CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: virgomal

- S E G A L A_ M A C A M_ P E N Y A K I T -

[Copy link]
Post time 26-2-2008 10:05 AM | Show all posts
Singapura : 26 Februari 2008        
         
YAACOB: PENULARAN CHIKUNGUNYA SUDAH BERAKHIR


PENULARAN penyakit chikungunya kini telah berakhir, hasil kerjasama rapat berbilang agensi dan masyarakat dalam menangani penyakit itu, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Yaacob Ibrahim.

Dr Yaacob berkata sebanyak 4,800 pemeriksaan telah dilakukan di kawasan-kawasan yang terjejas, sementara kesemua 13 pesakit yang menghidap penyakit itu pula telah sembuh.

'Kami dapat memecahkan lingkaran penularan penyakit itu kerana kerjasama rapat di antara agensi-agensi dan juga masyarakat.

'Meskipun penularan chikungunya telah berakhir, kita semua harus terus berwaspada untuk mengelakkannya daripada berulang kerana kita masih terdedah kepada penyakit itu,' kata Dr Yaacob, menjawab soalan daripada Cik Ho Geok Choo (GRC West Coast).

Cik Ho ingin tahu apakah yang telah dilakukan pihak berkuasa untuk mengekang penularan penyakit yang disebabkan nyamuk Aedes itu.

Dr Yaacob berkata selain menjalankan pemeriksaan membasmi tempat pembiakan nyamuk yang meluas, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga telah bekerja rapat dengan Lembaga Perbekalan Awam (PUB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Ini adalah untuk mempertingkatkan tahap kebersihan secara keseluruhan di kawasan-kawasan yang terjejas agar ia tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

NEA juga telah bekerjasama dengan Persatuan Pekedai dan Warisan Little India (Lisha) untuk mendidik pemilik hartanah dan para pekedai mengenai perlunya memastikan kebersihan kawasan mereka, ujarnya.

'Selain para pengendali perniagaan, NEA juga telah menasihati orang ramai yang bekerja atau mengunjungi kawasan-kawasan yang terjejas itu mengenai pencegahan penyakit melalui risalah-risalah berbilang bahasa, termasuk dalam bahasa Bengali dan Sinhala,' jelas Dr Yaacob.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2008 09:30 AM | Show all posts
Ekstra! : 27 Februari 2008        
  
RAWATAN

ELAK HILANG KAKI


USAH ambil ringan jika anda mengalami luka yang tidak sembuh-sembuh di kaki atau kulit kaki menjadi hitam atau kaki terasa amat sakit ketika sedang berbaring.

Itu semua mungkin petanda yang anda menghidap penyakit disebut critical limb ischemia (CLI) iaitu keadaan yang menyebabkan saluran-saluran darah ke kaki tersekat teruk hingga menyebabkan kaki menjadi teramat sakit, luka tidak sembuh-sembuh dan kulit atau daging kaki menjadi hitam dan busuk hingga akhirnya tertanggal.

Ischemia bermaksud pengurangan bekalan darah, lantas CLI boleh ditakrifkan sebagai penyakit 'sekatan darah kritikal di kaki'.

Pesakit kencing manis, penghidap tekanan darah tinggi dan mereka yang berkolesterol tinggi berisiko mengalami CLI, dengan risikonya lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis. Sebanyak 90 peratus pesakit CLI didapati menghidap kencing manis.

Jika penyakit ini sudah berada pada paras teruk atau lanjut, kaki yang sudah 'rosak' itu biasanya tidak dapat diselamatkan dan akhirnya perlu dipotong - sesuatu yang amat traumatik bagi pesakit dari segi fizikal dan psikologi.

Bagaimanapun, kebanyakan keadaan itu - memotong kaki atau amputasi - kini boleh dielakkan.

Dengan diagnosis dan rawatan awal, pesakit yang menghidap CLI masih boleh menjalani rawatanrawatan yang dapat mengelakkan kakinya daripada dipotong, meskipun penyakitnya sudah pada tahap kritikal - sesuatu yang menggembirakan bagi pesakit dan memberinya mutu hidup yang lebih baik.

Ini dapat dilakukan melalui rawatan seperti membetulkan saluran darah melalui pembedahan paling kecil dan prosedur pembedahan lencongan saluran darah untuk melancarkan pengaliran darah.

Di Singapura, usaha ini telah dijalankan melalui program mengelak pemotongan kaki disebut Lower Extremity Amputation Programme (Leap), yang dimulakan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) atas inisiatif mendiang Dr Alex Chao pada Julai 2001. Dr Chao meninggal dunia kerana jangkitan penyakit Sars pada 2003.

Berikutan usaha itu, kadar amputasi yang dijalankan ke atas para pesakit CLI yang terlibat dalam program itu berkurang banyak daripada 37.5 peratus dalam sembilan bulan pertama 2000 kepada 19.5 peratus dalam tempoh yang sama pada 2001.

Malah, data yang diberikan menunjukkan jumlah kaki yang telah dapat diselamatkan daripada dipotong daripada sekumpulan 308 pesakit dari 2001 hingga 2005 ialah hampir 80 peratus.

Jumlah mereka yang menjalani amputasi kecil (di bawah lutut) juga berkurangan sebanyak 24 peratus; dan yang menjalani amputasi besar (di atas paras lutut) berkurang lebih banyak sebanyak 87 peratus dalam tempoh yang sama.

Menjelaskan lebih lanjut tentang program itu dan prosedur-prosedur untuk merawat CLI, Dr Daniel Wong, pakar radiologi disebut interventional radiologist di Jabatan Radiologi Diagnostik di TTSH, dalam satu pertemuan, berkata:

'Sebelum Program Leap, pesakit biasanya dirawat oleh doktor bedah ortopedik (tulang dan otot-otot) untuk merawat luka atau menghapuskan infeksi, tetapi apabila infeksi semakin teruk, doktor biasanya memotong saja kaki pesakit.

'Tetapi melalui Program Leap, pesakit akan dirujukkan kepada doktor pakar vaskular (saluran darah) agar keadaan saluran darah di kakinya dapat diuji, pengaliran darahnya dapat dibaiki dan kakinya akhirnya tidak perlu dipotong. Inilah sebenarnya aspek paling penting dalam rawatan penyakit CLI.'

Di Singapura, kira-kira 700 pemotongan kaki dilakukan setiap tahun, kebanyakannya kerana masalah CLI yang sebahagian besarnya pula berpunca daripada penyakit kencing manis.

Menurut Kajian Kesihatan Nasional 2004, 8.2 peratus penduduk Singapura berusia antara 18 tahun dengan 69 tahun menghidap kencing manis - antara tertinggi di dunia.

Kencing manis juga adalah punca utama kelapan kematian di sini dan menyebabkan 3 peratus daripada semua kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 09:52 AM | Show all posts
Ekstra! : 27 Februari 2008        
         
KAEDAH ATASI MASALAH SALURAN DARAH TERSEKAT


PESAKIT boleh diberikan beberapa rawatan untuk mengelakkan kaki mereka yang mengalami critical ischemic disease (CLI) atau penyakit saluran darah tersekat daripada dipotong.

Mereka boleh sama ada diberikan salah satu rawatan atau kombinasi empat rawatan berikut - angioplasti, pembedahan lencongan saluran darah atau bypass surgery, hyperbaric oxygen therapy dan pneumatic compression therapy.

Angioplasti merupakan prosedur lebih ringan dan dijalani oleh 72 peratus pesakit yang terlibat dalam Program Leap, jelas Dr Daniel Wong, pakar radiologi (interventional radiologist) di Jabatan Radiologi Diagnostik di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Pesakit tidak memerlukan anestesia (bius) di seluruh tubuh untuk angioplasti, yang melibatkan rawatan memasukkan alat untuk menghilangkan sekatan di saluran darah.

Rawatan bypass pula adalah lebih besar dan dijalani oleh 14.4 peratus pesakit. Pesakit perlu tinggal lebih lama di hospital, tetapi menikmati pemulihan yang lebih lama.

'Rawatan angioplasti adalah yang paling lazim dijalani kerana kebanyakan pesakit tidak cukup berdaya tahan untuk menjalani rawatan bypass. Mentelah pula kebanyakan pesakit CLI sudah lanjut usia,' jelas Dr Wong.

Sebahagian kecil lagi menjalani hyperbaric oxygen therapy iaitu penggunaan oksigen pada tekanan tinggi, dan pneumatic compression therapy yang melibatkan penggunaan alat untuk mengepam udara di bahagian kaki yang terjejas.

'Ada juga sebahagian kecil yang tidak mahu dirawat dan meninggal dunia,' katanya.

Bagaimanapun, tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan bagi mengelakkan amputasi kerana ada saluran darah yang boleh dibetulkan dan ada yang tidak.

Menjelaskan lagi punca penyakit CLI, Dr Wong menarik perhatian sesiapa saja boleh menghidapinya, tetapi data menunjukkan risikonya lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis, penghidap tekanan darah tinggi dan perokok.

Seramai 90 peratus pesakit CLI menghidap kencing manis, 80 peratus menghidap tekanan darah tinggi dan 25 peratus adalah perokok.

Risiko lain ialah jika seseorang itu menghidap penyakit ginjal, pernah mengalami serangan jantung, angin ahmar dan penyakit saluran darah disebut peripheral vascular disease.

'Kebanyakan pesakit - 57 peratus - mempunyai sekurang-kurangnya tiga hingga empat faktor risiko,' kata Dr Wong.

Beberapa tanda biasa CLI termasuk kelemayuh atau gangrene yang tidak menyakitkan kerana daging yang telah mati. Ada pesakit tidak sedar mereka menghidapinya. Kulit kaki menjadi hitam dan boleh terputus tanpa disedari.

Tanda-tanda lain ialah luka di kaki yang tidak sembuh-sembuh dan semakin teruk. Jika ia berkeadaan demikian sehingga tiga bulan, tiba masa untuk menjalani pemeriksaan. Biasanya pesakit kencing manis menghidapinya.

Sakit kaki yang amat sangat semasa berbaring juga adalah satu lagi petanda. Kaki menjadi putih dan sejuk dan jika diturunkan ke bawah, barulah pesakit berasa lega.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 09:54 AM | Show all posts
PERUBATAN

CARA GUNA ANTIBIOTIK

APABILA berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, anda kerap diberikan antibiotik.

Antibiotik berguna sebagai ubat untuk merawat jangkitan bakteria, tetapi ia tidak begitu berkesan untuk melawan virus seperti virus yang menyebabkan demam sejuk.

Anda juga dinasihatkan supaya tidak makan antibiotik berlebihan, sebaliknya makan apa yang disarankan oleh doktor. Usah makan antibiotik yang ditujukan untuk orang lain atau yang diberikan kepada anda tetapi untuk merawat penyakit lain.

Jika doktor memberitahu bahawa anda dijangkiti virus, usah minta diberikan antibiotik. Makanlah antibiotik sebagaimana yang disarankan oleh doktor dan usah simpan lebihannya untuk kegunaan akan datang. -- HealthDay News.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 09:55 AM | Show all posts
Ekstra! : 27 Februari 2008        
         
TANDA SISTEM HAID TAK SIHAT

PUTARAN haid yang sihat dan tetap adalah petanda bahawa anda, sebagai wanita, mempunyai sistem reproduktif yang sihat.

Tetapi, jika dari awal anda mengalami masalah, berjumpalah doktor.

Beberapa tanda yang menunjukkan sistem haid anda kurang sihat, menurut laporan HealthDay News, ialah seperti berikut:

# Anda tidak didatangi haid walaupun sudah berumur 15 tahun atau dalam tempoh tiga tahun selepas mempunyai buah dada.

# Anda tidak didatangi haid selama lebih 90 hari.

# Anda tiba-tiba mengalami kedatangan haid yang tidak menentu sedangkan sebelumnya anda tidak menghadapi masalah itu - haid datang tepat pada waktunya.

# Kedatangan haid anda terlalu kerap (selepas 21 hari atau kurang daripada itu) atau terlalu jauh (selepas 45 hari atau lebih).

# Haid anda datang lebih daripada tujuh hari.

# Anda kerap mengalami kedatangan haid yang berlebihan atau mengalami pendarahan atau darah keluar dan berhenti silih berganti.

# Anda mengalami sakit yang teruk atau demam semasa didatangi haid, atau selepas menggunakan tampon (tuala haid yang dimasukkan ke dalam tubuh).
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:02 AM | Show all posts
Singapura : 4 Mac 2008         
         
PESAKIT SEMPUT BOLEH GUNA MEDISAVE


MULAI 1 April ini, pesakit semput dan mereka yang menderita penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) boleh menggunakan Medisave bagi rawatan pesakit luar.

Perubahan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 180,000 warga Singapura, menurut Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, semasa membahaskan peruntukan Belanjawan kementeriannya semalam.

Sebelum ini, Medisave juga dibenarkan digunakan bagi empat penyakit kronik di bawah Program Pengurusan Penyakit Kronik (CDMP), iaitu penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, gangguan lipid (lemak dalam tubuh) dan angin ahmar.

Menurut Encik Khaw, pihaknya amat berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai skim itu.

Sejak dilaksanakan, skim itu telah dimanfaatkan lebih 91,000 pesakit yang telah membuat tuntutan sebanyak $17 juta daripada akaun Medisave mereka.

'Seperti yang dinyatakan Dr Fateemah Lateef (GRC Marine Parade), hampir separuh doktor keluarga kini menyertai skim itu. Secara keseluruhan, kami gembira dengan kemajuan yang dicapai.

'Lantas dari 1 April ini, kami juga akan meluaskan skim itu kepada dua penyakit kronik lain - penyakit semput dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD). Ini akan memberi manfaat kepada lebih 180,000 warga Singapura yang lain,' ujar Encik Khaw.

Seperti empat penyakit kronik lebih awal, had jumlah simpanan Medisave yang boleh digunakan ditetapkan pada $300 setahun.

Dalam pada itu, Encik Khaw tidak menolak kemungkinan MOH meluaskan lagi skim itu bagi merawat penyakit mental.

'Kami akan membuka luas pilihan itu, tetapi buat masa ini, kami sedang menumpukan perhatian pada penyakit kronik dengan rawatan yang mempunyai protokol yang jelas,' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2008 03:49 PM | Show all posts
Singapura : 4 Mac 2008         
         
PERINGATAN KESIHATAN BAGI GOLONGAN LEBIH 40 TAHUN

SEMUA warga Singapura berusia lebih 40 tahun akan diingatkan agar melalui pemeriksaan kesihatan bagi penyakit kronik utama.

Ini akan dilaksanakan apabila Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) melancarkan Program Pemeriksaan Bersepadu mulai tahun ini.

Mengumumkan demikian di Parlimen semalam, Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, berkata ramai Anggota Parlimen telah berusaha keras untuk menggalakkan pemeriksaan di peringkat kemasyarakatan pada tahun-tahun sebelum ini.

Justeru, program baru itu merupakan penggabungan dan pengukuhan program awal itu.

Menurut Encik Khaw, ini sebahagian daripada usaha menggalakkan kehidupan sihat, yang bermula dengan kesedaran.

Justeru, HPB akan melaksanakan program jururawat pendidik, yang akan mengajurkan kelas di kelab masyarakat bagi pesakit dan keluarga mereka.

Di samping itu, HPB akan membangunkan rangka tindakan Menggalak Kesihatan Warga Tua.

Rangka itu akan memberi fokus pada membekalkan para warga tua dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjaga kesihatan dan menangani penyakit kronik yang mereka hadapi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 07:35 AM | Show all posts
Ekstra! : 5 Mac 2008         
         
BARAH KOLOREKTAL

SEMBUH DEK SIKAP POSITIF


Jalani rawatan dengan tekun dan sokongan keluarga main peranan

APALAH lagi yang lebih menggembirakan bagi pesakit barah, selain kesembuhan?

Bagi dua orang pesakit demikian, itulah kelegaan yang mereka rasakan setelah dicabar dengan barah kolorektal.

Cik Zaridah Abdul, 45 tahun, kedengaran begitu riang di hujung talian telefon semasa dihubungi, begitu juga dengan Cik Norasmah Md Eunos, 43 tahun.

Bagi mereka, menjalani rawatan dengan tekun, sikap positif dan sokongan keluarga memainkan peranan penting dalam kesembuhan mereka.

Mesej inilah juga yang ingin mereka sampaikan sempena Bulan Kesedaran Barah Kolorektal yang disambut pada bulan ini.

Menurut Cik Zaridah, ibu tunggal kepada dua orang anak, beliau mula diserang barah usus dubur tersebut pada hujung 2005.

Ia berawal dengan beliau asyik sembelit, tetapi doktor di syarikat tempat beliau bekerja setakat mendiagnos beliau menghidap buasir.

'Perut saya juga selalu sakit dan kembung. Tidak lama kemudian, saya asyik buang air besar yang berdarah. Berat badan saya juga merosot banyak daripada 62 kepada 40 kilogram, walhal saya makan berselera,' ungkapnya.

Untuk mendapatkan pandangan doktor kedua, beliau ke poliklinik dan di situ beliau disarankan ke hospital kerana disyaki menghidap barah.

'Di hospital saya menjalani ujian kolonoskopi dan pada hari itu juga saya disahkan menghidap barah kolorektal tahap tiga. Doktor yang merawat saya sungguh prihatin dan segera mengaturkan agar saya dibedah pada keesokan harinya,' kata Cik Zaridah yang telah menjalani pembedahan besar itu di Hospital Besar Singapura (SGH).

Beliau menggunakan kantung untuk membuang najisnya selepas pembedahan tersebut, tetapi untuk selama sembilan bulan saja.

Beliau kemudian menjalani rawatan kemoterapi dan sesudah itu radioterapi - keduaduanya telah selesai dijalani - dan kini menikmati kesihatannya bersama anak-anaknya, Khairul Azrin Yasin, 21 tahun; dan Nurul Syafiqa Yasin, 18 tahun.

'Sokongan keluarga memainkan peranan sangat besar bagi saya. Saya sangat berterima kasih kepada ibu, adik-beradik dan ipar-ipar saya yang banyak memberikan sokongan dan juga rakan-rakan sekerja saya yang sangat memahami,' kata Cik Zaridah yang bekerja sebagai penyambut tamu di syarikat perkapalan.

Cik Norasmah, ibu tiga orang anak berusia 20, 19 dan 13 tahun, pula menceritakan beliau mula diserang barah di ususnya pada Mac 2005 dan menjalani pembedahan untuk membuang 12 sentimeter ususnya yang berbarah itu di Hospital Besar Changi (CGH) dan kemudian menjalani kemoterapi di Pusat Barah Nasional (NCC).

'Ketika dikesan, barah saya sudah di tahap empat, tapi saya tak putus asa walaupun diberikan peluang hidup 50-50. Ia berkat sokongan suami dan anak-anak saya. Apabila penyakit itu berulang lagi, saya tetap tak takut. Bagi saya, ia adalah cubaan. Saya pegang prinsip untuk tidak toleh belakang, tapi pandang ke depan dengan menjalani rawatan lagi dengan tekun,' ujarnya.

Kini, katanya, doktor memberitahu beliau masih mempunyai 'satu titik' barah yang perlu dibuang dan beliau akan menjalani kemoterapi lagi pada bulan ini untuk membuangnya.

Sementara itu, Cik Norasmah yang bekerja di bahagian pentadbiran di syarikat kejuruteraan SIA, mengamalkan pemakanan sihat.

Beliau banyak makan sayur dan buah dan elak memakan daging kambing dan lembu kecuali ayam, dan makanan laut kecuali ikan, serta minum jus buah dua kali sehari.

Beliau juga bersenam tiga kali seminggu - Selasa di gimnasium, Rabu main 'inter-general ball' iaitu gabungan badminton dan tenis dengan menggunakan bola lembik dan Jumaat beraerobik di Kelab Masyarakat Fengshan.

Ibu yang juga mempunyai hobi membuat barang perhiasan badan daripada manik-manik itu juga bergiat dalam kumpulan penyokong bagi pesakit barah, Sinar Harapan, di NCC.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2008 07:38 AM | Show all posts
Ekstra! : 5 Mac 2008         
  
RINGKAS

BAGAIMANA BARAH KOLOREKTAL BOLEH TERJADI


BARAH kolorektal ialah barah yang terjadi apabila sel-sel barah terbentuk di lapisan dinding dalaman usus besar dan saluran dubur. Lapisan ini disebut 'mucosa'.

Di peringkat ini, barah itu belum merebak, tetapi jika tidak dikesan ia boleh menjadi lebih besar dan memasuki ruang terbuka di usus dan menyerang dinding usus dan merebak ke bahagian-bahagian lain.

Usus besar atau kolon ialah bahagian di mana air diserap daripada makanan dan saki baki makanan yang tidak dicerna berubah menjadi najis oleh tindakan bakteria.

Saluran dubur atau rektum adalah bahagian di mana najis disimpan sebelum dikeluarkan daripada lubang dubur.

Beberapa tanda barah ini ialah perubahan pada kebiasaan membuang air besar seperti cirit-birit dan sembelit dan perubahan pada kekerapan membuang air besar selama lebih dua minggu.

Tanda lain ialah pendarahan di dubur atau di najis; rasa perut tidak selesa sepanjang masa seperti senak, kembung atau sakit; perut sakit semasa membuang air besar, rasa perut belum 'kosong' selepas membuang air besar; letih dan lemah dan berat badan merosot tanpa sebab yang diketahui.


JALANI UJIAN BERTAHAP CEGAH BARAH

BARAH kolorektal boleh dicegah jika dikesan awal kerana di peringkat awal rawatan untuk menyembuhkannya cukup berkesan.

Salah satu langkah pertama yang boleh diambil untuk mencegah barah ini ialah menjalani ujian disebut 'Faecal Occult Blood Test' (FOBT), demikian usul Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).

Menurut Panduan Amalan Klinikal mengenai Ujian Kesihatan, Kementerian Kesihatan, mereka yang berusia 50 tahun ke atas digalakkan menjalani ujian FOBT setiap tahun walaupun mereka tidak mempunyai tanda-tanda barah kolorektal.

Jika hasil ujian adalah positif, mereka boleh menjalani ujian lanjut seperti sigmoidoskopi, barium enema dan kolonoskopi.

Mereka yang mempunyai faktor risiko lebih tinggi untuk menghidap barah kolorektal boleh berjumpa doktor untuk mengetahui sama ada mereka perlu atau tidak menjalani ujian pada usia lebih muda.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 08:55 AM | Show all posts
March 7, 2008         
New balloon device keeps arteries clear without stent implant

Study shows less chance of arteries re-narrowing; trial to start here this month

By Lee Hui Chieh




DOCTORS here will start a trial this month on a new balloon designed to unclog the arteries of heart patients and keep them clear during the critical months after surgery.

The balloon, which was developed in Germany, has shown promise in preventing the arteries from filling with scar tissue in the aftermath of an operation.

From this month, the National Heart Centre will use the new balloon to prevent heart attacks in a trial on 30 patients.

The procedure will involve inserting the tiny balloon capable of delivering an anti-clogging drug into a blocked artery.

This means doctors will no longer need to implant a thin tube of wire mesh coated with the drug, known as a drug-eluting stent, inside the problematic artery.

A study done on 114 patients in Europe showed that 15 per cent of them saw their arteries re-narrow six months after undergoing a procedure with the new balloon, said its author, Dr Martin Unverdorben.

Previous studies have shown the re-narrowing rate of drug-eluting stents to be about 30 per cent, and that of bare metal stents to be about 50 per cent.

About 15 per cent of the patients who used the new balloon suffered a heart attack or died after six months.

The rate of heart attacks or deaths was 19 per cent for those on drug-eluting stents, and 27 per cent for those on bare metal stents.

Dr Unverdorben, an associate professor of medicine at the Centre for Cardiovascular Diseases' Clinical Research Institute in Germany, said yesterday: 'For it to have such significantly lower rates, there must be something there.'

He was speaking at a press conference held during a four-day conference of 1,500 cardiologists at the Singapore International Convention and Exhibition Centre that began yesterday.

In the procedure known as angioplasty - usually used to treat heart disease - a balloon borne on a long flexible tube is threaded through the arteries to the blocked area, and then inflated to clear it.

Often, a stent, placed around the balloon earlier, is left behind in the artery to prop it open after the balloon is removed.

The stent is also often coated with a drug that prevents the artery walls from growing too much scar tissue which will clog up the artery again.

But the new balloon will have the drug coated on its own surface instead, and when inflated, will push it onto the artery walls which will absorb it. The balloon will then be removed.

Dr Unverdorben added that the new balloon also appears to be less likely to cause patients to develop blood clots, a potentially fatal complication linked to drug-coated stents that has caused concern in the past two years.

About 0.6 per cent of patients on drug-eluting stents develop blood clots within a year.

But none of the 245 patients in two ongoing studies has developed blood clots more than a year after undergoing a procedure with the new balloon.

And this is despite patients taking a costly blood-thinning drug for just a month, instead of six to 12 months as recommended for patients on drug-eluting stents.

This could save patients here $120 a month, said consultant cardiologist Victor Lim with the National Heart Centre.

German medical device company B. Braun, which makes the new balloon, expects it to be approved by the European authorities in the second or third quarter this year, and to be commercially available here within this year.

Its managing director in Singapore, Mrs Theresa Michelmann-Lim, said that while the new balloon would cost more than a conventional one, the overall cost of the procedure with the new balloon should be comparable to that of a conventional procedure that uses a drug-eluting stent.

An angioplasty here costs about $16,000 to $20,000.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 12:05 AM | Show all posts
March 7, 2008         
56 men may have fallen victim to sex drug's adverse effects



As Power 1 Walnut contains controlled substances under the Poisons Act, anyone caught importing, selling or possessing the drug without a licence can be fined up to $10,000 and jailed up to two years. -- ST PHOTO: SHAHRIYA YAHAYA

SIXTEEN men in Singapore are confirmed to have suffered serious adverse reactions after consuming the sex drug Power 1 Walnut, says the Health Sciences Authority (HSA).

Another 40 others, all men aged between 20 and 90 years old, are 'suspected cases' because they showed the same symptoms. HSA said they comprise both local residents as well as foreign workers.

Two of the men so far have even gone into a coma.

In the five latest cases, HSA said the victims were found either unconscious at home or found to be suffering from very low blood sugar levels.

HSA reiterated its warning to the public not to consume Power 1 Walnut or buy health products from 'dubious sources' like the street peddlers, makeshift stalls and off the Internet.

Those who have bought such products should throw them away immediately, it says.

Those who may have consumed the drug should stop immediately and seek medical help.

The consequence, if they don't do so - "severe and life threatening symptoms of low blood sugar which includes seizures and coma if not treated in time."

HSA said it's working with the Manpower Ministry and the Singapore Contractors Association to warn foreign workers as well. Raids and stepped-up enforcement in 'high risk areas' have also been done.

As Power 1 Walnut contains controlled substances under the Poisons Act, anyone caught importing, selling or possessing the drug without a licence can be fined up to $10,000 and jailed up to two years.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 11:40 AM | Show all posts
Mysterious 'flu' claims second child's life in HK  
Parents allege negligence by hospital

ANOTHER possible case of alleged hospital negligence has surfaced in Hong Kong.

A two-year-old boy named Yang died while warded for complications arising from flu, reported Apple Daily.

Now, his parents want answers from the Prince of Wales Hospital and have made a complaint to the health authorities.

Yang's death follows the recent death of a 3-year-old girl from flu and complaints of negligence by her parents made against Tuen Mun Hospital for failing to hospitalise her.

Yang caught a flu on 21 Feb which then developed into a fever. His parents brought him to see private doctors several times.

The fever subsided, but Yang developed inflammation of the intestines afterwards, and started vomiting a coffee-coloured liquid.

On 25 Feb at about 11.30pm, Yang's parents took him to the Prince of Wales Hospital. There, a doctor from the Emergency Department told them Yang needed to be put on the drip.

But after admission, Yang's parents were allegedly told by another doctor that the drip wasn't needed. Only blood and urine tests were necessary, the second doctor is believed to have said.

But the next morning, Yang was still vomiting. When asked about it, a nurse told Yang's parents that the boy may be dehydrated but his blood pressure was normal, so there was no need for additional treatment.

SECOND OPINION

Yang's parents claimed that when they tried to ask more advice from another doctor, they were ignored. The next morning, Yang was finally put on a drip, but it didn't seem to help.

He continued vomiting and his lips were pale. A few hours later, at about 3pm, a nurse making the rounds discovered that Yang had no pulse and began emergency resuscitation.

'The nurse's hands were trembling as she carried out the emergency resuscitation,' said Yang's father, Mr Ke.

'My wife and I could see that Yang's fingers were already purple.'

The nurses rushed Yang to an emergency room shortly afterwards. But at 4.20pm, he was pronounced dead.

Mr Ke claimed that the hospital has not yet informed him of Yang's official cause of death.

A hospital spokesperson said that it was in touch with Yang's parents and that an investigation is underway.

Paediatrician Han Jin Lun, from the Chinese University of Hong Kong, told Apple Daily that Yang's death might not have been a direct result of flu.

It might have resulted from complications arising from a weakened immune system.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:43 AM | Show all posts
salam,




[ Last edited by  virgomal at 11-3-2008 03:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:43 AM | Show all posts
salam,



[ Last edited by  virgomal at 11-3-2008 03:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:43 AM | Show all posts
salam,



[ Last edited by  virgomal at 11-3-2008 03:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:43 AM | Show all posts
salam








[ Last edited by  virgomal at 11-3-2008 03:46 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2008 03:44 AM | Show all posts
salam,









[ Last edited by  virgomal at 11-3-2008 03:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:56 AM | Show all posts
National Eye Centre team achieves breakthrough in corneal transplant
By Chew Wui Lynn, Channel NewsAsia | Posted: 10 March 2008 2332 hrs




SINGAPORE: Doctors at the Singapore National Eye Centre have achieved a breakthrough in corneal transplant surgery.

They said the new technique is far less damaging, which means quicker recovery and less harm to the patient's eyesight.

Deputy director of Singapore National Eye Centre Professor Donald Tan said: "The traditional method is to fold it (the cornea) in half, squeeze it in and unfold it inside the eye. Now that does not work many a time, especially in Asian eyes which are much smaller."

"So what we've devised is a new technique called a glide technique, in which we do not actually fold the cornea anymore. But we use a plastic device which acts as a glide and we slide the whole cornea in without folding it. We've shown now quite conclusively that this damages the cornea much much less," he added.

The new operation leaves 95 per cent of the patient's own cornea intact as only the inner portion is transplanted. There are also fewer stitches.

"One year ago, my vision (was) not good. I (could) not see anything. I (could) see only my fingers," said 59-year-old Soetrisno Soeharsono, who had corneal transplant in January.

But now, about a month after the surgery, his eyesight is just a shade poorer than the perfect 6/6 vision.

"Now I can see people. I can see alphabets, numbers, (and the) plate number of (a) car. I can see." he said.

The surgery is estimated to cost at least S$5000 per eye. - CNA/ac
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 12:17 AM | Show all posts
March 12, 2008         
More suffer from kidney failure - and die from it

Number has doubled in past decade, and diabetes accounts for six in 10 cases

By Salma Khalik, Health Correspondent


MORE than 1,000 people here lost the use of their kidneys in 2006 and about 400 of them died within a year.

The state-run Health Promotion Board (HPB) released these figures to commemorate World Kidney Day on Thursday, which aims to raise awareness of the dangers of kidney diseases.

It said 38 per cent of people on kidney dialysis die within the first year, compared to only 7 per cent of people who had transplants.

Five years after they suffer from kidney failure, 89 per cent of those who received transplants are still alive, compared to 36 per cent of those on dialysis.

Dr Lye Wai Choong, a renal physician in private practice, said many patients who go on dialysis die within the first three months.

In the past, they would not live beyond seven years. But with better treatment, some now do.

The figures from the board showed two worrying trends.

The number of people suffering from end-stage kidney failure has almost doubled in the past decade - from 562 new cases in 1997 to 1,084 new cases in 2006.

Diabetes, where the body is not able to break down sugars in the blood, accounts for six in 10 cases of kidney failure, up from just four a decade ago.

This is far higher than international figures of between 30 and 50 per cent.

This means that either more people here are suffering from diabetes, or more are not able to control their blood sugar levels, and hence end up with this deadly disease.

Read the full story in Thursday's edition of The Straits Times.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 12:52 AM | Show all posts
March 13, 2008         
No. of flu cases in S'pore remains low: MOH


THE Ministry of Health (MOH) has released the latest influenza statistics pointing to an unlikely flu outbreak in Singapore, according to a statement released on Thursday.

This comes after news of a Hong Kong flu outbreak that has claimed the lives of 4 children and forced kindergartens and primary schools across the island to close.

The latest health statistics indicate no rise in the number of attendances at emergency departments and hospital admissions for acute respiratory infections and Pneumonia. Pneumonia is the leading cause of influenza-related deaths.

The percentage of influenza viruses isolated from patients with flu-like illnesses has also remain at a stable low of five per cent.

Singapore's peak for acute respiratory infections extends to March every year, however there has not been any significant rise in weekly attendances in polyclinics.

Still, MOH would like to emphasise to the public the importance of good hygiene practices to limit the spread of the disease.

For those who have flu-like symptoms (fever and cough with/without sore throat and runny nose) especially those returning from recent travel to places with increased influenza activity are advised to seek medical help promptly.

However, there is no need for Singaporeans to rush to get themselves vaccinated against flu. MOH advises elderly persons, pregnant women, young children and persons with history of heart and lung diseases to undergo routine annual flu vaccination.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.433511 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list