CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RockRockRock

[Jenayah] coklat cadbury ada B A B I ?

[Copy link]
 Author| Post time 7-6-2014 04:59 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2014 05:43 AM | Show all posts
Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi
Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.

“Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.

“Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.

“Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),” ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata.

Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury – coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau ‘porcine’.

Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran.

Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM.

Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan.

Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat (dari kilang) sepertimana di analisa Jakim.
Sumber:Suara.tv Last edited by masros on 7-6-2014 05:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 06:19 AM | Show all posts
masros posted on 6-6-2014 09:43 PM
Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi
Shah Alam – Ulama tersohor dunia  ...


Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 06:28 AM | Show all posts

dulu
kini
selamanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 09:06 AM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 09:07 AM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-6-2014 09:08 AM | Show all posts
Kementerian Kesihatan mengakui melakukan kesilapan berhubung pengumuman terdapat kesan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi dalam kandungan dua produk coklat Cadbury termasuk tidak memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, kesilapan berlaku apabila maklumat terhadap ujian makmal yang dijalankan ke atas produk-produk itu dibocorkan ke laman sosial selain pengumuman dibuat terlalu awal.


Katanya, sikap terburu-buru seorang pegawai kementerian membocorkan laporan awal ujian itu sebelum ujian kedua dijalankan telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
"Kebocoran maklumat awal siasatan itu adalah kesilapan daripada pegawai kami. Sikap terburu-buru telah menimbulkan kekeliruan dalam perkara ini. Saya mohon kepada semua untuk menerima keputusan Jakim. Satu kesilapan telah dibuat oleh pegawai kami dan kementerian sedang jalankan siasatan dalaman dan tindakan tegas akan diambil," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2014 di sini hari ini.


Pengumuman Kementerian Kesihatan berhubung penemuan DNA babi dalam dua produk Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam baru-baru ini telah mengejutkan umat Islam.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury terbabit disahkan tiada DNA babi.

Menurut Dr. Hilmi, sebarang keputusan berkenaan status halal atau haram melibatkan sesuatu produk kelak akan diuruskan oleh Jakim.

"Orang ramai boleh meyakini siasatan Jakim yang telah membuat pengesahan produk itu tidak mengandungi unsur haram dan selamat dimakan," katanya.


Dalam pada itu, beliau menolak kewujudan sebarang unsur sabotaj melibatkan isu kebocoran ujian awal coklat Cadbury itu.
"Jakim dan Kementerian Kesihatan melakukan ujian makmal menggunakan prosedur operasi standard yang sama untuk mendapatkan keputusan. Kita mempunyai lebih 15 makmal bagi tujuan itu tetapi ujian Cadbury dibuat di Sungai Buloh sebelum maklumat mengenainya bocor tanpa pengesahan dalam ujian awal Februari lalu," ujarnya.
Tambahnya, berbanding makmal yang digunakan Jakim, makmal kementerian tidak diakreditasikan untuk penentuan produk halal dan hanya digunakan untuk kajian dalaman.


http://www.utusan.com.my/

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:03 AM | Show all posts
kiranya dh jadi halal balik la ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2014 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasela kejab haram kejab halal.bile kena btg hidung org kuat gomen terus jadi halal. Bullshit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 04:52 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 7-6-2014 02:03 AM
kiranya dh jadi halal balik la ye...

JAKIM dh bgi halal...makan je ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 04:57 PM | Show all posts
banyak lagi coklat lain boleh makan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:09 PM | Show all posts
ehhh nih mmg dah sah halal jd blh makan...tp kawan byk tanya aq kenapa makan cadbury
aq pula rasa heran knp mrk masih tak terima jenama nih walaupun isu nih dah settle
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:00 PM | Show all posts
kenapa kementerian kesihatan tidak mengambil tindakan kepada pegawai yang secara pramatang membocorkan maklumat itu? adakah individu itu akan terlepas tindakan displin?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:54 PM | Show all posts
mcm mana pulak niee..nk beli cokelat lain, x tau pulak mcm mana rasanye..bila fikir je cadbury yg dtg dlm minda aku..rase kekurangan bila rumah aku dah xde cokelat simpan dlm peti sejuk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:23 PM | Show all posts
wesak posted on 17-10-2014 12:09 PM
ehhh nih mmg dah sah halal jd blh makan...tp kawan byk tanya aq kenapa makan cadbury
aq pula rasa h ...

Sama macam aku .... "kembang tekak" meloya semacam bila nampak cokelat Cadbury dan kenang balik dah berapa metrik tan aku telan dulu dulu ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:40 AM | Show all posts
bkn hanye 2 batch yg ade kesan dna babi ke? knpe nak kecoh neh... JAKIM pon da lulus HALAL..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 11:46 AM | Show all posts
gigih cadbury tgh rancak mengiklankan kehalalannya di kala ini di media-media elektronik
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:01 PM | Show all posts
kalau dah sumber haram...haram lah juga hasilnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:08 PM | Show all posts
Cadburry ne akak beli kat BIG je ...diimport terus dari Cadburry UK ....sedap2 pun sedap ..tak semanis Cadburry Malaysia ...Cadburry Malaysia manis gile ..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 03:15 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 24-11-2014 05:23 PM
Sama macam aku .... "kembang tekak" meloya semacam bila nampak cokelat Cadbury dan kenang balik da ...

OTT la korang ni..
cadbury ni mmg halal sejak 2004 la...
yg test sampel ni dr pasaran...mgkn tercemar..ada byk sbb knp blh tercemar..klau share kat sini..smpai 10 pages pon x abis haha..
yg profesor dr majlis fatwa tu yg kata ni kes umum al balwa...x pyh nak takut atau risau la bro..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.179708 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list