Tempat ketiga jadi rebutan Croatia, Maghribi
DOHA: Peluang untuk menjuarai Piala Dunia mungkin sudah berakhir buat Croatia dan Maghribi tetapi 'keabadian' menjadi pertaruhan apabila kedua dua pasukan bertemu untuk penentuan tempat ketiga, malam esok.
Penyerang Croatia, Andrej Kramaric menolak anggapan aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa itu sebagai perlawanan yang sia-sia.
"Saya rasa kalau anda bertanya soalan yang sama kepada pemain Maghribi, mereka juga tidak akan berpandangan seperti itu.
"Mereka berjuang untuk diri mereka kerana jika anda memenangi pingat di Piala Dunia, anda akan jadi wira yang abadi di negara anda. Itulah perkara sama yang akan kami lakukan," kata Kramaric.
|