|
Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak
[Copy link]
|
|
Rita Rudaini Belum Sedia Cari pengganti Aidil
Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])
Rita Rudaini kini menumpukan perniagaa produk kecantikannya yang baharu dikeluarkan pada Mac lalu.
PETALING JAYA: Sejak bercerai pada 5 September lalu dengan pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, pelakon Rita Rudaini mengakui belum bersedia untuk mencari pengganti bekas suaminya itu.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 37, berkata, dia ingin memberi fokus kepada perniagaan produk kecantikan miliknya bersama rakan kongsi, Siti Saleha Idris iaitu RS Collagen dan RS Magic Slym yang baharu ditubuhkan Mac lalu selain sibuk dengan kerja-kerja lakonan.
"Selepas bercerai, saya tidak pula mencari pengganti dan tak ada pun lelaki yang nak datang risik dekat saya. Mereka takut kot (ketawa).
"Tetapi buat masa ini biarlah saya fokus kepada kerja, perniagaan dan anak-anak terutamanya kerana mereka masih kecil dan perlu diberi perhatian lebih," katanya.
Hasil perkahwinan Aidil, 26, dan Rita, pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Tambah Rita, kegagalan rumah tangganya itu juga tidak membuatkan dia serik untuk memiliki suami buat kali kedua namun akan memastikan lelaki yang dipilih itu akan menyayangi kedua-dua anak lelakinya.
Ditanya adakah cita rasanya masih lagi kepada lelaki muda, Rita berkata, dia percaya kekuatan sesebuah pasangan suami isteri bukan terletak pada usia dan tidak pernah meletakkan had umur lelaki yang ingin mendekatinya.
"Lelaki muda atau tua, sama sahaja. Sekiranya ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahu lelaki itu kuat pendirian dan menyayangi anak-anak lebih daripada saya sayang mereka.
"Saya pun tak berani nak cakap suka yang muda atau tua. Sekali dapat umur 30 tahun lebih muda macam mana? Macam dulu, saya sukakan lelaki yang matang dan aleh-aleh dapat lelaki muda (Aidil)," selorohnya.
Sementara itu, Rita berkata, pergolakan rumah tangganya yang mengambil masa beberapa tahun sehinggalah bergelar janda telah mematangkan dirinya dan pada masa sama mengajar dia untuk menangani masalah dengan lebih bijak.
"Jika dulu, setiap kali ada masalah, mulalah fikiran saya serabut. Alhamdulillah, selepas bercerai, saya dapat rasa yang diri ini lebih senang menguruskan masalah.
"Mana yang tak penting kita abaikan sahaja, baru fikiran tak kusut," tuturnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan adik depa david beckam pd hal main bola ala ala jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku difahamkan aidil ialah permain pertahanan terbaik kebangsaan, so tak paham apa yang ala2nya. aku tak ikut sangat bolasepak malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
nazsh posted on 23-9-2013 09:57 AM
Depa kata rita janda tua bwa lari adik depa pi siam..mak depa xkan trima rita sbgai mnntu kaklon ...
Memang betul pun!!!! Kalau sesiapa pun mesti marah. Kalau saya kelurga razak pun marah.Budak edel tu baru 21 tahun, tak matang lagi. Rita yg dah 30an dan pernah berkahwin patut jadi penasihat, suruh aidil sabar sikit.ini dia satu keluarga boleh mengiring rita. Kalau nak salahkan keluarga, patut keluarga rita salah juga. Menggalakkan anak kawin caa mcm gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 23-9-2013 11:18 AM
Produk melicinkan kulit, jadik putih melepak. Memancongkan idung sampai
sedepa, meruncingkan dagu ...
owhhh patut la, semua nk lawa cam rr. So mmg laku la.
Harap tang mulut pun lawa
aku x minat benang len, aku suka menjoyah benang ni...
gila putaq belit statement kat sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Aidil tu kasi lah hak melawat dan bermalam. Tapi Rita tu kasi hak jagaan kekal. Ish..aku mak. Aku taulah sekejap nak berpisah dgn anak pon payah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alvida dah kena banned, takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain sungguh muka rita dulu, agaknya mkn product dia kut yg terus jd lawa mcm pondan siam.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 23-9-2013 11:08 AM
Rita Rudaini Belum Sedia Cari pengganti Aidil
Oleh FERIDE HIKMET ATAK ()
Hantan pun taknak dekati pompuan mulot hazab, nanti sendiri malu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu n kini, ulang tayang pics mod san.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Orange1 posted on 23-9-2013 12:34 PM
Lain sungguh muka rita dulu, agaknya mkn product dia kut yg terus jd lawa mcm pondan siam.
Seksi juga penampilan RR ni....ini orang yg dalam dan tinggi ilmu agamanya....
Orang yg cetek agama mcm keluarga razak tu pakai bikini, gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
elleaffa posted on 23-9-2013 10:37 AM
alaahh uols... memang mulut longkang RR tu kesalahan yang amat besar... amat amat amat besar... so, ...
Hahaha sarkastik tahap dewa..aku suka kau
|
|
|
|
|
|
|
|
Aidil yang hensem n sukkkaaarrrr dilepaskan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 23-9-2013 01:03 PM
la psl pa dia kena banned? ada yg report ka?
hilang dah sorang backup berhemah
Agaknya ada yg report atau mod sendiri perasan pasal bhs dia yg mulia itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 23-9-2013 11:18 AM
Produk melicinkan kulit, jadik putih melepak. Memancongkan idung sampai
sedepa, meruncingkan dagu ...
Macam peristiwa thread masam2 manis dulu yg akhirnya gulung tikar sbb kita tak masuk.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|