpisah, baru2 ni my ex sibuk nak kempen utk kami bersama semula. Selama ni, aku diam2 jer, tak tuntut nafkah anak2 pun. Hatta org tu siap canang aku ni curang le, tak de tanggungjawap le apa le, aku buat bodoh jer. Tapi now Allah dah tunjuk sapa betul sapa salah. Skg, dia tu sibuk suruh my family tolong pujuk aku so kami dapat bersama semula... no way le kan. Agaknya dia tengok hidup aku senang- walau tak kaya  (sedangkan dia masih tunggang langgang lagi) tu yg sebok nak berbaik semula kut. Free2 je dia kena tembak ngan family aku. Padan le muka. Mmg aku akan bagi balik le apa yg dia dah kata ttg aku selama ni. Revenge is sweet.... even sweeter if I don't have to do anything about it kan...

Rasanya dia nak cuba utk buat tuntutan utk dapatkan anak (umur 12 & 11 thn)... If selama ni dia tak pernah bagi nafkah, mungkin ke dia dapat buat tuntutan tu? Last edited by happydot on 2-8-2012 07:20 AM \n\n
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2012 03:50 PM | Show all posts
hafiz_1312 posted on 5-5-2012 12:04 PM
Reply 306# baby_isk

cerai luar mahkamah boleh kena denda atau penjara atau kedua2 nya

apa criteria tahap2 kena denda jek, or denda n penjara?

or semua budi bicara hakim?

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 07:13 PM | Show all posts
happydot posted on 2-8-2012 07:18 AM
Setuju ngan evening-dress... setiap kejadian mmg ada hikmahnhya. Diam tak bermakna salah, menyerah t ...

Jika dia bapa yg sah, dia blh tuntut hak jagaan anak walaupun dia tak pernah bg nafkah selama lepas cerai 10thn lalu... pd umur anak iaitu 11 & 12 thn, selain dr keterangan dua2 pihak, court akan pertimbangkan juga kehendak anak2... hakim akan call anak sorang2 dan tanya nk tinggal dengan ibu or bapa or hakim maybe bg cadangan hak jagaan bersama mcm 4hari kt rumah ibu, 3 hari rumah bapa which pd aku langsung tak sesuai utk budak2 bwh 18thn ni....

If ex laki buat tuntutan, ko kena balas dgn bukti dia bkn bapa yg bertanggungjawab i.e. tak pernah bg nafkah.. dlm byk kes, court lebih cenderung menjaga kebajikan anak2.. selagi ko tak disabitkan dgn salah laku dr mana2 court, ko still layak jdk penjaga anak2 seperti sejak 10thn lepas..

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 04:16 PM | Show all posts
saya rasa sungguh teruja bagi pihak awak..
awak dah berjaya lalui keadaan yang getir tu dan untuk lulus dan berjaya dengan cemerlang dalam study yang awak tengah buat sekarang ni insyaAllah, takde masalah..

mesti awak bijakkan.. dapat 2 scholarship lagi.. syukur alhamdulillah, rezeki Allah sesungguhnya tiada siapa yang dapat menjangkakannya..
erm kalau tak keberatan, ceritalah sharelah dengan kami semua.. awak study apa... berapa lama dah kat sana... mcm mana dgn baby (boy ker girl..) dan harap2nya awak berjaya mendidik anak awak menjadi muslim/muslimah yang sejati sebab dialah yang bakal mendoakan kita bila kita dah x de lagi kat bumi Allah ini..

saya doakan semua yang awak lalui di bumi sana dan kembali nnt dipermudahkan oleh Allah.. amin...........
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2012 09:43 AM | Show all posts
puanlina posted on 22-8-2012 04:16 PM
saya rasa sungguh teruja bagi pihak awak..
awak dah berjaya lalui keadaan yang getir tu dan untuk l ...

terima kasih banyak2

alhamdulillah.. ape orang cakap, masalah ni, if it doesnt kill you, it will make you stronger! n, Allah tu maha adil, bila dalam bahagian yang satu ni kita x bahagia, di bahagian2 yang lain tu Allah akan mudahkan.

tapi, pada malaysian2 kat sini, saya x pernah bagitau yang saya dah bercerai, sebab saya tau nanti semua org xnak berkawan dgn saya, sebab ingat saya nak tackle husband diorang pulak
cuma, pada kawan2 yg bukan malaysian je saya bagitau saya dah divorce

sebelum2 ni pun, saya x pernah cerita pada sape2 pasal hal cerai ni, kecuali family saya.
satu sebabnya, kalau bercerita mesti akan teringat balik. n, even teringat je pun, rasa mcm sakit sangat semua benda dalam badan ni. sebab tu 3 tahun ni, memang x pernah cerita pd sesape. yg cerita kat forum ni, ini lah first time, itu pun sebab orang dlm forum ni x kenal saya

sebab keduanya, bila bercerita, saya tak suka bila orang kata kesiannya dia, kesiannya dia. at the beginning, mungkin akan sejuk hati kita, bila kita tau ada lagi org yang kesiankan kita. tapi, lepas certain time, its not what you need and its not going to help. at this point, all you need is support and courage, sympathy tu semua dah x mau dengar dah. jadi lebih baik bercerita cuma pada org yang betul2 faham kita, which is ayah saya. kalau x sebab kata2 nasihat ayah saya, saya rasa saya xkan sampai ke tempat yg saya ada sekarang ni

dan yang ketiganya, saya rasa saya dah move on. walaupun saya xde jumpa sape2 lagi yang saya nak, tapi saya tau, hati saya dah mula terbuka, dan dah mula terfikir kemungkinan2 yang ada di depan saya esok2... saya sendiri x sangka yang saya boleh terfikir untuk move on, sebab dulu2 saya ingatkan biarlah sampai mati saya berdua dgn anak je. tapi tu lah, Allah tu je yg ada kuasa untuk membolak balikkan hati manusia

satu je yang saya mintak, harapnya esok2 saya ada peluang untuk bahagia macam orang lain jugak

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 03:15 PM | Show all posts
evening_dress posted on 25-8-2012 09:43 AM
terima kasih banyak2  

alhamdulillah.. ape orang cakap, masalah ni, if it doesnt kill you, it ...

bagus... you go girl..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 10:21 PM | Show all posts
baby_isk posted on 11-4-2012 08:41 PM
Reply 310# minahsaudi

Aku rasa mungkin dah terlewat untuk aku jawab tak taulah abang ngko masih ngan janda tu atau pun tak,aku pernah nikah di siam,first marriage tu ,mak oiii punya banyak tentera kawal jalan raya ,berliku jugaklah aku nak sampai ke narathiwat tu.

Walau bagaimanapun selepas 7 bulan nikah aku bercerai.Aku tak pernah daftarkan pernikahan aku dah bercerai macam tu aja,dalam rekod malaysia aku adalah wanita bujang.Bekas laki aku pun baik,kasi mutaah semua.Oklah tu.

Aku tak ingat sapa nasihat aku,tapi dia bagitau jangan daftar dulu nikah,tengok macam mana lagak laki jaga dua bini.(Aku bini kedua masa tu u olsss)
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 09:58 AM | Show all posts
zawjah posted on 28-1-2013 10:21 PM
Aku rasa mungkin dah terlewat untuk aku jawab tak taulah abang ngko masih ngan janda tu atau pun t ...


dah nasihat kat dia, tp katanya janda tu nak declare juga kawen kat Malaysia sebab kononnya surat cerai dia yg sebelum tu dah di cop oleh pejabat agama siam.. Wallahu alam..  ntah2 dia nak declare sbb nak tuntut harta.. dorang dah pegi court pun tp yg x faham tu x bersidang.. jumpa hakim dalam bilik je pastu hakim kata nanti kena datang semula... lawyer janda tu tipu pekerjaan my bro tu businessman sedangkan hakikatnya dia adalah pegawai kerajaan.. kononnya nak selamatkan my bro dari dikenakan tindakan tatatertib.. berani sungguh dorang menipu..  sekarang ni janda tu dah meroyan sebabnya my bro x layan dia.. yg x tahan tu siap ganggu wife my bro lg dengan antar sms mcm2... nasib baik la wife my bro tu x layan dia... dia x berenti2 hantar sms dari bulan Mac 2012 lg..  tp since April 2012 sampai la sekarang wife my bro tu langsung x reply sms dia.. mana x meroyan janda tu..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 08:21 AM | Show all posts
evening_dress posted on 29-7-2012 11:39 AM
Kesimpulan dr cerita yg panjang lebar ni ialah.....

mahkamah akan tetap izinkan suami tu lafaz ta ...

evening..saya sebak dan sedih dgn pengalaman awk..terima kasih share sy rasa lbh kuat..
sekrg ni sy dlm perbicaraan kes fasaks insyaallah semua akn berakhir x lama lg..itu pun setelah berthn bersabar dan lemah..kalau ade masa awk baca kisah saya yg tgh pregnant tunggu hr anak ke dua sy mohon bercerai..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 08:28 AM | Show all posts
safiya posted on 5-2-2013 08:21 AM
evening..saya sebak dan sedih dgn pengalaman awk..terima kasih share sy rasa lbh kuat..
sekrg ni  ...

terima kasih banyak2. insya allah, masa depan yg cerah ada di depan awak. mungkin akan susah sikit, pada mulanya, tapi percaya la cakap saya. Tuhan tu xkan kejam pada hambanya yang berusaha. teruskan usaha demi anak2 dan diri sendiri. jangan pandang belakang lagi...



Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 05:25 PM | Show all posts
Yang paling saya risau macam mana kalau hakim kata..Aik?? problem kecik sangat nak bercerai.. Mcm mana hakim tentukan ye??
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
berdebarnya nk msk court 19 mac ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 06:20 PM | Show all posts
safiya posted on 24-2-2013 12:19 AM
berdebarnya nk msk court 19 mac ni..

Doa banyak2 mintak dipermudahkan..insyaAllah...

Cam me aritu.. lepas filekan, dapat date ari tu jugak untuk masuk court..dalam masa 10 hari..pepagi tu g la court with MrX.. kena plak sebutan kes pagi tu my case yang 1st.. hakim baca bla bla..tanya skit2..okla proceed boleh lafaz..pasal aku pk takleh lafaz kot aritu if ikutkan date,  dalam keadaan tak suci.. tp kuasaNya..aritu aku still dlam keadaan suci.. lafaz la by my X.. pastu balik aku g opis... petang tu baru mai bendera jepun..hmmm...mmg sungguh smooth n dipermudahkan olehNya untuk aku...amin

Kawan opis n family sorang pun tak tau apa jadi kat aku ari tu.. till today.. dah nak masuk 6 bulan ... still tersimpan rapi....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.413052 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list