|
Bermula penentuan populariti
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohamad
SEBAHAGIAN finalis ABPBH 2008 bergambar kenangan di depan bas Sinarmas yang akan membawa mereka ke lokasi road tour untuk bertemu peminat.
Wajah lama dan baru dalam senarai pencalonan memeriahkan lagi persaingan ABPBH 2008
SECARA tradisinya majlis pengumuman senarai lima calon terakhir dalam 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 berlangsung dalam suasana yang santai dan sederhana.
Acara ini juga selalunya mengumpulkan pelakon, penyanyi, pengacara TV dan penyampai radio dalam satu tempat dan ini membuatkan ia majlis untuk beramah mesra antara satu sama lain.
Kemesraan antara mereka biarpun berlainan bidang cukup terserlah dalam majlis ini.
Bagaimanapun, apa yang jelas kehadiran ramai bakat baru industri hiburan tanah air memang sangat menari. Bagi bakat baru yang dicungkil daripada program realiti terbitan pelbagai stesen TV, pernah suatu ketika dulu dianggap sebagai mi segera. Namun begitu kita tidak boleh menidakkan bahawa mereka sekarang yang merancakkan dunia hiburan.
Jika diimbas kembali Anugerah Juara Lagu sejak dua tahun yang lalu, pesertanya dicungkil daripada program realiti TV. ABPBH meneruskan kesinambungan itu apabila apabila Mawi menjadi bintang realiti pertama mendapat gelaran Bintang Paling Popular.
Faizal, Aznil, Leeya, Nana dan Fara.
Lagipun ini bersesuaian dengan konsep anugerah bintang popular, iaitu mencalonkan dan memilih mereka yang difikirkan layak untuk bergelar popular. Tiada juri profesional sebaliknya setiap keputusan bergantung kepada pertimbangan peminat.
ABPBH 2008 bagi edisi ke-22 menyaksikan lagi gelombang baru kepada kepada penganjuran apabila bintang realiti nampaknya menguasai kebanyakan senarai pencalonan peringkat akhir atau Top 5, seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Aiman, Ayu OIAM, Nabil, Stacy, Nana, Zizan, Adam, Aizat, Nubhan dan Mila.
Lahir daripada sebagai bintang realiti memang memberikan kelebihan kepada mereka. Walaupun tiada langsung hasil kerja yang boleh dibanggakan sangat, tetapi mereka sudah mengecapi nikmat popular kerana program yang disertai itu asyik disiarkan oleh TV.
Namun begitu, peminat tidaklah memberi laluan mudah kepada mereka. Masih ramai pelakon atau penyanyi yang tidak dilahirkan daripada program realiti masih boleh mencabar mereka.
QUE HAIDAR dan Rusdi Ramli bakal berentap.
Bahkan, kedudukan mereka yang sudah lama atau berpengalaman dalam dunia hiburan juga tidak boleh diketepikan. Peminat sekarang semakin bijak apabila pilihan mereka kini dibuat dengan menggabungkan bakat, populariti dan imej seseorang personaliti. Biarpun popular tetapi tiada bakat atau asyik diselubungi kontroversi negatif, seseorang itu mungkin tidak diberi peluang langsung oleh peminat.
Calon yang lahir daripada program Raja Lawak, Ahmad Nabil Ahmad tidak menganggap populariti yang dikecapinya sekarang boleh mengenepikan Saiful Apek dengan mudah.
Katanya, dia masih belum bersedia untuk mengalahkan Apek.
揂pek idola saya. Saya amat berterima kasih kepadanya kerana dia yang membuka minda saya untuk menjadi sepertinya. Setakat ini tidak pernah terlintas di hati untuk mengalahkan dia. Saya serahkan pada rezeki, kalau menang saya anggap ia sebagai bonus untuk saya.
揗emang semua orang mahukan kemenangan tetapi bagi saya, mempunyai satu kenangan yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayat sudah memadai iaitu kemenangan sebagai Raja Lawak.
揇icalonkan untuk dua kategori bukan bererti kini saya boleh 慸emand |
|