|
(Merged) Meng'kasi'kan Kucing [Neutering,spaying]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 09:31
lagi satu artikel dari laman web:
http://alamkucing.blogspot.com/2 ... ng-dalam-islam.html
Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan / neuter / spay / kembiri / kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.
Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama.
Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat keputusan mengenainya. Saya harap kiriman ini akan dapat memberikan penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.
Khilaf di kalangan Ulama
Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).
"Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri."
Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab.
"Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible."
Dipetik dari IslamOnline.com
Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan
Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."
After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com
Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?
Memanglah, kan telah diterangkan tadi bahawa ada pendapat yang mengharuskannya, dan ada juga yang mengharamkannya. Jika ada terdengar ustaz yang berkata ianya adalah haram, maka fahamlah bahawa dia bertaklid kepada pendapat yang mengatakan ianya adalah haram.
Tetapi haram di sini bukanlah mutlak untuk semua orang, kerana terdapat khilaf dikalangan ulama. Ia bukanlah ijma' ulama atau sepakat dikalangan ulama.
Jika anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya haram, tidak mengapa. Tetapi anda tetap perlu menjaga hak jiran anda. Jangan pula jika jiran anda bertanya kenapa tidak dimandulkan kucing jantan itu (kerana kucing anda kencing pada pasu bunganya), anda hanya pandai menjawab, "HARAM!". Anda tetap wajib membasuh kesan kencing itu sehingga hilang. Dan percayalah, kucing jantan yang tidak dimandulkan, pasti akan kencing untuk menanda kawasannya.
Cumanya, dalam suasana di Malaysia ini anda lihatlah sendiri keupayaan kita untuk menjaga kucing masing-masing. Besar sangatkah rumah di Malaysia ini? Kucing memerlukan 3 blok rumah sebagai sempadan minimum untuk kawasannya. Mana nak cari? Melainkan kawasan rumah anda sememangnya sangat luas dan confirm perlakuan kucing anda tidak akan mengganggu jiran.
Saya harap anda telah jelas dengan masalah ini. Kesimpulannya adalah, hukum mengembiri binatang peliharaan (termasuk kucing) adalah harus, bukan untuk memuaskan hati anda, tetapi untuk menjaga hubungan baik dengan jiran, kesihatan kucing serta manfaat lain, selagi mana pembedahan itu tidak membahayakan nyawa kucing itu. |
|
|
|
|
|
|
|
informasi yg sgt berguna boocik...
kalau anda tak yakin utk melakukannya... tak payah la buat... tapi itu la, buang anak kucing ke pasar, ke restoran2 bukan penyelesaian jugak...
k leo dah byk kucing yg akak kembiri... dah k leo yakin dgn fatwa yg dikeluarkan oleh jakim.
jadi tiada ragu2 lagi dlm hati akak... |
|
|
|
|
|
|
|
smalam petang setel kembiri mimi...sehari suntuk dia cloud nine..makan/minom tak langsung (takpe...sbb dr dah injek vit b complex kasik dia kuat tak melepek)...malam tido dgn aku ...tinger kaki tangan dia sejok...sedap dia kena simot...alhamdulillah pagi2 dah meow2 nak makan...so skang ni makan makan dan makan jek lah ...tempat jahit ..bagos..tak ada discharge or blood stain...cuma gauze tu tak bukak lagik..takot dia gigit..mak tak de ecollar...
bleh tahan gak tuh naik turun meja ..belari kesana sini... |
|
|
|
|
|
|
|
624# abede
abede... please refer to post #618. |
|
|
|
|
|
|
|
623# hatemetoday
bagus gak rupanya kualiti kembiri kat klinik kembiri tu. 6 ekor female yg kembiri serentak semuanya menunjukkan perkembangan yg positif. mlm tu gak dah mengiau nak makan ngan minum. cepat betul sedar memasing...
esoknyer try tgk2 tempat jahitan tu, sangat kemas. takde masalah pun. tgk2 mcm lagi 2 hari dah baik la tu. tapi lepas kembiri, kucing mmg asyik nak makan ajer yer. sokmo kena topup makanan |
|
|
|
|
|
|
|
623# hatemetoday
bagus gak rupanya kualiti kembiri kat klinik kembiri tu. 6 ekor female yg kembiri serentak semuanya menunjukkan perkembangan yg positif. mlm tu gak dah mengiau nak makan ngan min ...
yushairi Post at 9/11/2009 10:29
bagus la tu, yus...
cepat dia membesar bagai johan :pompom: ! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by abede at 9-11-2009 12:45
624# abede
abede... please refer to post #618.
boocik04 Post at 8-11-2009 23:58
Saya dah baca dah, tapi tak diberikan link kepada sumber yang asal yang di'copy' ..melainkan cut and paste dari sumber tulisan dari forum kucing lain sahaja.
Saya juga ada cuba search so called yang dikatakan fatwa dari jakim mahupun homepage fatwa kebangsaan berkenaan keputusan fatwa berkenaan namun gagal jumpa..
Saya juga dah cuba search kat lain-lain forum kucing yang claimed so called fatwa dari jakim namun tidak ada satu forum pun yang memberikan link akan sumber daripada homepage jakim ataupun e-fatwa dari majlis fatwa kebangsaan..
Yang ada pun adalah dari majlis agama islam selangor sahaja dan juga jabatan agama islam selangor yang memfatwakan sebagai haram mengkasi binatang peliharaan yang tak boleh dimakan seperti kucing dan lain-lain...
So dikuatiri fatwa yang diclaim sebagai fatwa dari jakim itu hanyalah sekadar pendapat individu dan sesetangah orang dan bukannya keputusan pendapat ijmak ulamak yang ramai kerana setiap fatwa walaupun tidak digezetkan akan juga dibentangkan keputusan oleh majlis fatwa yang bersidang...ini tak ada langsung..
Harap setiap ada yang dapat memberikan link yang berkenaan sebagai rujukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah baca dah, tapi tak diberikan link kepada sumber yang asal yang di'copy' ..
Saya juga ada cuba search so called yang dikatakan fatwa dari jakim mahupun homepage fatwa kebangsaan berkenaan ...
abede Post at 9/11/2009 12:32
cuba cari di www.kitten.com.my ataupun you boleh google kembiri kucing dan cari link yang berkenaan... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba cari di www.kitten.com.my ataupun you boleh google kembiri kucing dan cari link yang berkenaan...
boocik04 Post at 9-11-2009 12:36
dah cuba cari..
dah berhari-hari dah tapi tak de...
nanti saya cuba compile keputusan majlis fatwa negeri-negeri lain selain dari selangor yang memfatwakan sebagai haram... |
|
|
|
|
|
|
|
terdapat juga pendapat yang mengatakan majlis fatwa kebangsaan tidak dapat mengezetkan keputusan fatwa yang mengharamkan mengembiri kucing hasil muzakarah kerana faktor resistance seperti keputusan mengharamkan rokok...hmmm????
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
terdapat juga pendapat yang mengatakan majlis fatwa kebangsaan tidak dapat mengezetkan keputusan fatwa yang mengharamkan mengembiri kucing hasil muzakarah kerana faktor resistance seperti keputusan m ...
abede Post at 9/11/2009 13:00
abede... seperti yang dikatakan di sini:
Ternyata BELUM ADA FATWA RASMI YANG DIWARTAKAN OLEH JAKIM MENGENAI HAL INI (KEMBIRI KUCING).
Walaubagaimanapun, masih ada berita baik, ianya pernah dibawa ke peringkat PANEL KAJIAN SYARI'AH JAKIM yang juga terdiri dari beberapa orang mufti dan ahli akademik (profesor dalam pengajian Islam) dan panel tersebut telah bersependapat bahawa hukum mengembiri haiwan peliharaan seperti kucing dapat diterima sebagai HARUS berdasarkan pertimbangan maslahah dan situasi semasa. Tetapi harus diingat bahawa ianya tidak pernah diwartakan sebagai FATWA kerana ianya belum pernah dibawa kepada MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. Tetapi ianya dapat diterima oleh setiap individu sebagai hukum yang sah sekiranya ianya bersesuaian dengan situasi kehidupan harian kita. Mesyuarat panel tersebut dilaksanakan berikutan dari pertanyaan serta kemusykilan berkenaan persoalan ini yang diutarakan kepada JAKIM.
Mengapa ianya tidak pernah diwartakan sebagai FATWA? Jawapannya adalah, hukum ini hanya dikeluarkan sebagai jawapan kepada kemusykilan yang diketengahkan oleh sesetengah orang dan ianya belum dianggap sebagai permasalahan kebangsaan atau dengan ringkasnya, ianya hanya sebuah panduan yang ditujukan khas kepada individu yang musykil atau ragu - ragu.
Apakah ianya akan diwartakan sebagai FATWA? untuk sementara waktu ini, ianya belum ada dalam perancangan JAKIM. Walaubagaimanapun tidak mustahil ianya akan diwartakan sebagai FATWA sekiranya permasalahan ini difikirkan kian meruncing. Ianya bergantung daripada input - input atau desakan dari umat serta keadaan semasa yang dilihat dari perspektif kebangsaan.
Namun harus diingatkan ianya bukanlah suatu hal yang WAJIB tetapi merupakan hal yang sangat baik untuk dilakukan sekiranya keadaan mendesak. Itu terpulang kepada pemikiran waras dan rasional masing dan yang paling penting untuk diketengahkan ialah, pernyataan itu bukanlah suatu FATWA yang telah rasmi diwartakan kerana FATWA mempunyai definisi yang agak berbeza.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila ajukan kepada UST ZULFAKAR di no 03-88864289 (JAKIM Putrajaya - Bahagian FATWA)
so selepas membaca statement ini, saya harap kita boleh menimbang buruk baiknya sendiri tentang mengembirikan kucing peliharaan kita.
kalau masih tak yakin nak buat, janganlah buat... tapi perlu ingat, kita masih perlu menjaga kucing2 yang kita bela & anak2 yang bakal lahir itu dengan sebaik2nya atas dasar perikemanusiaan. janganlah dibuang merata2 yang akan menyebabkan teraniaya zuriat kucing2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
626# yushairi
kannnn...aku pon saprais pagi tadik...aku nampak gauze si mimi dah teghebeh sparoh..pastu aku ni ala2 nyeri2 jaa bila ada benda luka2 nih..so akak peep le pelan2 mencarik mana la jaet nye...tak ada ...yg ada cuma sikit ja kesan toreh yg tak bape nak nampak ..sampai aku ckp lam ati..ko ni betul ke dah kena sunat mimi..he he hehe...boleh la yus lps ni kita buat under snip prog plak..dpt murah haaa...Mod boocik..ajar sket camne? tks |
|
|
|
|
|
|
|
633# hatemetoday
a'ah. bley2. sebulan sekali kita antor kan. tapi tak tahan nak menunggu tu la. lain kali kita pi kita bawak benda kunyah2 la noks. takde la bosan sgt kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
o0o0o0 yus ngan kak hate p dating kat klinik kembiri ye ..... lame sangat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
635# cmf_FiRe_Fly
eh aunty!!!!! lu mana pigi??? lama tarak nampak? |
|
|
|
|
|
|
|
hamboooiiii yuss... sampai nak berkelah ko ek... wakakaaka... |
|
|
|
|
|
|
|
637# leotazz818
ye la kak leo. bosan tuhhh.
a'ah la kak leo. senang ajer nak jaga kucing betina. ingatkan susah sgt. tgk gitu2 ajer, takyah beria-ia sangat. jahitan pun bagus betul. tak nampak pun. kiranya berbaloi-baloi la pegi situ. |
|
|
|
|
|
|
|
636# yushairi
ade lah uncle yus... bz ngan budak2 x berbulu, ngan xzem lah ape lah.... bile dapat result xzem je juling mato den:geram:
korang p sana buat oppoiment dulu ke?.... agak agak bulan depan ade p neuterd lagi tak? nak tompang sekor lah.... kalau p sensorang berjanggut kambing dibuat nya |
|
|
|
|
|
|
|
626# yushairi
kannnn...aku pon saprais pagi tadik...aku nampak gauze si mimi dah teghebeh sparoh..pastu aku ni ala2 nyeri2 jaa bila ada benda luka2 nih..so akak peep le pelan2 mencarik mana la j ...
hatemetoday Post at 9/11/2009 16:22
alhamdulillah everything went well...
vet kat klinik kembiri (KK) setapak tu memang buat small incision je untuk kucing betina supaya cepat baik.
jahitan pun disorokkan kat dalam & dorang pakai dissolved thread so tak yah nak cabut2 benang.
senang nak jaga untuk orang yang neuter kucing strays...
hate, kalau ko nak apply jadik pet rescuer now susah sikit sebab dana SPCA dah berkurangan (maklumlah masa inflasi nih!).
tapi ko bule cuba la. bagi e-mel address, nanti aku pass kat ko borang pet rescuer tu.
masa bagi form tu kat aku, ko kena scan bil letrik (yang terkini) & attachkan sekali dengan form tu.
make sure bil letrik ko tu less than RM100... kalau lebih RM100 maknanya ko mampu nak neuter kucing tanpa bantuan.
kalau nak lagi senang, ko buat je under nama kak leo.
kak leo dah register as pet rescuer dah.... he he he.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|