MADRID – Penyandang juara, Barcelona dikatakan bermain ‘beribu kali ganda lebih baik’ berbanding Real Madrid, kata bekas pemain terkemuka Belanda dan Barcelona, Johan Cruyff kelmarin berhubung pertembungan sengit kedua-dua pasukan, esok.
“Ini bukanlah satu perkara yang tidak diduga. Seluruh dunia tertawan dengan cara permainan, kualiti dan teknik yang digunakan mereka (Barcelona),” kata bekas bintang Catalan berusia 62 tahun tersebut.
Meskipun begitu, Cruyff menyatakan bahawa Barcelona harus ‘menghormati’ Real menjelang pertemuan yang disifatkan sebagai ‘El Classico’.
Katanya, rasa hormat tersebut adalah kerana Real kini berkelebihan satu mata daripada Barcelona dan kelab tersebut berjaya melakukan permulaan terbaik liga dalam tempoh 17 tahun.
“Mereka (Real) tidak bermain dengan sempurna, tetapi pasukan tersebut berada di tangga teratas liga dan mempunyai masa untuk terus meningkat baik,” kata Cruyff.
Meskipun dibelenggu masalah kecederaan dua tonggak utama iaitu Lionel Messi dan Zlatan Ibrahimovic, Barcelona masih mampu menundukkan Inter Milan 2-0 pada persaingan Liga Juara-Juara, Selasa lalu.
Cruyff yang merupakan pemain terbaik Eropah sebanyak tiga kali memulakan kerjaya bola sepaknya sebagai pemain remaja Ajax, sebelum berpindah ke Barcelona dan mencipta kejayaan cemerlang.
Malah dia juga pernah menjadi jurulatih kelab terkemuka Sepanyol tersebut untuk Piala Eropah 1992.
Awal bulan ini, Cruyff menggantikan tempat Pere Gratacos untuk jawatan jurulatih bagi sebuah pasukan tempatan, Catalonia di Sepanyol. – AFP
Gol Ibrahimovic bantu Barcelona rebut tempat teratas liga
MADRID: Jaringan tunggal penyerang antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic sudah cukup melonjakkan Barcelona merebut tempat teratas liga apabila menewaskan Real Madrid, 1-0 di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi.
Meskipun bermain dengan 10 orang selepas Sergi Busquets dibuang padang selepas sengaja menampan bola, gol Ibrahimovic nyata membawa Barca kembali di tempat teratas liga dengan kelebihan dua mata.
Ibrahimovic, yang baru kembali beraksi selepas kecederaan, berjaya melakukan tendangan volley pada minit ke-56 yang menerjah jaring Real, lima minit selepas dia dimasukkan.
“Ia sesuatu yang amat istimewa selepas tidak bermain kerana kecederaan. Bola hantaran lintang Dani (Alves) amat baik dan saya terus meluru melakukan tendangan," katanya.
Real pula berpeluang mencipta gol terutama menerusi Cristiano Ronaldo, seawal minit ke-19 tetapi tendangannya tersasar.
“Kami memperoleh banyak peluang tetapi saya fikir tewas 0-1 bukan keputusan yang adil," kata kapten Real, Iker Casillas. - AFP
Barcelona’s Lionel Messi Wins Ballon D’Or as Best Soccer Player
Dec. 1 (Bloomberg) -- Lionel Messi, Barcelona’s slight Argentine forward know as “the flea,” won the Ballon d’Or as soccer’s best player.
Messi gained 473 points to top Cristiano Ronaldo of Real Madrid, who had 233 points, and Barcelona teammate Xavi Hernandez, with 170 points, in the annual poll of journalists organized by magazine France Football. Another Barcelona player, Andres Iniesta, was fourth.
It’s the first major individual accolade for the 22-year- old Messi, who was third behind Kaka in 2007 and runner-up to Ronaldo last year.
The 5-foot-6 1/2 (1.69-meter) Messi, best known for slaloming past defenders with the ball, headed in the second goal as Barcelona beat Manchester United 2-0 in May to win European soccer’s Champions League. He also helped Barcelona win the Spain’s league and cup competitions last season in an unprecedented treble as he amassed 38 goals.
Messi is the first Argentine to win the Ballon d’Or, which has only been open to non-European players since 1995.
Barcelona brought Messi to Spain as a 13-year-old after Argentine club River Plate refused to pay for him to receive hormone deficiency treatment. The Spanish club paid his metal- worker father a salary of $50,000 for a job with the youth team as a way to secure his son’s services, according to El Pais newspaper.
Xavi and Iniesta also progressed from Barcelona’s youth team.
Soccer’s other major individual accolade is the FIFA World Player of the Year award, which will be announced Dec. 21.
Henry mungkin dilarang beraksi di Piala Dunia
03/12/2009 2:53am
CAPE TOWN Dis. 3 - Penyerang Perancis, Thierry Henry mungkin dilarang beraksi di Piala Dunia tahun depan selepas Presiden FIFA, Sepp Blatter berkata, berbohong menggunakan tangan secara terang-terangan ketika menentang Ireland akan disiasat oleh badan dunia itu.
Jika Jawatankuasa Disiplin FIFA mendapati Henry yang menggunakan tangan untuk menjaringkan gol kemenangan Perancis sekaligus membolehkan pasukan itu mara Piala Dunia dianggap bersalah, beliau mungkin dilarang beraksi pada kejohanan itu Jun ini.
“Jawatankuasa disiplin akan membuka kes berhubung kelakuan Thierry Henry ketika menentang Ireland,” kata Blatter dalam sidang media.
“Ia bukan soal Thierry Henry atau siapa pemainnya. Tetapi ia mengenai permainan yang tidak adil dengan berbohong secara terang-terangan dan ia ditayangkan di seluruh dunia.
“Saya tidak menyatakan Thierry Henry akan dihukum tetapi apa yang saya kata bahawa jawatankuasa disiplin akan mengkajinya.” - Reuters