Gadis_Venus This user has been deleted
|
Empat flat jadi sasaran tailong Oleh
Nazri Hadi Saparin LAIN orang yang makan nangka, lain orang kena getahnya.
Demikian nasib Encik Rachmat Sinthar dan tiga jirannya apabila mereka bangun pagi semalam dan mendapati pintu flat mereka disimbah dengan cat merah.
Menceritakan apa yang berlaku, bapa empat orang anak itu berkata, beliau terperanjat melihat pintu dan ruang depan flatnya apabila keluar untuk mengambil akhbar selepas solat subuh.
Beliau bertambah terkejut apabila melihat flat jiran-jirannya turut menjadi mangsa.
Sebelum itu, sekitar 5 pagi, ibu mentua dan pembantu rumahnya telah mendengar bunyi pintu flat mereka di tingkat dua itu diketuk. Namun, mereka tidak mengendahkannya.
'Mujur mereka tidak buka pintu. Kalau tidak entah apa yang akan berlaku. Tambahan, ibu mentua saya pula menghidap sakit jantung,' katanya, seorang peniaga.
Encik Rachmat, 48 tahun, menambah, beliau dan jiran-jirannya mengesyaki bahawa mereka menjadi 'mangsa' perbuatan seorang lagi jiran yang tinggal di tingkat tiga.
Menjelaskan, Encik Rachmat berkata sejak lebih tiga bulan lalu, flat salah seorang jirannya di tingkat tiga di blok yang sama sering menjadi mangsa simbahan cat.
Beliau mengesyaki jirannya ada meminjam wang daripada tailong kerana pernah beberapa kali nama, alamat dan nombor kad pengenalan jiran itu juga diconteng di tembok flat mereka di Hougang Street 51.
Perbuatan-perbuatan sedemikian merupakan modus operandi tailong atau pemiutang haram untuk menakut-nakutkan si peminjam wang.
'Lepas lihat flat kami kena simbah cat, kami lekas naik ke atas dan seperti yang kami syak, flat dia pun kena simbah cat merah.
'Saya rasa mungkin si tailong tu geram kerana sudah berbulan-bulan datang ke sini tapi masih tidak dapat wangnya.
'Jadi, bila dia turun tangga, dia simbah cat ke rumah kami pula. Mungkin dia nak kami bermusuh dengan jiran kami, atau mungkin sengaja cari pasal dan melepaskan geram,' katanya mengeluh.
Jirannya, Encik R. Kumarasamy, kini pasrah.
Menurutnya, beliau sering membaca tentang penghuni flat yang tidak bersalah menjadi mangsa perbuatan tailong.
Namun, beliau tidak sangka ia akan berlaku kepada dirinya.
'Saya lihat keadaan flat kami, saya rasa amat sedih.
'Apalah salah kami?' keluh beliau.
Sementara itu, Encik Rachmat berkata akibat kejadian itu, beliau dan isteri, seorang eksekutif bank, bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka, yang berusia antara sembilan dengan 23 tahun.
Mereka telah pun membuat laporan polis dan merancang untuk mengadu kepada majlis bandaran dan Anggota Parlimen kawasan itu.
'Kami harap majlis bandaran dapat bantu untuk tampung kos membersihkan atau menggantikan pintu flat kami kerana tidak adil kalau kami yang perlu tanggung semua.
'Mungkin pihak berkuasa juga boleh ronda flat ini dengan lebih kerap supaya kejadian ini tidak berulang.
'Nanti sudah bersihkan, datang lagi si tailong tu,' katanya.
|
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Dr Yaacob: Program berkembang dengan baik
Oleh
Azahar Mohd
LIMA pusat persinggahan bagi membantu remaja bermasalah kini menangani lebih 600 kes merangkumi isu seksualiti, pendidikan dan keluarga selain menerima lebih 1,300 panggilan.
Daripada jumlah itu, sekitar 60 kes kini ditangani NUR@Bukit Batok East - salah sebuah pusat persinggahan terbaru yang mula beroperasi empat bulan lalu.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mendedahkan perangkaan itu di akhir lawatannya ke NUR@Bukit Batok East pagi semalam.
NUR@Bukit Batok East kini dikendalikan oleh Persatuan Ain.
NUR merupakan sebuah program bersepadu bagi remaja bermasalah. Ia adalah antara inisiatif Forum Pemimpin yang dilancarkan Disember 2005.
Ia merupakan usaha tujuh badan Melayu/Islam bagi remaja bawah 20 tahun dan menyediakan lima pusat persinggahan remaja dan khidmat talian bantuan NURteensLINE.
Empat pusat persinggahan lain ialah Nur@Bedok di pejabat Taman Bacaan di Jalan Damai; Nur@Joo Chiat, kendalian Pertapis di Joo Chiat Complex; Nur@Orchard di Masjid Al-Falah dan Nur@Yishun kendalian Clubilya di Yishun Ring Road.
Dr Yaacob berkata bahawa sejak dilancarkan, program-program di pusat persinggahan itu telah berkembang dengan baik dan berhasil membantu remaja-remaja Melayu yang bermasalah.
'Memandang ke hadapan, kita perlu mengukuhkan pusat persinggahan ini dengan menambah bilangan pekerja belia, supaya nisbah antara bilangan pekerja dan golongan belia adalah lebih baik,' ujarnya.
Tahun lalu, lebih 22 pekerja belia wanita telah dapat dilatih dan tahun ini lebih 20 lagi pekerja belia diharap dapat dilatih bagi memberi bimbingan, membantu dalam tugas-tugas kaunseling di kelima-lima pusat persinggahan NUR.
Selain itu, sebagai langkah jangka panjang, lapan pegawai pekerja belia akan juga dihantar ke Amerika Syarikat bagi menerima latihan khusus bagi mempertingkatkan kemahiran mereka.
Ketika ditemui semalam, salah seorang remaja, Encik Nur Rifaie Zainal, 17 tahun, berkata pusat persinggahan itu memberi peluang kepada belia sepertinya kembali ke pangkal jalan.
'Antara lain pusat ini mengajar saya bahawa sekali gagal bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Saya harus berterima kasih kepada Cik Halimah Yacob (GRC Jurong) yang bekerja keras untuk merealisasikan pusat ini,' ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
PM LEE: AMERIKA BERPANDANGAN POSITIF TERHADAP SINGAPURA
PARA pemimpin politik dan perniagaan Amerika Syarikat mempunyai pandangan amat positif mengenai Singapura, menandakan bahawa negara ini berada di landasan yang betul.
Demikian rumusan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong di akhir lawatan enam hari beliau ke Amerika Syarikat Isnin lalu.
Menurut Encik Lee, para pemimpin daripada pelbagai sektor privet seperti minyak dan Internet menumpukan perbincangan mereka kepada sekitaran perniagaan Singapura dan 'amat puas hati dengannya'.
Begitu juga dengan para pemimpin politik elit di Washington yang amat berminat mendengar pandangan Singapura mengenai Asia dan rantau itu.
'Mereka benar-benar ikhlas dan mesra dan akan memberitahu anda mereka telah ke Singapura, mereka mempunyai pengalaman positif dan mereka ingin datang lebih kerap atau mereka mahu melakukan lebih banyak di Singapura,' kata Encik Lee mengenai pertemuannya dengan golongan elit di Washington dan San Francisco.
'Ini amat menenangkan hati. Ia tidak harus diambil ringan, tetapi menenangkan hati.
'Ini bermakna kita melakukan perkara-perkara yang betul dan mesej kita diterima,' ujarnya lagi.
Lawatan Encik Lee yang terakhir ke Amerika Syarikat ialah pada 2005.
Sejak itu, persaingan ekonomi serantau bertambah sengit, dengan mata dunia kelihatan tertumpu kepada hanya China dan India, dengan Asia Tenggara tidak diberi tumpuan.
Antara matlamat utama Perdana Menteri dalam kunjungannya kali ini ialah untuk menjangkau daya tarikan Singapura sebagai destinasi pelaburan dan untuk memastikan Amerika Syarikat terus terlibat dengan Asean.
Mengenai pertemuannya dengan golongan elit politik di Washington, Encik Lee berkata mereka telah mengadakan perbincangan-perbincangan yang amat baik.
'Ia merupakan peluang untuk berinteraksi secara berterusan dengan mereka, untuk mengetengahkan pandangan-pandangan kami dan juga mengetahui bagaimana mereka melihat rantau ini, serta menjawab pertanyaan mereka supaya mereka juga mengenali kita dan keprihatinan kita,' katanya.
Menurut Encik Lee lagi, bagi sebuah negara kecil seperti Singapura berada dalam 'skrin radar' sebuah kuasa besar merupakan 'satu aset yang amat berharga'.
Namun Singapura perlu dilihat sebagai menawarkan sesuatu yang berharga.
'Anda mesti ada idea, pandangan, perspektif yang mereka dapati berharga supaya mereka akan dengar, kemudian anda mempunyai peluang mengetengahkan pandangan anda kepada mereka,' jelas Encik Lee.
Beliau juga telah bertemu Presiden George W. Bush dan Setiausaha Perbendaharaan, Encik Henry Paulson. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
KEBAKARAN PAGI GUGAT KESEPIAN TAMPINES
Oleh
Farid Hamzah
BELIAU kerugian sekitar $500 kerana terpaksa tutup kedai sehari akibat kebakaran di bahagian luar kedainya.
Kebakaran yang melanda kedai kasut peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Koh, 35 tahun, merupakan satu daripada kebakaran berasingan yang berlaku pagi kelmarin.
Ia berlaku sekitar 2.35 pagi di kolong Blok 484, Tampines Street 43, dekat Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Tampines North. Api berjaya dipadamkan penduduk dalam beberapa minit.
Kurang 10 minit kemudian, bahagian luar dua buah kedai di Blok 477 pula mengalami kebakaran.
Cik Koh, yang menjalankan perniagaan kedai kasut dan jamu sejak sembilan tahun lalu, berkata beliau hanya sedar akan kejadian itu sekitar 7 pagi selepas salah seorang kenalannya menghubunginya.
'Saya bergegas ke kedai untuk melihat sekiranya kedai saya terjejas teruk. Mujur hanya tembok luar, rak-rak kasut, dan kanvas bagi melindungi hujan dan panas yang terjejas.
'Tapi saya terpaksa tutup kedai satu hari untuk membersihkannya,' kata beliau.
Sebuah kedai basikal bersebelahan kedai Cik Koh juga terjejas.
Seorang pekerja di kedai Wanda Cycle Trading, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ah Huat, 52 tahun, berkata beliau dan rakan-rakannya juga bergegas ke kedai itu sekitar 7 pagi.
'Saya dapati beberapa tiub basikal di luar kedai ini hangus. Mungkin api berpunca dari situ, tapi saya tak pasti,' katanya lagi.
Seorang penduduk di tingkat dua Blok 477, Encik Kevin Low, 22 tahun, berkata beliau dan keluarganya cuba me nyimbah air ke kawasan kebakaran tetapi tidak berjaya.
'Kami kemudian diarah meninggalkan flat sementara pihak SCDF memadamkan api,' kata beliau.
Seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata siasatan sedang dijalankan. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Serangan di pasar tunjuk tanda-tanda angkara JI
COTABATO: Polis dan askar semalam meningkatkan kawalan keselamatan di selatan Filipina selepas satu serangan bom di sebuah pasar di pulau Mindanao mengorbankan lapan orang kelmarin.
Tiga orang terbunuh di tempat kejadian apabila bom buatan sendiri itu meletup dalam dewan biliard di sebuah pasar awam di bandar Tacurong, kata polis. Lima lagi mati kemudian, manakala 29 orang lain turut cedera dalam letupan itu.
Para pegawai berkata serangan itu menunjukkan tanda-tanda ia angkara kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI).
'Lapan orang terkorban dalam serangan itu, yang menunjukkan tanda-tanda ia angkara JI,' kata ketua polis wilayah, Encik Teng Tocao, menerusi Radio DXMS.
Polis dan askar telah mengepung kawasan letupan sewaktu pakar-pakar bom meneruskan siasatan mereka.
Dalam siasatan awal, pakar bom tentera berkata bom tersebut diperbuat daripada peluru roket yang dipasang bateri dan diletupkan menggunakan jam.
'Kami kuat mengesyaki JI yang melancarkan serangan ini untuk menunjukkan bahawa mereka masih wujud,' kata Mejar-Jeneral Raymundo Ferrer, panglima tentera di Cotabato, Mindanao, kepada para pemberita.
Pasukan polis tambahan sudah dikerah untuk meronda jalan-jalan raya di Tacurong, manakala pihak tentera telah mendirikan pusat pemeriksaan di seluruh pulau Mindanao.
Jurucakap tentera wilayah, Leftenan Kolonel Julieto Ando, berkata lebih sekatan jalan dan pemeriksaan akan dilakukan di sepanjang lebuh raya Mindanao dan askar dikerah untuk menjaga kemudahan pemerintah. - AP, AFP, Reuters, Bloomberg. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
PELAJAR MALAYSIA CIPTA PERISIAN AL-QURAN DALAM 'PLAYSTATION'
KUALA LUMPUR: Para peminat permainan Playstation beragama Islam seluruh dunia tidak lama lagi boleh turut mengaji Al-Quran di samping permainan itu.
Ini kerana seorang pelajar, Ikhwan Nazri Mohamad Asran, 21 tahun, telah mencipta perisian bagi kemudahan itu selepas meneliti program Bible yang mempunyai versi yang sama.
'Mereka sudah buat (versi) Bible, jadi mengapa tidak melakukan yang sama pada Al-Quran... Aplikasi ini akan membantu orang muda membaca Al-Quran,' kata Ikhwan kepada agensi berita AFP kelmarin.
Para peminat Playstation, yang biasa bermain permainan seperti 'Ridge Racer' dan 'Metal Gear Acid', boleh memuat turun versi Al-Quran dalam bahasa Inggeris lengkap dengan tulisan Arabnya daripada Internet.
Ikhwan berkata perisian itu dijangka menarik perhatian ibu bapa yang ada kalanya kurang percaya kepada Internet dan permainan berkaitan dengannya.
'Seorang ibu boleh berkata, bacalah Al-Quran dahulu dan saya akan benarkan awak main game,' ujarnya.
Perisian itu boleh dimuat turun secara percuma selepas 19 Mei ini dari laman beliau, raise.flavert.com, kata Ikhwan.
'Orang ramai perlu memuat turunkan semua failnya dan menyimpannya dalam wadah memori tam bahan (memory stick) dan kemudian mereka boleh membacanya. Semua panduannya disertakan,' tambahnya. - AFP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
MAHATHIR: ABDULLAH KURANG LAYAK JADI PM
KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam melancarkan kritikan baru terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dengan berkata beliau bukan orang paling berkelayakan untuk memimpin Malaysia.
Dalam satu wawancara yang disiarkan semalam, Dr Mahathir berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan 'calon yang lebih baik'.
Dr Mahathir memberitahu laman berita malaysiakini.com bahawa sebelum bersara pada 2003, selepas memegang kuasa selama 22 tahun, beliau bercadang menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Najib dan bukan kepada Datuk Seri Abdullah.
'Jika dibandingkan (Datuk Seri Abdullah) dengan (Datuk Seri) Najib, saya rasa beliau kurang berkelayakan,' kata Dr Mahathir.
'Tetapi saya juga berfikir bahawa pada masa itu beliau (Datuk Seri Najib) barangkali masih terlalu muda, jadi sepatutnya beliau beri peluang kepada orang yang lebih dewasa. Sebab itulah saya memilih (Datuk Seri) Abdullah,' kat Dr Mahathir.
Sewaktu ditanya sama ada beliau percaya Datuk Seri Najib, 53 tahun, sekarang masih merupakan orang terbaik untuk memimpin Malaysia, Dr Mahathir berkata, 'Saya fikir jika Najib tidak terlalu takut untuk kehilangan jawatannya (sekarang) jika beliau tidak menyenangkan perdana menteri, beliau akan menjadi perdana menteri yang baik.'
Kenyataan Dr Mahathir itu nampaknya bertujuan hendak merenggangkan hubungan antara Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib.
Namun mereka berdua sebelum ini berulang kali menyatakan mereka tidak berbalah.
Dalam wawancara itu, Dr Mahathir berkata beliau percaya Datuk Seri Najib tidak akan membatalkan rancangannya hendak membina sebuah jambatan baru dari Johor ke Singapura.
'Saya rasa pandangan kami mengenai dunia mungkin berbeza sedikit, tetapi secara umum ia lebih kurang sama,' kata Dr Mahathir.
'Saya tak kata, misalnya, bahawa Najib akan membatalkan jambatan. Beliau bercakap mengenai hendak membina jambatan itu sampai ke saat akhir,' tambahnya.
Datuk Seri Abdullah mengumumkan tahun lepas bahawa Kabinet telah membatalkan projek jambatan itu kerana rakyat Malaysia tidak senang dengan syarat-syarat yang dikenakan Singapura bagi menyertai projek berkenaan.
Dr Mahathir menuduh Datuk Seri Abdullah tidak mempertahankan kepentingan negara dan terlalu takut hendak berunding dengan Singapura. - AP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Enam lelaki disyaki anggota kumpulan radikal Islam ditangkap
CAMDEN (New Jersey): Enam lelaki yang disyaki anggota kumpulan radikal Islam ditangkap Selasa lalu.
Mereka didakwa dengan pertuduhan berkomplot hendak menyerang 'sebanyak mungkin askar' di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Fort Dix, New Jersey, dengan menggunakan roket dan senjata automatik, menurut pihak berkuasa kelmarin.
Kesemua suspek berkenaan, termasuk seorang pekerja penghantar piza yang sering keluar masuk pangkalan tentera itu, ditahan Isnin malam di sekitar Cherry Hill selepas dua daripada mereka cuba membeli senjata daripada seorang 'informer' atau pemberi maklumat Biro Siasatan Federal (FBI).
Mereka ditahan tanpa ikat jamin menjelang satu sidang mahkamah esok.
Dua ejen FBI yang berhasil menyusup masuk kumpulan berkenaan dan merakamkan perbualan mereka mengenai rancangan hendak menyerang pangkalan tentera di Fort Dix, kata para pendakwa.
Komplot tersebut dapat digagalkan selepas seorang kerani kedai video memberitahu polis tentang satu video 'tidak menyenangkan' yang dirakam suspek berkenaan dan mereka memintanya menyalin video itu ke dalam sekeping cakera DVD.
Para pendakwa berkata klip video itu menunjukkan suspek melepaskan tembakan senjata api mirip kumpulan militia, sambil menyeru agar dilancarkan perang jihad dan melaungkan kata-kata 'Allahuakbar'.
Salah seorang suspek, Mohamad Shnewer, seorang pemandu teksi di Philadelphia, memberitahu seorang 'informer' bahawa enam atau tujuh 'pejuang jihad' merancang operasi ke atas Fort Dix untuk membunuh 'sekurang-kurangnya 100 askar' dengan menggunakan roket atau senjata lain, kata pejabat peguam federal di New Jersey.
'Saya berniat menyerang sekumpulan askar yang ramai,' kata Shnewer, sebagaimana ditukil dalam kertas dakwaan.
Peguam federal bagi New Jersey, Encik Christopher J. Christie, berkata kumpulan itu sudah sampai ke tahap akhir komplot yang mereka lakar pada 2005.
'Mereka sudah sampai ke saat mereka ingin mendapatkan senjata automatik.
'Itulah tahap terakhir rancangan mereka, senjata yang diperlukan untuk menyerang Fort Dix,' kata Encik Christie.
Suspek termasuk tiga beradik keturunan Albania dari bekas Yugoslavia: Dritan, Eljvir dan Shain Duka.
Menurut Encik Christie, mereka tinggal secara haram di Amerika dan sama-sama bekerja di syarikat Cherry Hill.
Terdakwa yang lain merupakan penduduk yang sah:
Lelaki rakyat Turkey, Serdar Tatar, berasal dari Philadelphia; Mohamad Shnewer, pemuda kelahiran Jordan berasal dari Cherry Hill; dan Agron Abdullahu, juga dilahirkan di Yugoslavia dan kini tinggal di bandar Buena Vista, New Jersey.
Shnewer bekerja sebagai pemandu teksi menakala dua yang bekerja di kedai runcit dan di sebuah mahkamah. - Reuters, LATWP, AFP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
'Tak adil hanya gunakan Bible di mahkamah'
RALEIGH (North Carolina): Jika North Carolina mahu orang ramai mengangkat sumpah menggunakan kitab agama di mahkamah, ia tidak seharusnya terbatas kepada menggunakan Bible, kata seorang peguam bagi Kesatuan Pembebasan Awam Amerika Syarikat (Aclu) di mahkamah semalam. Satu saman yang difailkan Aclu wilayah itu telah mencabar dasar wilayah tersebut yang hanya membenarkan Bible digunakan bagi prosedur mahkamah itu. - AP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Ikrar pergiat pengebom nekad
DUBAI: Cabang Al-Qaeda bagi Afrika Utara semalam berkata ia akan melakukan lebih banyak pengeboman nekad dan menggesa umat Islam menyertainya sebagai pengebom nekad.
Serangan bom nekad sejak beberapa minggu lalu semakin bertambah di tengah-tengah kebimbangan meningkatnya keganasan di Afrika Utara sedang kumpulan militan menggunakan rantau itu sebagai pangkalan pengeboman mereka ke atas sasaran-sasaran Eropah. - Reuters. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Sultan selar media siar foto bakal menantu
KUALA LUMPUR: Sultan Perak telah menyelar dua akhbar tempatan kerana menyiarkan gambar bakal menantunya sebelum nama beliau diumumkan secara rasmi, kata satu laporan akhbar semalam.
Sultan Azlan Shah melahirkan 'kehampaan dan rasa kesal' bahawa permintaan pejabatnya supaya pihak media hanya menggunakan maklumat rasmi mengenai perkahwinan Raja Muda Nazrin Shah, yang dijadualkan berlangsung pada 17 Mei ini, tidak dipenuhi, kata akhbar The New Straits Times (NST). - AP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Kempen bergelap di Bangkok
BANGKOK: Enam kejiranan utama ibu kota Bangkok semalam bergelap sedang para pegawai kerajaan Thai melancarkan kempen besar-besaran meningkatkan kesedaran rakyat mengenai sekitaran.
Dua juta penduduk, syarikat perniagaan dan pejabat kerajaan digesa mematikan lampu yang tidak diperlukan pada 7 malam, untuk membangkitkan kesedaran rakyat Thai terhadap kesan buruk perubahan iklim, kata para pegawai. - AFP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
'Tentera Islam' mengaku culik wartawan BBC
GAZA: Satu kumpulan militan yang kurang dikenali yang dinamakan 'Jaysh al Islam', atau 'Tentera Islam', dalam satu rakaman audio semalam mendakwa bertanggungjawab terhadap penculikan wartawan kanan BBC, Encik Alan Johnston.
Sebagai bukti, ia menyiarkan gambar kad pengenalan Encik Johnston di Internet, iaitu bukti pertama sejak beliau diculik pada 12 Mac lalu semasa memandu keretanya di Jaluran Gaza. - Reuters. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Ingat 'lesen kedai kopi'?
BERLIN: Seorang lelaki Jerman gagal ujian memandu selepas cuba menjalani ujian itu dalam keadaan mabuk, kata polis semalam.
Apabila lelaki berusia 27 tahun itu tiba untuk mengambil ujian itu pagi semalam, kedua-dua instruktor memandu dan pengujinya terbau alkohol walaupun lelaki tersebut memberi jaminan dia tidak meminum minuman keras, kata jurucakap polis bandar Bendorf.
'Tetapi cara dia memandu begitu buruk, jadi pengujinya mengarahkannya ke balai polis tanpa pengetahuannya. Apabila tiba di sana, dia pun keluar dan disuruh mengambil ujian alkohol, yang mendedahkan paras alkoholnya melampaui had yang sepatutnya,' tambahnya. - Reuters. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Tak sesia-sia dipelihara
TOKYO: Ketangkasan seekor anjing berjaya mengecam lokasi pemiliknya berusia 88 tahun, yang hilang sehari sebelum itu di selatan Jepun, kata polis kelmarin.
Seorang juruterbang helikopter polis sedang mencari lelaki tua apabila beliau ternampak anjing tersebut di sebuah ladang limau dari jarak sekitar 1 kilometer. Ini membantu beliau menemui orang tua itu Isnin lalu.
Peladang itu hilang sejak Ahad lalu selepas berkunjung ke sebuah lagi ladang limau bersama Maru, anjing betinanya yang berusia 11 tahun, kata Encik Hirokawa. - AP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
SEMBILAN LAGI SEKOLAH SERTAI SKIM
SEMBILAN lagi sekolah dipilih menyertai skim Kemasukan Langsung Sekolah (DSA) ke menengah satu tahun depan. Dengan ini, 56 sekolah menengah sekarang menawarkan DSA.
Lapan daripada sembilan sekolah itu dipilih berdasarkan rekod pencapaian dan pelan memajukan program tukikan.
Sekolah-sekolah itu ialah CHIJ St Theresa's Convent, Fuhua, Jurong West, Monfort, Outram, St Patrick's Yio Chu Kang dan Yuhua.
Sebuah lagi ialah Sekolah Seni Singapura (Sota), sekolah bagi pelajar berbakat dalam seni visual dan seni lakon.
Ini diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan semalam.
DSA diperkenalkan bagi menggalak pendidikan menyeluruh untuk pelajar. Di bawah skim itu, sekolah diberi kebenaran menawarkan tempat kepada murid darjah enam berdasarkan kriteria kemasukan bukan akademik sesebuah sekolah itu sendiri.
Mengenai lapan sekolah yang mempunyai program tukikan itu, MOE menyatakan bahawa CHIJ St Theresa's Convent memberi penekanan pada sukan hoki, Fuhua robotik, Jurong West pasukan beruniform, Monfort badminton, Outram memanjat tebing, St Patrick's pancaragam tentera, Yio Chu Kang seni lakon dan Yuhua kugiran konsert.
Kemasukan ke sekolah-sekolah DSA akan dijalankan dalam tiga peringkat.
Dari 15 Jun hingga 31 Ogos ini, sekolah-sekolah itu akan membuka permohonan dan menjalankan pemilihan sendiri serta memaklumkan kepada pelajar sama ada mereka terpilih, diletak dalam senarai menunggu atau ditolak.
Dari 22 hingga 27 Oktober, pelajar memilih sekolah berdasarkan tawaran tempat yang telah diterima dan sekolah yang meletak mereka alam senarai menunggu.
Jika mereka tidak membuat sebarang pilihan, tawaran itu dikira batal.
Pada November, keputusan penerimaan pelajar ke dalam sekolah DSA akan dikeluarkan bersama keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
PEMANCING WARGA S'PURA DIBEBASKAN POLIS MALAYSIA
SEKUMPULAN 12 pemancing Singapura yang ditangkap kerana disyaki menceroboh masuk ke perairan Malaysia dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman malam kelmarin.
Mereka, yang ditangkap Ahad lalu, dibebaskan daripada tahanan polis sekitar 9 malam dan dibawa ke bot mereka di Tanjung Sedili sebelum dibenarkan pulang.
Kumpulan kaki pancing berusia antara 26 dengan 58 tahun itu tiba di Marina Country Club di Punggol sekitar 4 pagi semalam.
Rabu lalu mereka dihadapkan di Mahkamah Daerah Kota Tinggi tetapi kes mereka ditangguhkan.
Mereka ditahan kapal ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia setelah kapal yang mereka naiki dikatakan memasuki perairan Malaysia.
Ketika itu, kapal mereka, Skip Jack II, berada sekitar enam batu nautika dari pantai Bandar Penawar, dekat Desaru.
Mereka dikatakan cuba melarikan diri tetapi ditangkap setelah dikejar kapal ronda itu selama setengah jam.
Akibatnya, kapal mereka dirampas pihak berkuasa Malaysia dan ditempatkan di jeti Jabatan Perikanan Johor.
Kapal milik syarikat setempat, Chye Heng M&E Services, itu bertolak dari Marina Country Club Sabtu lalu untuk memancing.
Antara yang ditahan ialah pengarah syarikat itu, Encik Ong Chye Heng, 49 tahun. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
SEMAKIN BANYAK RUMAH JADI TEMPAT BIAK AEDES
Oleh
Soraya Salim
JUMLAH rumah yang membiak nyamuk Aedes terus bertambah, trend membimbangkan, walaupun amaran telah dikeluarkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Bulan lalu, 454 rumah didapati menjadi sumber pembiakan Aedes, berbanding 258 rumah Mac lalu dan 140 pada Februari.
Kes demam denggi juga bertambah, sebanyak 1,308 kes dari Januari hingga Sabtu lalu - bertambah 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Bagi mengekang penularan denggi, NEA menjalankan bahagian pertama Latihan Intensif Mengurangkan Sumber (ISRE) melibatkan pemeriksaan kawasan luar flat HDB mulai 9 April lalu.
Bahagian kedua dimulakan semalam. Dalam operasi lima minggu itu, pegawai NEA akan memeriksa dan menghapuskan nyamuk di rumah di 44 kawasan, termasuk Bedok North, Choa Chu Kang, Tampines Avenue 3 dan 5 serta Bukit Panjang.
Kawasan-kawasan itu dipilih kerana mempunyai jumlah nyamuk Aedes lebih tinggi dan lebih berpotensi membiak nyamuk itu.
Sehingga kelmarin, dua kawasan dikenal pasti sebagai kelompok denggi terbesar, iaitu Jalan Songket/Hougang Street 21, dengan 19 kes demam denggi, dan Balestier Road/Martaban Road, dengan sembilan kes.
Dalam satu sidang akhbar semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan Sekitaran, Encik S. Satish Appoo, berkata penduduk perlu segera bertindak untuk memastikan pembiakan nyamuk Aedes tidak berterusan.
'Orang ramai harus memberi perhatian pada perkakas harian yang mereka gunakan, seperti baldi, untuk memastikan tiada air bertakung,' katanya.
NEA telah mengiatkan usaha mendidik orang awam dengan menghasilkan risalah pendidikan baru, yang bakal diedarkan para sukarelawan badan akar umbi. |
|
|
|
|
|
|
|
TV actor Christopher Lee jailed for drink-driving
SINGAPORE: MediaCorp actor Christopher Lee has been sentenced to four weeks in jail on charges relating to drink-driving.
He has also been fined S$4,500 and is disqualified from driving for three years.
His offences included causing injury to a motorcyclist and his pillion rider in a hit-and-run accident.
Lee arrived in court Thursday morning, accompanied by his lawyer and manager.
In passing his sentence, District Judge Terence Chua said Lee knew he had caused an accident, and could not be excused from failing to stop and check.
Breathalyser tests showed Lee's body contained twice the legal alcohol limit.
Lee had given over S$70,000 in compensation to the victims for their injuries, which the judge noted as "evidence of his remorse".
The judge said given the recent spate of drink driving accidents, a message must be sent to the public that "such risks are not acceptable and will continue to be sternly treated".
Lee will be appealing against the jail term, and is currently out on S$20,000 bail.
When contacted, MediaCorp Studios said it is inappropriate to comment at this time as Lee is appealing against the sentence. - CNA/ir/yy |
|
|
|
|
|
|
|
Former TV host Benedict Goh charged with drink-driving
SINGAPORE : Former television host Benedict Goh on Wednesday became the latest celebrity to be charged in court with drink-driving, capping a week that has seen the actions of inebriated drivers make the headlines.
Goh, best known for his stint as host of game show "The Pyramid Game", faces four charges arising from two separate incidents.
In the early hours of February 10 this year, the 38-year-old was driving along the Ayer Rajah Expressway, in the direction of Tuas, when he collided with a stationary car that had been involved in another accident.
A breathalyser test showed the alcohol level in Goh's system was over the legal limit. He was charged with driving under the influence of alcohol and driving without due care.
In another incident on February 18, 2004, Goh was found at about 6am by police officers in the driver's seat of his car, which was stopped along Lorong 1, Toa Payoh. Again, he failed a breathalyser test.
Goh allegedly told the police that someone else had been at the wheel of the car. He was charged with being found unfit to drive a vehicle and with providing false information to a police officer.
Goh's lawyer S.S. Dhillon on Wednesday asked the court for leave to make further representations. Bail of $10,000 was posted and the case will be up for mention next month.
Also in court was Su Hong, 48, the driver accused of involvement in a fatal hit-and-run accident on Outram Road on Monday evening that left a nightclub hostess dead.
The businessman faces five charges, including for failing to stop, not rendering assistance to the victim and removing his car from the scene.
Su had sped off after hitting China national Yuan Fudi while she was crossing the road. But about two hours later he turned himself in, and subsequently failed a breathalyser test.
Su told the court he would be engaging a counsel and is now out on bail of $12,000. His case is up for mention again in two weeks.
Under the law, drunk drivers can be fined up to $5,000 or jailed for up to six months. Su, who was also charged with being involved in a rash and negligent act leading to a death, could be jailed up to two years and fined.
The number of arrests for drink driving has been growing, with 914 persons nabbed in the first three months of this year - 161 more than in the same period last year. Between this January and March, 40 drink-driving related accidents led to death or injury.
Meanwhile, actor Christopher Lee is expected to enter his plea in court on Thursday over five drink-driving charges for an accident in Little India last year. - |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|