CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 2-8-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 1-8-2021 04:12 PM
Same la i pun search kt youtube kuda lumping tu tapi banyak video kesurupan. Eh mcm tak berani pul ...

Mcm mana tak kesurupan tengok je la patung/monster yg ada dlm persembahan kuda lumping tu..scary kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimpi Abang Kelasi

Sepanjang aku bekerja sebagai kelasi kapal di bawah Tentera Laut USA, aku cuma ada satu pengalaman pelik yang terjadi pada aku.  Dan ianya terjadi bertahun-tahun yang lalu.

Semasa aku sedang belayar, aku mengalami satu mimpi ngeri.  Aku mimpi yang aku berada di atas dek, dan ketika itu lautan sedang bergelora akibat dilanda satu ribut yang sangat dahsyat.  Tapi aku tidak berseorangan, sebaliknya aku dikejar oleh sesuatu.  Kapal yang aku naiki terumbang-ambing, petir berkilat memancar-mancar menerangi langit, guruh gegak gempita, tapi cuma aku seorang je atas kapal tu.  Tapi aku merasakan seseolah aku tidak berseorangan, dan aku sedang lari dari ia.

Cuma aku bernasib baik sebab aku jumpa jugak pintu serobong nak masuk ke dalam kapal tu.  Aku baru nak pusing tombol pintu tu apabila, sesuatu itu berdiri di hadapan aku.  Di hadapan aku kini adalah seorang wanita tua dengan badannya penuh berlilit dengan rumpai laut.  Wanita tua itu ketawa mengekek seolah-olah begitu gembira sebab dapat aku.  Dia menerkam ke arah aku, dan aku terbangun dari mimpi ngeri itu.  Tapi aku bangun dengan letih sekali dan nafasku sesak macam orang baru habis lari pecut.  Aku jadi kepanikan sekejap, aku kena ambil masa beberapa minitla jugak untuk aku tenangkan diri. Aku cakap pada diri sendiri, ah aku ni banyak sangat main game Dungeons And Dragons ni tu yang termimpi bukan-bukan.

Esok paginya, aku pun bangun pagi macam biasa, dan bertugas di stesen aku macam hari-hari biasa.  Aku terdengar perbualan 2 orang kelasi kapal di stesen aku tu.

“Aku rasa malam tadi aku ni keracunan makanan la”.
“Apsal bro?”
“Aku mimpi aku kene kejar dengan perempuan tua. Badan dia penuh dengan rumpai laut”.
“Eh, aku pun mimpi benda yang sama jugakla bro”.

Aku rasa macam nak mencelah, tapi aku rasa tak sedap hati pulak jadi aku pun pergi je dari situ.  Rupa-rupanya bukan aku seorang je yang bermimpi ngeri malam tadi….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 6-8-2021 02:03 PM

Makcik Acacia

Aku ni orang Filipina dan memang tinggal di Filipina.  Semasa aku berumur 5 ke 6 tahun macam tulah, aku pernah berjiran dengan seorang makcik yang sangat cantik, aku namakan dia Makcik Acacia la ye. Makcik Acacia ni boleh dikatakan perempuan yang paling lawa di kejiranan kami ni, tapi yang aku tak paham tu, kenapa nenek aku sangat-sangat benci pada Makcik Acacia ni.  Bukan nenek aku je, boleh dikatakan semua orang dalam kejiranan tu tak suka pada Makcik Acacia.  Makcik Acacia ni rajin datang bertandang ke rumah aku, tapi kalau dia datang, ahli keluarga aku akan layan gitu-gitu je.  Bila Makcik Acacia dah balik, nanti nenek aku sumpah seranah dia, mak ayah aku pun sama je membawang senyap-senyap pasal dia.  Termasuklah jiran-jiran aku ni, kalau di belakang Makcik Acacia kemain lagi mengumpat pasal dia.  Walaupun begitu, kejiranan aku ni sebenarnya sangat rapat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain, tapi dengan Makcik Acacia je yang diorang tak suka.

Pada suatu hari, masa ni nenek aku dan kawan-kawan dia tengah main kad di beranda tingkat atas.  Makcik Acacia datang mengetuk pintu rumah aku dan akulah yang menyambutnya.  Makcik Acacia tanya, ayah aku ada kat rumah ke? Boleh tak dia nak masuk rumah aku kejap? Aku masa tu tak fikir apa-apa yang buruk jadi aku pun jemputlah dia masuk rumah.  Ayah aku ni satu-satunya juruteknik di tempat tu jadi aku bersangka baik mungkin Makcik Acacia nak mintak tolong ayah aku betulkan mesin basuh kat rumah dia kot.  

Sepanjang masa Makcik Acacia kat dalam rumah tu, Makcik Acacia langsung tak bertegur sapa mahupun memandang muka nenek aku.  Geng-geng nenek aku yang tadi riuh main kad automatik berhenti menyembang bila Makcik Acacia lalu.  Bila ayah aku ikut Makcik Acacia ke rumah dia, masa tulah baru nenek aku dan geng-geng dia soksek-soksek antara satu sama lain.  

Aku memang tak paham kenapa orang tak suka Makcik Acacia tu, dia tu dahle cantik, lemah lembut dan nampak baik orangnya.  Jadi lepas kejadian tu aku pun tanyalah nenek aku, nenek aku ni aku panggil dia Lola dalam bahasa Filipina. “Lola, kenapa Lola tak suka Makcik Acacia tu?”. Lola tarik aku ke pangkuan dia, dan dia pun mulalah bercerita pada aku. “Makcik Acacia tu perempuan jahat.  Dia tu sebenarnya nenek tua, tapi dia gunakan ilmu hitam dia untuk kekal muda.  Makcik Acacia tu sekarang tengah cuba nak tarik lelaki kat tempat kita ni nak dijadikan pembantu ilmu hitam dia tu”.  Nenek aku berhenti sebentar sebelum memulakan semula ceritanya. “Ingat tak Pakcik Ingan kamu yang dah lama tak balik tu? Dia sebenarnya dah hilang, dan Lola percaya nenek sihir tulah puncanya.  Sekarang Makcik Acacia nak cuba tarik ayah kamu pulak.  Jadi lepas ni ingat ye cu, jangan rapat sangat dengan Makcik Acacia tu lepas ni”.  Aku pun hanya angguk-angguk je, yelah aku pun kecik sangat kan manalah aku paham sangat apa yang nenek aku cerita tu.

Sebelum-sebelum ni pun, aku selalu perasan yang nenek aku ni waktu kami tengah bersarapan bersama-sama, nenek aku akan pegang dahi ayah aku sambil mulutnya terkumat-kamit menuturkan sesuatu. Bila aku dah besar sikit, baru aku tahu yang nenek aku tu sebenarnya seorang mangkukulam atau bomoh.  Nenek aku meninggal sebelum aku sempat tanya apa ilmu nenek aku guna tu, tapi aku rasa mungkin nenek aku tengah jampi ayah aku agar dilindungi dari godaan Makcik Acacia tu.

Suatu hari selepas hari itu, aku dan budak-budak lain main nyorok-nyorok, jadi aku pun menyoroklah di sebuah pokok besar yang terletak di laman belakang rumah Makcik Acacia.  Dari tempat aku menyorok tu, aku boleh nampak Makcik Acacia tengah sikat rambut di tepi tingkap.  Makcik Acacia nampak cantik macam biasa, tapi bila aku amati, di bawah mata Makcik Acacia ada lingkaran gelap, pastu ada kedut-kedut yang agak dalam di sekitar matanya.  Sebelum ni muka Makcik Acacia licin je macam telur dikupas.  Makcik Acacia terperasan aku tengah mengintai dia, dia pun tersenyum padaku dan lambai tangan kat aku. Aku pun lambai balik, dan Makcik Acacia pun tarik langsir tingkap dia.  Itulah kali terakhir aku nampak Makcik Acacia.

Malam tu, aku cerita pada ahli keluarga aku semasa makan malam, Makcik Acacia dah nampak tua.  Kedua ibubapaku dan nenekku saling berpandangan dan mereka nampak macam risau je bila aku cakap macam tu.

Keesokan harinya, rumah Makcik Acacia kosong. Makcik Acacia pun takde, Lola cakap Makcik Acacia tu dah pindah tapi yang hairannya aku tak perasan pulak ada lori angkut barang datang malam tadi.  Kalau ada mesti dah kecoh dah kat kejiranan ni.  Lepas tu memang aku dah tak pernah nampak Makcik Acacia lagi, dan tak lama lepas tu, aku dan keluarga pun berpindah ke bandar lain.

Lama-kelamaan aku pun dah lupa langsung pasal Makcik Acacia, sehinggalah baru-baru ni, aku dapat jemputan majlis harijadi si kembar Jana dan Hana yang juga kawan aku di kejiranan lama tu.  Jana dan Hana ni rumahnya depan je dengan rumah lama aku.  Mereka menjemput semua orang di kejiranan lama aku tu ke majlis mereka.  Semasa majlis itu berlangsung, aku terperasan ada seorang tetamu wanita ni, mukanya saling tak tumpah macam muka Makcik Acacia.  Aku sempat bertanyakan Jana, tu sape? “Itulah Felicia.  Dia tu cucu Makcik Acacia yang duduk sebelah rumah kau tu.  Sekarang dia pulak yang duduk rumah Makcik Acacia”.  Samalah seperti Makcik Acacia, Felicia tu memang cantik sangat.  Rambut hitam ikal mayang, hidung mancung, kulit sawo matang yang licin dan halus, dengan lirikan matanya yang menggoda.  Walaupun orangnya cantik, tapi sebab muka dia sangat sebijik macam Makcik Acacia buat aku rasa macam seram pulak.  Malam tu jugak aku terus balik ke bandar dan cuba nak melupakan wajah itu.

Baru pagi tadi, aku dapat khabar berita daripada Jana.  Suami Hana tiba-tiba je hilang. Tiada siapa pun tahu kemana dia pergi, dan kenapa dia tiba-tiba hilang.  Tau-tau je dah tak balik rumah.  Jauh di lubuk hati aku, aku rasa kehilangan suami Jana tu ada kaitan dengan perempuan cantik yang berjiran dengan aku tu….
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt..nah munge
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt. Salu tunggu u update cerita. Terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tnanti2 cerita tbaru dr tt
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 6-8-2021 12:11 PM
Mimpi Abang Kelasi

Sepanjang aku bekerja sebagai kelasi kapal di bawah Tentera Laut USA, aku cuma ...

Teringat pirates of the Caribbean
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 6-8-2021 12:14 PM
Makcik Acacia

Aku ni orang Filipina dan memang tinggal di Filipina.  Semasa aku berumur 5 ke 6 ta ...

Adakah felicia tu sebenarnya acacia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 09:26 AM | Show all posts
Sihir Atau Kemurungan?

Semasa aku sedang melalui zaman kanak-kanakku, aku pernah tinggah di India, di sebuah bandar yang dinamakan Patna di negeri Bihar. Keluarga aku memang besar, bukan setakat dengan ibubapa dan adik-beradikku sahaja, tapi aku turut membesar bersama saudara-maraku yang lain.  Sehinggalah, pada 2006, salah seorang kakak sepupu aku, biarlah aku namakan dia S sahaja, berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej kejuruteraan di Bangalore.  S seorang yang ceria orangnya, sangat menghormati orang lain dan bersopan-santun jadi kami memang tak sangka S jadi macam ni.

Pada suatu hari, loceng rumahku berbunyi lalu aku pun membukanya.  Rupanya Kak S yang membunyikan loceng itu, tapi wajahnya nampak sangat sugul.  Keluargaku membawa dia masuk dan mereka pun bertanya macam mana Kak S balik, sebab jarak dari rumah kami ke kolej Kak S tu dalam 1500 km la jauhnya.  Tapi Kak S langsung tak ingat apa pun.  Bila ahli keluarga kami memeriksa beg Kak S, mereka menemui keratan tiket kapal terbang tapi Kak S tak ingat langsung yang dia terbang ke sini.  Dan 6 bulan seterusnya, aku dan ahli keluargaku sama-sama menyaksikan penderitaan yang dialami oleh Kak S.

Kak S mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan, tapi ada beberapa orang ahli keluargaku merasakan yang Kak S sebenarnya mengalami gangguan makhluk halus.  Kak S enggan bercakap dengan sesiapa, makan pun takde selera.  Ada masanya badan Kak S jadi panas dan Kak S demam teruk sampai Kak S menjerit-jerit kesakitan.  Di waktu malam pula, Kak S adakalanya akan tertawa kuat seorang diri, di malam lain Kak S menangis mengongoi sambil menarik-narik rambutnya.  Kalau ada sesiapa yang cuba memujuk Kak S, Kak S akan melemparkan carutan dan makian dengan suara yang garau macam binatang liar.  Salah seorang kakakku seorang ahli psikiatri, jadi kakak terus memberikan diagnosis dia yang Kak S ni mengalami depresi.  Depresi tu puncanya dari rasa rendah diri Kak S bila mula belajar di kolej kejuruteraan tu. Kakakku pun terus memberikan ubat preskripsi kepada Kak S.  Selama 6 bulan Kak S diberi makan ubat tapi keadaan Kak S langsung tiada perubahan.

Pakcik dan makcik sebelah ibuku yang juga ibubapa Kak S dah mula putus harapan.  Mereka akhirnya memohon bantuan dari seorang bomoh yang dipanggil tantrik dalam budaya kami.  Secara jujurnya aku rasa ibubapa Kak S dah menemui jalan buntu sampai sanggup mintak tolong tantrik ni.  Tantrik yang dicari oleh ibubapa Kak S tu memang pengamal ilmu ghaib yang sangat tegar la.



Bila tantrik tu jejak masuk je ke rumah kami, Kak S terus menjerit terlolong-lolong lagi-lagi bila dia nampak tantrik tu.  Tantrik tu cuma renung je Kak S, lepas tu tantrik tu kata dia nak balik ke tempat dia sebab nak jalankan upacara dia. Jadi dia pesan pada kami, sepanjang dia buat upacara tu, jangan sesekali benarkan Kak S ni keluar dari rumah.  Tepat-tepat 3 jam kemudian, Kak S tiba-tiba menjerit dan berlari menuju ke pintu rumah.  Terkejutlah semua orang.  Kak S jadi kuat sangat sampaikan 4-5 orang ahli keluarga lelakiku terpaksa tahan dia baring di atas katil.  Itu pun Kak S masih cuba nak melompat keluar dari rumah tu melalui tingkap.  Jeritan Kak S terlampau kuat sampai satu kejiranan boleh dengar.  Jiran-jiran yang lain pun datanglah berkerumun di rumah kami.

Sejam kemudian, Kak S tiba-tiba senyap.  Kak S tertidur dengan nyenyaknya dan hanya terjaga 6 jam kemudian.  Bila Kak S bangun je, Kak S jadi tenang, macam diri dia yang dulu.  Tapi Kak S jadi bingung, dia tanya kitorang, macam mana dia boleh ada kat rumah?  Tadi masa dia masuk tidur dia masih ada lagi di asrama kolej dia.  Kak S dah jadi normal, tapi Kak S terkejut dan tak sangka yang sebenarnya dia dah 6 bulan dah balik rumah.  Yang peliknya, Kak S tak ingat langsung apa yang terjadi sepanjang 6 bulan dia sakit tu.

Ibubapa Kak S pun jumpalah tantrik tu nak ucapkan terima kasih dan bayar upah.  Mereka sempat bertanya apa sebenarnya yang terjadi pada Kak S.  Tantrik tu cakap,  Kak S dirasuk dengan makhluk halus Islam yang dipanggil jin.  Jin tu masuk dalam badan Kak S melalui sehelai rambut yang dicampurkan dalam Biryani, dan Kak S makan biryani tu.  Tantrik tu kata dia tahu identiti orang yang menyihir Kak S tapi tantrik tu tak dibenarkan untuk mendedahkan identiti penyihir tu.

Bapa Kak S pun tanyalah Kak S, apa perkara terakhir yang Kak S ingat.  Kak S pun berterus-teranglah, semasa di kolej tu, dia ada kawan lelaki Muslim yang jatuh hati pada Kak S, tapi Kak S tolak.  Lelaki itu merayu nak kekal jadi kawan Kak S, Kak S pun okey je.  Kak S kata, semasa sambutan Aidilfitri, kawan lelaki tu jemput Kak S datang rumah dan dihidangkan biryani. Pastu Kak S tak ingat ape dah.

Ibu Kak S tak benarkan Kak S kembali ke kolej itu.  Sebaliknya Kak S sambung belajar di kolej berdekatan rumah kami je.  Kak S akhirnya berpindah ke US dan menjalankan kehidupan yang normal.  Tapi sehingga kini, kami satu keluarga tak pernah ungkit balik kisah Kak S kena rasuk tu sebab kami tak mahu Kak S terganggu dengan pengalaman pahit itu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 09:50 AM | Show all posts
Sejarah Hitam Rumah Flatku

Aku pernah belajar dan tinggal di Edinburgh, dan rumah flat yang aku duduk tu memang dah sangat lama.  Tangganya diperbuat daripada konkrit dan dah lusuh, pastu takde lampu.  Satu-satunya sumber cahaya tangga tu adalah sebuah lubang di tingkat 3 flat tu, iaitu tingkat paling atas sekali.  Kalau musim sejuk memang tangga tu jadi gelap gelita sebab takde cahaya masuk.



Pada suatu malam di musim sejuk, aku baru balik dari Tesco sambil terkedek-kedek membawa plastik belianku menaiki tangga yang gelap tu.  Aku terpaksa berpandukan dinding tangga tu sebab tangga tu memang gelap gelita tak nampak apa pun.  Dahla aku duduk di aras 3, terpaksalah aku menaiki tangga dengan berhati-hati dan lambatnya.  Tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang melanggar bahu aku, sampai aku nyaris-nyaris nak tersandung.  Tapi aku tak dengar bunyi apa pun, tiada bunyi tapak kaki, yang ada cuma nafasku yang turun-naik.  Aku bukanlah seorang yang percaya pada hantu tapi aku dapat rasakan yang aku tak berseorangan dalam gelap tu.  Aku teruskan jugak perjalanan dan akhirnya sampai jugak ke rumah aku.  Lama kelamaan aku pun dah lupa akan insiden itu.

Sebulan kemudian, aku dah pun berpindah keluar dari Edinburgh.  Satu petang tu aku bukak tv nak tengok berita sambil makan. Hampir tercekik aku jadinya bila tengok berita tu.  Rupa-rupanya, ada sekujur mayat ditemui di sebuah rumah flat yang betul-betul berhadapan dengan rumah aku kat Edinburgh.  Jarak mayat tu dengan rumah aku adalah dalam 3 kaki je.

Korang mesti fikir, alah benda biasa la tu? Aku pun dah tak duduk kat Edinburgh.  Tapi, mayat tu dah mati sejak 5 tahun yang lalu dan baru-baru ni je ditemui.  Jadi sepanjang aku duduk kat flat tu aku sebenarnya berjiran dengan mayat!

Cerita ini tidak berakhir di situ sahaja.  Sepanjang aku belajar di Edinburgh, aku pernah menyewa di flat lain.  Tapi aku selalu dapat kiriman pos yang beralamatkan ke rumah aku tapi untuk penerima yang sama. Iaitu seorang perempuan.  Siapakah perempuan itu? Sebenarnya perempuan itu adalah mayat yang ditemui depan flat aku tu.  Sampai mati pun aku takkan lupa nama tu, Isabella Purves.



Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 02:27 PM | Show all posts
terbaik TT. love your story so much
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 02:31 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 11-8-2021 02:24 PM

Jangan Nyanyi Malam-malam
15 tahun yang lalu, aku pernah mengetuai satu rombongan remaja pergi backpacking di pergunungan Vermont.  Hampir seminggu la jugak kami serombongan ni menerokai pergunungan tu. Pada malam terakhir, kami bermalam di sebuah wakaf yang agak terkeluar sikit dari laluan kami.  Wakaf tu pun macam rumah kecil, ada dinding, bumbung dan pintu tapi takde tingkap.



Usai makan malam, remaja-remaja itu, agaknya seronok sangat kot esok nak balik rumah dah, mereka pun menyanyi beramai-ramai dalam hutan tu.  Padahal seminggu kami merentas hutan tu masing-masing punyalah pewai dan muka serius je, tapi apapun perjalanan kami minggu itu berjalan dengan cemerlang tanpa apa-apa kemalangan.  Jadi aku pun biarkanlah budak-budak tu berseronok malam-malam ni.  Aku rakam nyanyian mereka menggunakan kamera digital aku.  Budak-budak tu begitu seronok menyanyi lagu Hakuna Matata dan Weird Al's Albuquerque. Ada yang menari dan buat aksi kelakar.  Malam tu agak lewatlah jugak budak-budak tu tidur tapi mereka semua tidur dengan senang hatinya...

Esoknya kami pun keluarlah dari hutan itu dan kembali ke dunia sebenar.  Aku pulak sedang memilih gambar-gambar sepanjang rombongan itu untuk dipaparkan di website kami bila aku teringat pasal video nyanyi ramai-ramai tu.  Aku memakai fon telinga sambil menonton kembali rakaman video tu, kononnya nak edit la.  Masa tulah aku terdengar melalui fon telinga itu, ada suara lain ikut mencelah nyanyian mereka.  Suara yang dalam dan macam bukan suara manusia, bertanya dengan marahnya, 'KAMU SEMUA NI NAK MATI KE?'

aku tak rasa budak-budak tu perasan suara tu memang sayup je dan kena dengar betul-betul baru boleh perasan.  Lepas tu baru aku teringat, pada malam yang sama, dalam pukul 2 pagi, ada seekor anjing rakan sekerja aku yang memang sangat manja dan suka bermain ni, tiba-tiba berdiri tegak macam dah sedia nak gigit seseorang.  Ia menderam dan menyalak tanpa diusik, ia jadi garang tiba-tiba siap dengan bulu-bulu di badan dia pun ikut menegak.  Masa ni anjing tu tengah menghadap pondok yang tak bertingkap tu.  Kawan aku cuba tenangkan ia tapi  bila kami alihkan ia dari mengadap pintu tu, anjing tu jadi lagi garang.  Pada masa yang sama, pintu pondok tu asyikla terbuka tertutup padahal pagi tu tenang je, mana ada angin bertiup pun. Aku geram punya pasal, aku ambil tali dan ikat pintu taknak ianya terbuka lagi. Kali ni barulah anjing tu jadi tenang semula. Pendek kata memang malam tu aku tak cukup tidur sebab anjing tu buat hal.

Aku tak pasti apa yang mengganggu aku malam tu, tapi aku rasa ada sesuatu di tempat tu yang tak suka kami di situ...

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-8-2021 09:50 AM
Sejarah Hitam Rumah Flatku

Aku pernah belajar dan tinggal di Edinburgh, dan rumah flat yang aku d ...

https://www.google.com/amp/s/www.dailyrecord.co.uk/news/scottish-news/cousin-of-woman-who-lay-dead-1072975.amp

Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 10:46 PM | Show all posts
fairy_fairy replied at 9-8-2021 04:57 PM
https://www.google.com/amp/s/www.dailyrecord.co.uk/news/scottish-news/cousin-of-woman-who-lay-dead ...

5 tahun takde org cari dia walau lhdn sekali pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-8-2021 09:26 AM
Sihir Atau Kemurungan?

Semasa aku sedang melalui zaman kanak-kanakku, aku pernah tinggah di India ...

Takut kalau jumpa rambut dalam makanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-8-2021 02:31 PM
Jangan Nanyi Malam-malam
15 tahun yang lalu, aku pernah mengetuai satu rombongan remaja pergi backp ...

Scarynya tq tt
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 9-8-2021 10:46 PM
5 tahun takde org cari dia walau lhdn sekali pun

Duit pencen bank in terus dlm account dia..so semua terbayar so tkd yg cari la. Kesian kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2021 11:28 PM | Show all posts
Pengalamanku Di Alaska

Pengalaman paling pelik yang aku pernah alami terjadi semasa aku buat kerja kontrak untuk tentera di Alaska.  Sebulan sekali aku akan melawat sebuah stesen radar yang terpencil di puncak sebuah bukit untuk jalankan kerja-kerja penyelenggaraan.  Nak pergi situ kene naik kapalterbang kecil, dan kami akan mendarat di sebuah landasan yang memang muat-muat untuk terbang dan turun je.  Selalunya memang aku akan berdua dengan juruterbang kat stesen tu, tapi satu hari tu juruterbang aku terpaksa tinggalkan aku berseorangan di stesen tu sebab dia diperlukan di tempat lain dan dia janji akan kembali dalam beberapa jam kemudian.  Jadi tinggallah aku sorang-sorang di stesen tu….


Bila kerja-kerja penyelenggaraan aku dah selesai, aku dapat panggilan melalui radio dari juruterbang tu.  Angin kencang jadi tiada kapal terbang dibenarkan berlepas dari lapangan. Ok, takpe. Benda macam ni memang pernah terjadi sebelum ni.  Di stesen tu ada sebuah kabin kecemasan yang lengkap dengan pemanas dan sedikit keperluan untuk waktu kecemasan macam tu.  Jadi aku pun hidupkan pemanas bilik tu, makan makanan segera pastu teruslah masuk tidur.  Dalam kabin tu pun ada katil.  

Pukul 3 pagi, aku dikejutkan dengan cahaya putih yang menyinari celahan tingkap kabin aku tu.  Cahaya tu bergerak-gerak macam orang bawak lampu suluh sambil berjalan mendekati kabin ni.  Aku tengah mamai-mamai masa tu, aku ingatkan oh ni mesti juruterbang dah sampai ni, aku je tak dengar sebab lena sangat tidur.  Masa tu aku tak terfikir pun yang mustahillah kapal terbang boleh mendarat kat sini sebab tempat ni gelap gelita, mana ada lampu.  Aku pun, teruslah capai beg aku dan bukak pintu kabin, tapi bukak-bukak je…

Takde ape pun di luar tu kecuali kegelapan malam.  Bulan tak kelihatan pun di malam tu.  Keadaan senyap sunyi kecuali bunyi angin malam menderu.  Aku terpinga-pinga sebentar, masa tulah aku baru teringat eh aku ni berada 50 batu dari bandar terdekat.  Habis tu tadi tu ape?

Pendek cerita, memang malam tu aku tak lena tidur.  Esoknya barulah juruterbang datang nak bawak aku balik.  Sebab nak sedapkan hati, aku tanya juruterbang aku tu, malam tadi ada tentera kat kawasan sini ke? Mungkin yang suluh aku tu tentera. Tapi juruterbang itu terus menepis sangkaan aku. “Eh gila kau sape nak datang terbang sini malam-malam? Dahle angin kuat. Tu nak bunuh diri namanya tu”.  

Maaf kalau tak berapa seram tapi itulah pengalaman paling pelik dalam hidup aku…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 10:24 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 10-8-2021 11:28 PM
Pengalamanku Di Alaska
Pengalaman paling pelik yang aku pernah alami terjadi semasa aku buat kerja ...

tq TT untuk story yang menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.401388 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list