|
Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)
Dikeluarkan pada:
Selasa, 24 Januari 2023, 01:00 tengah hari
Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); dan Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) sehingga Rabu, 25 Januari 2023.
Amaran Hujan Berterusan (Buruk)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian); Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu); dan Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga Rabu, 25 Januari 2023.
Amaran Hujan Berterusan (Waspada)
Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Maran, Kuantan dan Bera); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; Sarawak: Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi); dan Sabah: Sandakan (Tongod) sehingga Rabu, 25 Januari 2023.
Met Malaysia
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
24 Januari 2023 |
|