CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: oddxx

FAN CLUB SHAHZ JASZLE & FAEZAH ELAI (SJFE)

[Copy link]
Post time 16-7-2011 10:32 PM | Show all posts
sha aritu kene gak..dekat 10 org kutuk dia..apa lagi..ku lawan sungguh2 dgn fakta2 n conto ...
shalady Post at 16-7-2011 21:02


kesian hero ku...asyik kene kutuk je...bertalu talu sgt...sometimes rasa x adil utk dia...huhuhuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2011 11:05 PM | Show all posts
salam ,

tinggalkan jejak kat sini mlm ni.. hehehhe... dah khatam dah semua gambor adik hensem ku...

Sha,
wah wah.. memang juara skodeng nih... tahniah... layak jadi PA ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 12:01 AM | Show all posts
dari perkiraan saya, Ana lulu baru 7 episode...next week episode 8...
Dan jika ia 13 episode, ia akan habes seminggu selepas raya (sbb masa mlm raya, confrm xde).

So, Cinta Elisa akan bermula lps raya.....so kite meroyan lps syawal lah ye.....jom kite kasi gegar Cinta Elisa....(spi ada Cinta Elisa 2)....hahahha

sbb so far slot lestary yg spi masuk musim kedua adalah Natasha (Fasha Sandha) dan Asmara (Shahz Jaszle).
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 07:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by shalady at 17-7-2011 07:17

Sha,
wah wah.. memang juara skodeng nih... tahniah...


jgn kata lagu tu.sharing is caring kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 07:15 AM | Show all posts
lagu azura kat APM aritu..versi rock

[url]http://www.youtube.com/watch?v=KVwmWSlVZkM[/url]
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 11:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2011 04:33 PM | Show all posts
lagu azura kat APM aritu..versi rock

[/url]
shalady Post at 17-7-2011 07:15



    x sedap langsung... hahaha...  rasanya APM ni ade masalah dgn sound sistem la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 07:15 PM | Show all posts
Usop nerd cute. Esp masa pki bj pink pujuk wife yg masa scene awal2 tu
Walaupun aksi peluk nerdy, tp ku ttp kurasa cute sgt. Betul x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2011 09:18 PM | Show all posts
Reply 605# shalady


  Lagi best kalau hero dia yg nyanyi lagu tu. Mesti lg syahdu, sbb SJ ni suara die jenis lembut2, soft n sweet gitew.
Kalau nyanyi ballad sure masyuk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 12:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by shalady at 19-7-2011 14:36

Sarat emosi
Oleh Hanisah Selamat
[email protected]
2011/07/19
MURALI (duduk, tengah) bersama sebahagian pelakon dan kru Pelamin Di Pusara.
MURALI (duduk, tengah) bersama sebahagian pelakon dan kru Pelamin Di Pusara.
Telefilem penghargaan buat P Ramlee September ini

CINTA terhalang akibat perbezaan darjat kerap diangkat menunjangi sesuatu penerbitan, namun menerusi Pelamin Di Pusara, garapan kisah tragik itu diolah penuh dramatik hasil sentuhan Murali Abdullah.
Telefilem yang bakal mengisi slot khas Tribute To P Ramlee di TV2 bersama sembilan telefilem lain bakal menemui khalayak bermula September ini di bawah terbitan Suhan Movies Production Sdn Bhd.
Sinonim bersama kisah menyentuh perasaan, Pengarah Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 itu mengakui penerbitan yang bagus memerlukan kombinasi mantap bermula daripada skrip, malah dia bertuah berpeluang berganding bahu dengan Mazlan Manan selaku penulis.

“Mazlan Manan sememangnya dikenali dengan skrip yang padat dan sarat emosi, malah untuk drama ini olahan dialog juga cukup cantik. Sebaik saja mendapat naskhah Pelamin Di Pusara, saya sendiri teruja tatkala membaca setiap baris ayat.

“Belum pernah saya menemui skrip sekemas ini hingga tiada sebarang perubahan perlu dilakukan. Boleh saya katakan, kekuatan awal terletak pada skrip ini selain keserasian barisan pelakon serta kesungguhan kru belakang tabir.

“Paling istimewa ialah caranya mengembangkan setiap karakter serta babak. Tidak melompat-lompat serta elok tersusun,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem terbabit di Batu 13 Puchong.
Ia menyaksikan gandingan Shahz Jaszle bersama Raja Farah sebagai teraju utama, dengan disokong Diana Johor, Khairil Anwar, Nanu Badaruddin, Rashidah Jaafar serta Liza Abdullah.

Berkisar mengenai jejaka dari keluarga berada, Zamarul (Shahz) yang ditunangkan dengan anak rakan niaga ayahnya, Suraya (Diana) jatuh cinta kepada gadis kampung bernama Maisara (Raja Farah) hingga mahu memutuskan pertunangan.

Tanpa memaklumkan sudah punya ikatan hubungan mereka berlangsung tanpa masalah, namun sebaik tunangnya mengetahui perkara itu, ibu bapa Zamarul terus bertemu sendiri Maisara supaya memutuskan cinta mereka.

Kecewa kerana berasakan diri dipermainkan membuatkan gadis naif itu tidak mempercayai pengakuan kekasihnya yang bertegas mengatakan dia dipaksa bertunang dengan gadis bukan pilihan hati.

Disebabkan dendam apabila bakal suaminya meletak hati terhadap gadis lain, Suraya meneruskan niat jahat menghapuskan Maisara yang dirasakan menjadi perampas kebahagiaannya.

Takdir Ilahi melebihi segala-galanya apabila Zamarul dan kekasihnya menemui ajal bersama dek dendam kesumat Suraya yang sememang berusaha memasang perangkap untuk membunuh Maisara.

Puji lakonan Shahz Jaszle

AKUI Murali, kebebasan yang diberikan sepenuhnya Suhan Movies merencanakan telefilem ini membolehkannya membuat pemilihan dari A hingga Z demi memastikan hasil akhir berada pada tahap terbaik.

“Apabila bekerja kita perlukan pasukan yang serasi dan kali ini saya mendapat peluang seperti ini. Sudah pasti kepercayaan yang diberikan Rosyam Nor selaku penerbit tidak akan saya persiakan.

Contohnya, saya pilih Shahz Jaszle kerana yakin terhadap bakatnya dan nyata sepanjang penggambaran dia ‘memberi’, malah dia boleh melangkah jauh melihatkan disiplin dan kesungguhan aktor berkenaan,” katanya lagi yang turut menggunakan khidmat Indra Che Muda selaku jurukamera.

Tambahnya, tempoh 10 hari diberikan syarikat berkenaan untuk menyiapkan produk berbanding lapan hari juga antara kelonggaran yang dinantikan setiap sutradara untuk mendapatkan syot lebih baik.

“Hari ini sudah masuk hari keempat penggambaran. Setakat ini segala-galanya berlangsung seperti diharapkan namun telefilem ini sebenarnya secara peribadi cabaran besar buat diri saya apabila dipertanggungjawabkan menghasilkan karya penghargaan buat tokoh seni idola saya.

“Saya memang belum pernah bekerja dengan Suhan Movies dan apabila Rosyam mengajukan tawaran ini kira-kira dua bulan lalu, perasaan saya bercampur baur, teruja dan pada masa sama berdebar.

“Sudah pasti saya mahu ia lebih bagus daripada buah tangan terdahulu, membuatkan saya lebih teliti dan cerewet daripada segala sudut terutama syot serta mainan emosi pelakon kerana mahukan kesempurnaan,” katanya yang mengakui mula meminati Seniman Agung itu sejak di bangku sekolah menengah.

Mengenai slot dedikasi buat P Ramlee, ia direalisasikan syarikat Rosyam dan stesen RTM sebagai tanda penghargaan buat insan seni terulung yang berjasa kepada industri hiburan tempatan, sekali gus mengetengahkan lagu hebat insan istimewa itu untuk diingati generasi baru dan lama.

Murali antara 10 pengarah yang diamanahkan menghasilkan 10 telefilem daripada judul lagu P Ramlee manakala Pelamin Di Pusara diilhamkan daripada lagu Uda dan Dara.

Sutradara lain ialah Bade Azmi, Aziz M Osman, Ismail Yaakob, Amy Maziah, Along Kamaludin, Michael Ang, Osman Ali, Rashid Sibir, selain Erma Fatima.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2011 01:36 PM | Show all posts
Ini dari artikel yang sama macam yang sha pastekan ..tapi ni gambar gambar dari paper tersebut




Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 02:33 PM | Show all posts
bangganye dgn esjeeeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 03:15 PM | Show all posts
Bersiap sedia dgn tisu sahabat2 ku. Hero kite ni mmg terror bab2 emosi ni. Airmata die sng sgt jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 06:10 PM | Show all posts
raja airmataaaaaa...heheee
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 06:48 PM | Show all posts
shaaaaaaa........suke sgt ur comment kat board Gossip yg kutuk SJ kaku.....
yg kelakarnya, lagi byk org komplen psl watak faz n FG serta pengrahnya EF yg x buat homework. walaupun terang2 tajuk thread tu asalnya nk kutuk SJ.....
npk sgt ramai yg xde masalah dgn lakonan dia....ramai yg rasa ok jer......
yg best nye ramai jugak meluat dgn sikap favouritism EF....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 12:21 AM | Show all posts
Ini dari artikel yang sama macam yang sha pastekan ..tapi ni gambar gambar dari paper tersebut

...
oddxx Post at 19-7-2011 13:36
wahhh esje.......mmg bleh jd pelakon yg berjaya ....ku rase sungguh bangga komen tuan pengarah....bab2 emosi sedey ni mmg leh wat org tangkap leleh nyerrr.... semuga berjaya shahzzzzz....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2011 09:37 AM | Show all posts
Esje mmg match bawak watak yang rapuh rapuh cam ni ... mungkin dia berjiwa lembut agaknya ..but jadi mat nerd pun ok jugak  ....

cuma nak tgk dia jadi budak nakal blum tercapai ..harap harap cinta elisa dpt tgk sisi yang lain dari jaszle ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 09:53 AM | Show all posts
Esje mmg match bawak watak yang rapuh rapuh cam ni ... mungkin dia berjiwa lembut agaknya ..but jadi ...
oddxx Post at 20-7-2011 09:37


Yup part2 rapuh ni mmg die power. Rasanya sbb die personally mmg jenis berjiwa lembut n soft spken. Rasanya die lyn pompuan pun mesti sgt lembut. :-)
Bwk watak nerd pun lembut je pujuk bini.  Lyn anak pun comel.
Spt odxx, mmg nk jugak tgk die berlakon nakal n kasanova. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 01:16 PM | Show all posts


test test...first time nk tepek gamba...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 01:23 PM | Show all posts
kawan2, tu gambar avatar terbaru twitter SJ. Ku x tau naper size dia kecik...sama ada ku x pandai tepek, or mmg original size die kecil...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.128339 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list