Aqil melangkah masuk butik Beautiful and Classy setelah menolak pintu tertera OPEN. Matanya melilau mencari pekerja di butik berkenaan setelah melihat tiada kelibat manusia di kaunter. Kakinya melangkah kearah wanita yang sedang sibuk membetulkan baju pada patung yang menjadi model di butik berkenaan. Hatinya yakin lagi pasti wanita itu merupakan pekerja dibutik berkenaan.
“assalamualaikum....”tegur Aqil perlahan pada wanita yang jelas tidak sedar kehadirannya dibutik ini.
“waalaikummussalam...”jawab Farah sedikit tersentak. Tangannya yang ralit membetulkan baju yang baru sahaja dipakaikan pada patung itu terhenti. Terus badannya dipalingkan untuk mengadap pelanggan.
“Aqil...”
“Farah...” serentak Farah dan Aqil menyeru nama masing-masing. Farah tersenyum mesra melihat kehadiran Aqil.
“awak datang sini nak tempah baju ke?” soal Farah mesra. Di ajak Aqil ke ruang yang lebih selesa untuk membincangkan tentang tempahan yang bakal diterima. Memandangkan tiada pelanggan lain pada waktu ini memudahkan dia melayan Aqil.
“yup...for my mum.” Jelas Aqil sambil mengekori Farah ke tempat rehat. Farah mengangguk tanda mengerti.
“mak awak dah biasa ke hantar baju kat sini atau baru pertama kali?” Tanya Farah lagi.
“dah banyak kali...”
“ooo..kalau macam tu awak tunggu dulu kat sini, saya pergi ambil buku tempahan sekejap. Nak minum apa-apa?” soal Farah ramah.
“takpe.. baru lepas minum.” Tolak Aqil sopan. Farah berlalu ke kaunter untuk mengambil buku tempahan yang mengandungi maklumat tempahan dan pelanggan.Terkedek-kedek dia menghampiri Aqil yang sedang membaca majalah yang diletakkan diatas meja.
“sorry...lama pulak pergi ambil barang.” Mohon Farah dengan senyuman simpul. Dia melabuhkan diri dihadapan Aqil lalu buku yang dibawa diletak diatas riba.
“takpe...” jawab Aqil senang.
“apa nama mak awak?” soal Farah yang sudah membelek-belek buku tempahan. Spek mata yang dibawa disarung, baru jelas rasanya untuk membaca data-data yang tertulis dalam buku berkenaan.
“Fatihah binti Mad Deris.” Farah mencari nama yang disebut melalui ruangan huruf yang bermula dengan F. Matanya mula menangkap nama wanita yang sudah beberapa kali menempah baju di butiknya.
“ooo..awak anak mak cik Tihah rupanya... mak cik Tihah memang pelanggan tetap butik ini pon.” ujar Farah sambil mengambil beg kertas yang mengandungi kain pasang itu.
“ni nak buat baju macam mana? Kebaya? Kurung moden? Jubah atau baju kurung biasa?” soal Farah sambil menghalakan pandangan kearah Aqil.
“kebaya??Awak biar betul... mak saya tu dah nak masuk 60 tahun...” seloroh Aqil. Tergelak dia mendengar pertanyaan dari Farah. Farah turut sama ketawa kecil.
“mana la tahu kot-kot mak awak ni vogue gitu.” Gurau Farah senang.
“takde maknanya vogue... buat baju kurung biasa je. Dia selalu puji sedap pakai baju kalau tempah kat butik ni..”
“alhamdullilah...”ucap Farah yang bersyukur mendengar komen dari emak Aqil. Kembang jugak hidungnya mendapat pujian begitu.
“errm bila boleh ambil baju ni?”
“awak datang ambil next week.. hari selasa. Kalau ada apa-apa hal saya akan telefon awak. Awak tulis nombor telefon awak kat sini.” Aqil menulis nombor telefonnya ditempat yang ditunjukkan Farah.
“itu je. Apa-apa nanti saya beritahu awak kemudian.” Ulang Farah sekali lagi. Beg kertas dan buku tempahan dibawa ke kaunter. Aqil mengangguk lalu turut sama bingkas berdiri untuk beredar.
Last edited by misssakura on 29-1-2013 02:50 PM
|